Malam Gala Kebudayaan Malaysia-Indonesia 2008

Pada Malam 31 Mei 2008, Imran menjadi Pengacara Majlis, kali ini untuk Malam Gala Kebudayaan Indonesia – Malaysia. Nak tau nama tu siapa punya idea?? Imran lah yang bagi cadangan! Dari dulu lagi asyik – asyik Gala... Gala bermaksud “meriah”atau “Pesta Besar”. Atrash (rujuk watak ini dalam Hari Raya Haji) suka perkataan ini tatkala digandingkan dengan “simbiosis” ( = Gala Simbiosis).

Sebanyak 4 mesyuarat bersama diadakan, dan 3 mesyuarat dalaman Kelab UMNO untuk Malam Gala Kebudayaan tersebut.

Untuk malam tersebut, Nasrul menjadi Sie Promosi bagi pihak Kelab UMNO (jual tiket untuk Angkatan 2007). Imran juga menjadi sie Acara untuk malam tersebut bagi pihak Malaysia, dan juga menjadi Master of Ceremony malam tersebut. Imran berganding bahu dengan Farhana Joni, Dr. Ambarsari Kesuma Ningtyas dan Dr. Atur.

Abang Ganapathi diminta oleh Kelab UMNO untuk menguruskan Tarian Cina dan Tarian India, manakala Sudin diminta untuk menguruskan tarian Melayu.

Dr. Ambarsari dan Dr. Atur, sangat peramah dan baik orangnya. Imran dan Farhana hanya memanggil mereka Mbak Ambar dan Mas Atur. Bekerjasama dengan mereka merupakan sesuatu pengalaman yang istimewa, walaupun kadang – kala mereka lambat sampai. Mbak Ambar suka bercerita tentang perihal “Clinical Rotation” jika ada waktu terluang.

Ok, kita kembali semula ke Pentas Gala kebudayaan. Acara dimulakan pembukaan oleh Pengacara Majlis. Seperti biasa, Imran berpantun. Kemudian nyanyian lagu kebangsaan kedua – dua buah negara. Lagu Indonesia Raya bernada patriotisme dan lebih rancak berbanding Negaraku.

Selepas itu, YDP Kelab UMNO Jogjakarta dan Ketua Solidaritas Angkatan 2002 menyampaikan ucaptama bersama – sama. Kemudian, Wakil dari Pemerintah Jogjakarta, Kedutaan Malaysia, dan Pak Iwan (Timbalan Dekan Fakultas Kedokteran) merasmikan acara. Acara agak formal buat masa itu.

Mbak Ambar dan Farhana menjemput persembahan pertama, dan acara berubah menjadi semi-formal. Peranan Imran adalah untuk menggempakkan acara, dan Farhana meneutralkan. Sudin, Fikri, Fitri, Pikah, Yun dan Hema mempersembahkan tarian Melayu. Lee Eng Siang, Susie, Easter, Ray bersama senior angkatan 2006 menjamu Tarian Cina (ada Tarian riben, Tarian Kipas, etc.). Ada beberapa persembahan Tarian daripada pihak Indonesia. Tarian Perang pun ada. Batik Adiningkrat turut memperagakan busana batik.

Serul dan Iiffa berduet menyanyikan lagu jeling-jeling pandang-pandang dan zapin usik-mengusik. Mas Eko dan Mbak Eka menyanyikan lagu Merah Putih (Lagu patriotik yang rancak), kemudian, sebagai penutup, pengacara majlis memberi sepatah ucapan dan malam tersebut diakhiri dengan lagu Save The World oleh 4 orang penyanyi tersebut. Semua penonton dan AJK menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

Abang Hafiz, YDP Kelab UMNO memberitahu Imran bahawa VVIP banyak memuji Pengacara Majlis. Tapi Imran merasakan, masih terlalu banyak yang kurang, terutama dari sudut kespontanan.

Imran dan Farhana (MC)


Nasrul Ghazali (a.k.a Serul) Sie Promosi merangkap Penyanyi



Dari kiri: Malina, Lee, Susie, Stacey, Ester Kiyuh, Hema dan Ray Robson.
Hema mempersembah Tarian Melayu,
manakala Lee, Susie, Ester Kiyuh dan Ray mempersembahkan tarian Cina.



Para hadirin
Dari kiri: Nash (hujung sekali tak nampak sangat), Wee Pang, Adeline Alina, Leonard Leong, Clemency Tan.
Belakang: Stacey dan Malina


Para hadirin
Dari kiri: Stacey, Raihan, Ruhana, Nani dan Zati



Pembukaan Tarian Melayu
(dari kiri)
Duduk: Yun, Hema, Piqa
Berdiri: Fitri Fareez dan Sudin
Bersembunyi: Fikri


Imran, Farhana, dr. Ambar, dan dr. Atur.



Malam tersebut, makanan banyak lebih. Imran... apa lagi? menapau.

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home