Melancong ke Candi Prambanan

Lapangan Candi Prambanan merupakan Warisan Dunia Nombor 642. Terdapat beberapa candi yang berbeza di Lapangan Candi Prambanan, tetapi yang paling terkenal ialah Kompleks Loro Jonggrang. Biasanya, Candi Prambanan digunakan untuk merujuk kepada Kompleks Loro Jonggrang. (yang juga digunakan dalam artikel ini)

Lapangan Candi Prambanan di Prambanan, Daerah Istimewa Jogjakarta (18 km daripada Bandar Jogjakarta) dibuka pada zaman Rakai Pikatan dan Rakai Balitung, pada abad ke-9. Sesetengah orang berpendapat, Candi Prambanan dibuka untuk membuktikan keunggulan "Dinasti Hindu Sanjaya" yang bersaing dengan "Dinasti Buddhism Sailendra" yang membina Candi Borobudur di Jawa Tengah.

Terdapat sebuah legenda yang mengisahkan bagaiman Candi Prambanan dibina. Nak dengar tak kisah-kisah orang-orang tua ni? Tak nak dengar tak apa...Imran tulis je...

Tersebutlah al-kisah, seorang putera bernama Bandung Bondowoso telah jatuh cinta kepada puteri Roro Jonggrang. Tetapi Puteri Roro Jonggrang membenci Bandung sebab Bandung telah membunuh ayah Roro Jonggrang dan menakluk negeri tersebut. Bandung(raja kawasan tersebut sewaktu itu) telah memaksa Jonggrang berkahwin dengannya. Oleh sebab itu, Jonggrang telah memberikan syarat (ala-ala puteri Gunung Ledang gitu) kepada Bandung untuk membina 1000 Candi dalam masa 1 malam sehingga ayam berkokok (dengan harapan Bandung gagal - =p).

Namun, ternyata Bandung memiliki ilmu sihir. Dia memanggil jin-jin untuk menolongnya membina 1000 Candi. Jonggrang tak puas hati, lalu memerintahkan penduduk kampungnya membuat unggun api yang banyak untuk diletakkan di bahagian timur negeri dan menumbuk padi, seolah-olah hari dah nak subuh. Ayam pun berkokok. Semua jin yang menolong Bandung lari kembali ke tempat asal, dan meninggalkan Candi ke-1000 terbengkalai (dinamakan sebagai Candi Sewu). Bandung rasa tertipu lalu menyumpah Jonggrang untuk menjadi patung dan candi terakhir di Candi Prambanan. (Yang dikatakan menjadi patung Durga dalam Candi Besar Siva)

Candi Prambanan terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama merupakan bahagian bangunan biasa, mungkin untuk kegunaan brahmin. Bahagian kedua menjadi rumah kepada 224 candi kecil (candi perwara).

Bahagian Ketiga merupakan Pusat Kompleks Roro Jonggrang.

Di bahagian pusat Kompleks, terdapat 1 Candi Utama untuk Dewa Siva, diapit oleh 2 Candi Besar untuk dewa Brahma dan Vishnu. Candi Utama Siva terbahagi kepada 4 kamar yang lebih kecil dan 1 kamar utama. Setiap satunya mempunyai patung dewa-dewa sekeluarga dengan Siva (Durga, Ganesha, Agastya, dan Siva sendiri). Candi Besar Vishnu dan Brahma hanya mempunyai 1 kamar, dengan patung dewa masing masing.

Berhadapan dengan setiap Candi untuk Dewa Trimurti, terdapat 3 Candi Vahana (kenderaan), yang didedikasikan untuk haiwan kenderaan Dewa-Dewa Trimurti. Candi Nandini (lembu Siva); di hadapan Candi Siva, Candi Garuda di hadapan Candi Vishnu; manakala Candi Vahana Angsa di hadapan Candi Brahma.

Di Kawasan Pusat Kompleks ini juga terdapat 2 Candi Apit di sebelah selatan dan utara. Terdapat juga 4 Candi Kelir pada 4 arah masuk dan 4 Candi Patok di setiap sudut.

Secara peribadi, Candi Prambanan memang hebat. Kalau diperhatikan, candi-candi ini menjulang ke angkasa dengan bumbung yang mencerun. Kadang-kala, Imran merasakan bahawa orang zaman sekarang tidak mampu membuat candi sebegitu. Terdapat ukiran disetiap dinding, begitu halus dan teliti, sehingga dikatakan, ahli sains boleh mengenal pasti genus burung-burung yang terukir.Tidak diketahui sama ada bandung mampu membuat semua ini bersama jinnya dalam masa 1 malam.


Tidak seperti Borobudur, Candi Prambanan adalah koleksi candi dalam suatu Kompleks.

"Boleh ke orang masuk bertapa dalam ni?"
Imran di Candi Kelir



Imran dan Adi di Candi Apit





"Terpegun"
Pemandangan Candi Utama Siva yang tidak dibenarkan masuk atas sebab keselamatan.
Nik, Imran, Ecah, Sudin, Bedah, Adi, Munirah, Faezah


Bulleted ListPatung Mahadewa Vishnu


Candi Besar Mahadeva Vishnu. Terdapat ukiran kisah Ramayana di dinding candi.


"Hurray?!" - Imran dan Ecah di puing-puing Candi Perwara.


Hahaha~ kacau Sudin bergambar~=)



Kawasan Pusat Kompleks kelihatan gah
Bahagian Pertama dan Kedua hanya tinggal runtuhan




Imran dan Adi di pintu masuk/keluar Pusat Kompleks.
Dahulu, hanya Brahmin yang dibenarkan masuk.

Pandangan Candi Brahma dan Candi Siva


Imran dan Sudin di Candi Apit


imra(';')n ------{@

Kunjungan Ke Genting Ketep

(Sambungan)

Pada 14/12/08, kawan – kawan kitorang dari UnPad telah datang (sorang jer lelaki, yang lain semua perempuan). Aisyah(Ecah) pun merangka untuk melawat Candi Borubudur, Genting Ketep dan Candi Prambanan (lihat post lain). Tak ramai kawan-kawan lelaki UGM yang pergi. Imran, Sudin, Fazrul, Adi dgn Tokey jer yang ikut.

Dalam post ni, Imran akan bercerita tentang Genting Ketep...

Kawasan Pandang Ketep yang berada dalam wilayah Desa Ketep, Kecamatan Sawangan, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, tak jauh jaraknya dari Candi Borobudur. Biasanya, penunjung ke candi Borobudur juga akan pergi melawat Ketep. Kerana itulah, Ecah merencanakan untuk ke Ketep juga.

Dalam cuaca cerah, pengunjung dapat menyaksikan Gunung Merapi, mulai dari lembah sampai ke puncaknya. Malangnya, cuaca hari tersebut tak lah begitu cerah. Imran tak dapat melihat gunung Merapi secara lebih terperinci. Kalau pengunjung bernasib baik, mereka boleh melihat muntahan lava Gunung berapi yang mengalir merah.

Di Genting Ketep terdapat sebuah teater yang khusus memutar film tentang perjalanan menyusuri Gunung Merapi oleh sekelompok pencinta alam. Imran dan Adi tak masuk dalam teater tu. Tetapi, orang cerita bahawa teater itu memaparkan secara terpeinci mencatatkan penemuan, pemandangan dan kajian di gunung Merapi sewaktu lava mengalir mahupun sewaktu gunung Merapi tidur.

Berdiri di Genting Ketep, terasa benar ada aura semulajadi yang begitu kuat memancing perasaan. Bayu yang berhempas serta hijauan tanaman mulai dari tanaman hutan yang melingkari kaki gunung begitu mengasyikkan bagi penggemar alam semulajadi. Taman di Puncak Ketep yang dibina oleh pemerintah Jawa Tengah sangat indah. Terdapat seorang lelaki tua bermain seruling. Bunyi seruling yang indah menusuk telinga, sementara mata pula menyeluruhi alam, memberikan suatu perasaan takjub di sini.

Ketep merupakan suatu objek pelancongan yang memaparkan saujana keindahan alam semulajadi. Tidak seperti Borobudur yang merupakan bangunan buatan manusia, pemandangan di Ketep adalah ciptaan ajaib Allah yang memukau mata. Subhanallah...Ketep sungguh indah.


"Imran dan Garuda"


"Ketep" - Imran dan Adi


Kan dah kata ada teater Gunung Merapi?


Taman di Genting Ketep


Lapangan di Genting Ketep.


Gunung Merapi


Lembah Gunung Merapi


imra(';')n -----{@

Pada 14/12/2008, kawan – kawan kitorang dari UnPad telah datang (sorang jer lelaki, yang lain semua perempuan). Aisyah(Ecah) pun merangka untuk melawat Candi Borubudur, Genting Ketep dan Candi Prambanan (lihat post seterusnya). Tak ramai kawan-kawan lelaki UGM yang pergi. Imran, Sudin, Fazrul, Adi dgn Tokey jer yang ikut.

Dalam post ni, Imran akan bercerita tentang candi Borobudur...

Secara peribadi, Imran mengagumi seni bina Candi Borobudur. Ini adalah manifestasi kecerdikan dan kejeniusan manusia zaman lampau yang sangat hebat!

Candi Borobudur ialah Candi Buddha Mahayana Abad ke 9 (lebih tua daripada Angkor Watt), dibina pada zaman Kemuncak Pengaruh Dinasti Sailendra di Jawa, dibawah jajahan Sriwijaya (dalam zaman yang sama dengan Candi Prambanan). Candi Borubudur tegak berdiri di Boro, Magelangan, Jawa Tengah, Indonesia. Arkitek Candi? Tak tau lar (mungkin Gunadharma). Batunya = Batu gunung berapi.

Saiz Candi Borobudur ialah 123*123*4 m3 (cantik nombor!).

Lokasi Candi Borubudur memang strategik - antara Gunung Berapi Kembar Sundoro-Sumbing dan Merbabu-Merapi dan antara 2 sungai, Elo dan Progo. Kawasan tersebut dikenali sebagai Kedu, Kawasan Suci Tanah Jawa.

Candi terletak di atas bukit, dipercayai, kawasan lembah bukit tersebut merupakan dasar sebuah tasik. Ini memberi gambaran bahawa Borobudur sebelum abad ke 14, sebenarnya dibina di tengah - tengah tasik (ibarat bunga teratai – Lotus Sutra di atas kolam, simbol Buddha). Aktiviti Sungai Elo, Progo dan Gunung Merapi merubah ekosistem sebenar.

Wow! Kalau macam tu, memang Candi Borubudur nie cantik lar...dikelilingi tasik...

Yang uniknya lagi, Candi Borubudur terletak secara SELARI (means exactly 180 darjah) dengan Candi Buddha Pawon dan Candi Buddha Mendut. (Mengesahkan cerita tok nenek moyang yang menyatakan bahawa ketiga-tiga candi ini dihubungkan dengan jalan raya lurus dan bertembok).

Pengabaian Candi Borobudur bermula sekitar Kurun Ke-15 apabila orang-orang Jawa memeluk Islam (teori paling terkenal; ada lagi teori lain...). Candi Borobudur dianggap membawa sial kemudiannya. Dalam Babad Tanah Jawi (Sejarah Jawa), Candi Borobudur menjadi faktor kematian seorang pemberontak Kerajaan Mataram pada tahun 1709 (tak tau lar macam mana... dengar cerita pemberontak tu berlindung di Borobudur). Dalam Babad Mataram, tahun 1757, Putera Mahkota Kesultanan Jogjakarta mengambil “Pahlawan di dalam Stupa” daripada Candi (walaupun terdapat “pantang-larang” orang Istana ke sana), kemudian mati selepas sehari kembali ke Istana.

Candi Borobudur dijumpai kembali oleh seorang Indonesia dibawah seliaan H.C Cornelius, arahan Leftenan Gabenor Jeneral Sir Thomas Stamford Bingley Raffles, sewaktu jadi Gabenor di Jawa (Perang Napoleon menyebabkan Belanda ditakluk Perancis, dan Belanda menyerahkan semua jajahannya di timur kepada British) – kenal tak siapa yang bagi arahan ni? Dialah yang ambil Singapura daripada Kesultanan Johor dan juga penemu bunga Rafflesia (tak kenal tak tau la…). Stamford Raffles dikreditkan sebagai penemu Candi Borobudur.

Macam mana nak terangkan tentang candi Borobudur? Candi Borobudur ada 3 peringkat namanya- Kamadhatu, Rupadhatu, Arupadhatu. Terdapat ukiran di peringkat Kamadatu (kalau tak silap ada 4 tingkat)– Karmavibhagga (Hukum Karma) yang tersembunyi, Lalitavistara (Cerita Kelahiran Buddha), Gandhavyuha, Jataka dan Avadana. (tak payah pening-pening, semua ni adalah kisah-kisah kehidupan Buddha).

Rupadatu mempunyai 3 tingkat dengan 72 Patung Buddha di dalam stupa. Arupadatu merupakan puncak, terdapat satu stupa yang sangat besar.

Sebenarnya ada 504 patung Buddha, 300 rosak, 43 hilang.

Kalau nak tau lebih lanjut... datanglah sini! Bayar Rp 10000 untuk penduduk tempatan (dan penduduk sementara macam students) atau USD 10 untuk pelancong asing... Pada hari wesak, penganut Buddha akan melakukan "lawatan" ke sini dan mengelilingi candi.

Tapi kat sini panas betul!… Korang jangan lupa bawak payung, topi ngan 1.5 liter air kalau datang sini...


Dalam bas, sebelum betolak. Imran dan Sudin


Bergambar di Papan Iklan
(Baru papan iklan, belum dalam candi Borobudur lagi)



Batu Penanda Candi Borobudur, belakang Imran adalah Gambar candi Borobudur.
Bahagian berbentuk loceng di puncak Candi tu adalah Arupadatu.
Nampak tak tangga ke Candi Borobudur?
Kawasan ini (yang tempat Imran berdiri ini) dipercayai dahulunya merupakan dasar tasik.





Batu Penanda Candi Borobudur. Semuanya budak UnPad selain Imran, Fazrul dan Ain Bedah.
Berdiri: Ayu, Imran, Fazrul, Faezah Manan. (yang rukuk tu): Syuhada
Duduk: Nazmina, Ain Bedah, Sharifah, Munirah, Tengku, Syazliana



Di Pinggir Sebuah Lorong ke Candi



Dah sampai atas bukit, depan pintu masuk Candi Borobudur.



"Koridor Terbuka" - Tingkat Pertama peringkat Kamadatu.
Nampak tak benda pelik yang bermuncung tu? Candi Borobudur dilengkapi saliran air...


"Koridor Tertutup" - Peringkat Kamadatu

"Kacau Daun"
(Dari kiri: Imran, Syuhada, Fazrul)


"Hurray!"- Di Sebuah Sudut Koridor tertutup


"Memerhati Ukiran" - Nampaknya ada sesuatu yang tersirat...


Fazrul, Imran, Sudin memandang patung Buddha di Atas Sana



Patung Buddha di Peringkat Kamadatu




Imran dan Adi - Tingkat terakhir Kamadatu, nampak tak Patung Buddha tak ada kepala?


Imran dan Adi - Gerbang Masuk ke Peringkat Rupadatu



Tingkat Pertama Rupadatu. Tiada Lagi Ukiran Kehidupan.
Yang tinggal hanyalah 72 Stupa (loceng).
Anda boleh melihat secara terbuka, tingkat pertama, kedua dan ketiga peringkat Rupadatu.
Peringkat Arupadatu merupakan stupa terbesar tidak berlubang, di hujung gambar.
Nampak tak?



Tingkat Kedua Rupadatu.
Dalam "stupa" (loceng) inilah terletaknya patung Buddha.





Tingkat Ketiga Peringkat Rupadatu
-Adi, Imran, Faezah, Bedah, Munirah dan Tengku (yang tak pakai cermin mata)-


Tingkat Ketiga Peringkat Rupadatu. Hahaha~ Adi poyo!


Pogung Dalangian (House of Fiasna) yang ke Borobudur.
(Imran, Sudin, Fazrul, Adi)



p/s: Thanks Sudin n Adi yang bertungkus lumus tangkap gambar aku...



Rumah Terbuka Monjali

Pada akhir bulan Syawal 1429, Budak - Budak Rumah Monjali telah mengadakan Rumah Terbuka...Rasa-rasanya, tak payahlah lebih-lebih Imran cerita tentang ni, sebab dorang pun tak kecoh - kecoh sangat.

Jom tengok gambar-gambar Imran kat Rumah Terbuka tersebut...Imran pakai baju pink!



Bilik Terbuka Ilham.
Yang ada dalam gambar ni adalah:
Stacey, Fazrul, Leonard, Clemency, Afif, Peah, Hema, Rajiis, Ilham n Imran.




Sudin dan Imran...

Sudin bersama Fikri telah merebus mi hun dan menyajikan Mi hun sup...
Sedap tau! Imran tambah 4 kali
Busy dorang kat dapur...





Ni Bilik Peah (Hanafiah).
Kenal kan Hanafiah?

Yang kat atas katil Hanafiah tu Gerrard Jason Matthew, Rajiiswary, dan Sara.




Gambar

Gambar Ini Saja-Saja diletakkan kerana bosan...




Block 1.5 dulu...Susah wooo...
Basic General Physical Examination


Alun - Alun Kidul Waktu Malam...
~ Dah Pandai Keluar Malam yek, Imran Azwan!




Salah Satu Pemandangan di Kampung Tempat Imran Mengadakan Lawatan ke Rumah Pesakit.
Tradisional.

Pada 14/11-16/11/2008, Seminar Pembangunan Sahsiah dan Karnival Sukan Pelajar -Pelajar Malaysia di Indonesia telah diadakan. Yogyakarta menjadi tuan rumah pada kali ini. Kelab UMNO dan PKPMI Jogja telah bekerjasama merealisasikan acara gilang-gemilang ini.

Acara mega ini telah dihadiri oleh pelbagai kontigen dan wakil kepimpinan dari pelajar - pelajar Malaysia di seluruh pelosok Indonesia. Dari Sumatera Utara hingglah Maluku Timur.

Acara dibahagikan kepada 2 bahagian - Seminar dan Karnival Sukan. Fikri, Fitri, Izyan, Farhana Joni, Imran, Kak Baldwin, Kak Rean, etc bekerja di bawah pengawasan Kak Payal sebagai AJK Protokol yang menguruskan hampir semua manajemen seminar.

Pada malam hari ke 2, peserta dan pengurusan SPSdKSPMdI makan malam bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 1, yang turut hadir menutup acara tersebut...

p/s:
Oleh sebab Imran tak pergi Karnival sukan yang meriah banget tu, maka tidalah gambar karnival sukan di sini...



Peserta Seminar Hari Pertama.
Atrash, Imran, Fikri bergossip di belakang...

Tak ada apa-apa yang dibualkan...
belakon je tu...


Pagi Hari ke-2
Mengantuk~ tetapi makan tetap makan...



MC Hari Ke-2
Farhana Joni tertunduk...


AJK Protokol mangawal persembahan slide


Menguruskan Data



Gossip~



Makan Malam Bersama Timbalan Menteri:
Atrash dan Fawwaz - Kontigen dari Bandung




VIP:
Pengarah JPMI, Dr. Junaidi;
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Datuk Ir. Hj. Idris bin Harun bersama isteri.



Farah Nasyitah, Nani dan Imran.
~ aku penat lar...~



Imran, Farhana Joni, Dr. Junaidi, Saudara Jas, dan Fitri Fareez
ketika upacara penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah.



Tak Ada Kerja




yeay~!
Dalam Bas...waktu Balik...




imra(';')n ------{@

Newer Posts Older Posts Home