Bakti Sosial PKPMI di Bantul

18 Ogos 2007

Tak sampai sebulan Imran dan kawan-kawan tinggal di Indonesia, pada 18 Ogos 2007, mereka dipanggil oleh senior untuk dibuli kerana tak der OSPEK...

Tak ade lah... bukan...
pada 18 Ogos 2007, PKPMI Jogjakarta telah menghantar kontigen ke sebuah kampung di Bantul untuk menolong masyarakat mangsa gempa bumi di sana. Perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam.


Jadi, budak - budak rumah Bulaksumur dan Sendowo Perempuan diajak sekali ke sana.

Kampung tersebut agak hulu, dan jalan raya ke sana tidaklah berapa elok. Perjalanan diketuai oleh kak Maryam (Kedokteran Gigi UGM). Kawasan operasi di Pejabat Penghulu Mukim (already translated to BM).

Sebahagian daripada mereka diagihkan untuk menolong dentist di dalam dewan, manakala sebahagian lainnya untuk membantu di luar. Imran membantu bahagian penjualan. PKPMI telah membawa barangan runcit seperti gula, beras, mie sedap, getah rambut, rantai manik dsb. untuk dijual di bawah kerjasama Biro Kebajikan dan Biro Keusahawanan. Barang-barang tersebut dijual pada separuh harga. (Wow!) Gula menjadi +- 75 sen sekilo, beras +- RM 1 sekilo. Mie Sedap laku bagaikan air di padang pasir sehinggakan mereka tidak sempat bergambar dengan Mie Sedap. (lihat gambar).

Kak Nadia and “her team” menguruskan “games” untuk anak-anak kecil di situ yang baru pulang dari tadika. Main kelapa, main bola sepak, main belon dsb. (tak sempat disaksikan oleh Imran kerana busy melayan pelanggan). Abang Jas komen, tak salah pilih Kak Nadia untuk buat games tu...

Di penghujung acara, mereka sempat bergambar bersama-sama. Oh, lupa nak beritahu siapa yang ikut serta program ini daripada angkatan Imran. Tak ingat la sape yang ikut.


Batch 2007 yang turut serta dalam Bakti Sosial PKPMI ke Bantul

Bahagian Jualan PKPMI. Mie Sedap dah abis...
Dari Kiri: Sudin, Amir, Abg Anip, Aku (berbaju kuning), Adi berbaju hijau

p/s: Amir dan Adi waktu amek gambar jer muncul...dorg sbnrnye tolong dentist kat dewan

Semua orang yang pergi ke BAKSOS PKPMI di Bantul

Tapi sebelum pulang, mereka sempat sembahyang zohor di sebuah masjid lama; menggunakan perigi untuk mengambil air.

Yang tak pernah ambil air dari perigi tu mulalah bereaksi barbarik (faham2 jer la yek).

imra(';') ----{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home