Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu menganggap raja adalah keturunan atau penitisan dewa. Orang tak berani melawan raja kerana "daulat", takut terkena "tulah". Hal ini mengukuhkan institusi raja.

Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb.

Sejarah Melayu juga merekodkan bahawa Parameswara berasal daripada Keturunan Iskandar Zulkarnain yang berasal dari Macedonia.

Fakta-fakta kontemporari menunjukkan bahawa Zulkarnain tersebut bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran seperti yang didakwa Tun Sri Lanang. Iskandar Zulkarnain (Alexander the Posser of Two Horn), bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran, kemungkinan besar merujuk kepada Cyrus the Great.

Kedua-dua buku dikarang selepas kedatangan Islam.

Kita tinggalkan dulu keturunan raja-raja Melayu ini dan fokus pada 4 Raja Melayu yang BARANGKALI (saya tak kata "pasti") merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak-anak Fatimah Azzahra dan Ali iaitu Hassan dan Hussain. Dan bukan pula niat saya untuk meneruskan penghormatan ekstrem terhadap raja-raja apabila menggariskan keturunan mereka kepada Nabi Muhammad SAW seperti zaman feudal Melayu. Artikel ini sekadar perkongsian. Saya tak percaya pada daulat dan tulah, dan mungkin boleh dikatakan kehilangan ketaatan ekstrem kepada raja.

Baiklah, kita lanjutkan kepada isu hari ini. Seperti yang kita tau, "Syed" merupakan gelaran hormat untuk keturunan Hussain. Terdapat seorang raja Melayu yang memakai gelaran "Syed" pada namanya, iaitu raja Perlis. Kemungkinan besar baginda adalah keturunan Hussain bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW.

Lalu, yang mana 3 orang lagi? Hanya ada 1 raja Melayu yang memakai gelaran "Syed"~!

Yang tiga orang lagi merupakan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Korang mesti pernah dengar nama ni dalam buku sejarah. Dia Bendahara Sri Maharaja yang terkenal. Beliau merupakan Bendahara Johor sewaktu Sultan Mahmud Syah II.

Sultan Mahmud Syah II terkenal dengan nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, mangkat tanpa waris yang sah. Anak Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Tun Habib menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II. Putera sulung Tun Habib ini merupakan pengasas Dinasti Bendahara dalam Empayar Johor.

Dengan beranggapan Sultan Ali adalah sah, sebanyak 8 keturunan Sultan Abdul Jalil melalui Dinasti Bendahara menjadi Sultan Johor hinggalah pepecahan Empayar. Dinasti Bendahara kekal sebagai Sultan di Riau-Lingga manakala Dinasti Temenggung mengambil alih Kesultanan Johor.

Tetapi masih saja Sultan Johor berketurunan Tun Habib. Hal ini adalah kerana Kerabat Temenggung berasal daripada keturunan salah seorang anak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II, Tun Abbas - bukan anak gahara Sultan. Keturunan Tun Abbas jugalah yang menjadi Bendahara Pahang, sebelum Bendahara Pahang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Johor dan menubuhkan kesultanan sendiri.

Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama merupakan anak kelima Bendahara Tun Habib.

Maka, dapat disimpulkan bahawa, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Sultan Johor moden merupakan keturunan Tun Habib. Apa signifikannya keturunan Tun Habib?

Moyang Tuh Habib adalah seorang ulama immigran Arab Hadrami, Sayyid Abdullah Al-Aidrus. "Habib" merupakan varians bagi "Syed" di Aceh.

Sayyid Abdullah Al-Aidrus merupakan keturunan Sayyid Abu Bakar Al-Aidrus, yang dianggap Wali bagi penduduk Adan. Abu Bakar Al-Aidrus merupakan keturunan Ja'afar al-Sadiq.

Ja'afar al-Sadiq adalah pengasas Mazhab Ja'afari Syiah, salah seorang Imam 12 bagi Syiah, guru kepada Al-Jabir (Bapa Kimia Moden), Imam Hanafi, Imam Malik (Kalau tak kenal dua orang ni tak tau la) dan Wasil bin Ata' (pengasas Mu'tazillah).

Jaafar al-Sadiq merupakan keturunan ke 6 Ali bin Abi Thalib melalui Hussain.

Apabila mengkaji keturunan raja-raja Melayu, sangat jelas sekali bahawa Sultan Johor, Pahang dan Terengganu merupakan keturunan paternal Hussain dan tidak terputus. Sultan Perlis, memang 100% keturunan Sayyid. Keturunan Tun Habib menggugurkan gelaran "Habib" mereka ketika waktu itu, Aceh sedang berperang dengan jiran tetangganya. Memakai gelaran "Habib" (iaitu varians "Syed" di Aceh) boleh menimbulkan prasangka.

Apapun, saya setia pada raja bukan kerana mereka keturunan Nabi melainkan kerana mereka masih saja melaksanakan ajaran Islam dan sunnah Nabi. Jikalau mereka kehilangan hal ini, tak kiralah apa pun keturunan mereka, pasti saya tidak akan setia pada mereka. Saya menyeru kepada orang Melayu untuk kembali setia pada raja kita, selagi mana mereka berlaku adil.

Semoga Allah memberkati Muhammad dan Keluarga Muhammad, Semoga Allah memberkati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Semoga doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Fatimah dan Ali itu termakbul... Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Allah memberkati aku juga.


Amarah Jumaat

Hari Jumaat semalam, 13/11/2009, angin aku memang betul-betul tak baik.

Seperti biasa, tiap-tiap hari dalam minggu ni, kecuali hari Rabu, aku ke KPTU Fakultas. Nak check sama ada proposal Year Book Inter yang aku bagi dah siap tandatangan atau belum. Malas nak tekan sangat setiausaha wakil dekan tu. Dia pun sibuk jugak, wakil dekan tu mungkin lagi sibuk. Jadi aku pun cool jer la...

Pukul 11 nanti ada ujian fisiologi. Hari tu aku terlambat bangun untuk praktikal. Sampai-sampai dah lambat 10 minit. Aku buat eksperimen sekali, tapi pra-ujian aku dikira gagal. Kena amek lagi sekali. Nasib baik aku dah study.

Korang nak tau? PROPOSAL AKU DIHILANGKAN OLEH WAKIL DEKAN. MUNGKIN SEBAB AKU HANTAR AWAL SANGAT. KAN DORANG SUKA BUAT KERJA LEMBAB, JADI AKU BERSALAH SEBAB HANTAR SEBULAN AWAL.

Waktu tu, aku pun buat muka kat sekretari tu walaupun tu bukan salah dia. Dia suruh aku print balek.

Panas giler aku waktu tu korang tau... Ko ingat aku selalu jer ke bawa proposal tu dalam pen drive? Nasib baik aku ade locker dan aku ni tak lah bodoh sangat. Aku dah fotostat proposal tu sebelum bagi. Tapi yang ditandatangan oleh Dr Yanri (Manajer Aktiviti Mahasiswa) dan bajet yang dah tukar tu, tak der, sebab aku buat print waktu tu jugak. (Ye la, orang buat proposal kan memang kena selalu tukar last2 minit... Ade jer yang salah, terutama kalau Mbak Dewi yang semak...)

Waktu tu, muka depan proposal tak der. Aku pun terpaksa menaip dengan pantas dan mencetak. Aku halau budak yang dok tengok internet kat komputer tu... (bukan halau la, cuma minta nak pakai kejap sebab urgent). Nani pulak tetiba datang nak pakai kejadah apa, terus aku hambur, cakap "aku tak leh tolong".

Aku hantar proposal n balek ke Inter. Si Zhe cakap tak der ujian fisio. Hmmm... penat aku study semalam. Apa pun aku study untuk hidup, bukan untuk ujian.

Pastu, tolong Adi siapkan farmasi dan suruh dia siapkan Proposal Penyelidikan (Thesis). Pukul 11.15 nanti nak jumpa dokter Osman. Tapi dokter Osman pulak g imigresen.

APA PUN AKU HOT GILER DENGAN WAKIL DEKAN TAK BERTANGGUNGJAWAB TU... PELIK MACAM MANA DIA JADI WAKIL DEKAN KEMAHASISWAAN WALAUPUN HAKIKATNYA DIA TU SENTIASA MENYUSAHKAN MAHASISWA.




Dalam buku sejarah yang budak-budak tingkatan 2 dok baca sekarang, hanya diberitahu 3 Negeri-negeri Selat. Dalam buku sejarah Malaysia silibus lama, terdapat 4 Negeri-negeri Selat.

Sebagai orang yang mencintai Sejarah, saya berpendapat, Buku teks sejarah yang digunapakai untuk pendidikan di Malaysia sangat samar dan memberikan persepsi yang mengelirukan tentang sejarah. Buku sejarah tidak pernah secara tegas menyatakan ada 3 negeri Selat sahaja, tetapi, menyebabkan orang berfikir sedemikian rupa.

Selama 2 tahun, saya mempercayai bahawa hanya terdapat 3 negeri Selat. Apabila saya memasuki Menengah Atas, saya mendapati bahawa Daerah Dinding di Perak juga pernah menjadi negeri Selat, walaupun ramai yang tidak menyedari hal tersebut.

5 tahun berikutnya, saya menjumpai fakta baru. Sebenarnya, jumlah negeri-negeri Selat adalah 7 buah. Saya tak tahu kalau sebenarnya ia lebih dari itu. Tetapi, setakat ini saya dapat memastikan ada 7 buah negeri Selat. Selain Singapura, Melaka, Pulau Pinang, dan Dinding, Labuan juga pernah menjadi negeri Selat. 2 yang berikutnya adalah Pulau Cocos (Keeling), dan Pulau Christmas.

Dalam artikel ini, saya akan membicarakan tentang Pulau Cocos (Keeling). Apa yang istimewanya Cocos (Keeling)?


Pulau Cocos (Keeling) yang diambil oleh Satelit NASA Kepada sesiapa yang pernah bermain permainan komputer Battlefield 1946 pasti pernah ternampak gambar seperti di atas. Inilah gambar Kepulauan Cocos (Keeling). Saya baru perasan juga.


Fakta:
Pulau ini dijumpai pada 1609 oleh William Keeling, tidak berpenghuni sehinggalah Keluarga Clunies-Ross menempati pulau tersebut padaa 1825. Alexander Hare membawa hamba abdi dari Jawa, Tanjung Harapan, dan timur Asia ke Kepulauan Keeling. Hamba-hamba abdi ini melepaskan diri dan kemudian bekerja di bawah Clunies-Ross.

Pada 1 April 1836, HMS Beagle, kapal yang dinaiki Charles Darwin, tiba di Kepulauan Keeling.

Pulau ini diserahkan kepada Empayar British pada 1857.

Pada 1867, Pulau Cocos (Keeling) ditadbir oleh pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Pada 1886, Ratu Victoria I menganugerahkan kepulauan ini kepada keluarga Clunies-Ross.

Pada 19 November 1914, pertempuran laut yang pertama dalam Perang Dunia Pertama berlaku di kepulauan ini. Jerman telah memusnahkan stesyen telegraf di Cocos (Keeling) yang menjadi perhubungan penting antara UK dengan NZ dan Ausi, tetapi kemudiannya mereka dihancurkan oleh tentera Australia.

Jepun menyertai Perang Dunia Ke-2 dan berjaya menakluk kawasan sekitar kepulauan ini. Untuk mengelakkan perhatian Jepun terhadap stesyen kabel dan kubu garnisun di pulau ini, pelabuhan dan transmitter tidak digunakan.

Apabila Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 1942, pentadbiran Cocos (Keeling) diserahkan kepada Sri Langka.

Dalam proses penjajahan kembali Malaysia dan Singapura, British menempatkan tentera dan beberapa kapal terbangnya di sini.

Pada tahun 1946, pentadbiran Cocos (Keeling) dikembalikan ke pentadbiran Negeri-Negeri Selat berpusat di Singapura.

Pada 23 November 1955, pentadbiran Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia.

Posisi Kepulauan Cocos (Keeling) Lebih dekat dengan Indonesia daripada Tanah Besar Australia. Ditadbir Singapura sebelum 1955 .


Pandangan:
Suatu hal yang menyebabkan saya berfikir dalam tentang kepulauan Cocos (Keeling) ini selain keindahan flora dan faunanya adalah tentang politik pulau itu sendiri.

80% rakyat kepulauan Cocos (Keeling) adalah orang Melayu Islam dan lokasinya dekat dengan Indonesia (dibandingkan dengan Tanah Besar Australia). Sejarah pentadbirannya lebih mengarah kepada pentadbiran negeri-negeri Selat, bahkan menjadi sebahagian Koloni Mahkota Singapura.

Soalnya, kenapa pada tahun 1955 pentadbiran kepulauan Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia? Bukan tertakluk kepada Singapura lagi? Adakah kerana kemerdekaan Indonesia atau gerakan-gerakan anti-imperalisme di Malaya dan Singapura?

Bendera Kepulauan Cocos (Keeling)
Kelapa menjadi sumber ekonomi, Majoriti penduduk adalah Muslim
dan buruj Pari melambangkan mereka berada di kepulauan selatan.



Hubungan administrasi, politik, sejarah, dan demografik Kepulauan Cocos (Keeling) sangat kuat dengan Indonesia, Malaysia dan terutamanya Singapura. Kenapa British menyerahkan kepulauan itu kepada Australia?

Percaturan penyerahan Cocos (Keeling) ini dilaksanakan oleh British pada 1955, 10 tahun selepas kemerdekaan Indonesia, 6 tahun selepas pengusiran Belanda daripada Jakarta, dan 2 tahun sebelum kemerdekaan Malaysia.

Saya memikirkan, hal demikian tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pengaruh lokasi Kepulauan Cocos (Keeling) di Asia Tenggara. Kepulauan ini mempunyai pengaruh signifikan dalam beberapa siri peperangan - sesuai sebagai tempat garnisun tentera. Bahkan radio dan stesyen kabel telegraf UK-Ausi-NZ juga terletak di sini dulu. Pastinya Kepulauan Cocos (Keeling) sangat penting dari segi ketenteraan. Australia pasti mempunyai hubungan sentimental dan ketenteraan dengan kepulauan ini kerana beberapa kali terlibat mempertahankannya. Mungkin kerana ini, Kepulauan Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia, mengelakkan kepulauan ini menjadi sebahagian daripada Malaya atau khuatir dengan perkembangan di Indonesia yang menentang penjajah.
Saya mempunyai prasangka terhadap British apabila menyerahkan pulau ini kepada Australia.

Penduduk Kepulauan Cocos (Keeling) Pulau Keeling dihuni oleh 80% Muslim. Etnik mereka Melayu atau Jawa.

Kepada pembaca-pembaca Nusantara, saya mempromosikan Kepulauan Cocos (Keeling) di blog ini supaya anda menyedari bahawa dunia nusantara bukanlah kecil. Walaupun berbeza negara, Penduduk Kepulauan Cocos (Keeling) juga sebahagian daripada bangsa kita, yang patut kita kisah dan Kepulauan Cocos (Keeling) juga sebahagian dari nusantara yang patut kita ketahui.

Kenapa buku sejarah tidak pernah merekodkan Kepulauan Cocos (Keeling) sebagai negeri Selat? Bagi saya itu sangat menyempitkan persepsi para pelajar. Sekaligus mengelabui kaitan Kepulauan Cocos (Keeling) dengan bangsa nusantara.



*Rasa terkilan sebab tak tau Kepulauan Cocos (Keeling) tu pulau nusantara waktu main Battlefield 1946.



Keindahan Pantai Cocos (Keeling) Islands Pohon kelapa teruntai, daunnya melambai-lambai laut.

http://en.wikipedia.org/wiki/Cocos_(Keeling)_Islands

http://www.cocos-tourism.cc/culture.htm

Newer Posts Older Posts Home