Showing posts with label aktiviti Kelab UMNO. Show all posts
Showing posts with label aktiviti Kelab UMNO. Show all posts

Raya Haji 1430 H

Pada hari Jumaat 27 November 2009, bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H, Kelab UMNO Yogyakarta dengan kerjasama UPIMI dan Biro Kerohanian Muslim PKPMI telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bertempat di Bangunan Yayasan Kanker Indonesia Cabang Yogyakarta.

Oh ya, aku jadi Ketua Biro Informasi... Sebanyak 4 daripada 6 ketua biro adalah daripada KUMNOY; 3 orang daripada UPIMI. (Aik??) .

Memotong Daging (Tengah Hari)... Arif menyibuk nak masuk gambar sekali...

Shasha (a.k.a Afiqah) menghunuskan pisau kepada aku, kerana cemburu pisau aku lagi tajam...
Petang: Memotong Daging dengan Batch 2009 (';')
(Except Fitri Fareez yang baru sampai)
*Huh daripada pagi aku memotong daging*


Ana, Farah Nasy, dan Aku
bersama
Piqah, Ratu Dapur; Sudin, Ayam Tambatan Pemasak Nasi dan Ilham, Ketua Projek.


Mereneh Sup...


Merasmikan Sup dengan Mencelur Bunjut ADABI...
Ada rupa sudu plastik ker? Clemency ingat celup sudu plastik dalam air panas dalam reaksinya terhadap gambar ni...hahahaha~!

Ex-Amir UPIMI, Abang Isa memerhatikan makanan dengan penuh rasa sabar...
Aku terpaku, Ilham terpana melihat Sudin menunjukkan taringnya dalam memasak.


Apa Naqib buat belakang Sudin tu? Eww...Musykil betul~!

Hahaha~ Aku kacau Adi amek makanan


Ibarat buaya tertelan batu...


Aku tak tau kenapa mulut aku mcm tu waktu nih~
Mungkin sebab aku tergamam memikir cara nak habiskan Gear Box.
Anyway, Fikri nampak tersangatlah over dalam gambar ni (membetulkan rambut ala2 Angelina Jolie)

"Apa yang korang pelik sgt tengok aku, ha??" Bicara Imran kepada Sudin dan Fik

Ramai orang cakap Adi lagi over drpd aku...
Arif dengan Nash ketawa tengok telatah Adi...
(Anyway, Adi amek Gear Box, tapi tak mampu makan)

Gotong-Royong Mengemas Dewan setelah makan


Bergambar bersama artis... Hahaha~!
Tengah Gotong - royong tetiba ada orang nak amek gambar sekali...aku dah tanggalkan baju raya dah...




The Guys...
terasa aku ni gedik giler~



~THE END~

Wisata Alam Kelab UMNO ke Batu

























Lawatan Kelab UMNO ke Malang

Lawatan Kelab UMNO ke Malang, Indonesia Sempena Karnival 3 Penjuru.

7/11/2009
Hahaha... Shasha dengan Effa merayu-rayu nak masuk gambar ni... sbb tu gembira semacam.


Mantap giler pemandangan dia... Sudin n Jepa tgh berborak ttg referee Arif, Aku, Jemey sedang berjalan ala-ala model...

Aku tak faham gesture tangan Piqah~

Futsal Team (tak ada semua rasa-rasanya) Anyway, Tahniah, team B Futsal menang 2nd drpd 6 kontestan.

Makan Malam... di meja makan...3 roses among the torns...

Kontingen Kelab UMNO Yogyakarta... Sapa la tangkap gmbar nmpak jari sendiri...
Gambar kecik giler...Nampak aku tak?
*hint: tengok baju*


28 Jun 2009, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi datang melawat Jogja. Sebenarnya dia ada kerja kat Jakarta. Tapi mungkin sebab Jogja ni best, die pun datang Jogja dulu.

Kenangan manis sewaktu ini adalah tatkala aku dan Serul meninggalkan Pak Ade di hotel dengan menaiki kereta VVIP (yang sebenarnya memang nak jemput Pak Ade - salah seorang Ahli Politik dan Penggubal Undang-Undang dari Jogja). Hahaha~! Apa lagi... kena tegur dengan Abang Hafiz la... hahaha~! Ala, salah pemandu tu la...Orang tanya Pak Ade mana, die kata dah sampai Lapangan Angkatan Udara Adi Sucipto... Nenek betul~! Hahaha...Abang Hafiz pun pergi ke Hotel balek...

Datuk mendarat di LANUD Adi Sucipto, Jogja. Aku pun ada kat sana menyaksikan pendaratan Charlie 130 H tersebut. Ade sebanyak 40 delegasi yang datang sekali. Tangkap gambar-gambar dorg jer, sebab banyak datuk-datuk. Segan. Kitorang naik kereta dengan VVIP ke hotel. Banyak betul pakai kereta. Sesampainya di hotel, adalah beberapa kelibat AJK yang datang menyambut. Anyway, pas tu kena halau dengan Dr Junaidi sebab menyibuk kat situ. Termasuklah aku-aku sekali. Serul (dan aku, of course) tak puas hati secara professional.

Aku pun terus pergi ke Restoran Wong Solo, Abg Hafiz suruh tengok2 apa2 yang patut. AJK-AJK PKPMI-CY dah ada kat situ. Aku inform la apa yang patut. Tunggu sejam jugak la kat situ. Kesian budak2 yang tunggu lagi lama daripada aku.

Aku jadi MC makan tengah hari tu. Buat pantun2 alu-aluan, Makan kejap (30 minit), banyak betul. Then aku take over majlis balek. Macam biasa - kalut sikit kat bahagian nak bagi2 saguhati nih. Sebab aku pun tak tau sape yang nak bagi hadiah untuk sapa... hahaha~! Tapi aku kan pandai tebalkan muka...

Majlis tamat. Syukur. Tak der la kritik banyak sangat. Aku minta Aminda komen, dia kata dalam sehari aku boleh susun acara in very nice way dan again pasal bagi hadiah sagu hati tu... Dia kata, tu la, susah jadi selebriti mcm aku (wes~ aku celebrity ker? hahaha~!)...

p/s: Gambar aku tak banyak sebab tak amek.


Datuk-Datuk
Sibuk dengan urusan masing-masing...

Ketibaan Datuk Seri Ahmad Zahid
Aku suka tengok Charlie 130 kat belakang tu mendarat



Lawatan Kelab UMNO Ke Solo

Assalamualaikum W.B.T..... Haaa... nak cerita sikit... pada 29 Mei 2009 hari tu, Kelab UMNO Yogyakarta telah mengadakan lawatan ke Solo... Walaupun hanya 20 orang jer yang pergi, program tu sangat seronok~! Abang Hafiz tak ada time tu, aku disuruh koordinate segala-gala benda dengan Abang Naza.

Kitorang berangkat dari Yogya menaiki Kereta Api Prameks di Stesen Tugu. Bayar lebih kurang RM 2. Hehehe...teringat Pah takut tiket habis, sempat berkonflik sikit. Hahaha~! Sebab Pah tak tau tiket Prameks tu macam tiket LRT, beli time tu jugak, bukan booking macam tiket kereta api dari Perak ke Kelantan. (anxiety is normal, anyway)

Solo Balapan
Krisis Tiket Prameks diselesaikan dengan berhemah dengan pertolongan semua AJK...Hahaha~!...Pah Nab, Pah Nab...


Kitorang turun kat Stesen Balapan Solo. Di sana, kitorang disambut oleh Abang Naza. Kitorang pun dibawa ke Tri-Chakti Kostrad, tempat penginapan selama 3 hari 2 malam tu.


Tri-Chakti Kostrad
Penginapan yang memuaskan. Ada air cond dalam bilik aku.


Malam 29 Mei, PKPMI Solo dengan Kelab UMNO Yogyakarta pun mengadakan perlawanan bola sepak 2 penjuru. Kategori lelaki dan kategori perempuan. Amir jaringkan 6 gol. Gaban r Amir... over seperti biasa... Lelaki menang 7-3. Perempuan pula seri 0-0.

Tim Futsal Lelaki KUY menang 7-3.
(Gambar di atas adalah gambar selepas game, bukan gambar2 pemain yer... sebab sah-sah aku takkan main Competative Sports)


Selepas tu, kitorang makam malam di Resto Rempah Asia Solo. Nak tau tak, Resto ni menyediakan Masakan Malaysia. Kitorang makan nasi Beriyani + Teh Tarik. Memang sedap. Sebijik macam masakan Malaysia. Sambil-sambil tu, kitorang pun berborak-borak. Aku pulak main "Mafia Games" (google dlm internet kalau nak tau...).


Nasi Beriyani WOW~! Resto Rempah Asia
Penangannya menyebabkan ramai budak2 Jogja selepas tarikh ini melawat Solo semata-mata nak makan. Mata Adi berpinar-pinar mengunyah nasi.



Kemudian, kitorang pun balik kostrad. time to sleep~! Tapi banyak budak-budak lelaki tak leh tido (termasuklah aku). Kitorang pun main Poker sampai pukul 2. Koaliasi Johor mengalahkan Koaliasi KL-Selangor dan Koaliasi Kelantan...Hahaha...Hebat ar Sudin dengan aku. Walaupun Jeman dengan Serul main tunjuk-tunjuk kad masing-masing, dorang kalah memanjang...huhuhu (sorry korang...aku menyatakan yang hakiki~!)
Okey, kitorang pun mengantuk dan nak tido. Aku check keadaan sebelum dorang tido. Nash allergik dengan kusyen kat situ malam tu. Aku suruh dia tido dalam bilik aku, dia tak nak. Aku berjaga sampai pukul 3 pagi.

Esoknya kitorang melawat Keraton Solo. Kraton/Keraton (apa-apa je lah) maksudnya Istana Sultan. Solo tak bersultan sekarang (bandingkan dengan Jogja), tapi pernah bersultan. Sultan Jogja dengan Sultan Solo sebenarnya adik-beradik daripada Kesultanan Islam Mataram. Belanda telah mengganggu tradisi masyarakat Nusantara dengan melantik raja lain (seperti mana yang dilakukan British di Johor-Riau-Lingga). Memang berperang saudara la angkara Belanda. Amek iktibar key~

Kat Keraton kena pakai seluar panjang dan kasut menutup tumit. Ade yang tak pakai seluar panjang, so, terpaksa pakai seluar panjang batik sebelum masuk perkarangan. Yang tak pakai kasut, kena bukak kasut (ups, selipar~).

Depan dewan pameran


Kontroversi Dewa-Dewi
12 Dewa Dewi bersama satu Patung Dewi Pelindung Barat di Keraton, Hadiah daripada Belanda. Apa pun, ia tak melindungi Surakarta daripada dijajah.

Gambar ini sangat kontroversi kerana kita tak pasti apa yang di'usha Pah Nab


Depan kereta kuda lama
Aku try nak naik, merasa jadi Cinderella kejap.


???
Gambar tandu ini sengaja dibuat sedemikian rupa agar tidak menimbulkan gossip2 hangat.


Gambar-Gambar Sunan (Yang Dipertuan) Surakarta


Alat-Alat Musik Tradisional Jawa
Ada pemuzik istana kat dalam tu

Then, kitorang pergi mandi-manda kat Pandawa Water Park. Tak la best tara mana. Okey la drpd x der langsung.

Di Jacuzzi Pandawa
Aku yang pemalu tidak membukak baju seperti budak lain,
alasan: Takut tukang tilik tengok tahi lalat aku.


Antara gambar2 di Pandawa.
Thanks untuk kamera canggih kalis air Sudin..



Malam 30/5 tu kitorang buat BBQ dan sedikit majlis ramah mesra. Main "Goreng Pisang", etc. Then, ada suatu Majlis Penerimaan Keahlian Kelab UMNO Yogyakarta drpd students Melayu di Solo + Pelancaran Blogspot Kelab UMNO peringkat dalaman.

Persembahan Deligasi KUY
Arahan Abang Shah: Nyanyi Lagu "Negaraku" jer



Pelancaran Blogspot peringkat dalaman + Penerimaan Anggota Baru KUY



Esoknya, kitorang melawat Universiti Sebelas Maret. Petangnya sebelum pulang ke Jogja, kitorang melawat pusat membeli-belah kat Solo (pusat membeli-belah bukan Shopping Complex key, tempat tu pusat Pasar-Pasar Tradisional Solo)

Depan Universitas 11 Maret
Imran, Imran, posing maut habis la



Depan Kantor Pusat Universiti Sebelas Maret.
Patung Garuda di atas, mengikut legenda, boleh mengeluarkan asap melalui hidung...

Masjid Agung Surakarta.
Seni Bina Jawa Klasik... Unik~!



Then kitorang pun pulang ke Jogja... Thanks PKPMI Solo untuk layanan yang diberikan. Thanks Kelab for sponsor sikit.

Older Posts Home