Kembara Simbiosis Mahasiswa I (Pembukaan)

Pada 14 Mei 2008 – 18 Mei 2008, pelajar – pelajar dari UiTM Segamat Johor telah mengadakan Kembara Simbiosis Mahasiswa ke Yogyakarta. Tujuan kehadiran mereka ke bumi Garuda ini adalah untuk menyertai Kembara Simbiosis Mahasiswa. (Apa yang merepek ni?)

Bila diberitahu kepada salah seorang rakan internet saya tentang kehadiran mereka, dia memberi respon “Apalah budak – budak UiTM ni, abiskan duit kerajaan saja”. Sebenarnya, Imran tahu bahawa pelajar – pelajar UiTM tersebut memperoleh sponsor daripada syarikat – syarikat swasta dan badan – badan berkanun. (Hebat betul pengurusan mereka menggali lombong emas!)

Hmmm... mengikut “Buku Biru” karangan mereka, objektif pertama mereka datang ke sini adalah untuk mendedahkan wakil universiti supaya lebih berdaya saing dari segi kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran mentadbir sesebuah organisasi. Ada 16 objektif (WOW, banyak sungguh!) yang termaktub dalam buku tersebut, harap – harap semua objektif tersebut telah dicapai oleh mereka.
Daripada pemerhatian Imran, kebanyakan tetamu yang datang tersebut adalah daripada kalangan pemimpin – pemimpin pelajar UiTM Segamat – YDP MPP, Ketua Asrama, biro – biro, etc.

Imran pada asalnya ditugaskan untuk mejadi MC (Master of Ceremony) untuk acara pembukaan. Tetapi akhirnya turut menyibukkan diri untuk menjadi LO (Pegawai Berlesen – hmmm...buruk betul bunyinya dalam translasi Bahasa Melayu). Sebagai seorang LO, kerja Imran adalah menuruti peserta.

Hari malam kedua KSMS, Imran tak dapat ikuti kerana mengalami diarrhea + enchephalgia. Hari itu adalah Hari Lahir Fitri Fareez.

Pada hari ketiga, Imran mengikuti rombongan KSMS ke Universiti Islam Indonesia. Di sana, kami bertemu dengan salah seorang dekan mereka. Dekan tersebut menyatakan bahawa dahulu, ramai orang Malaysia yang belajar di Indonesia. Dia belajar di Malaysia dan agak fasih berbicara Bahasa Melayu Pasar. Dia juga memberi beberapa perbendaharaan kata yang sama tapi tak serupa seperti bisa, punggung, sejuk dsb. Dalam bahasa Indonesia, punggung digunakan untuk “belakang”, bisa untuk “boleh”, sejuk untuk rasa dingin yang kurang nyaman (tak beku ais). Kalau sejuk yang menyamankan, mereka guna istilah “dingin”. Dekan tersebut agak lucu...

Setelah itu, Badan Eksekutif Mahasiswa dan Senat UII memperlihatkan kepada kami beberapa akitiviti kemahasiswaan UII. Mereka juga menunjukkan Video Reformasi Mahasiswa 1998 yang menjatuhkan Presiden Suharto. UII dan universiti – universiti lain terlibat aktif dalam menjatuhkan Regim Suharto. Salah seorang “pelaung” Reformasi (yang berteriak tengah jalan) tersebut telah diangkat menjadi Kepala Senat, dan bersama – sama kami di situ. Dia adalah seorang perempuan yang berkaliber bagi UII.

Untuk pengetahuan rakan – rakan yang berada di tempat lain, sebenarnya, Presiden “Ditaktor” Suharto dijatuhkan oleh mahasiswa – mahasiswa universiti. Mereka menggembleng tenaga untuk itu. Ternyata, mahasiswa mampu menggoncang sesebuah negara, sekiranya mereka bersatu. Sebenarnya, apa – apa pun, jikalau bersatu, akan membuahkan hasil.

Pada malam tersebut, mereka mengadakan lawatan Budaya ke sebuah kampung. Penduduk kampung tersebut mempersembahkan pelbagai seni budaya mereka. Ada kanak – kanak yang comel menari, nenek – nenek menyanyi, dan macam – macam lagilah! Pelajar KSMS turut mempersembahkan boria mereka.

Malam itu, Imran penat sekali... lalu dia pun tidur dengan lena...(Bersambung)

MC Acara Pengalu-aluan Kembara Simbiosis Mahasiswa.


Majlis Bersidang, sebelum memanggil orang-orang lain ke hadapan


Lawatan ke Universitas Islam Indonesia, Jogjakarta.

imra(';')n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home