Dalam buku sejarah yang budak-budak tingkatan 2 dok baca sekarang, hanya diberitahu 3 Negeri-negeri Selat. Dalam buku sejarah Malaysia silibus lama, terdapat 4 Negeri-negeri Selat.

Sebagai orang yang mencintai Sejarah, saya berpendapat, Buku teks sejarah yang digunapakai untuk pendidikan di Malaysia sangat samar dan memberikan persepsi yang mengelirukan tentang sejarah. Buku sejarah tidak pernah secara tegas menyatakan ada 3 negeri Selat sahaja, tetapi, menyebabkan orang berfikir sedemikian rupa.

Selama 2 tahun, saya mempercayai bahawa hanya terdapat 3 negeri Selat. Apabila saya memasuki Menengah Atas, saya mendapati bahawa Daerah Dinding di Perak juga pernah menjadi negeri Selat, walaupun ramai yang tidak menyedari hal tersebut.

5 tahun berikutnya, saya menjumpai fakta baru. Sebenarnya, jumlah negeri-negeri Selat adalah 7 buah. Saya tak tahu kalau sebenarnya ia lebih dari itu. Tetapi, setakat ini saya dapat memastikan ada 7 buah negeri Selat. Selain Singapura, Melaka, Pulau Pinang, dan Dinding, Labuan juga pernah menjadi negeri Selat. 2 yang berikutnya adalah Pulau Cocos (Keeling), dan Pulau Christmas.

Dalam artikel ini, saya akan membicarakan tentang Pulau Cocos (Keeling). Apa yang istimewanya Cocos (Keeling)?


Pulau Cocos (Keeling) yang diambil oleh Satelit NASA Kepada sesiapa yang pernah bermain permainan komputer Battlefield 1946 pasti pernah ternampak gambar seperti di atas. Inilah gambar Kepulauan Cocos (Keeling). Saya baru perasan juga.


Fakta:
Pulau ini dijumpai pada 1609 oleh William Keeling, tidak berpenghuni sehinggalah Keluarga Clunies-Ross menempati pulau tersebut padaa 1825. Alexander Hare membawa hamba abdi dari Jawa, Tanjung Harapan, dan timur Asia ke Kepulauan Keeling. Hamba-hamba abdi ini melepaskan diri dan kemudian bekerja di bawah Clunies-Ross.

Pada 1 April 1836, HMS Beagle, kapal yang dinaiki Charles Darwin, tiba di Kepulauan Keeling.

Pulau ini diserahkan kepada Empayar British pada 1857.

Pada 1867, Pulau Cocos (Keeling) ditadbir oleh pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Pada 1886, Ratu Victoria I menganugerahkan kepulauan ini kepada keluarga Clunies-Ross.

Pada 19 November 1914, pertempuran laut yang pertama dalam Perang Dunia Pertama berlaku di kepulauan ini. Jerman telah memusnahkan stesyen telegraf di Cocos (Keeling) yang menjadi perhubungan penting antara UK dengan NZ dan Ausi, tetapi kemudiannya mereka dihancurkan oleh tentera Australia.

Jepun menyertai Perang Dunia Ke-2 dan berjaya menakluk kawasan sekitar kepulauan ini. Untuk mengelakkan perhatian Jepun terhadap stesyen kabel dan kubu garnisun di pulau ini, pelabuhan dan transmitter tidak digunakan.

Apabila Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 1942, pentadbiran Cocos (Keeling) diserahkan kepada Sri Langka.

Dalam proses penjajahan kembali Malaysia dan Singapura, British menempatkan tentera dan beberapa kapal terbangnya di sini.

Pada tahun 1946, pentadbiran Cocos (Keeling) dikembalikan ke pentadbiran Negeri-Negeri Selat berpusat di Singapura.

Pada 23 November 1955, pentadbiran Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia.

Posisi Kepulauan Cocos (Keeling) Lebih dekat dengan Indonesia daripada Tanah Besar Australia. Ditadbir Singapura sebelum 1955 .


Pandangan:
Suatu hal yang menyebabkan saya berfikir dalam tentang kepulauan Cocos (Keeling) ini selain keindahan flora dan faunanya adalah tentang politik pulau itu sendiri.

80% rakyat kepulauan Cocos (Keeling) adalah orang Melayu Islam dan lokasinya dekat dengan Indonesia (dibandingkan dengan Tanah Besar Australia). Sejarah pentadbirannya lebih mengarah kepada pentadbiran negeri-negeri Selat, bahkan menjadi sebahagian Koloni Mahkota Singapura.

Soalnya, kenapa pada tahun 1955 pentadbiran kepulauan Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia? Bukan tertakluk kepada Singapura lagi? Adakah kerana kemerdekaan Indonesia atau gerakan-gerakan anti-imperalisme di Malaya dan Singapura?

Bendera Kepulauan Cocos (Keeling)
Kelapa menjadi sumber ekonomi, Majoriti penduduk adalah Muslim
dan buruj Pari melambangkan mereka berada di kepulauan selatan.



Hubungan administrasi, politik, sejarah, dan demografik Kepulauan Cocos (Keeling) sangat kuat dengan Indonesia, Malaysia dan terutamanya Singapura. Kenapa British menyerahkan kepulauan itu kepada Australia?

Percaturan penyerahan Cocos (Keeling) ini dilaksanakan oleh British pada 1955, 10 tahun selepas kemerdekaan Indonesia, 6 tahun selepas pengusiran Belanda daripada Jakarta, dan 2 tahun sebelum kemerdekaan Malaysia.

Saya memikirkan, hal demikian tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pengaruh lokasi Kepulauan Cocos (Keeling) di Asia Tenggara. Kepulauan ini mempunyai pengaruh signifikan dalam beberapa siri peperangan - sesuai sebagai tempat garnisun tentera. Bahkan radio dan stesyen kabel telegraf UK-Ausi-NZ juga terletak di sini dulu. Pastinya Kepulauan Cocos (Keeling) sangat penting dari segi ketenteraan. Australia pasti mempunyai hubungan sentimental dan ketenteraan dengan kepulauan ini kerana beberapa kali terlibat mempertahankannya. Mungkin kerana ini, Kepulauan Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia, mengelakkan kepulauan ini menjadi sebahagian daripada Malaya atau khuatir dengan perkembangan di Indonesia yang menentang penjajah.
Saya mempunyai prasangka terhadap British apabila menyerahkan pulau ini kepada Australia.

Penduduk Kepulauan Cocos (Keeling) Pulau Keeling dihuni oleh 80% Muslim. Etnik mereka Melayu atau Jawa.

Kepada pembaca-pembaca Nusantara, saya mempromosikan Kepulauan Cocos (Keeling) di blog ini supaya anda menyedari bahawa dunia nusantara bukanlah kecil. Walaupun berbeza negara, Penduduk Kepulauan Cocos (Keeling) juga sebahagian daripada bangsa kita, yang patut kita kisah dan Kepulauan Cocos (Keeling) juga sebahagian dari nusantara yang patut kita ketahui.

Kenapa buku sejarah tidak pernah merekodkan Kepulauan Cocos (Keeling) sebagai negeri Selat? Bagi saya itu sangat menyempitkan persepsi para pelajar. Sekaligus mengelabui kaitan Kepulauan Cocos (Keeling) dengan bangsa nusantara.



*Rasa terkilan sebab tak tau Kepulauan Cocos (Keeling) tu pulau nusantara waktu main Battlefield 1946.



Keindahan Pantai Cocos (Keeling) Islands Pohon kelapa teruntai, daunnya melambai-lambai laut.

http://en.wikipedia.org/wiki/Cocos_(Keeling)_Islands

http://www.cocos-tourism.cc/culture.htm

1 comments:

bila dlm buku sejarah tercatat kamal attartuk tu mbawa pemodenan kpd turki. aku terima tanpa byk hal. itu masalah kita semua. dapat maklumat yg samar, mnyebabkan persepsi yg salah, dan tidak mencari lagi. padahal skrg kite semua tahu 'bapa pemodenan turki' tu penghancur agama Islam. bahagian plg penting tu yg tak ditulis. sgt kesal dgn buku teks sejarah yang aku bangga-banggakan dulu.
terima kasih kerana berkongsi ttg pulau keeling, imran. betul2 mbuka mata, dan harus ckp pd semua, sbnrnya, nusantara ni xde la kecik sgt. yg nak rase inferior2 pada barat tu kenapa.

February 1, 2010 at 3:23 PM  

Newer Post Older Post Home