Israel dan Gaza (28/12)

Sehari yang lepas (27/12/2008) Zionis menyerang Gaza. Apakah alasan relevan Zionis menyerang Gaza buat yang sekian kali (setelah beribu - ribu serangan tentera, ekonomi, politik dan sosial)?

Israel pasti ada alasan yang munasabah untuk melakukan perkara itu. Amerika Syarikat sang "hamba abdi Israel" menyalahkan Hamas sebagai "memprovokasi" Zionis untuk melakukan serangan udara.

"Memprovokasi"? Alasan yang menarik! Sekiranya seseorang hanya membangkitkan amarah kita, kita harus membunuhnya... Hebatnya falsafah Zionis!

Natijahnya, 100 serangan pesawat udara disasarkan ke Gaza, mengakibatkan 229 orang terbunuh (~innalillahi wa innailahi rajiun...) dan meranapkan sebuah masjid. Sebagai tindak balas (Penegasan: tindak BALAS), Hamas menlancarkan 70 serangan roket yang mengakibatkan seorang penduduk Zionis mati.

Seperti biasa, Amerika menyuruh Hamas menghentikan serangan, tetapi hanya melarang Zionis menyerang kawasan awam. Secara halusnya Amerika berkata sebegini:

"Hamas, kau hentikan serangan. Dan Zionis, kau pula serang Hamas, walaupun aku dah arahkan dia berhenti. Jangan kau serang tempat awam sudah"

Zionis mengajar kita sekurang-kurangnya 3 ilmu baru:

  1. Kita harus membunuh orang yang membangkitkan kemarahan kita
  2. Setiap seorang dari kalangan kita yang terbunuh, kita harus membunuh sekurang - kurangnya 229 orang
  3. Jangan percayakan Amerika. Walau sehitam mana pun Presidennya, Amerika tetap Amerika. Mereka akan mempromosi pembantaian orang - orang Islam.


Nota:
Saya menjadi jijik memanggil Zionis sebagai Israel. Israel merupakan nama untuk Nabi Yaakub, seorang insan yang terpilih. Israel bukan nama anak - anak Yaakub yang membunuh orang - orang yang berkhatan, berzina dengan menantu sendiri, berzina dengan isteri ayahnya, cuba membunuh saudara mereka, yang menyebabkan nabi Yaakub benar - benar susah hati.

Untuk mengetahui trait bangsa Zionis ini, anda boleh baca Old Testament. Buku "Genesis".


Tapi, tak semua orang Yahudi dan Israel itu zalim seperti anak - anak Yaakub. Ada juga yang sehalus Yusuf (Anak kedua bongsu Yaakub). Begitulah variasi. Orang Yahudi, adalah manusia seperti kita, dan ada antara mereka yang bencikan Zionist.

Dalam konteks kehidupan duniawi dan serangan terhadap Gaza, saya tidak menyalahkan Amerika mahupun Zionis. Mereka mempunyai sebab untuk bertindak sedemikian berdasarkan prinsip - prinsip yang mereka pegang. Mereka adalah sekularis, mereka mementingkan dunia. Mereka adalah orang - orang kafir, mereka tidak kenal erti "akhlak". Mereka melakukan hal yang terbaik untuk diri mereka dan orang - orang mereka bersandarkan prinsip - prinsip yang mereka pegang meskipun dengan membunuh 229 orang atau meruntuhkan masjid. Hal itu tajalli keterlaluan bagi kita, tetapi mengikut persepsi mereka, itulah yang terbaik.

Umat Islamlah yang bersalah. Mereka lemah dan kesalahan terbesar mereka adalah MEREKA TIDAK BERSATU. Umat Islam belajar bahawa kesatuan sesama Muslim adalah wajib dan adalah fardhu kifayah untuk mempunyai seorang khalifah saja. Mereka belajar daripada Hadith Nabi bahawasanya UMAT ISLAM ITU ADALAH SUATU TUBUH. Tetapi apakah ini dipraktikkan? Adakah mereka menuruti prinsip-prinsip Islam, sebagaiman orang-orang kafir mengikut prinsip sekularism mereka? Jawablah...


Justeru, umat Islam haruslah bersatu menentang kerosakan di muka bumi. Dasarnya mudah; kita belajar untuk wajib bersatu dan kita harus menuruti prinsip itu; sebagaimana orang - orang kafir menuruti prinsip - prinsip sekularism (walaupun dengan membunuh orang) untuk kesenangan duniawi mereka.


Newer Posts Home