Rumah Terbuka Pogung Dalangan (",)

Pada 7 atau 8 Mac 2008 (tak ingat mana satu), Pogung Dalanganian (House of Fiasna) telah mengadakan Rumah Terbuka.

Mesyuarat telah diadakan lebih kurang seminggu sebelum itu. Kerabat Fiasna (Fazrul, Imran, Adi, Sudin, Nash, Amir) sebulat suara menyetujui untuk mengadakan Rumah Terbuka itu. Sehari sebelum itu, mereka semua bergotong-royong membersihkan rumah. Imran membersihkan kawasan Peti Ais dan Dapur.

Fazrul dan Sudin telah pun mengagihkan Kad Jemputan kepada rakan-rakan seangkatan. Mbak-mbak sekretariat pun dapat! Fazrul (selaku Ketua Kerabat) memilih untuk mempromosi masakan Nasi Padang bersama Ayam Bakar Pedas, tempat yang selalu mereka makan. Mereka menempah sebanyak 100 bungkus, sebungkus Rp 5 000 (Kalau tak silap la, nak tau lebih lanjut, tanya Fazrul sendiri). Malam tersebut masing-masing mengemas bilik sendiri.

Hahaha... keesokan harinya, tibalah pengunjung-pengunjung. Budak-Budak Perempuan Pondok Elmira datang awal untuk memasak tepung goreng bulat-bulat ber“chocolate-rice”(tak tau la ape yang korang masak tu). Budak-Budak Perempuan Sendowo bawak agar-agar. Sudin dan Fikri pun masak.

Setelah bacaan Yasin, semua pengunjung menjamah makanan. Selesai memenuhkan perut nan gendut, mereka semua menerjah bilik satu per satu. Hmmm... ramai budak perempuan suka bilik Merah-Putih Imran. (Jangan Jealous Nash n Sudin – berebut lar korang tempat kedua! =). Ada yang suka permaidani, ada yang suka katil tak kalah ada yang suka meja catur Imran.

Rumah terbuka tersebut habis dengan terbongkang pada waktu petang. Ain Bedah mengalahkan Ng Wee Pang tatkala main Video Game “tumbuk-tumbuk”. Lama jugak mereka main Games.

Carpet n Teddy Bear Imran =P (';')


Makan - Makan


Katil Imran...


Meja Bilik


"Wee Pang Tersipu-Sipu"
Ain Bedah(Yang di sudut gambar) mengalahkan Wee Pang dalam game tumbuk-tumbuk.



Nak dijadikan cerita, pada hari itu, Budak Perempuan Sendowo meminjam payung Adi, tetapi hilang keesokan harinya. Padan muka Adi! =p

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home