Sambutan Maulidur Rasul 1429 H

Pada 20 Mac 2008, UPIMI (Ukhwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia) telah menganjurkan acara Memperingati Nabi Muhammad sempena Maulidur Rasul. Di Indonesia, banyak yang menganggap Maulidur Rasul sebagai acara Bida’ah dan tiada yang menganjurkannya. UPIMI beberapa hari sebelumnya menerangkan posisi sambutan Maulidur Rasul, dan meminta pelajar untuk menganggap Maulidur Rasul bukan sebahagian daripada Islam, melainkan hanya suatu sambutan untuk memperingati Rasulullah SAW.

Pada hari tersebut, Ilham meminta Imran untuk mendeklamasikan Sajak. Seperti biasa, sajak tersebut dinukilkan pada minit terakhir. Ilham menjadi Pengerusi Majlis ketika itu. Slot pertama diisi dengan forum Sirah Nabi. Abang Hasnul, Kak Toy, Abang Hanif dan Abang Isa mengisi forum tersebut. Isinya amat mudah, bahawasanya kecintaan terhadap nabi kian pudar jikalau dibandingkan dengan sahabat – sahabat nabi dahulu.

Selepas itu, para peserta kuiz untuk slot kedua dihimpunkan di luar. Imran mendeklamasikan sajak sebagai selingan acara. Sajak tersebut bertajuk “Senandung untuk Muhammad”. Dendangan lagu latar – Instrumentalia Doa’ Aku sangat menyentuh kalbu, sesuai dengan sajaknya yang melankolik. Isi sajak bertemakan tentang kegemilangan Islam di bawah seorang Muhammad, tetapi kemerosotan Islam walaupun terdapat jutaan Muhammad yang berada “di dalam ini dan di sana”.

Slot kedua ialah Kuiz Sirah. Angkatan 2007 menghantar 2 wakil. Kumpulan Imran mendahului markah hinggalah soalan terakhir dikemukan. Oleh kerana salah, maka markah kumpulan ditolak sebanyak 5. Lalu, kumpulan Imran kecundang.

Slot ketiga adalah menyanyikan selawat ke atas nabi, pemberian hadiah dan makan. Acara tersebut berakhir lebih kurang pukul 1, berlangsung hanya 4 jam tetapi amat bermakna.

Fikri memberi komentar tentang sajak Imran di rumah. Katanya, sebaik saja Imran memulakan sajak, dewan terdiam. Dan sajak tersebut baginya amat membungkam hati kerana satu frasa sajak tersebut iaitu amat sinis tetapi begitu tajam bermakna. Tapi, sambungnya lagi, tatkala melihat penyajaknya, dia terasa seperti mahu tertawa...

Ada seorang kakak yang mahukan sajak tersebut, tetapi sebenarnya banyak bait sajak tersebut diungkapkan secara spontan saja, dari hati.

Bagi Imran, UPIMI kelihatan sangat teratur tatkala menganjurkan acara itu. UPIMI memang terkenal sebagai suatu badan pelajar Malaysia yang sangat tersusun di Jogjakarta ini. Tahniah UPIMI!

Aku mendeklamasikan Sajak "Senandung untuk Muhammad"

Marhaban

Peserta Kuiz Sirah

My Team!! (Dari Kiri: Fazrul, Peah and Aku)

Ilham a.k.a Lehe sebagai MC

Hadiah Kuiz Sirah Nabawiah

Penonton: Abang Jernih, Arif dan Amir kat belakang...
paling mencapap n over dalam gambar ni = Fikri

Peah Menjawab soklan, tapi kenape aku yang pegang mikrofon, huh?
Ilham dengan Abg Isa kat depan, Abg Hasnul and Abg Yek kat papan markah


Dari sudut paling kosong. "Adi, fokus lar!"


p/s: kali ini Imran menapau sebungkus makanan saja, kerana khuatir memakan duit UPIMI lebih – lebih.

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home