Rumah Terbuka Pogung Baru E44

Ungu
Aku dan Stacey

Anak Kucing
Anak Kucing Jantan Farah Nasyitah kat aku

Berpenat membakar
Yang pakai baju warna hitam jer yang membakar ayam, hot dogs etc. yang lain amek2 gambar + makan.

Happy Family~!
Menonton TV

Macho
Kerana kemachoannya, orang pun menangkap gambar dr tepi

Perempuan-Perempuan

Menerjah Makanan

Malina...tuan punya kamera~!
Mesti Malina bangga sebab gambar die dalam blog aku~


Moon Cake Festival~
Aku, Adeline Alina, Suzie dan Piqah


Solidarity of Batch 07

=p

Arakian sebermulanya kisah, pada zaman dulu hiduplah seorang cendikiawan yang bernama Juha. Juha memang sangat terkenal di Baghdad kerana kebijaksanaannya dan juga celotehnya.

Disebutkan pada suatu hari, seorang saudagar kaya-raya yang gemuk-gedempol datang bertemu Juha. Juha yang sedang menyapu sampah di halaman rumah terkejut dengan kehadiran lelaki se"gedabak" itu. Juha memperhatikan saudagar tersebut. Muka saudagar tersebut rungsing.

Fazrul, Sudin, Adi, Fikri, Serul, Peah, atau Tokey pada Zaman Medieval
Di Eropah, Obesiti dianggap sebagai simbol kekayaan pada zaman tersebut.



"Assalamualaikum wahai Juha yang bijaksana,"ucap saudagar tersebut

"Waalaikumusalam, jemputlah masuk." Juha segera meninggalkan penyapunya dan mempelawa tetamu ke dalam rumah.

"Juha, sebenarnya saya mempunyai masalah yang besar, sangat besar," adu saudagar tersebut. Kelihatan 4 abdi saudagar tersebut masih tercungap-cungap walaupun sudah 5 minit menurunkan tandu.

"Saya boleh nampak masalah itu..." kata Juha yang bijaksana sambil menggeleng-geleng kepala..

"Anda sudah tau masalah saya? Jadi apakah penawarnya? Berilah kepada saya Juha, saya sanggup memberikan sepertiga kekayaan saya kepada tuan hamba asalkan saya tidak segemuk ini lagi," janji si Saudagar.

Juha menggeleng-gelengkan kepala sekali lagi, menunduk sambil berkata, "Itu bukan masalahnya"... Dia meminta kertas dan pena lalu menulis sesuatu di atas kertas tersebut.

Medical Prescription.
Mungkin beginilah preskripsi ubat yang ditulis oleh Juha...


"Jangan buka kertas ini sehingga anda berada dalam bilik tidur," arah Juha...

Maka, pulanglah sang saudagar dengan hati yang sukacita nian. Langsung saja saudagar tersebut masuk ke biliknya. Tekejut sungguh sang saudagar apabila mendapati kertas tersebut tidak memnyatakan penawar yang diharapkan, sebaliknya hanya tertulis "ANDA AKAN MATI DALAM MASA KURANG DARI 2 MINGGU". Tahulah Saudagar mengapa Juha asyik tergeleng-geleng kepala. Juha juga ahli nujum terkenal di Baghdad. Pasti Juha telah meramal sesuatu.

Depress
Perasaan Saudagar setelah kembali ke kamar tidurnya.


Meraunglah saudagar itu. Menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya. Entah esok, entah lusa, entah 2 minggu lagi, dia akan mati. Saudagar terus mengurung dirinya. Apabila diajak makan, dia enggan, apabila diajak berjimak, dia tak mahu, apabila disuruh tidur, dia tak mampu terlena. Memngumpatlah orang-orang sekitarnya: "saudagar sekarang lebih teruk daripada angau. Dia bukan saja makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.... bahkan tak makan, tak tidur dan tak mandi".

Saudagar tersebut terus rungsing. Ketika hari ke-14, dia masih saja mengurung dirinya. Pada hari ke-15 dan 16, dia tidak menunjukkan diri kerana masih takut Juha tersalah kira. Pada hari ke-17, dia masih hidup. Pada hari ke-21, saudagar mula menunjukkan rupa, dia terus ke rumah Juha. Tubuhnya yang gebu menggempal sekarang makin mencengkung.

"Assalamualaikum Ya Juha," laungnya dari luar.

"Waalaikummussalam," Juha menyahut

"Juha yang bijaksana, yang dibilang orang tidak pernah salah hitung dan tilikan, nampaknya tuan hamba tersilap... Lihatlah, saya masih hidup walaupun sudah minggu ke-3," kata saudagar dengan bangga.

"Hello saudagar (dalam bahasa Arab la)," kata Juha sambil menangkat telapak tangan, simbol "talk to the hand"... kemudian dia menyambung. "Jangan pura-pura tak tau ya! Lihatlah, saya telah memberikan penawar kepada penyakit kegemukan tuan hamba. Sekarang, serahkan sepertiga harta anda!"


Saudagar
Selepas dan Sebelum.

HAHAHA~!

Pengajaran:

1. Psikologi adalah penawar yang lebih berkesan daripada ubat-ubatan

2. Doktor harus pandai memanipulasi psikologi pesakit, tapi, jangan menipu macam Juha... unethical tau~! Anyway, Juha tak kenal medical ethics.

3. Penyakit obesiti harus dirawat menggunakan kekuatan minda, diet dan senaman, bukan ubat-ubatan. (*dengan wajah serius*)

4. Perasaan takut atau sewaktu dengannya (kategori depress) boleh membantu kita menurunkan berat badan kerana menghambat selera makan. Sebab tu, banyak dadah/ubat anti-obese adalah inhibitor anti-depresan biologik.

5. Sebagai Abang Kandung Yama (dewa Kematian), seseorang doktor harus mencari jalan yang kreatif untuk mengubati pesakit dan kreatif mencari kekayaan duniawi.

6. Yang lain-lain korang fikir la sendiri... sebab aku busy... minggu depan nak kena hantar dan bentang assignmen farmasi... kalau la assignmen tu dia bagi medical prescription macam Juha, boleh la jugak aku jawab. Ini tulisan preskripsi tu hodoh. Aku tak faham apa yang dia tulis... Juha punya lagi senang nak paham (anyway, thanks Adi sebab nak handle...)

=)

Kontroversi Kaum Luthi





A: Ko nak tau tak, si B ni kata dia 100% Homo

B: Hahaha~!
C: Eh B, Ko tau tak kaum Gay tu apa? Kaum yang dilaknat Allah tau!





MUKADDIMAH

Aku masih terpaku di situ memerhatikan perbualan kawan-kawan aku, tekun mentelaah Lecture Notes yang harus dibaca sampai termuntah (untuk mendapat A - Tips daripada Kak Toy). Aku membisu saja selepas itu.

Mungkin pada artikel kali ini, aku akan menyuarakan isu yang hangat dan panas ini. Aku telah pun membaca teori psikologi daripada Bapa Psikologi kita, Sigmund Freud. Isu ini dibahas secara nak tak nak dalam tutorial block 2.4 hari itu.

Ada beberapa syarat yang aku letakkan untuk korang baca artikel ini:

1. Jangan terima bulat-bulat. Fikirkan dengan mendalam. Artikel ini ditulis dengan persepsi dan pembacaan, bukan spiritualiti.
2. Jangan menentang habis-habisan. Sebab persepsi kita berbeza, konflik sentiasa wujud. Namun keragaman ini harus dihormati, bukan disemarakkan dengan api kebencian.
3. Baca sampai habis dengan teliti. Artikel ini sentiasa berantaian antara satu dengan yang lain. Salah tafsir akan menyebabkan prasangka negatif kepada aku.



Orang Islam, Kristian, Yahudi dan yang membaca kitab suci mereka pasti mengenali Nabi Lut A.S (Lot), anak saudara Nabi Ibraham A.S (Abraham). Mengikut Bible, Lut bukan seorang Nabi. Lut datang dari Ur, Mesopotamia bersama-sama Ibrahim ke Tanah Kanaan.

Namun, oleh kerana berlaku pertelingkahan antara pengembala-pengembala kambing Lut dan Ibrahim berebutkan padang ragut, maka, Lut berpindah ke pinggir bandar Sodom. Dalam al-Quran, Lut adalah seorang nabi yang dihantar ke Sodom untuk menyebarkan ajaran tauhid Islam kepada penduduk Sodom dan Gommorah. Kaum Luthi merujuk kepada penduduk kota-kota ini.

Kita seringkali disogokkan dengan cerita bahawa Kaum Lut diazab oleh Allah kerana perilaku liwat. Sebenarnya, Kaum Lut bukan dihukum HANYA kerana liwat. Kaum Lut melakukan lebih daripada liwat.

Mereka mendustai rasul-rasul, mengingkari Allah, dan meninggalkan isteri-isteri mereka untuk mendatangi lelaki-lelaki. (Al-Quran 26:156-175) . Mereka mempunyai rekod jenayah kepada Allah yang serius. Yang menjadi perhatian Nabi Lut adalah perbuatan liwat mereka itu. Namun Allah menghukum mereka bukan kerana itu saja.

Untuk itu, wajar kita mendoakan Muslim yang terjebak dalam perbuatan kaum Lut untuk bertaubat. Allah takkan meninggalkan mereka, selagimana mereka menaruh iman kepada-Nya.
Kalau kaum Lut tidak mendustai nabi mereka dan beriman kepada Allah, walaupun mereka melakukan perbuatan tersebut, mereka akan bertaubat daripada perbuatan tersebut dan insya-Allah tidak akan diazab, sepertimana yang berlaku pada kaum Nabi Yunus A.S. (Wallahu Alam)

Laut Mati
Mengikut tafsir al-Quran, Bandar Sodom diterbalikkan menjadi Laut Mati.
Kawasan ini dikenali dengan nama Khirbet As-Sdum dalam Bahasa Arab.


Semenjak itu, sebelum abad ke-18, manusia mengenali liwat, kes liwat dianggap sebagai jenayah besar dan pelaku menerima hukuman berat. Liwat merupakan perilaku seksual (Seksual Acts/behaviour). Mereka tidak mengenal Gay mahupun Homoseksual.

Hukuman Allah terhadap Kaum Lut digunapakai untuk mensabitkan perilaku liwat sebagai kesalahan.

Homoseksual dan Gay dipopularkan atas dasar yang berbeza. Homoseksual adalah "Sexual Orientation". Orientasi Seksual adalah kecenderungan untuk tertarik secara emosional, romantik dan/atau seksual terhadap sesuatu jenis seks.

Homoseksual merupakan suatu kecenderungan, bukan perbuatan. Secara klinikal (bukan bahasa kebanyakkan). Gay dibezakan dengan Lelaki Homoseksual berdasarkan perilaku seksual (Sexual Behaviour) dan juga orientasinya.

Sebagai contoh, seseorang yang berorientasiakan Panseksual (tertarik kepada semua jenis seks), boleh dikatakan sebagai Gay apabila mereka mengekspresikan kecenderungan mereka kepada sesama jantina sahaja. Secara bahasa, Homoseksual tidak dianggap sebagai Gay ataupun Lesbian apabila mereka tidak mengidentifikasi diri mereka sebagai Gay atau Lesbian melalui perbuatan atau lisan (closeted Homosexual).

Berikut adalah istilah-istilah Seks Psikologiuntuk menjelaskan kategori-kategori manusia:
1. "Sex" adalah istilah yang digunakan membezakan fungsi reproduktif .

2. "Gender" bermaksud bagaimana seseorang memandang dirinya sebagai lelaki ataupun perempuan ataupun di tengah-tengahnya, TIDAK semestinya berdasarkan fungsi reproduktif, tetapi mungkin juga berdasarkan persepsi sosial, identiti, orientasi, peranan seksual, dsb.

3. "Sexual Orientation" (Orientasi Seksual) = maksudnya seperti yang dinyatakan di atas. Orientasi Seksual termasuklah Homoseksual, Heteroseksual, Biseksual, Aseksual, Panseksual, dan Polyseksual. Kita hanya fokus pada Homoseksual saja.

4. "Sexual Behaviour" (Perilaku Seksual) adalah ekspresi seksual manusia secara perbuatan mahupun lisan.


Sekarang, semua sedia maklum, apakah "Gender" dan "Sex". Jadi kalian sudah pun tau prinsip "Not All Woman are Female, Not All Man are Male".

YANG MEMPENGARUHI:

Semua ahli Psikologi menolak pendapat umum yang menyatakan bahawa orientasi seksual merupakan PILIHAN dan GAYA HIDUP. Alasannya mudah. Kebanyakkan daripada mereka yang homoseksual dilahirkan dalam masyarakat yang menentangnya. Mereka dididik bahawa menyukai seorang lelaki secara seksual atau romantik adalah salah oleh ibu bapa mereka. Namun akhirnya mereka memilih untuk hidup dalamnya selamanya.


Sigmund Freud
Bapa Psikologi Moden

Terdapat beberapa teori yang menjadikan seseorang itu Homoseksual. Dalam bahagian ini, saya cuba menyimpulkan beberapa teori psikologi untuk direpresentasikan.


1. SEMULAJADI

Majoriti psikologis menerima bahawa orientasi seksual itu merupakan sesuatu yang tidak boleh dipilih dan ditetapkan secara alami sejak lahir.
Bapa Psikologi, Sigmund Freud mengemukan teori bahawa semua manusia adalah biseksual, kemudian keinginan ini disupressi kepada beberapa kecenderungan (Innate Biseksual).

Beberapa kajian terhadap alam haiwan mendapati bahawa biseksualism merupakan sesuatu yang biasa bagi mereka, dan homoseksualism wujud secara lumrah, bukan sebagai masalah.
Maka, otak Paleo-Mammalian manusia (yang mengawal sistem limbik, emosi, dsb) wujud sebagai biseksual. Otak Neo-Mammalian pula menekan kecenderungan tersebut dengan pengalaman, persepsi, pembacaan dan pemikiran.
(yang membezakan otak manusia dan otak haiwan ialah korteks prefrontal, menyebabkan manusia dapat berfikir baik dan buruk berdasarkan persepsi dan dapat memprediksi sesuatu)

2 Zirafah Jantan
Hubungan mereka sangat akrab

2 Penguin Jantan
Perilaku seksual spesies burung ini didokumentasikan dengan baik
Kepupusan penguin dikhuatiri diancam oleh oleh kecenderungan perilaku seksual sejenis.


lawat: http://en.wikipedia.org/wiki/Homosexual_behavior_in_animals

Dengan pembuktian bahawa biseksual wujud secara semulajadi, ini memberi masalah kepada agamawan yang sebelum ini menghukum homoseksualism sebagai kontra-natural dan wujud hanya pada manusia yang boleh berfikir dan memilih yang buruk.

Bagi mereka, sesuatu yang natural pada alam tidak boleh dianggap sebagai dosa. Jikalau biseksual dan homoseksual adalah lumrah seperti heteroseks, maka ia bukan suatu kesalahan kepada manusia.

2. GENETIK

Terdapat beberapa effek biologis yang boleh menyebabkan homoseksual. Genetik misalnya, (Sindrom Klinefelter atau Turner) boleh menyebabkan kecenderungan seksual sejenis.
Meta-analisis menunjukkan gen Xq28 (yang diwarisi dari sebelah ibu) mempunyai signifikan untuk mempengaruhi orientasi seksual bagi lelaki.

Suatu kajian daripada Itali mengkonklusikan bahawa terdapat gen yang mempromosi kesuburan perempuan tetapi turut mempromosi warisan homoseksual kepada anak lelakinya.

Gen Xq28
Pernah dikatakan mempunyai kaitan dengan warisan homoseksualiti.

3. TEORI NEO-DARWINISM

Neo-Darwinis pula mengemukan teori bahawa seleksi gen homoseksual merupakan seleksi natural kerana biasanya kaum homoseksual ini biasanya tidak akan mempunyai anak, jadi, ini akan menambahkan sumber-sumber ekonomi kepada ahli keluarganya yang lain

4. TEORI EBE (Exotic become Erotic Theory)

Ketika dalam usia emas, ada sebahagian kanak-kanak yang gemar bermain sesuatu yang tipikal untuk jantina yang bertentangan dengannya. Hal ini mengakibatkan dia tidak akrab dengan rakan-rakan yang sejantina dan menganggap mereka sebagai "lain"
Perasaan eksotik kerana kelainan ini kemudiannya ditransformasikan dalam bentuk erotik.

5. PENGALAMAN DAN PEMERHATIAN

Pengalaman dan pemerhatian kanak-kanak terhadap alam yang berlaku di sekitarnya boleh mempengaruhi perubahan persepsi seksual pada jantina sejenis atau lain jenis. Kanak-kanak lelaki yang pernah dicabul oleh lelaki dewasa biasanya mempunyai kecenderungan untuk menjadi homoseksual.
Keluarga juga boleh mempengaruhi persepsi kanak-kanak. Kajian mendapati bahawa keluarga yang berpecah-belah mempunyai kecenderungan untuk tidak menjadi heteroseksual.

6. BIRTH ORDER THEORY

Kajian Blanchard dan Klassen di Amerika pada 1997 melaporkan bahawa setiap abang yang lebih tua akan meningkatkan kebarangkalian adiknya menjadi homoseksual sebanyak 27-41%.

(okey, maksudnya kalau anak lelaki kelima???)

7. HORMON

Pengaruh hormon estrogen maternal dapat mengakibatkan perkembangan minda keperempuanan bagi fetus lelaki. Jikalau seseorang lelaki mempunyai hormon estrogen yang abnormal, maka ia akan turut mempengaruhi kecenderungan seksualnya.

8. KONSTRUKSI SOSIAL-BUDAYA-SEJARAH



Anjing Balboa menghukum Orang Red Indian
Penjajah Sepanyol yang terkejut dengan perbuatan liwat sesama jenis secara terbuka kaum Red Indian. Mereka dipaksa meninggalkan amalan tersebut tetapi enggan. Akibatnya, orang Sepanyol menyeksa mereka, membakar, memotong mereka dan diberi kepada anjing sebagai santapan.

Penyelidik dalam Queer Studies mengemukan pendapat bahawa homoseksual (dan orientasi seksual lainnya) wujud kerana konstruksi masyarakat barat selepas abad ke 18. Sebelum ini, manusia tidak mengenali Gay atau Homoseksual. Gay bermaksud gembira pada ketika itu.
Homoseksual tidak dikenali dibudaya luar hinggalah zaman informasi. Sebelum pertengahan abad ke-20, hubungan heteroseksual dianggap berdosa oleh sebahagian masyarakat Melanesia, dan cenderung kepada homoseksual.

Sewaktu Sepanyol menjajah Amerika, mereka terkejut dengan amalan homoseksual yang dilakukan secara terbuka oleh masyarakat Red-Indian.

Di Asia tengah dan selatan, sebahagian puak beranggapan bahawa perasaan terhadap lelaki merupakan sesuatu yang biasa.

Sebahagian lelaki dalam masyarakat Asia dan Afrika masih mengamalkan hubungan komitmen (emosional dan romantik, bukan seksual) dengan lelaki, beranggapan ianya sebagai suatu perhubungan persahabatan.

Masyarakat barat beranggapan bahawa perbuatan mencium lelaki di mulut dan pipi sangat "gayish" tetapi tidak di bahagian dunia lain.



Pemimpin Yahudi di Iran dan Ahmadinejad
Konstruksi Budaya
Lelaki mencium pipi lelaki dianggap perilaku homoseks di Barat,
manakala di tempat lain, lelaki mencium bibir lelaki dianggap biasa.
Di Iran, walaupun Gay dihukum gantung, namun Iran membenarkan transjantina dan memberi subsidi untuk itu.

PEMIKIRAN KAUM HOMOSEKS

Pemikiran kaum homoseks dirumitkan lagi dengan peranan emosi. Emosi dikontrol secara tidak sedar di Sistem Limbik otak manusia. Cinta. Manusia bisa terjatuh cinta kepada sesiapa saja. Ia sesuatu yang kompleks.
Romantisme kaum homoseksual dan biseksual sebenarnya sama saja dengan kaum heteroseksual.
Ada sebahagian daripada mereka jatuh cinta, berpegang pada kesuciannya dan ada sebahagian pula sekadar mau kepuasan seks semata-mata. Ada yang hidup sebagai jantina berbeza, tetapi menolak untuk melakukan seks dengan orang lain.
Dalam perilaku seksual, ada yang mahu mendominasi pasangan dan ada yang bersifat submissif. (oklah, kalau korang baca Mastika, yang mendominasi tu dipanggil Top, yang submissif itu dipanggil Bottom. Majoritinya, dalam hubungan suami-isteri, suami adalah Top, dan Isteri adalah bottom.)

Sistem Limbik
yang merangkumi "Paleo-Mammalian Brain of Human"
Perasaan diatur disini bersama beberapa sistem biologi yang berkaitan dengan perasaan.

Detak Jantung dikawal di sini, kerana itu, apabila anda marah atau terserempak dengan orang yang anda cintai, degup jantung anda akan cepat.
Perasan tak reaksi badan ketika marah dan terserempak dengan orang yang kita suka adalah sama? Kenapa ya? Itulah peranan limbik sistem yang masih misteri.




Mereka mengelas tipe-tipe manusia yang disukai/diminati mereka. Kaum homoseks tidak menyukai semua orang yang sejenis dengan mereka, sebagaimana kaum heteroseks tidak menyukai semua orang yang bertentangan jantina dengan mereka.

FAKTA MENARIK:
PERBEZAAN FISIOLOGI (FUNGSI BIOLOGI) KAUM LELAKI HOMOSEKS DAN LELAKI HETEROSEKS


1. Bau ketiak lelaki homoseks dan lelaki heteroseks berbeza.
2. Apabila perempuan dan lelaki homoseks terdedah kepada bau testosterone dalam peluh lelaki, hipotalamus mereka akan diaktifkan. Pada lelaki heteroseks, reaksi yang sama diperhati apabila didedahkan dengan "estrogen-like compound" yang terdapat dalam urine perempuan.
3. VIP SCN dan Suprachiasmatic Nucleus lebih besar pada lelaki homoseksual > lelaki > perempuan.
4. Puratanya, perempuan heteroseks dan lelaki homoseks mempunyai nisbah saiz otak kanan dan otak kiri yang sama; lelaki heteroseks dan lesbian mempunyai nisbah otak kanan yang lebih daripada otak kiri.
5. INAH-3 pada lelaki homoseks mempunyai saiz yang lebih kecil dan sel yang lebih padat daripada lelaki heteroseks.

Third Interstitial Nucleus of Anterior Hypthalamus (INAH-3)
Yang berwarna merah. Yang atas tu gambaran untuk lelaki, yang bawah gambaran untuk perempuan.

INAH-3 mempunyai kaitan dengan orientasi seksual dan bertanggungjawab terhadap "sexual diphormism". Kecederaan di bahagian ini memberi kesan terhadap orientasi seksual tanpa mempengaruhi daya seks (seperti yang diperhatikan pada Primates).
Lelaki Homo mempunyai INAH-3 seperti perempuan Hetero.

*Primates adalah golongan keluarga monyet, orang utan, babun, dsb yang dianggap sebagai haiwan terdekat dengan manusia dalam taksonomi dan genetik.



RUMUSAN TEORI:

Dalam sains perubatan, aku disogokkan dengan pelbagai teori tentang kewujudan kaum ini. Kewujudan kaum ini bukan kerana satu etiologi saja.

Aku diberikan bukti bahawa orientasi seksual yang sebenar pada fitrahnya bukanlah heteroseksual, tetapi biseksual. Kebanyakkan spesis adalah hemaphrodites, ini bermakna kebanyakkan haiwan adalah biseksual yang asli.
Perkara yang sama diperhati dalam kajian perilaku seksual semua species haiwan . Manusia juga adalah haiwan, cuma kita diberikan hukum-hakam dan akal.
Ini memberikan suatu konfirmasi terhadap teori Sigmund Freud yang menyatakan manusia asalnya biseksual (seperti haiwan lain) tetapi menjadi monoseksual kerana supressi dari pengaruh persekitarannya.
(saya menolak teori Neo-Darwinism)

Tidak cukup dengan itu, pengkaji membuat kesimpulan bahawa gen yang menyebabkan kesuburan pada X chromosom juga membawa genetik homoseksual.
Oh ya, semua manusia pada asalnya mempunyai otak seperti otak perempuan namun perbezaan otak lelaki dan perempuan boleh diakibatkan oleh faktor hormon ketika kandungan.
Ini merupakan suatu proses biologik yang mungkin akan mengarah kepada perkembangan orientasi seksual selanjutnya.

Perkembangan Gonad
"Telur" lelaki dan "Telur" perempuan mempunyai asal-usul yang sama.
Yang satu turun, yang satu lagi tertinggal kat abdomen. Ini semua pengaruh hormon.


Ketika usia emas kanak-kanak (iaitu tatkala otaknya berkembang hingga 80%) mungkin saja anak-anak yang dikatakan biseksual oleh Sigmund Freud tadi boleh dicorakkan untuk menentukan orientasi seksualnya secara psikologi

Mungkin terdapat faktor biologik (genetik/hormon) atau faktor persekitaran(tiada kawan lain) yang menyebabkan anak-anak ini lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang berbeza jantina dan beranggapan bahawa kanak-kanak sesama jantina itu sesuatu yang eksotik.

Sewaktu ini, kanak-kanak homoseksual atau heteroseksual secara genetik mahupun yang biseksual secara alamai boleh diajar untuk menekan kecenderungan emosional mereka.

Walaubagaimanapun, harus diingat, menekan kecenderungan tidak pernah mengubah lumrah atau genetik seseorang. Manusia bukan binomial (Ya atau Tidak) tetapi berada diantara kedua-duanya.

Aku mempelajari terdapat banyak perbezaan biologi dan fisiologi antara heteroseksual lelaki dan homoseksual lelaki (hanya sedikit yang saya nukilkan di bahagian atas).
Mustahil mereka boleh menetapkan bau ketiak mereka sendiri atau mengawal reaksi dalam hipotalamus?

Beranggapan bahawa teori genetik dan Innate Bisexual adalah benar, aku tertanya-tanya, mengapa wujud perbezaan biologik jikalau mereka ini asalnya biseksual?

Harus diingat, bahawa Innate Bisexual adalah teori psikologi, bukan teori biologi. Salah satu cara supressi adalah melalui biologik. Genetik dan hormonal adalah salah satu cara suppressi juga.
Namun supressi tidak pernah mengubah.

Sebagai saintis, aku menyokong teori yang menyatakan bahawa orientasi seksual bukanlah pilihan. Heteroseksual, Homoseksual, Biseksual, Aseksual, Panseksual, dan Polyseksual dilahirkan seperti itu mengikut seleksi natural dan setelah mengalami proses suppressi genetik dan hormonal.

Tanpa sedar, sekali lagi mereka mengalami supressi kecenderungan seksual ketika kanak-kanak melalui pengalaman, pendidikan dan pembacaan.

PESANAN KEPADA KAWAN-KAWAN

Pada titik ini, aku tersedar bahawa aku juga telah dicorakkan oleh pembacaan, pendidikan dan pengalaman kerana terlalu banyak membaca teori-teori ini.
Kerana itulah aku ingin sekali menegaskan kepada anda yang membaca - jangan menerima bulat-bulat, jangan menolak mentah-mentah.

Pergilah bertafakur sejenak di dalam bilik, tenangkan diri, pejamkan mata dan dengarlah apa suara hati kalian berbisik. Hentikan berfikir apa-apa yang kalian baca.
Bagi saya, Allahlah yang meniup roh yang suci ke dada kita. Kita pada asalnya sudah baik dan sempurna. Namun nafsu dan akal kita telah dididik oleh persepsi, pengalaman, pembacaan dan kepentingan sendiri.


Hilangkan mereka buat seketika, fokus pada ruh anda - tanyalah apa yang natural pada setiap manusia...












Aku ingin kembali ke tafsiran zaman lampau, sebelum manusia membeza-bezakan orientasi seksual. Liwat merupakan jenayah. Kaum Luthi yang melakukan hubungan seks liwat itu mengkhianati isteri mereka (mereka mungkin biseks - kerana punya isteri), itu juga merupakan jenayah. Semuanya dinilai mengikut perilaku, bukan perasaan kecenderungan yang abstrak dan rumit. Maka, sudah pastinya kita tidak berprasangka buruk terhadap orang lain (yang mungkin tiba-tiba saja ilmu kasyaf kita menyatakan dia adalah Homoseks secara perasaan).

Perasaan dan kecenderungan bukan jenayah. Jangan menghukum.

Homoseksualiti merupakan kecenderungan. Ia begitu abstrak. Jadi, menilai manusia berdasarkan kecenderungan, mengkajinya dengan dalam dan terperinci merupakan sesuatu yang tak kunjung habis.

Perasaan tak pernah berdosa (kecuali perasaan bongkak, sombong, takabbur dan riak). Perasaan romantisme antara sejenis mahupun dengan berlainan jenis, apapun ekspresinya, dalam bentuk persahabatan atau perkahwinan atau persaudaraan atau perlindungan (Wali-Mawali) bukan suatu jenayah. Ia menjadi jenayah apabila batas-batas dirobek dalam bentuk perlakuan. Maka, jangan sekali-kali menghukum kesalahan kerana romantisme. Hukumlah Liwat atau Zina berlandaskan syariah, tetapi jangan menghukum "kecenderungan".

Apa yang aku lakukan dalam artikel yang panjang berjela-jela ini pada akhirnya aku cuma berharap satu: hentikan menuduh dan menghukum manusia berdasarkan kecenderungannya yang kita sendiri tak pasti.

Anda tidak boleh mengharap laknat Allah terhadap kaum Homoseks. Mereka mungkin saja secara genetiknya mempunyai kecenderungan begitu atau mungkin mereka mempunyai pengalaman zaman kanak-kanak yang menjadikannya begitu.

Itu bukan salahnya, mereka tidak pernah mengatur gen-gen mahupun hormon. Mereka juga tidak mampu mengawal bagaimana mereka menilai persepsi sewaktu kecilnya, kerana mereka masih belum mumayyiz.

Mereka pasti tahu kecenderungannya menjurus ke arah dosa. Mereka dididik sebegitu, mereka pasti tak nak begitu.

Tetapi selagi mana mereka tidak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang (Syarak atau Sivil), maka janganlah menghukum mereka, biarlah mereka dalam perasaan dilemmanya, dan biar mereka menyelesaikannya dengan Allah. Apabila anda menghukum mereka, atau menyatakan mereka sebagai pesalah, atau mengharap laknat Allah, maka anda telah membantu syaitan untuk mengalihkan seseorang daripada Allah.

Bantulah dia merubah dirinya. Aku percaya dia boleh berubah (tak seperti pendapat saintis-saintis di atas). Jangan sekali-kali menyatakan mereka sebagai kaum Luthi dan seerti dengannya kerana itu hanya akan mendorong mereka untuk menjadi seperti itu.

Maka, doakanlah, semoga Allah selalu meredhainya dan memberikan pahala atas keupayaan dan kesabarannya mengawal nafsunya sendiri. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. yang nyata mahupun yang tersembunyi. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui lubuk hati Manusia. (Doakan untuk aku juga~!)




p/s: lagi 1, aku tak der sebarang skandal bersama si B, okey...


~Apologetics~





Realiti Sebuah Emansipasi

Rasa-rasanya belum terlambat untuk aku mengungkapkan pandangan tentang apa yang aku lihat pada minggu lepas. Sesuatu yang sangat mengejutkan diriku - Tentang reliti sebuah emansipasi.


Aku baru berumur 20 tahun. Kalau di Malaysia, aku masih dinafikan beberapa hak-hak kedewasaan. Antaranya termasuklah hak untuk mengundi dalam pilihan raya (umur 21 tahun).
Hak untuk mendapatkan lesen motor dan kereta juga masih dinafikan, kerana kerajaan telah meningkatkan had minimun umur untuk mengambil lesen motor dan kereta kepada 21 tahun.
Hak kedewasaan yang diperoleh pada umur sebegini sekadar untuk membuat seks dengan kerelaan sendiri. (Malaysian Age of Consent = 16 years old). Tak sure kalau dah boleh beli rokok atau arak... sebab dulu umur beli rokok = 18 tahun. Tak tau kalau naik.

Anyway, aku bukan nak berbicara mengenai planning aku nak buat perkara-perkara yang tak baik tu. Betul. Tak niat pun. Walaupun aku tau batu aras umur yang boleh buat itu dan ini dengan sah di sisi undang-undang negara (tetapi bukan undang-undang Syariah), insya Allah aku akan mengertang nafsu daripadanya.
Aku hanya mahu berbicara tentang EMANSIPASI.

Apakah emansipasi? Emansipasi adalah pembebasan seseorang daripada seseorang yang lainnya, terutamanya seorang anak daripada ibu bapanya. Bagiku, umur emansipasi di Malaysia adalah 17-21 tahun. Kalau di Indonesia, semua hak-hak yang aku sebutkan di atas bisa diperoleh sekitar umur 17-18 tahun. Jadi tak hairanlah kalau aku boleh terkejut dengan "emansipasi" yang di laksanakan di Indonesia. Aku sudah boleh "bebas" di Indonesia. Rata-rata Mahasiswa UGM sudah bebas ibarat singa yang terlepas kandang.

Indonesia adalah republik sekularis, demokratik, dan liberal. Walaupun mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia dan menjadi anggota OIC, itu tidak sama sekali menjadikan Indonesia sebagai negara Islam (tetapi lebih sebagai negara Muslim).

Banyak perkara yang bebas, sebebas-bebasnya, sehingga anda tidak perlu pergi sampai ke Amerika ataupun Austarlia untuk menikmati liberalisasi hedonidsme dunia marcapada yang memerdekakan kita daripada belenggu ortodoks dan tradisi.

Pada hari Jumaat yang lepas, aku telah menyaksikan betapa liberalnya Indonesia dalam sudut yang paling menjelekkan bagi diriku. Aku kelelahan menguruskan bazaar kontingen Malaysia untuk GAMAFEST pada siang hari.Pada malamnya, aku pergi mahu menonton persembahan kebudayaan pelajar-pelajar Malaysia yang akan dipentaskan seketika nanti.

Namun sesampainya di sana, sebuah acara bernama MISS GELANGGANG belum lagi selesai.
Aku menjulur-julurkan kepala di antara keramaian, untuk memerhati pentas. Pelik. Suara Lelaki... Tapi yang bercakapnya berpakaian perempuan? What the...?

Ya, MISS GELANGGANG - sebuah kompetisi yang melibatkan LELAKI-LELAKI aktif dalam unit kegiatan mahasiswa UGM, didandani dengan PAKAIAN WANITA yang cukup adiwarna, berbasiskan modul ala-ala MISS UNIVERSE.

Pesertanya SEMUANYA LELAKI. Jurinya juga LELAKI yang berdandan seperti wanita. Di atas pentas tersebut, semuanya lelaki, sayangnya cuma MC nya "tajalli" seperti lelaki. Lelaki yang bertanding mungkin saja sebenarnya merupakan lelaki sejati (teeetttt... maksudnya bukan Mak Nyah betul la~!) ataupun mungkin Mak Nyah asli.


Calon-Calon Miss Gelanggang 2009
Mengenakan kostum ala-ala Mak Nyah + mammae palsu.
(gambar ikhlas daripada Sudin)

Aku pun tak tau, sebab dalam konfius yang total. Ada yang kata lelaki tersebut dipaksa, ada yang kata sukarela. Entahlah, Gasak korang la...

Aku terus ke belakang pentas untuk membantu kontingen Malaysia, malas untuk menonton Miss Gelanggang lebih lama. Aku minta Sudin tangkap gambar untuk aku masukkan dalam blog.

Kalau di Malaysia, sudah pasti pertandingan ini diharamkan. APATAH LAGI KALAU DISELENGGARAKAN OLEH MAHASISWA-MAHASISWA DI UNIVERSITI. Bahkan, kalau lelaki memakai pakaian perempuan saja pun akan didenda sebanyak RM 25-50 dibawah seksyen 21 Akta Jenayah Kecil 1955 (belum lagi pertandingan besar-besaran).

Mahkamah Syariah pula boleh mendenda mereka daripada RM 800 - RM 3000. (Mengikut Kensus oleh IKHLAS, 80% Mak Nyah di Malaysia adalah orang Melayu). Kaum Mak Nyah juga boleh diberkas dalam serbuan polis dan Jabatan Agama atas tuduhan Jenayah Seks.
Jikalau Mak Nyah di Malaysia pun dilayan sebegitu, apakah ada "lelaki sejati" yang mahu berpakaian seperti perempuan untuk dipertandingkan di peringkat Universiti untuk menggembirakan orang lain? Oh, rasanya tidak!

Aku memang mengakui bahawa wujudnya golongan yang mempunyai perilaku seksual yang berbeza daripada lazimnya. Itu bukan penyakit, bahkan dianggap normal dalam psikologi. Ada saja lelaki yang gemar memakai baju perempuan, tetapi meminati perempuan (Orientasi Seksual: Heterosexual) dan mempunyai sifat dominan terhadap pasangan (Sexual Roleplay: Dominance). Jadi orangnya masih "normal" pada masyarakat, cuma suka berpakaian wanita. Itu saja. Ada juga yang berpakaian seperti lelaki sejati, Heterosexual, tetapi mempunyai Sexual Roleplay yang submissive ataupun dikuasai dalam sesuatu perhubungan jima'.

(Prinsip: "Gender" isn't "Sex" isn't "Sexual Orientation" isn't "Gender Role" isn't "Sexual Behavior")

Aku hairan melihat keramaian yang bersorak-sorak riang melihat telatah peserta Miss Gelanggang. Tepuk meriah berselang-seli. Dadah hedonisme menjalar di segenap urat mereka ketika itu.

Adakah mereka menganggap itu sesuatu yang melucukan? Apakah waras (bukan lagi wajar) bagi seorang lelaki berdandan seperti wanita? Dengan mammae palsu? Tidakkah mereka tahu bahawa itu merupakan tanda-tanda kiamat?

Oh ya, mungkin saja mereka tahu tanda-tanda kiamat (lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya) tapi bagi mereka kita memang dah dekat dengan kiamat, jadi just follow on what has been predicted by divine inspiration? Begitukah?
Aku tertanya-tanya...

Aku tak pasti apa yang berlaku di sini. Mungkin mereka menerima lelaki memakai pakaian perempuan sejak dari dulu dalam budaya mereka. Ataupun mereka sudah berfikiran sangat terbuka menerima impak liberalisasi dunia. Entahlah. Yang pasti, aku masih berpegang pada hal-hal ortodoks dalam budaya Melayu.

Okeylah... aku harus berfikir dari fesyen yang berbeza, kerana aku berada di Indonesia, di sebuah negara yang heterodoks bagiku.

Tetapi kendatipun aku mengganggap masyarakat Indonesia telah menerima perilaku tersebut dengan hati terbuka dalam budaya mereka (bertentangan dengan budaya Melayu), masih saja Miss Gelanggang tidak waras diadakan.

Kalaupun tidak mahu menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar, usahlah mempromosi apa-apa yang tidak patut. Perkara lagha yang mempromosikan hal-hal yang sia-sia.

Aku bukanlah seorang yang sempurna juga. Bukan seorang yang baik. Bukan seorang yang alim. Bahkan mungkin lebih jahat daripada seluruh isi dunia; Tetapi perkara ini tak wajar dipromosikan kepada umum, bukan saja dari perspektif adat Melayu, tetapi juga dari sudut agama dan sudut pemikiran kritikal.

Aku keluar dari Graha Sabha Pramana sejurus selepas memastikan adik-adik junior yang menyertai tarian pulang dengan baik. Saya dan Fazrul menunggu teksi menjemput Aisyah, Malina dan Hema - Di sisi jalan di seberang Graha Sabha Pramana. Terdengar suara-suara Miss Gelanggang masih bertempikan di lowongan pembesar suara di seberang sana. Di sini pula, terlihat seorang Mak Nyah BETUL, sepi menanti apa. Aisyah memerhati sambil berkata - "Aku kesian kat orang-orang macam tu...tapi nak buat macam mana?"

Aku tertunduk. memerhati lantai, pastinya dia tidak mahu menjadi sebegitu rupa (aku belajar psikologi). Habis, apa pula yang berlaku di seberang sana? Puluhan LELAKI SEJATI menyertai dan ratusan mendukung pertandingan MISS GELANGGANG.



Juri
Salah seorang bekas Juara Miss Gelanggang dengan gaun merah + mammae palsu.
Miss Gelanggang merupakan TRADISI di UGM.

(gambar ikhlas daripada Sudin)


"Orang-orang macam ni harus dikasihan, tapi tidak orang-orang yang macam tu," sambil menjuihkan mulut ke Graha Sabha.

Dalam hati, kenapa harus menghias seorang lelaki menjadi perempuan? Mempromosi dan menunjukkan kepada umum? Biarlah golongan Mak Nyah ini hidup dalam dunia mereka. Biar saja. Yang menyatakan diri sebagai "lelaki sejati" janganlah ikut sama. Janganlah mempromosi. Jangan menyokong. Jangan pula membantah. Jangan menyuruh orang lain. Cukuplah kamu dengan diri kamu.

Seperti aku (walaupun belum 21 tahun), mahasiswa-mahasiswa UGM rata-ratanya telah bebas daripada kongkongan ibu bapa mereka. Kerana kebebasan inilah kita sering terlupa tentang mereka.

Emansipasi yang mereka pilih itu sepertinya menyesatkan. Aku pasti, jauh di sudut hati peserta-peserta Miss Gelanggang, mereka masih juga "terkilan" melihat diri sendiri. Tetapi mereka harus membuat keputusan, bertanggung-jawab terhadapnya, kadang-kala dipaksa, tanpa menyedari mereka bisa menolak mentah-mentah.

Apakah semua yang menyertai Miss Gelanggang itu memberitahu ibu bapanya?
Apakah perasaan semua ibu bapa peserta Miss Gelanggang itu sekiranya aktiviti tersebut ketahuan dek mereka?
Majoritinya tidak. Kalaupun ya, apakah ibu bapa mereka bisa menghalang anaknya terjerumus dalam kejelekan atas pilihan sendiri?

Itulah Reliti sebuah Emansipasi.

p/s:

1. Emansipasi:
Apabila kita boleh memilih untuk membuat keputusan untuk diri sendiri, janganlah menggadaikan hak tersebut kepada orang lain. Kita telah bebas daripada ibu bapa, kenapa harus kita dipaksa orang lain untuk membuat sesuatu yang kita rasa bertentangan dengan peribadi kita?

2. Budaya Liberalisme v/s Nurani:
Kepada sesiapa yang suka masuk, menyokong atau menganjurkan Miss Gelanggang, sila fikir dua kali. Adakah anda sangat liberal sampai begitu? Ataupun sekadar untuk menunjuk betapa sekularisnya diri anda. Saya pasti, suara nurani anda berkata "ia tidak sepatutnya begitu"

3. Tiada Objektif:
Miss Gelanggang bukan representasi perjuangan Mak Nyah dalam menuntut hak-hak mereka, melainkan merupakan pertandingan mahasiswa yang bergelumang dalam hedonisme. Tiada objektif melainkan untuk suka-suka. Mak Nyah mendapat hak-hak mereka di Indonesia.

4. Miss Gelanggang tak membawa kemashalatan langsung dari segi masa, ekonomi dan sosial. Jadi, eloklah ditiadakan saja.



Kontingen Malaysia GAMAFEST UGM~!

Aku masih cuti pada hari Isnin 28/9. Tapi, hari itu aku dapat mesej daripada Sekretariat Inter tentang acara UGM Edu-Culture International Festival (GAMAFEST 09). Dorang memilih aku sebagai Ketua Kontingen. Pada hari Selasa, aku dijadualkan bertemu dengan Bari, LO Malaysia acara tersebut. Tapi Bari terlupa temu janji hari tu.



Semangat Antarabangsa
UGM Edu-Culture International Day menggabungkan puluhan negara.


Acara GAMAFEST tu berlangsung pada 13/10-16/10. Hmmm... minggu depan pulak Batch 2007 ada peperiksaan. Batch 2008 pulak ada peperiksaan pada 19/10 Lagi payah. Ingatkan nak suruh Batch 2008 handle jer... Aku try jugak tanya-tanya, tapi jawapan dorg banyak negatif. Anyway, Batch 2007 (batch aku) memang boleh dipercaya. Aku terus rancang jawatankuasa Kontingen. Hari rabu esoknya aku buat meeting dengan semua yang aku pilih.

Aku letak Hemelamariae sebagai Penolong ketua. Sudin aku minta tolong uruskan teknikal dan persembahan manakala Izyan untuk uruskan Bazar. (Dalam masa yang sama, aku mempengerusikan mesyuarat Editor-editor Year Book. Aku selesaikan meeting Year Book dan fokus pada GAMAFEST)

Aku minta Aisyah tulis proposal dana bagi Kontingen Malaysia kepada Fakultas Kedokteran. Fazrul sediakan bajet manakala Aisyah goreng-goreng apa yang patut. So, dalam proposal tu, Aisyah adalah Setiausaha Kontingen, Fazrul pulak Bendahari Kontingen. Aku? Hehehe~ aku mintak Aisyah letak jawatan aku sebagai Koordinator Jeneral (over giler~ tak pernah dibuat orang pakai jawatan tu kat sini). Hema sebagai vice. Sudin sebagai Koordinator Teknikal dan Persembahan, Izyan sebagai Koordinator Bazar.



Koordinator Utama Kontingen Malaysia GAMAFEST 2009 dan Malina Raihan.
Aku (Koordinator Jeneral), Aisyah (Setiausaha),
Hemelamariae (Timbalan Koor-Jen), Malina (tuan punya kamera),
Fazrul (Bendahari) dan Sudin (Koordinator Teknik dan Persembahan)
Izyan, Koordinator Bazar tiada dalam gambar...


Aku terputus hubungan dengan Bari akhir minggu tersebut... Payah jugak nak uruskan hal-hal yang sepatutnya. Mengukuhkan struktur dalaman, aku mendokumentasikan apa-apa yang perlu. Aisyah pun dah siap proposal dan Fazrul bersama rencana perbelanjaan. Hema, Sudin, Iz dah pun mereka konsep.

Hari Isnin dan Selasa (5 dan 6 Oktober) aku ke fakulti semata-mata nak uruskan Proposal. Hari Rabu tu aku cuti sekejap, sebab Jumaat 9/10 aku exam. Anyway, Mbak Widuri pulak mesej suruh datang. Dia tak tau ke aku nak exam? Aku dah minta time cuti sebentar daripada urusan-urusan Kokurikulum. Tensyen, aku sempat bagi mesej yang laser-laser kepada Inter. Aku ke Inter, bertentang dua mata dengan Mbak Widuri, betulkan 2 proposal time tu jugak (proposal GAMAFEST dan proposal Year Book). Aku minta Mbak Widuri supaya jangan sekali-kali kacau 2 hari krusial aku.

Hari Jumaat tu, kecoh pasal masa exam yang tak adil. Yang duduk kat Lecture Hall dapat tempoh selama 2.5 jam, tapi yang duduk kat Classroom 2 dapat tempoh selama 2 jam jer nak selesaikan paper (artikel tentang hal ini akan menyusul kemudian). Selepas Solat Jumaat, aku terus ke KPTU, pejabat pusat fakultas. Aku ke pejabat wakil dekan IV(Timbalan dekan), Prof Suhardjo untuk mintak pengesahan proposal. Tapi dia ke Surabaya. Aku harus minta pengesahan daripada Dr Mansyur Romi, wakil dekan III. Selepas membetulkan lembar pengesahan, aku menunggu Dr Mansyur habis meeting selama 1.5 jam. Dapat tandatangan, aku terus ke Sekretariat Inter.

Hari tu, Sekretariat Inter dah nak tutup, so, tak leh dapat duit hari tu jugak. Kena tunggu hari Isnin. Hmmm...kerenah birokrasi yang membosankan. Tapi aku dah berpengalaman dah berurusan dengan semua ni waktu 1st dan 2nd year dulu.

Ada latihan di ruang atas Bangunan Inter. Aku pergi menjenguk dan memeriksa nama peserta kontingen Malaysia. Hari tu hari terakhir aku puasa 6. Balik selepas maghrib. Nasib baik ada air untuk berbuka kat Inter tu.

Kontingen mendapat peruntukkan Rp 3 juta (RM 1200) pada hari Isnin. Selama 3 hari berikutnya, aku mengadakan beberapa siri mesyuarat, perbincangan dan monitoring. Pada malam Khamis 15/10 kontingen Malaysia bersiap-siap untuk bazaar besoknya. Izyan kelihatan sangat kelam-kabut. Mungkin terlalu penat agaknya. Kesian kat Izyan...

Roopa dan siap masak Tosai+Chudni, Asvini dan kawan-kawan dah siapkan Kesari.
Ng Xiang Wei, Kean Seng dan kawan dorang dah siap masak Loi Mow rice dan Sup Sweet Potato.
Izyan, Piqah, Atikah, dan teman-teman serumah dah siap masak nasi lemak dan mi kari. Roti Jala buat esok.

Wow~ tak sabar rasanya nak rasa makanan-makanan tersebut~!

Oleh sebab mahu mengelakkan basi, sebahagian makanan dijual pada pagi tersebut di rumah Atikah.



Antara Penyokong-Penyokong Bazaar
Malina, Vitrie, Kanmani, Nia.
Aisyah pejam mata kerana terharu dengan kehadiran mereka
Aku pulak tak perasan dorang tgh tangkap gambar.


Bazaar bermula pada jam 3 Jumaat 16/10 di Graha Sabha Pramana, tapi pengunjung dari Malaysia datang sekitar jam 2 (bahkan sebelum). Gatal betul panitia ni. Dalam tentatif pukul 2 start, tapi tiba-tiba nak mundur ke jam 3 semata-mata perasmi acara datang lambat. Tak kisah orang besar atau tak, aku main mulakan jer bazar tu. Memang aku sediakan mekanisme promosi untuk bazar Kontingen Malaysia. Dah ramai merengek nak beli pukul 2 tu, takkan nak suruh tunggu sampai pukul 3? Dorang pun ada kerja jugak kan? Lantakla. Izyan datang sekali je ke bazar, hantar 33 Nasi Lemak, sedikit mi kari dan roti jala. Jualan di rumah juga agak memberangsangkan. Fazrul membantu transportasi makanan, Izyan mengontrol bekalan dari rumah. Aku mengontrol bazar.

Clemency, Juruwang bazar tak menang tangan menjual kupon makanan... tak sempat nak duduk langsung. Semua makanan habis sekitar jam 3.15... Cuma open untuk Sup Sweet Potato dan Henna jer last-last.


Kaunter Kupon Malaysia.
Hema (Timbalan Koordinator-Jeneral), Clemency (Juruwang), dan aku




Kitorang start kemas bazar pukul 4. Sebab malam tu aku kena ready untuk persembahan kebudayaan. Banyak pengunjung Indonesia terpaut hati pada seni Henna, tapi apakan daya, pencorak Henna dah lenguh tangan. Aisyah pun terpaksa join pencorak Henna sekali. Aku terpaksa membataskan orang yang menanti servis Henna. Fuh~ lambat sembahyang Asar hari tu!


Struggle of Henna
Rathi dan Teranjeet Kaur berpulas tangan untuk Henna Body Arts.


Dah siap kemas, aku panjat tembok Graha Sabha Pramana, senang nak angkut barang naik teksi. Anyway, hahaha~ kipas Aisyah tertinggal - minta Bari tolong simpan.

Maghrib tu, Fazrul penat, terlelap sekejap. Aku tak berani nak terlelap, sebab takut terlepas persembahan kebudayaan pukul 7.30 malam (macam kat Malaysia pukul 9).

Sampai-sampai di Gelanggang GAMAFEST aku terkejut beruk... nak tau kenapa? Sebab ada acara Miss Gelanggang... bukanlah terkejut sebab persembahan kebudayaan tu belum mula, tapi sebab acara Miss Gelanggang tu sangat mengejutkan. Nak tau kenapa mengejutkan? Nantikan artikel aku - Realiti sebuah Emansipasi.


Aku bertemu dengan beberapa mahasiswa Malaysia yang sedang khusyuk menonton Miss Gelanggang; aku dok menggeleng-geleng. Aku terus ke belakang pentas, tunggu Sudin dan pasukan penari Malaysia sampai. Akhirnya datang juga, bersama Hema yang bersari.



Radiant~
Nicholas Arvind Van Hui Zen, aku dan Nur Haza Ayuni

Kontingen Malaysia mempersembahkan tarian kebudayaan selepas persembahan daripada Kontingen Belanda. One Malaysia Dance - Tarian Melayu + Tarian India. Best giler tengok dorang menari. Praktis 3 hari pun dah mantap. Teringat zaman aku masuk tarian InterDay dulu. Pernah terlanggar Malina atas pentas. Huhuhu~ Hebat r...


Citrawarna Satu Malaysia
Kontingen Penari Malaysia bersama pegawai-pegawai dan penyokong.


Acara berakhir sekitar jam 9.30. Katanya dulu ada dinner, tapi malam tu panitia just bagi snek jer. Aku memang betul2 tak leh terima. Tapi, dalam peruntukkan, memang kitorang propose bajet untuk dinner malam tu. So, nasib baik. Pengajaran 1: Jangan mengharap panitia Indonesia menyediakan makanan, walaupun dorang kata ada makanan. Pengajaran 2: Dinner di Indonesia bermaksud snek (sebuah sarkasme)...



Aisyah Pot Pet~
Aisyah (Setiausaha Kontingen), aku (Koordinator-Jeneral Kontingen) dan Fazrul (Bendahari Kontingen) berbincang pasal kewangan dan makan malam.
Aku sakit hati sebab panitia acara ni kata dapat Dinner, tapi last2 dia bagi snek jer...


Kitorang pulang. Fazrul hantar aku balik. Kemudian dia dating dengan Hema (upss... jangan marah Nurul). Fazrul hantar makanan untuk semua ahli pasukan tarian. Thanks Fazrul~!


p/s:

Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan thanks bebanyak kepada Hema sebab banyak uruskan hal ehwal kebudayaan India (makanan dan koreograf tarian). Thanks Aisyah sebab banyak buat kerja lebih daripada Setiausaha. Thanks Fazrul, kawan aku paling banyak support aku dalam acara ni, kawan aku yang paling banyak bersusah-payah tanpa mengira darjat...(chewwah~). Thanks Izyan, kerja anda hampir sempurna, so jangan tensyen2. Thanks Sudin, sebab tolong koreograf tarian, dan monitor anak-anak buah aku.

Thanks semua penari daripada batch 2009 (Nicholas, Ayuni, Jegan, Vinayagaraj, Amaran, Subashini, Vimala, dan Malini) korang memang superb, magnificient, tak banyak songel, pandai dan rajin...

Thanks ahli-ahli Rumah Atikah yang tolong masak untuk Bazaar, makanan korang sedap sangat.
Thanks Terenjeet Kaur dan Rathi - setia dan rajin... sorry kalau buat tangan you all terpatah untuk buat Henna tu.
Thanks Xiang Wei and Team... I suka Loi Mow Rice tu.
Thanks kepada Roopa dan Ash... I tak sempat rasa masakan India sebab semuanya laku bagai goreng pisang hangat.
Thanks Clemency sebab jaga kaunter dengan berpeluh-peluh tanpa keluh-kesah.

Thanks kepada Fakulti Kedokteran UGM dan Sekretariat Inter untuk penajaan Kontingen

dan yang terakhir, terima kasih untuk semua pendukung Kontingen Malaysia GAMAFEST 2009. Tanpa sokongan korang semua Kontingen Malaysia takkan berdiri...

Luv You All~!


=p

Raya bersama keluarga


Menapak di Singapura

Assalamualaikum W.B.T. Tiba-tiba jer aku merasa terpanggil untuk menulis tentang raya hari tu. Penat dan best. Banyak yang berbekas di jiwa. Rindu nak balek Malaysia lagi.

Aku sampai di rumah pada 12 September. Turun kat Airport Changi, Singapura. Uncle Raihan amek. Sementara tu, sempat putar-putar kat bandar raya. Wah, giler la Singapore City. Besar, unik, besar, dan bersih. Almost tak ada sampah sarap kat jalan raya. Cuma daun-daun kering berterbangan. Dalam perjalanan, kitorang bergambar di Eyes of Singapore. Sempat melalui Esplande. Gah nian. Walaubagaimana pun Singapore dah hilang identiti Nusantara. Semuanya dalam bahasa Inggeris.

Ada papan tanda yang multi-bahasa tapi hanya Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Pelik. Orang Melayu pakai bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin jugak ker? Tak pakai BM? Agaknya Bahasa Melayu hanya dipakai untuk Lagu Kebangsaan Singapore kot. Anyway, aku bertutur dengan petugas kastam tu dalam Bahasa Melayu. Banyak pekerja bawahan kerajaan Singapura adalah orang Melayu. Lantaklah Singapura. Ada side yang perlu dipuji, ada side yang perlu dikritik.

Pelik tengok patung Singa Singapura. Kepala Singa tapi badan dan ekor ikan. Pancut air dari mulut. Mungkin nak menunjukkan bahawa Singapura dulu perkampungan Nelayan ataupun simbolisme betapa maritimnya Singapura. Idea yang kreatif dan saya masih mencari penjelasan.

Tak banyak yang saya perhatikan di Singapura. Kami lalu lebuh raya untuk terus ke Tambak Johor. Betul kata Sudin. Flat-flat dorang banyak yang dicat cantik dan baru.

Sampai di Kastam Singapura, kitorang kena beratur panjang. Influks ke Malaysia cukup tinggi. Kat Tambak Johor pun jam jugak.

Minggu Pertama di Johor

Aku berhenti di Stesen Bas Larkin dengan Sudin dan Fazrul. Solat Zohor kat sana. Parents Sudin datang dulu. Waktu jalan-jalan nengok apa yang nak beli kat Larkin; Mak pun sampai. Lepas mak beli beg baru dan Aku beli sandal baru, kitorang pun balik rumah.

Kat rumah, apa lagi... show off la telekung2 dan kain yang baru diberi kepada mak, Malina dan Pirah.

Tak banyak yang dilakukan di rumah selain mencuba permainan baru - Plant v/s Zombie. Menarik jugak permainan ni. Sampai habis adventure, mini-games dan survival mode. Mcm biasa, ade mak, Malina dan Pirah kat rumah. Tak banyak buat apa-apa. Puasa la katakan. Tidur sampai petang la... Sepanjang seminggu, aku berjaya menjangkitkan penangan Plant v/s Zombie kepada Malina. Ngahngahngah~!

Tak ingat hari apa, lepas bersembang-sembang, aku tidur kat rumah Bakar (Bapa Saudara Sebapa dengan Mak aku patut panggil Pak Teh, tapi tak rapat la kalau ber"pak-pak" ni, umur 19 tahun)... Rumah sewa Bakar tu belakang rumah depan kitorang jer... jalan kaki pun sampai.




Bakar... (supposedly Pak Teh aku)
Handsome tak dia? Mak kata dia paling handsome antara adik-adik mak.. Anyway, aku lagi ensem.


Ada jugak tolong mak balut piala-piala... Hmmm...ada sehari tu pergi Kulai dengan Bakar naik motor - Bakar nak buat kad pengenalan. Hahaha... hujan pulak... Meredah hujanlah jawabnya kitorang. Tapi kitorang pandai-pandai lar berenti kalau dah lebat sangat...

Hari Jumaat tengah malam tu kakak balik Johor dengan sapa tah. Membebellah mak sebab kakak balik dengan lelaki, lelaki tu bawak dia pi rumah mak sedara la, lalu jalan kampung lah dsb. Aku pergi rumah Bakar, nak monitor perkembangan dia kemas baju. Ajak dia tidur kat rumah. Kakak pulak sampai rumah lebih kurang jam 2.30 malam. Aku pun bgtau la kakak ape yang mak dok bebel. Hahaha~!


Di Kuala Lumpur



Esoknya mak hantar Bakar dan aku ke stesen Kereta Api Kulai. Kitorang akan naik dari Kulai ke KL. Kata mak, tiket ke Butterworth dah abis, terpaksa sampai KL jer. Nanti jumpa mak kat sana. Pak Yeh (Bapa saudara sebapa dengan mak aku, seibu sebapa dengan Bakar) ada kat KL. Kitorang duduk rumah dia.



Pak Yeh dan Mak
Mak macam tersengat sikit sebab Pak Yeh berat sangat kot...

Malam tu, di rumah, tanpa ketiadaan aku. Kakak pun tayanglah orang yang bawak dia balek ke Johor smalam. Mak berkomentar (selepas jumpa la): Budak ni lurus sikit macam Fitri, boleh la mak percaya..." Hahaha...

Pak Yeh memang dah cuti time tu. Dia pun bawak kitorang jalan-jalan kat KL. Potong rambut Bakar, then pergi bukak puasa. Pak Yeh belanja. Pagi (means sekitar pukul 1 pagi) tu pulak, pergi Jalan TAR beli baju raya dengan kakak marka Pak Yeh. Tapi aku tak beli apa2 sebab dah bawak balik baju raya pink aku tu.

Esok kitorang nak ke Kampung... Yeay~!

Petang besok, kitorang bersiap sedia. Bakar berlambat-lambat, aku memang tau die tak nak balek. Pak Yeh marah la kat dia jugak. Sampai kat rumah Pak Lang, Pak Yeh dengan Bakar berbuka kat tempat lain... Mak tanya aku mana dorg: aku jawab "Adik-beradik mak" (malas nak masuk campur). Jumpa Umar (kiranya Pak Su akulah, adik seibu sebapa Bakar - umur dia 17 tahun). Umar duduk kat Johor jugak.

Ke Pulau Pinang

Dekat-dekat pukul 9 malam barulah kitorang bertolak ke kampung. Aku naik dengan mak. Kitorang berenti kat Sungai Perak untuk tdo, tapi ramai sangat orang, tak leh nak tido. Kitorang pun gerak ke perhentian apa tah. Tido kat situ sampai lepas subuh. Hahaha...aku yang first sekali bangun - kejut dorang. Mandilah kitorang kat perhentian tu. Pakai-pakai baju raya dan bersiap nak ke kampung, tapi dengar takbir dah berkumandang kat radio kereta. Terlepaslah sembahyang raya (seperti selalunya)...



Bapa-bapa sedara aku
Pak Lang (Paling boroi), Pak Yeh, Bakar, Umar
Family aku ni ada variasi yang sangat ketara walaupun seibu sebapa.
(Pak Yeh, Bakar, Umar mempunyai pattern raut wajah yang berbeza total; kecuali hidung,
Besar lebih kurang sama...hahaha~ Anyway, mak aku mancung sikit.)



Pagi Raya Pertama

Sampai-sampai di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang, kitorang berpecah. Mak amek Cik Na (mak sedara sebapa dengan Mak, kakak sulung seibu sebapa dengan Pak Yeh, Bakar dan Umar). Beraya kat sana sekejap. Pak Yeh, Bakar dan Umar pergi terus melawat pusara Tok Umi (Nenek Tiri) dengan Tok Wan Tok Me. Pak Lang dengan Mak melawat kubur Tok Piah (Nenek aku), then barulah kitorang melawat kubur Tok Umi dengan Kubur Tok Wan Tok Me.

Rumah second yang kitorang pergi beraya adalah rumah di tepi kubur tersebut. Pas tu, kitorang proceed to Rumah Tok Jah (Nenek saudara aku sebelah Tok Wan sebelah mak). Raya kat sana sambil melawat rumah Tok Wan yang lama. Kata mak sebab rumah tu dah nak diruntuhkan, eloklah kalau budak-budak tu (Pak Yeh, Bakar, Umar) melawat rumah tu buat kali terakhir. Mak pun pasang kaset yang pernah Tok Wan rekod waktu dulu kat rumah ni. Aku tertidur kat situ. Ada suatu perasaan menyerkap. Aku tak pernah naik rumah ni sebenarnya sebelum ni, sebab barang-barang Tok Wan banyak sangat dulu, sampai tak leh duduk. Ingat lagi, waktu first time aku melawat Tok Me (waktu tu aku baru kenal siapa Tok Wan aku) aku tak singgah naik pun. Mak tak kasi. Memang tak boleh duduk. Waktu tu tak silap aku umur 6/7 tahun la. Waktu Tok Wan aku dah meninggal baru aku boleh eksplor rumah dia. Just a pity small house.


Depan Rumah Allahyarham Tok Wan Tok Me.
Pirah ketawa sakan... Tak tau ape yang seronok sangat...

Kata mak, rumah tempat dia lahir tu lagi kecik. Dah dirobohkan dah. Aku tengok dalam gambar, hmmm... lagi luas bilik sewa aku sekarang. Hanya sebuah pondok buruk. Sedihkan? Bersyukur aku dengan taraf hidup aku sekarang.

Aku memang betul-betul harap bapa-bapa sedara aku tu dapat iktibar daripada perkara-perkara lepas. Bakar pun memang tak nak balik sebab tak nak kenang benda-benda lalu, sebab ayah dan mak dia (Tok-tok aku) dah mati. Anyway, mak memang sengaja nak bagi dorang termotivasi dengan cara macam ni. Pesan aku pada bapa-bapa sedara aku tu, Bakar (19 Tahun) dan Umar (17 tahun) jangan malas-malas sangat, ingat asal korang tu...

Raya kat rumah Tok Chik Jah makan laksa. Mak buat resepi pelik, makan mihun goreng dengan kuah laksa. Dia kata ramai yang makan macam tu kat Penang ni. Hahaha... aku pun ikut je la. Lama jugak la kat situ.



Pupu's
Aku, Mayina (2 pupu aku), Bakar (Bapa Sedara), Ahsana (sepupu), Kakak, Umar (Bapak Sedara), Nina (adik).


Cucu-Cucu
Koleksi Cucu-Cucu Tok Chik Jah. Aku, Kakak, Nina, Malina, Ahsana dan Alya = cucu saudara.
Yang lain tu semuanya cucu betul.
Pirah, manusia separuh dikiri gambar menyibuk kat dalam gambar ni...



Sekarang, amek kertas dengan pensil supaya korang boleh paham perkataan aku selanjutnya.


Petang Raya Pertama

Kitorang ke rumah Tok Long Mat. Tok Long Mat adalah sepupu Tok Wan Tok Me, anak sulung Moyang Darus. Ala, duduk dekat-dekat situ jugak. Ketika sedang berjalan kaki, mak pun ceritalah kisah pertama kali tempurung lutut dia terkeluar. Dia kata dulu ada pokok pisang dekat hujung jalan ni. Orang-orang tua kata jangan dok lalu tempat tu, sebab ada tok nenek jaga. Tapi "bangsa ketegaq", mak pun pi la amek daun pisang tang tu nak buat nasi lemak juai (bahasa Johor: jual). Dengan mulut celupaq, mak pun kata "Isy tak dak papa pun kat sini. Depa saja ja tak nak kasi aku amek daun pisang kat sini!". Dan-dan "pang~!" kepala lutut mak terkeluar dari tempatnya. (Patellar Dislocation/Slippage).


Jalan
Depan: Dewi, Alya, Cik Na dan Pirah
Jalan depan rumah Tok Chik Jah. Di pangkal jalan inilah mak mengalami pattelar slippage yang pertama. (Waktu tu tak bertar lagi jalan ni)


Seterusnya kitorang ke rumah Chum Bon (aku pakai eja jer okey...tapi memang bunyinya macam tu...). Chum Bon jugak adalah sepupu Tok Wan, anak perempuan Moyang Man. Moyang-moyang ini adalah adik-beradik moyang aku, Moyang Aminah, ibu kepada Tok Me, ayah kepada mak aku. (Twink~Twink~ mesti korang pening giler babs...). Anyway, kat rumah Chum Bon ade orang kata muka aku macam Arab. (perasan sekejap la...)



Rumah Chum Bon
di mana aku dikatakan seperti orang Arab... hehehe~

Selepas pergi rumah Chum Bon, kitorang patah balik ke Rumah Tok Chik Jah. Kakak tertinggal tuala pink dia. Ngehehe~! Awat la loqlaq sangat~!

Anyway, make sure korang punyer kertas dengan pen ada lagi, untuk melukis gambar rajah susur galur kerabat aku.

Pas tu kitorang pun pergi beraya rumah Tok Kamariah. Tok Kamariah ada kaitan ganda dua dengan kitorang. Kalau ditinjau 5 keturunan di atas Tok Wan Tok Me mengikut sebelah ayahnya, Ahmad bin Hitam bin Husin bin ???? bin ???? (ada namanya, aku tak ingat) orangnya adalah orang yang sama. Tok Kamariah juga merupakan mertua kepada allahyarham Tok Chik Manaf yang merupakan adik lelaki Tok Piah (nenek aku). Kira pangkat Moyang mertua sebelah tok saudara aku lah (bahasa ringkasnya begitu). Tapi, sebenarnya aku memang rapat dengan famili Tok Chik Manaf. Waktu duduk kat ASiS dulu, aku selalu pergi rumah dia...


Malu-Malu
Aku dan Zikri kat Rumah Tok Kamariah.
(Zikri anak Tok Chik Manaf, sepupu mak). Zikri malu-malu sebab belum mandi lagi


Kitorang beraya ke rumah jiran Tok Kamariah lepas beraya di rumah Tok Kamariah (ups, moyang...mak aku panggil dia Tok Kamariah, aku patut panggil moyang lah kan?). Jiran Tok Kamariah adalah Tok Teh Puan, isteri pertama tok wan tiri aku. Allah panjangkan umur orang-orang ni sampai umur 80 lebih. Aku perhatikan mata Tok Kamariah dengan Tok Teh Puan, dua-dua dah ada Arcus Senilis.


Maghrib Raya Pertama (Kampung Tanjung Rambai, Bumbung Lima)


Selepas tu, kitorang pun bercadang nak melawat Pak Jang. Pak Jang tinggal kat rumah peninggalan Tok Piah. Kitorang just perhati rumah tu dari atas jalan raya jer. Macam tak ada orang. Tapi... rumah tu lah tempat yang kitorang duduk waktu raya-raya tahun dulu. Last aku balik raya ke rumah tu 5 tahun lalu. Main mercun, buat istana batu, main pasir, tumbuk beras, kutip pelam, pasang pelita beramai, tolak jip tersangkut, kutip buah cermai, bagi makan kambing dan itik, mandi hujan, kakak buat kopi sejuk, Mat Hanis dengan aku main baling-baling tuala wanita kakak, etc. Aku pun pernah duduk situ waktu mak lahirkan Malina. Aku jer dah banyak memori, yang pahit dan yang manis kat rumah tu... Mak? Tak tau la perasaan dia. Rumah mak dia kan... Rumah tu la yang dia singgah setiap balik raya...

Konflik pun ada jugak. Tapi lebih baik dilupakan. Mak pun mungkin bersyukur sebab tengok rumah tu dari jauh jer. Tak la ingat perkara-perkara yang tak patut dalam rumah tu kan?

Kitorang teruskan perjalanan ke Rumah Tok Wan Tiri aku. (Tok Wan Tiri yang kedua). Kat sana kitorang jumpa Teh, Abang Tiji dan pasangan masing-masing. (Teh = Mak saudara aku seibu dengan mak aku), abang Tiji (abang sepupu aku). Raya kat rumah Tok Wan Tiri kedua aku ni pun sekejap je, sampai aku terlupa nak tanya nama dia siapa...


Malam Raya Pertama (Rumah Mak Long)

Kitorang teruskan perjalanan ke Sungai Petani, nak pergi rumah Mak Long. Pak Lang and famili tak pergi; dorang terus ke hotel. Mak tersesat ikut Pak Yeh ke rumah Mak Long, walaupun ingat nak check in hotel dulu. Abang Tiji dah sampai rumah Mak Long, kitorang ajak dia hantar ke hotel untuk check in kemudian patah balik ke Rumah Mak Long.

Macam biasa, Pak Yeh tersesat. Aku naik kereta Pak Yeh. Sampai hotel, kitorang check in. Pak Yeh dan Bakar pulak tukar angin tetiba, nak tidur terus, malas nak patah balik. Tapi mak kata nanti tak ada kereta nak angkut orang datang ke sini. Bakar nak tidur, tapi aku pujuk suruh ikut jugak.

Malam tu, kitorang makan kat rumah Mak Long. Ada sepupu-sepupu aku adik-beradik abang Tiji: Mat Hanis, Mat Shafiq, Syakrul, Kak Syila. 2 jam lebih je kat sana. Pastu kitorang balik hotel dan tidur. Mak Long suruh duduk rumah dia yang yang lagi satu, tapi kitorang dah tempah hotel. Then, kitorang pun baliklah ke hotel.

Hotel tu ringkas, tapi sejuk giler. Best betul tidur kat hotel malam tu. Aku tidur dengan sangat nyenyak dan tenang. Pokoknya kenangan tidur paling best sepanjang aku masuk universiti ni.. Hahaha~ mungkin sebab letih sangat. Anyway, memang tdo hotel best pon kan? Aku terbangun sebab sejuk sangat...


Lorong Di Hotel
Umar, Aku, Kakak, Ahsana sedang membuat tarian dinding...


Di Lobby Hotel
"Kemanene"(nama manja Malina) sedang lahap menyuapkan sesuatu ke dalam mulutnya...Aum~!

Aku dan Umar (Pak Su)
Alamak...perut aku nampak boroi giler la...

Gambar di Hotel.
Yang montel tengah duduk tu lah mak sedara aku, Cik Na. Yang tudung hitam dekat2 dia = Pirah


Esok pagi, (actually tengah hari) kitorang check out. Makan sekejap kat warung tepi tu. Hahaha~! (korang boleh kata aku giler, sebab ttba ketawa)

Aku ketawa sebab Pak Yeh sekali lagi tersesat. (Tapi tak leh tunjuk depan mak, sebab waktu tu dia tengah marah Pak Lang...). Dia keluar ikut tempat lain. Mak rearrange kereta. Aku duduk dalam kereta Pak Yeh kemudian nanti. Sebagai anak yang patuh, aku menurut (chewwah~!)


Makan Tengah Hari Raya Kedua.
Masih tersenyum menahan ketawa sebab Pak Yeh terlajak. Pak Yeh bermuka geram...


(p/s: okey, sila amek kertas dan pen balik)

Raya Kedua (Rumah Tok Ngah 'In)

Perjalanan diteruskan ke rumah Pak Ngah 'In. Pak Ngah 'In adalah sepupu Tok Wan, abang sulung Chum Bon. Hah... masuk hutan KEDA. Pemandangan indah. Macam jalan dalam cerita winter sonata waktu musim luruh, kata mak. Mak sempat berhenti kereta dan mengutip pucuk apa tah kat tepi jalan (that's the nature of my mum, anyway..faham2 je la)...

Di rumah tersebut, Alya (sepupu aku, anak Pak Lang) bertemu dengan kawan dia kat tadika. What a coincidence~! Tak sangka orang yang sebelum ni dianggap kawan setadika rupa-rupanya kaum kabilah kita sendiri. Kakak dan Umar masuk dalam hutan getah kat belakang main tangkap-tangkap gambar skandal (what? eww~!). Aku dengan Bakar bersembang-sembang dalam kereta, keluar kereta dan bersembang lagi. Bakar tak sporting, tak nak tangkap gambar dengan aku, Kakak dan Umar. Malina pulak sibuk dengan Alya kesayangan dia (kembang-kempis hidung Malina mendengarkan perkataan ini...)


Gambar-Gambar Skandal.
Ada orang mengintai~! Nice picture~!



Pot~~ Pet~~
Mak dengan Pak Ngah 'In dia (Tok Ngah 'In aku). Sepupu Tok Wan.
Mak rancak berbual. Siap bukak Lap Top dia.


Malam Raya Kedua



Hutan Getah

Balik tu ingatkan nak ke Grik, kampung kaum Kerabat Tok Umi (Mak-mak sedara Cik Na, Pak Yeh, Bakar dan Umar), tapi esoknya ada Open House kat rumah mak mertua Cik Na, Cik Na mesti balik malam ni jugak. Pak Yeh dan Bakar bersekutu dengan Pirah untuk menghalang Cik Na balik. Tapi veto di tangan mak... mak prefer Cik Na balik. Dari hutan Baling tu, kitorang patah balik ke Kepala Batas. Makan sekejap kat kedai tepi jalan. Kemudaian hantar Cik Na balik.

Pak Yeh sebenarnya nak ajak Cik Na pergi Grik... tapi sebab jadi macam tu, dorang pun marah Cik Na. So, hari raya kedua ni raya sebuah rumah je...

Malam tu, kitorang teruskan perjalanan ke Perlis. Nak pergi rumah ayah Uncle Ari. Aku, Pak Yeh, Bakar dan Umar naik satu kereta. Oleh sebab malam begitu mengantukkan kitorang bersembang-sembang dan melalak sakan. Mood Bakar dah elok sikit btw.

Nak eksplain sikit pasal pertalian kitorang dengan rumah yang nak dikunjungi ni. Uncle Ari adalah 3 pupu kitorang (Zana, Imran, Nina). Moyang Aminah dengan Moyang Uncle Ari (=Esah), adalah adik beradik. So, mak dengan "ayah Uncle Ari" tu adalah 2 pupu. Anyway, baru sekarang aku tau apa hubungannya Uncle Ari dengan kitorang. Sebelum ni tau dia tu suku-sakat kitorang tapi "tak tau keluaq ikut lubang mana" (ala-ala ayat mak).

Tengah malam jugaklah baru sampai Perlis. Hmmm... pertama kali menjejakkan kaki di Perlis (Thai: ปะลิส). p/s: aku tak tau kenapa aku tulis bahasa Thailand. Tempat yang kitorang lalu kat Perlis tu memang cantik. Sampai-sampai, salam-salam, terus tidur. Ngantuk giler.


Kereta Bujang...
Pak Yeh, Umar, Aku, dan Bakar riuh rendah menyanyi dalam kereta...

Raya Ketiga

Esok paginya, kitorang bersiap-siap nak ke rumah abang kepada ayah Uncle Ari ni (2 pupu mak jugak la). Dah dekat dengan Wong Klian katanya. Mak tak pernah kenal orang ni sebenarnya, tapi bila sampai jer, mak perasan macam pernah tengok. Mak pun bersembang sakan. Aku pulak rasa mengantuk. Nak tidur jer. Hahaha~!


Sudut
Aku dan Bakar di Rumah 2 pupu mak.

Malam Raya Ketiga

Dari Perlis, ingatkan terus nak ke Grik. Tapi Pak Lang nak jumpa Pak Long Mat, anak Tok Teh, sepupu mak dan adik-beradik. Kitorang terpecah, sebab Pak Yeh terlelap ketika bawak kereta, dan menerobos kawasan rumput. Sampai Maghrib la jugak. Mak dan Pak Lang ikut jalan pekan, sebab tu sampai lambat ke rumah Pak Long Mat. (sebenarnya dorang nak pekena laksa kat warung mana tah, tapi tutup). Aku dan bapa-bapa sedara sampai dulu. Lama jugak tunggu mak dan Pak Lang... Lepas isyak kitorang bertolak ke Grik.


Rumah Pak Long Mat
Sepupu mak. Pak Long Mat di kiri sekali.


Dari Penang nak masuk bekas hutan Komunis ni jauh... Dari Baling lagi dekat. Tersengguk-sengguk jugak la yang bawak kereta. Dah masuk plaza tol Taiping, ada lagi berpuluh-puluh kilometer. Mak tak larat. Hmmm... tak per la... tidur Hotel. Tapi Hotel Tasik Raban tu penuh. Diorang sewakan tilam dan kitorang tidur kat dalam surau hotel. Surau dia pun besar, ada aircond, sebelah bilik air. Okey la...


Gaya di Tangga
Tasik Raban Resort

Pagi Raya Keempat

Pagi tu, bangun pukul 10, bersiap-siap nak pegi beraya. Berlengah-lengah kejap sambil tangkap-tangkap gambar kat Tasik Raban.

Pastu kitorang pun meneruskan perjalanan. Ketika sedang membelok ke dalam stesen minyak, Pak Yeh terlanggar kereta orang. Kemek. Keadaan menjadi tegang. Apa pun semuanya diselesaikan dengan baik dengan bantuan bapa sedara bapa-bapa sedara aku.


Di Grik, kitorang beraya di 2 buah rumah. Rumah yang first tu rumah adik pertama Tok Umi. Huh~makan lagi. Lauk-pauk dia nampak sedap. Makan jer la. Kitorang nak melawat rumah tok nenek Pak Yeh, Bakar dan Umar kat bawah sana, tapi hujan pulak turun. Tunggu hujan sampai habis, baru ke rumah tu. Rumah tu just rumah kosong yang usang. Banjir selalu singgah, sebab sebelah rumah tu sungai. Kata mak, tu lar sungai yang dia duk main waktu umur 16 tahun dulu. Dia pernah ke situ dengan Tok Wan Tok Me. Bakar dengan Umar pulak kecewa sebab tak leh mandi. Air sungai tu deras giler. Berkeladak coklat sebab baru lepas hujan.

Rumah Asal Tok Umi
Rumah ini hanya jadi gajah putih saja di kampung tu sekarang

Sungai Kenangan~
(kata mak la... aku tak de kenangan pun kat sini)

Lepas tu, kitorang melawat rumah Mak Long dorang. Dorang buat rumah baru, jauh dari kawasan banjir. Tanah kat situ bernilai RM 20 ribu (terperanjat katak jugak la aku, sebab tanah tu tak besar sangat dan kat hulu). Mak suruh bakar beli tanah kat situ. Bakar pun memutuskan untuk "ikut je la"... Hahaha..Bakar tu lagi kaya daripada aku... nampak jer macam tu.

Pas tu kitorang pergi rumah Mak Saudara dorang yang lagi satu. Lama jugak kat sana. Lepas asar baru balik. Hasrat nak mandi sungai atau pantai nampaknya tak kesampaian.


Rumah Mak Sedara Pak Yeh, Bakar dan Umar.
Malina dan Alya bermanja-manja


Malam Raya Keempat

Pak Yeh bercadang nak melawat marka dia kat Ipoh. Mak pulak nak terus balik sebab esoknya Umar kerja. Tapi pandai-pandai putar alam, Umar pun dapat cuti lagi sehari. Mak pun ikutlah Pak Yeh ke Ipoh, sebab risau Kakak dengan Nina naik dengan Pak Yeh. Lepas kitorang masuk persimpangan ke Ipoh, ingat kot terus sampai. Hahaha... rupa-rupanya rumah marka Pak Yeh tu 70 km daripada Ipoh. Kampung Gajah. Berletiaq la mak kat Pak Yeh. Hahaha~! Ye la, masuk hulu mana tah, pukul 12 tengah malam pulak tu...

Tak sampai 30 minit di rumah tersebut, kitorang minta diri untuk pulang. Kitorang lalu jalan negeri untuk ke Klang, rumah Pak Lang. Hmmm... mengantuk. Sepanjang perjalanan mak bercerita tentang masa muda dia.

Hari-Hari Terakhir

Sesampai je rumah Pak Lang. Kitorang terus masuk tidur. Petang besoknya Mak, Bakar, Umar, Pirah dan aku pun pulang ke Johor. Makan kat Restoran Jejantas Air Keroh dengan kedai mamak. Sampai di rumah, terus kitorang tidur...

Esoknya Umar terus balik rumah sewa dia sebab dia kerja pagi tu. Nasib baik dah salam sebelum tidur. Oh ye, ada raya Rumah Mek (nenek tiri) aku sekali. Aku duduk 2 hari je kat rumah sebab lusanya aku akan patah balik ke Klang - nak bertolak pulang ke Jogja.

Anyway, Pirah tak muntah kali ini dan tak banyak sangat kena penabuh. Raya yang cukup bermakna bagi Pirah secara khususnya.

Aku bertolak pulang ke Jogja dihantar oleh Mak, Pak Yeh, Kakak, Nina dan Abang Wan (ayah tiri). Hahaha... ada sorang Indonesia ni cuba potong barisan. Nak potong aku dengan Yan... Salah orang sangat la pak cik~! Aku tahan laluan beg-beg besar famili dorang dengan beg aku, berpakat dengan Yun, Kean Seng etc. Hahaha~! Hello, kalau ko Datuk Seri pun belum tentu aku bagi chance tau... inikan pulak pelancong asing...

Aku naik 4 kg sepanjang raya ni. Huhuhu. Bangga... (nak turunkan balik daripada elok2 BMI 25.4, sekarang dah naik...)

Pengajaran:

Aku tidak menulis artikel ini untuk syok sendiri... Tapi, kenangan bersama keluarga itu sangat berbekas di jiwa aku. Walaupun sudah sebulan, perkara-perkara yang berlaku hari raya Aidil Fitri hari itu seolah-olah masih berlegar-legar di benakku. Jadi kutuliskan agar keluarga aku dapat membacanya agar mereka ingat perkara-perkara ini seperti aku merinduinya.

Hari Raya sentiasa mengajar aku semangat kekeluargaan, tetapi Hari Raya kali ini ternyata berbeza. Bakar pernah berkata: "Aku pulang ke kampung untuk berhari raya, tetapi mak dan ayahnya sudah tiada. Untuk apa kembali?"

Sebenarnya, Arwah Tok Wan aku sangat mementingkan salasilah keluarga. Walaupun Arwah Tok Wan tempang bertongkat, dia selalu mencari ahli keluarganya - jauh atau dekat. Bahkan, Tok Wan pernah sampai ke Aceh, Indonesia untuk mencari suku-sakatnya. Sebelum ini, mungkin aku merasakan Tok Wan hanya menghabiskan duit dan separuh hidupnya untuk mencari kerabat, ternyata aku silap. Keluarga tidak boleh ditukar dengan wang dan masa. Ternyata aku juga menghabiskan masa untuk menukil artikel ini, suatu yang "membazir masa" pada pemikiran materialistik aku. Hal-hal bersama keluarga begitu indah.

Jadi jawapan aku kepada Bakar:
"Jikalau begitu, apakah selepas mak tiada nanti, kau tak nak aku melawat engkau dan anak-anak aku melawat anak-anak engkau?"

Keluarga aku bukan keluarga yang tipikal. Penceraian di sebelah sana dan sini berlaku. Aku tak pernah anggap itu sesuatu yang asing bagiku. Aku suka begitu. Ia meramaikan kerabat keluargaku. Keluargaku bukan sekadar ibu, ayah, dan adik-beradik. Ia lebih dari itu. Bakar dan umar bukan asing, Pirah juga bukan asing (walaupun tiada hubungan darah dengan aku). Ke mana-mana saja aku pergi, Kelantan atau Perlis, Johor atau Kuala Lumpur, pasti ada rumah saudara-mara yang boleh aku singgah (insya Allah).

Siapa tahu, rupa-rupanya kawan-kawan aku di sini juga merupakan sebahagian daripada kaum kerabat aku? Aku akan menganggap semuanya seperti saudara-maraku juga...




=P

Newer Posts Older Posts Home