Cuti Oh Cuti~!

Tadi terbaca Sudin punyer blog... pasal kalendar akademik angkatan 2007 yang huru-hara bagai Singapura dilanggar todak (hahaha...cuti bleh huru-hara ker?)

ALKISAH

Hmmm... nak tau kisahnya tak?

Sebabnya, kitorang akan habis block 2.6 (Blok terakhir tahun kedua) pada minggu 23 Jun - 27 Jun 2009. Dan itulah yang tercatat dalam Kalendar akademik kitorang...

Hati kitorang pun membunga sebab minggu seterusnya tu ada make-up test (MUT; wajib untuk yang dapat D untuk exam block) dan OSCE (Ujian Kompetensi Berbasis Klinis). Tahun lepas (first year), kitorang punya Cuti Semester pun 2 minggu jer... So, tahun ni kalau mengikut kalendar akademik, dapatlar kitorang cuti selama 5 minggu...

Namun sebermulanya kisah, 2 minggu lepas, tahulah kitorang pasal OSCE akan jatuh pada minggu 13-17 Julai 2009... maka mengamuk lar sebahagian orang... sebab tak mengikut kalendar akademik. Dah tu, 13-17 Julai tu tengah-tengah cuti semester yang termaktub dalam Kalendar Akademik. Dalih yang digunakan oleh skill lab adalah "Kalendar Skill Lab" waktu tu penuh. Minggu 23 Jun-27 Jun, 29 Jun-3 Julai, dan minggu 5 Julai-9 Julai digunapakai untuk OSCE angkatan 2006 Inter dan reguler.

Pasrahlah aku... sebab cuti daripada 5 minggu 5 hari jadi 3 minggu 4 hari... Oleh sebab skill lab kata dah fix dan confirm, maka ada lah insan-insan berpandangan jauh yang dah book tiket... Ada jugak yang solat hajat supaya ditukar kembali, ada juga yang menggugat sekretariat nak minta panjang cuti...

MESYUARAT BERSAMA ANGKATAN 2007 SEMALAM...

Dan dan semalam, Sekretariat nak discuss balik pasal jadual OSCE ni... Jadual MUT sebenarnya tak jadi masalah. Majoriti insan yang peduli, memahami bahawa orang yang amek OSCE n MUT tak nak dua ujian mega tersebut jatuh pada minggu yang sama... Tapi bagi pihak orang yang ambil MUT pulak, mereka tak kisah... asalkan cuti panjang... Kesepakatan dicapai tentang itu.

Mula-mula Sekretariat membuka undi untuk 4 pilihan... 79.66 % setuju penetapan OSCE dilakukan MENGIKUT KALENDAR AKADEMIK yang ASAL. Cuti 5 minggu, MUT dan OSCE dalam minggu yang sama 29 Jun - 3 Julai 2009. Imran memang dah bagi tau awal-awal dah yang 29 Jun - 9 Julai yang Skill Lab ada OSCE untuk angkatan 2006.

Tapi kemudian, mbak Prita pun menguhubungi dr Ide... Katanya, memang ada OSCE waktu tu... Jadi, undian awal tu hanyalah sia-sia belaka. Opsyen yang pasti takkan dapat... Nasib baik dah bagi tau awal-awal...

Kemudian, buat lar undian baru. Memang yang ikut Kalendar Akademik ( OSCE 29/6 - 3/7) tu sah-sah takkan berlaku.

Undian baru menunjukkan 52.54% bersikap konservatif dengan menyokong OSCE pada minggu 13-17 Julai. Yela, sebab mati-mati dr Ide cakap benda tu dah pasti. Dah beli tiket apa semua, sekarang nak tukar pulak dah? Walaupun cuti pendek...3 minggu 4 hari, tapi tak kisah lar, sebab takkan duit nak hangus kat MAS dan AirAsia jer? Lagipun, takkan nak buat OSCE lepas cuti? Tak der feeling cuti lar macam tu... Cuti seminggu yang tak ada apa-apa tu boleh melancong kat Indonesia...

40.67% pulak sokong untuk buat OSCE pada 3-8 Ogos... Hmmm..dapat cuti kat Malaysia lama sikit - 5 minggu ...tak kesah lar OSCE lepas cuti... sebab boleh balik awal atau buat attachment kat mana-mana hospital atau practis kat adik-beradik untuk preparasi OSCE. Imran termasuk dalam kalangan mereka. Ada juga yang dah tempah tiket, tapi sebab nk lagi lama dengan family, maka diundilah OSCE lepas cuti...

...ADALAH UNTUK MENUTUP KETIDAKBERKESANAN KOORDINASI SKILL LAB DAN INTER YANG MEMBUAT JADUAL.

Pagi ni, dorang meeting...tak tau lar apa keputusannya... yang penting kitorang kat sini pun berpecah-belah dengan signifikan, dan sebenarnya ini sangat menguntungkan "sang pengatur cuti". Sekali lagi, pasrah saja. Antara 2 pilihan, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Sebagai pak turut, Imran ikut pada kehendak pembuat polisi. Mesyuarat selama sejam setengah semalam, ternyata tidak membawa apa-apa erti. Kalau OSCE dilaksanakan pada minggu 13-17 Julai, maka, tak ada apa-apa pun yang berubah... Lebih baik tak payah kumpulkan kitorang, kemudian menolak untuk melaksanakan OSCE menurut Kalendar Akademik kerana angkatan 2006 juga sedang OSCE tatkala itu.

PENGAJARAN~!

Tetapi, apa yang patut menjadi pengajaran adalah:
Sekretariat Inter dan Sekretariat Skill Lab haruslah mempunyai komunikasi yang lebih mantap...
Kenapa sewaktu Kalendar Akademik dikeluarkan oleh Sekretariat Inter, Sekretariat OSCE seolah-olah tak terlibat sama sekali?
Kenapa harus kekucar-kaciran ini berlaku di saat terakhir?
Kenapa membungakan harapan, lalu menariknya dan memanipulasi pepecahan?

Kitorang hanya mahu mengikut Kalendar Akademik SAHAJA. Tak lebih daripada itu...

Sekretariat Inter dan Sekretariat OSCE tidak bekerjasama menetapkan tarikh OSCE sewaktu memberikan Kalendar Akademik. Kemudian, Sekretariat Skill Lab menetapkan OSCE pada tanggal yang berbeza dengan Kalender Akademik yang dikeluarkan Sekretariat Inter. Bagi mahasiswa, Kalendar Akademik merupakan janji, bukan sekadar kertas yang dimanfaatkan untuk menunjukkan "Oh, kami punya Kalendar Akademik~!". Kemudian, Sekretariat menggunakan "suara mesyuarat" untuk menutup ketidakberkesanan komunikasi mereka sewaktu menetapkan jadual. Imran tak menyalahkan sekretariat 100%, kerana ada segelintir daripada kami yang memang menggugat sekretariat untuk menukar cuti semester. Mereka juga bersalah, tetapi kesalahan terbesar adalah "tidak mematuhi jadual"...dan kepatuhan terhadap jaduallah yang diinginkan mahasiswa.

Perkara sudah pun terjadi...harap-harap perihal ini tak berulang lagi...

imra(';')n -----{@

Jawatan?~!

Hmmm... lama betul tak taip apa2 dalam blog ni...Dah dekat 4 minggu dah... Kalau dulu, tiap-tiap hari (walaupun ade kelas), Imran asyik buka jer blog ni... Sekarang, hari minggu pun tak sempat buka blog...

Mula-mula busy ada exam. Pastu minggu berikutnya dok sibuk main Fesbuk (nama manja "Facebook"). Masuk blok adulthood susah. Kalau "adolescent" dapat 2.5, "adulthood" lagi gaban. Target 1.5 jer... Minggu pastu pulak ada Maulidur Rasul (dah tertangguh beberapa minggu dah sambutan dia). Imran jadi Master of Ceremony. Tapi nak tulis pasal Maulidur Rasul tu pun tak sempat.

Imran dilantik jadi AJK Penerbitan dan Publikasi UPIMI (Ukhwah Pelajar Islam di Indonesia, badan Kerohanian Muslim PKPMI Cawangan Jogjakarta). Dah bagi macam-macam alasan nak tolak, tapi abg Farizi cakap itu cadangan Abang-abang 4th year. Lastly terima jugak, kerja bawah Fitri Fareez, sekali dengan kak Rean... Tapi sebenarnya, Imran lagi suka kerja bawah Ilham, tapi Ilham kan Setiausaha UPIMI...

Minggu ni pulak William baru bagi Guideline untuk Alpha Quest "Adulthood". Tengah-tengah cuti ni, takkan nak suruh dorang datang rumah aku nak hantar Alpha Quest? Hmmm...patutnya suruh buat awal sikit lar kan?

Semalam ada meeting Biro Penerbitan dan Publikasi, Fitri Fareez mesej Fazrul...dia kata kat rumah kak Rean. Dengar cerita kak Rean dah letak jawatan... Tak sure lar pulak. Pastu aku mana kenal kak Rean tu... Rumah dia pun aku tak tau... So, aku tak pergi meeting tu. Pukul 1 semalam, Kelab UMNO pulak buat majlis makan-makan kat Chicken Hartz. Pembubaran AJK lama dan meeting terakhir abang Hafiz dgn kitorang sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Jogjakarta.

Minggu ni juga, baru tarik balik kata-kata nak keluar jadi AJK Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jogjakarta. Imran dah letak jawatan Ketua Batch 2007 bulan November dulu. Sampai sekarang tak der ketua Batch 2007, dorang malas nak lantik. Imran masih laksanakan kuasa Ketua Batch tu, cuma tak lar seaktif dulu dan kali ni, Imran buat secara suka-suka untuk kawan-kawan, bukan sebab tangunggjawab. Ingat nak letak jawatan dalam kelab sekali. Tiba-tiba terfikir banyak pulak aku terlibat dengan aktiviti Kelab tu, walaupun banyak jugak yang aku tak suka dengar orang cerita pasal Kelab UMNO tu. Aku pun tarik balik perkataan tu.

Tapi, meeting pra-pengurusan tadi abang Hafiz Klate dah tak lantik Imran jadi AJK lagi. Kali ni, dia lantik Imran jadi Setiausaha Kelab. Hmmm...tangungjawab lagi besar. Elok-elok jer nak jadi AJK balik, dan-dan dapat jadi SU… Imran ni memang suka lari daripada tangunggjawab, tugas dan kerja.

Tapi sampai bila nak lari daripada semua benda ni. Bukannya Imran tak mampu, tapi malas sikit je. Harap-harap Allah akan memudahkan urusan Imran dalam urusan Ibadah, akademik, peribadi, keluarga mahupun dalam urusan sesama manusia. Amin. (Tolong doakan sekali yek~!)

Newer Posts Older Posts Home