Hari Raya Haji 2007 (1)

21 Disember 2007- 25 Disember 2007 (Cuti Raya Haji)

Urm, hari Raya Haji ari tu banyak yang tak kembali ke Malaysia, termasuklah Imran dan beberapa orang rakan-rakannya di UGM. Mereka pun planning untuk menziarah kawan-kawan di UnPad sambil melancong ke Bandung. 15 lelaki dan 11 perempuan menyertai rombongan bersejarah ini.

Pada peringkat pra-kedatangan (‘over’ betul bunyi!), mereka menghubungi beberapa orang kawan-kawan mereka di Bandung. Atrash menjadi orang yang paling ‘busy’ untuk menguruskan kami. Maklumlah, dia tu Ketua Angkatan kat sana. Lagi pula, kawan-kawan baik dia, nak lawat dia (semua yang ada kat Jogja ni kawan baik Atrash! Kan Atrash?).

Pada awalnya, Atrash meminta pengurusan Bale Padjajaran (macam Asrama first year untuk student-student internasional UnPad) untuk membenarkan rombongan UGM menginap di Bale. Malangnya pihak Bale menolak mentah-mentah, lantas melemparkan kertas kerja yang ditulis Atrash kepada mereka ke tanah (hiperbola! – Atrash mana ada tulis kertas kerja untuk Bale)

Atrash mengutip kertas kerjanya dengan hati membesi. Dia nekad. Dia tidak mahu rakan-rakannya akan tidur di jalanan (=p). Atas dasar itu, dia terus menghubungi JPA untuk membenarkan rakan-rakannya bermalam di Bale.

Hampa membungkam, tatkala pihak Bale berkeras tidak membenarkan ‘alien’ daripada UGM untuk menetap di bumi mereka. PADMA (Padjajaran Mitra), Konsulatan Pelajar Antarabangsa Universitas Padjajaran, segera mengambil langkah pantas untuk berunding dengan Atrash. Akhirnya, nak singkatkan cerita, Atrash berjaya mendapatkan bilik hotel bernilai 15 juta rupiah (RM 6000) ditanggung sepenuhnya oleh pihak JPA. Thanks Atrash, thanks JPA!

Sementara itu, di Jogjakarta, Fazrul dan Tokey busy untuk menguruskan perjalanan kami, manakala Imran dan yang lainnya buat-buat busy...

Thanks guys for buying the train tickets! Mereka naik keretapi ke Bandung pada malam 20 Disember 2007 (pukul 9 kalau tak silap), dan tiba pada waktu pagi. Mereka Solat Sunat Aidil Adha di Lapangan Stesyen Keretapi Bandung. Setelah itu, mereka menaiki angkut ke Bale Padjajaran.

Mereka di sambut oleh Atrash di gerbang masuk, kemudiannya dibawa ke Bale untuk bertemu dengan yang lain-lain. Tetapi Bale pagi itu agak sepi kerana penghuni lain pergi menyembelih (anjuran PKPMI dan UMNO Bandung).

Pesanan: sebenarnya tak ada lah sepi sangat.
Sebaik saja mereka sampai, “jeritan perempuan” dan “jeritan lelaki” kawan-kawan meyambut mereka. Ternyata mereka malas menyertai acara korban. Bagai nak roboh Bale Padjajaran tu. Halilintar pun tak kuat macam jeritan dorang. Rombongan dari UGM disambut bagaikan selebriti. Kantoi korang tak pergi Korban...

Setelah makan di Paparon Pizza, Atrash dan kuncu-kuncunya menghantar rombongan UGM ke Hotel untuk check in. (Tak ingat name hotel tu apa, tapi rasanya ada perkataan “puri nusantara” gitu…). Hmmm, ada kolam renang. Tapi Imran pemalu =8...

Malam tu, rombongan UGM dan kuncu-kuncu Atrash menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha anjuran IMAN dan badan agama pelajar Indonesia Fakultas Kedokteran UnPad. Hujan lebat! Basah baju!

Malam itu, mereka tidur di hotel dengan nyenyaknya. Satu bilik superior class tidur 5 orang. 3 bilik untuk lelaki, 2 bilik untuk perempuan. Lelaki dan perempuan berpecah mengikut haluan masing-masing.



Menurut Kamera Adi, Gambar ni diberi nama "Big Size"...
(Dari Kiri: Botol Sos Paparon, Imran, Atrash dan Botol Mizone, Tupa)


Sejurus selepas sampai Bale Padjajaran. Budak-Budak Lelaki UGM Melayu di belakang.
Yang kat depan tu Imran (UGM), Atrash (UnPad), Fawwaz (UnPad), dan Fahmi (UnPad).
Yang kat depan semuanya ALL1 =p Huhuhu...ALL 1 sentiasa dihadapan!


Depan Bale 1.
Dari kiri mengikut kepala: Tupa, Serul, Fahmi, Atrash, Amir, Imran, Arip (baju putih)

Imran, Atrash, Fikri tengah makan di jamuan Raya Haji
Atrash pura-pura kaget.



bersambung....

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home