Cuti Tahun Baru Cina - Genting Highland (';')

6 Februari 2008 (Cuti Tahun Baru Cina – sebenarnye Indon x cuti, tapi cuti ktorang jatuh pada tanggal tersebut…)

Pada cuti Tahun Baru Cina Februari 2008, Sudin, Nash, Fikri, Amir, Serul, Tupa, Hanafiah, Adi dan Imran pergi melawat Genting Highland (sesuai ke guna perkataan melawat?) Mengikut rencana, mereka mahu ke sana pada jam 9 pagi. Jadi, semuanya harus bersiap-siaga pada waktu yang ditetapkan.

Sewaktu Imran sampai di KL Sentral, Imran menelefon Amir. Kata Amir, “dia on the way”. Ternyata “on the way Amir” sangat panjang. Setelah semua berkumpul (kecuali Amir dan Tupa) mereka mahu membeli tiket ke Genting. Tiket yang ada pada pukul 10 pagi. Oleh kerana tidak pasti dengan kehadiran tepat waktu Amir, (waktu tu, ada gossip yang menyatakan Tupa telah pergi seorang diri ke Genting) mereka menunggu seketika.

Ternyata, Tupa belum pergi! Akhirnya Tupa sampai dan mereka mahu membeli tiket. Malangnya, Tiket pukul 10 telah habis, tinggal tiket pukul 11 saja. Amir tak sampai-sampai. Mereka menunggu Amir kerana khuatir akan meninggalkan dia terkontang-kanting di KL Sentral. Ternyata Amir tiba hampir jam 11 pagi. Mengharapkan tiket bas masih ada, mereka segera ke kaunter tiket, tetapi tiket sudah habis lho! Tiket paling awal pukul 1 petang. Mereka confused seketika.

“Naik Taksi aje!” cadang seseorang
Mereka ke kauter taksi, tetapi dileteri oleh “nenek” penjaga kauter tersebut kerana kami bersembilan.
Belakang-belakang, Fikri turut membebel pada nenek tersebut.“Cili mulut karang, ingat orang nak sangat naik teksi dia?”

Ada juga teksi luar yang menawarkan kepada mereka untuk ke Genting dengan harga unofficial. Mereka menolak. Sudin dan Imran menolak untuk menaiki teksi sama sekali, manakala Fikri bersetuju bahawa naik teksi agak mahal. Sudin dan Imran “mengancam” mahu menarik diri.

Akhirnya, mereka bersepakat menaiki bas yang pukul 1 tersebut. Sementara menunggu jam 1, mereka makan dulu di KL Sentral. Adi dan Imran membuka bekalan makanan masing-masing. Adapun orang-orang yang bercakap mengenai pembawaan bekal, turut juga mencicip sedikit makanan bekal tersebut.

Akhirnya, dah pukul 1. Naiklah bas ke genting. Tiada yang menariknya sepanjang perjalanan. Ada yang tertidur, ada yang buat-buat tidur, ada yang paksa diri tidur tapi tak boleh tidur.

Korang tau-tau je la bila dah sampai genting. Sejuk gila babs!! Terpaksa Imran pakai jacket yang ayah suruh pakai. Kabus kat sana tebal betul! Sejuk memang sejuk!

Mereka beli tiket untuk outdoor games. Hampir semua benda yang boleh mereka main, mereka main. Main roller coster yang over tu (panjang betul kena beratur!), main kereta api “dragon” kejadah apa tah nama dia, pas tu main benda yang macam nak tertinggal jantung kat atas tu, macam-macam lagi lah! Tak ingat nama dia! Boleh describe je!

Bestlar...
Depan Bangunan kat Genting...Sudin suruh aku buat pura-pura sejuk...


Lepas semayang Asar... (Fikri, Sudin, Imran, Adi)


Cuba cari perbezaan sape yang tak der dalam gambar di atas, ade dalam nie?
Berdiri: Sudin, Peah, Serul, Imran, Tupa, Nash
Duduk: Fikri dan Amir


Imran nak masuk benda kat belakang tu, tetapi gagal kerana "terlebih berat"


WHOSH! Bunyi air berpercikan!


Yang ni tak ada Tupa...


Yang ni ada Tupa...


Pas tu, balik dari Genting lebih kurang pukul 6. Imran, Sudin dan Fikri pergi melawat Mid Valley. Lama juga. Sampai rumah ayah lebih kurang pukul 10 malam.

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home