Berekreasi Ke Kaliurang

26 Julai 2008 (Cuti Sem yang 2 minggu jer)

Pada 26 Julai, iaitu sewaktu cuti semester, pelajar – pelajar yang tak pulang ke Malaysia kebosanan di rumah. Lalu, mereka merencanakan lawatan ke Gunung Kaliurang.

Adalah beberapa orang yang ikut sekali. Ilham tak ikut... Budak – budak perempuan yang naik angkut ke gunung. Budak – budak lelaki pula menunggang motorsikal. Imran tak ada motorsikal, jadi, Leonard yang bonceng Imran. =p

Mereka berangkat beramai-ramai ke Kaliurang. Leonard bawa dengan penuh berhati – hati, namun ketika di sebuah simpang tiga, sebuah motor dengan bodohnya cuba melintas jalan. Penunggang motor tersebut kebuluran ke kedai makan di seberang jalan. Oleh kerana kelajuannya rendah ibarat itik pulang petang, Leonard terpaksa mengelakkan motor tersebut kerana ketika itu Leonard membawa 60 km/j.

Motor Leonard terbabas, tetapi tidak begitu teruk. Penunggang motor tersebut meminta maaf dengan wajah yang sayu. Lutut dan tangan Leonard luka bergeser. Leonard tak berkata apa – apa, sebaliknya, bertanyakan kepada Imran berkali – kali “Awak OK ker tak?”, “Sakit ker?” Imran menjawab “Saya OK kalau awak pun OK”, kerana yang akan menunggang motor bukan Imran, tetapi Leonard.

Di atas motor tersebut, Leonard berulang kali menanyakan perkara yang sama. (agaknya lebih daripada 15 kali kot...). Imran mengulangi jawapannya. Imran tidak luka sedikit pun, tetapi kakinya terasa seperti mengalami soft tissue injury.

Sesampainya di sana, Leonard menceritakan hal tersebut kepada kawan – kawannya..

Seperti biasa, mereka membeli tiket sebelum masuk. Mereka terus mendaki gunung. Biasalah, ibarat beruk jumpa hutan... Jalan ke puncak begitu panjang... rasanya macam dekat 20 minit nak sampai. Terlupa pula bawa air waktu tu...

Setibanya di puncak, terdapat sebuah menara 3 tingkat. Mereka pun membuka bekalan makanan yang disediakan bersama-sama. Budak Perempuan bawa Spaghetti. Sudin, Imran, Fazrul daripada House of Fiasna menyediakan beberapa botol air, popia, kuih – muih dsb. Fikri dan kawan – kawannya di House of Fshitta membawa karipap dsb.

Namun, tiba – tiba saja pokok bergoncang kehangatan, awan berarak bagaikan langit meronta – ronta, dedaunan hijau gugur ibarat salju di danau rindu. Taulah mereka bahawasanya mereka telah diekori! Alam tidak mengizinkan mereka makan dengan senang-lenang. Beruk memberontak mahukan bahagian makanannya dari kami.

Kelihatan seekor beruk terus menerkam.Beberapa perempuan menjerit, seiring jeritan beruk betina. Beberapa lelaki juga turut menjerit ~hahaha! Mereka di atas sana sekejap cuma. Beberapa orang tidak jadi melihat nuansa gunung Merapi dari puncak Kaliurang, termasuklah Imran... kerana sibuk mempertahankan makanan.

Mereka pun turun kembali ke lereng. Beruk – beruk masih saja menuruti mereka. Seekor demi seekor kecundang. Beruk terakhir memperlihatkan aksi buruknya iaitu merampas makanan daripada seorang Mat Salleh yang kebetulan berada dekat dengan mereka.

Di bawah, mereka menyewa tikar, lalu makan beramai – ramai. Imran makan sambil bermain buaian. Setelah selesai makan, mereka bermain regu. Amir suka bagi benda – benda yang “pelik”(ayat Sudin dan Fikri). Setelah itu, mereka keluar dari taman rekreasi, mengambil gambar dan berniat untuk masuk ke taman permainan, namun dibatalkan kerana dikenakan bayaran.

"Bersandar di Pohon"
Dari kiri (ikut kepala): Leonard, Imran, Amir, Peah, Tupa, Adi, Nash, Fazrul


Semua yang ikut berekreasi!


Bulatan Benteng Manusia mempertahankan makanan dari serangan beruk dan monyet


Yuhuuu!


Ini adalah ANDA yang membaca blog ini



Imran balik dengan Hanafiah, sebab Leonard sedang makan.

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home