Petang tersebut, pertandingan Futsal Lelaki dan Futsal Wanita telah diadakan. Dilanjutkan dengan sukaneka. Imran pun masuk kumpulan kedua. Ada main baling botol guna bola. Pelbagai jenis bola diberikan, termasuklah ada sebuah kumpulan mendapat bantal berbentuk bola. ~Hahaha nasib...

Selepas itu, mereka bermain ambil gula – gula menggunakan kayu. Lepas tu ada permainan lain yang guna duit syiling tu, main ikat tali kat kaki. “Kereta Api”. Terdapat beberapa “games” lain yang tidak dapat dinyatakan di sini. Setelah semuanya berakhir, mereka menangkap gambar beramai – ramai.

Keesokan harinya, mereka ke Malioboro. Imran menuruti kumpulan Abang Isbilah, Kak Shafinie, Kak Odah dan ada lagi seorang kakak yang terlupa namanya. Kak Finie memang pandai menawar harga. Daripada Rp 120 000 jadi Rp 50 000. Banyak betul barang Kak Finie beli. ~Hahaha~. Abang Isbilah tak beli banyak barang. Imran sakan beli baju batik juga (macam lar dia nak balik Malaysia dah).

Malam tu, mereka ke Chicken Hartz. Imran memakai baju Batik yang baru dibeli di Malioboro tu. Kak Nadia menggelarkan baju tersebut sebagai “Baju Grosir”. Imran dan AJK lain tak payah bayar. Huhuhu~. Malam tersebut, Imran makan semeja dengan Puan Mas dan Abang Ali. Fitri kat meja sebelah mempromosi Imran untuk menyanyi lagu kepada Puan Maslina. Nyanyi lar sebuah lagu (rahsia)… Then, Kak Nadia pula duet dengan Imran. Burk~! Kenyang betul makan kat Chicken Hartz.

Pagi besok mereka ke Malioboro, tetapi Imran malas bangun pagi. Setelah bangun, Imran baru teringat bahawa hari ini adalah hari terakhir pelajar KSMS di sini. Selepas mandi dan mengenakan baju, Imran terus menaiki bas ke Malioboro. Di sana, Imran masuk ke Malioboro Mall, dan bertemu dengan Fazrul bersama kak Ila. Mereka ke tingkat paling atas... Main di Games Arcade lar! Kak Ila menghadiahi Fazrul dan Imran seekor tikus yang berjaya diperolehnya. Comel !! (jangan fikir bukan – bukan...Tikus mainan, Ok)

Kemudian, mereka terus bertolak ke Bandara Adi Sutjipto. Ha, Bandara tu apa?? Bandara tu lapangan terbang dalam bahasa Indonesia... (pronounsasi Sutjipto = Sucipto). Di sana, pelajar KSMS pun berlepas kembali ke Malaysia. Imran menghadiahi Abang Ali baju batik, kerana Abang Ali tak beli apa – apa pun di Malioboro. Selepas itu, AJK lain serta Imran makan di Pizza Hut. Tak payah bayar lagi... Baik betullah Abang Jas, Kak Payal, Abang Syazu, Kak Pong, Kak Baldwin, Kak Atikah Asini ni... Tiket masuk ke tempat perlancongan tersebut dah la tak payah bayar juga... Betuah betul badan... Tapi 2 minggu lepas tu tak bertuah lar... (exam)


Sukaneka dengan peserta KSMS UiTM Segamat


Huhuhu~dapat cenderahati!


Puan Maz, Abg Ali, dan Aku



Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home