Amaran Penaja:
Artikel ini mungkin agak membosankan kerana sarat dengan fakta – fakta mahupun mitos – mitos. Mungkin kedengaran seperti seseorang menulis buku promosi perlancongan Jogjakarta.

(sambungan)

Keesokan harinya, pagi – pagi lagi, Imran sudah bangun. Wah, hari ini mereka akan melancong ke Kota Madya Jogjakarta. Sebenarnya, walaupun sudah hampir setahun di sini, semua kawasan perlancongan DALAM bandar tidak pernah dikunjungi oleh Imran kecuali Malioboro.

Pagi itu, setelah mengenakan baju batik hawaii biru, mereka bertolak menaiki bas. Imran banyak berjalan bersama – sama Fitri dan Abang Ali sepanjang hari tersebut.

Mereka melawat Kraton(Istana) dan Taman Sari. Terdapat 3 bahagian Istana, yang hanya dibenarkan masuk hanyalah kawasan Istana untuk umum. Terdapat 2 balairung rakyat dan muzium di kawasan itu. Ada busana – busana diraja yang dipamerkan. Pangkat yang berbeza mempunyai persalinan yang berbeza. Ada lukisan – lukisan kenderaan diraja. Pada tembok antara kawasan pertama dan kawasan kedua, terdapat ukiran sejarah penubuhan Kesultanan Jogjakarta. Kesultanan Jogjakarta adalah pecahan Kesultanan Islam Mataram yang diserang oleh Belanda pada ketika itu. (Tak payahlah Imran terangkan sejarahnya... Kalau nak tau, tengok ukiran pada tembok tersebut =p).

Selepas itu, mereka melawat Taman Sari. Taman Sari adalah Kolam Mandian Diraja yang ditinggalkan. Terdapat 3 bahagian Taman Sari. Kawasan mandian Sultan, Kawasan Mandian Isteri – Isteri dan Putera – Putera, dan kawasan taman.

Kawasan mandian Sultan adalah kawasan larangan mahupun untuk isteri Sultan. Terdapat sebuah menara yang menjadi tempat pemerhatian sultan. Sultan akan melemparkan bunga dari menara itu kepada sesiapa yang dia mahu mandi bersama. Dengan daulat sultan, bunga tersebut tak pernah tersasar walaupun dibaling dari tingkat 3 menara tersebut. Hanya pemegang bunga tersebut yang dibenarkan masuk ke kawasan mandian Sultan. Bangunan di Taman Sari sarat dengan ukiran – ukiran awan larat yang unik. Arkitek Taman Sari adalah seorang tawanan Portugis. Dan Sultan telah mengurniakan suatu gelaran (lupa lar) kepada arkitek tersebut kerana keindahan Taman sari.

Mereka melalui pintu belakang Taman Sari menyeluruhi kawasan tersebut. Ada peninggalan asrama – asrama gundik – gundik, tempat meditasi Sultan, Masjid bawah tanah dan juga Kubu lama. Sebenarnya, dahulukala, kawasan tersebut adalah terletak dalam lingkungan Kota (Castle) Sultan.

Masjid Bawah Tanah memang mengagumkan tetapi hanya menjadi tatapan pelancong marcapada. Dibuat daripada tanah liat, kawasan dalam masjid tersebut memang dingin dan nyaman. Terdapat 2 tingkat Masjid, yang satunya terletak di atas, tanah, yang satu lagi dibawah tanah. Pintu masuk masjid hanya satu, iaitu ke bawah tanah (sebab tu nama dia masjid bawah tanah kot?) Seni bina masjid tanah liat ini agak menarik. Mihrab agak panjang, tetapi kurang lebar dan kurang tinggi (mungkin sebab imam-imam agak pendek?)

Masjid ini bebentuk bulat, seolah-olah silinder besar berkubah. Ditengah – tengah masjid terdapat ruangan yang dicurahkan dengan cahaya matahari. Di situ, terdapat tangga yang menghubungkan tingkat atas dan tingkat bawah. Di tingkat bawah tanah, terdapat sebuah terowong yang kononnya boleh sampai ke Parangtritis (Wah, sangat jauh... naik bas ke Parangtritis pun 1 jam). Sultan menggunakan laluan ini ke Pantai Legenda tersebut untuk melarikan diri atau melawat pantai.
Sewaktu berada dalam masjid tersebut, terpacul soalan kepada Abang Ali dan Fitri, “Kenapa masjid – masjid sekarang tak kreatif macam masjid ni?”

Kunjungan terakhir mereka sebelum keluar adalah Gerbang Kota Lama. Gerbang tersebut agak tinggi, namun banyak yang telah musnah. Tangga begitu cerun, bahkan ada juga laluan yang genting. Akhirnya, tatkala sampai di atas, terlihatlah pemandangan di seluruh Kota Madya Jogjakarta. Di dalam kota pula terdapat beberapa runtuhan bangunan dalaman yang lebih dari seabad umurnya. Pemandangan yang menarik, dari sebuah kota lama.

Kunjungan ke Taman Sari dan Kecamatan sekitarnya agak mengasyikkan. Cuma, keadaan di sana terlalu panas (tengah hari). Dan lagi satu, kawasan bersejarah ini tidak dijaga dengan sempurna. Di tembok lama, terdapat contengan – contengan berandalan.

Kawasan Kecamatan tersebut dipenuhi dengan rumah – rumah, yang bagi Imran, merosakkan perasaan semulajadi sebuah Kota Lama diraja. Sultan Jogjakarta memang pemurah, mewakafkan tanah Kota Lama tersebut kepada rakyat. Tetapi, nilai estetika sejarah tanah itu pun telah hilang (kecuali beberapa keindahan).

Setelah itu, mereka pun pulang. Abang Ali belanja ais krim – thanks Abang Ali!!(’;’)

p/s: Gambar pemandangan di Taman Sari, Kraton, Masjid Bawah Tanah dan Gerbang Lama akan diletak nanti...


0 comments:

Newer Post Older Post Home