Pada zaman dahulu, di sebuah galaksi yang tidak jauh (berenang pun boleh sampai; almaklumlah “overstraits”), tinggallah seorang manusia bernama Imran Azwan. Tiada yang istimewanya dia di situ, tetapi siapa tahu takdir di masa hadapan?

Dengan makanan yang ibarat lapik perut (yela, tak sempat nak breakfast, JPA soh pegi KLIA pukul 9 pagi, sedangkan bertolak pukul 1 petang) terpaksalah Imran, ibunya, dan adik-beradik makan di warung KLIA yang tak seberapa – (
kuantiti makanan la, tapi kuantiti harga boleh dianggap “seberapa” jugak hurmph…).

Setelah itu, mereka pergi “check in” kat counter dengan sehelai sepinggang (
definisi sehelai sepinggang = 27 kg beg; budak budak lain lagi over, macam nak import batu lesung ke Indon).

Setelah itu, hadirlah beberapa orang yang dikenal Imran untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum berangkat, Ayah n Autie Linda, Pak n Mak Ngah, kawan – kawan, etc.

Terlihat wajah2 teman seperjuangan yang terpisah disebabkan kertas, mak yang bizi dengan web cam, Nina yang kaget melihat KLIA, Bakar yang termanggu-manggu di alam misteri, ayah dan autie Linda yang makan di dalam McDonald bersama Pak n Mak Ngah (
dorang ajak makan, tapi maklumlah perut tak besar… =p)

Menjelang pukul 1 petang, esak tangis bergema di ruang pelepasan…Imran terus masuk kedalam toilet untuk menenangkan perasaan. Setelah itu, mereka masuk ke ruang menunggu.

Apabila mereka telah menerjah pintu masuk, mereka beramai-ramai berkumpul di bawah. Setelah cukup 40 ++ student, Imran dan para pelajar menerjah tempat check Kastam dan tempat check Imigrasi.

Tiba –tiba, ada seorang menelefon Imran, bertanya sama ada Imran sudah masuk ruang menunggu pesawat atau belum. Dia memberitahu bahwa dia telah tiba di KLIA untuk menghalang pemergian Imran. Ah, begitu romantis…Imran segera meluru keluar dari ruang menunggu pesawat ke ruang batas pelawat dan penumpang. Ah, wajah itu, yang menggamit perasaan cinta. Tapi mereka terhalang oleh kaca lutsinar yang begitu pejal. Lalu, mereka berdua menelefon antara satu sama lain.

“kenapa kau harus pergi? Bukankah galaksi ini menjanjikan segala-galanya? kenapa kau harus pergi ke galaksi lain? Cukuplah kita bahagia di sini...”

“Kau tak faham, inilah perjuangan yang mengalir dalam darahku...” balas Imran

“Tolong jangan pergi…batalkan penerbanganmu...”

“kenapa kau masih tak faham?” Imran meninggikan suara. suasana terdiam seketika.
(monolog dalaman: Eh, JPA nak bayar flight aku dah kira beruntung dah, buat per nak batalkan?)

“Baiklah, kalau itu yang kau mahu, pergilah...kalau tidak kau akan menyesal...tapi...Kau harus berjanji untuk pulang dengan selamat...”



Kemudian, pemergian Imran ibarat air hujan yang diserap bumi (
maksudnyer macam tak der ape2 je). Adakah Imran mampu pulang kembali ke galaksinya? Hidup dan sejahtera? Membawa apa yang dia inginkan?

Mari kita menukil kisah Imran di galaksi barunya

My First Time @ Chicken Hart.

Aku nie nampak kerinting dari tepi kan?

Rambut Tokak + Jas Alma Mater UGM @ Orientasi UGM.


Budak JPA dengan Encik Azery (JPA officer)


P/s:
selepas perkataan “tiba-tiba” iaitu selepas perenggan ke-7, semua kisah tersebut adalah mitos semata-mata, dipengaruhi unsur tidak logik, kisah-kisah pencerah wajah ”Pond’s lightening”, perbicaraan palsu, penuh dengan hiperbola dan metafora yang unik... maklumlah orang Melayu macam aku nie pandai berbelit-belit =p.


Tapi korang perasan tak, tajuk post nie tak der kena mengena dengan kisah di atas!! Huhuhu...korang tertipu ngan tajuk...




Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home