Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed 07

6 Jun 2008

Fazrul telah menggagaskan suatu pertandingan Bowling angkatan. Imran menerima idea tersebut dan menyuruh Fazrul merealisasikannya. Fazrul telah mengadakan sebuah survei. Ternyata ramai juga yang bersetuju.

Lalu, pada 6 Jun 2008, Fazrul menyuruh Nani untuk menempah 6 lorong Bowling untuk acara tersebut. Ahli-ahli House of Fiasna yang mengikuti acara tersebut bertolak pada pukul 1.30, selepas sembahyang Jumaat.

Nani telah pun tiba awal, dan menempah lorong bowling. Mereka menanti peserta-peserta yang lain. Nani pergi membayar wang, manakala Imran sedang mengagihkan kumpulan melalui cabutan undi.

Imran tidak main bowling kerana tak tahu main. Stacey, Hema dan Imran hanya memerhati pin – pin yang jatuh.

Pusingan Pertama

Dalam kumpulan 1 pula, Haziq dan Adibah mendahului teman-teman seperjuangan dengan 101 mata. Kumpulan 3 meletakkan seladang merahnya, William sebagai taruhan dengan 125 mata. Tuki (Atikah) merupakan wanita besi dalam kumpulan 4 dengan 107 mata. Hanafiah(Peah) mendapat 96 mata, individu paling tinggi untuk Kumpulan 5 manakala Wee Pang mengepalai kumpulan 6 dengan 92 poin.

Pada set yang pertama, Lee mendahului markah secara individu (133). dan kumpulan 2 (iaitu kumpulan Lee) berada di hadapan. Kemudian mereka solat Asar dan menyambung permainan selepas itu Dan Lee mendapat Turkey untuk permainan kali ini. Tahniah Lee!

Pusingan Kedua

Pusingan kedua menyaksikan pertarungan yang sengit. Kali ini stamina menentukan takdir. Segalanya bisa berubah kini. Dan memang perkara tersebut yang berlaku.

Arif, salah seorang peserta dari kumpulan 2 bangkit menentang dominasi Lee dari dalam kumpulan. Lee tergamam melihat kebangkitan Arif. Walaupun Arif tidak memperoleh Turkey, tetapi Arif mendapat strike dua kali untuk ”ending game”. Dengan 2 strike di awal permainan. Mata Arif sebanyak 107 yang tidak diendahkan pada set pertama, kini menjadi intaian pemain – pemain lain.

Kali ini Arif unggul dengan 134 mata, berbanding Lee yang seperti kehausan ion tubuh dengan hanya memperoleh 88 mata.

Dalam kumpulan 1, terjadi rampasan takhta oleh Sudin. Gaya Burung Belatuk Janda Kematian Anak serta Jurus Patah Sebelah Kaki milik Sudin menggamit papan markah. Sudin memperoleh 123 mata dalah pusingan kedua. Walaupun Haziq bertambah baik dengan 106 mata, namun dia gagal menetang kemaraan Sudin. Adibah tersungkur pada set kedua dengan 69 mata.

Geografi kumpulan 3 dan 4 tidak banyak berubah. William, Seladang Merah Kumpulan 3 masih menguasai lorong walaupun mengalami kemerosotan mata (93).

Wanita Besi Kumpulan 4 mengekalkan kekerasan kuku besinya dengan 106 mata, selisih hanya satu mata berbanding pusingan pertama. Atikah untuk kedua – dua pusingan diekori oleh seorang Wanita besi dari Kumpulan yang sama iaitu Kai.

Kejatuhan Hanafiah (Peah) dalam kumpulan 5, kali ini dengan 81 mata, memberi peluang kepada Leonard untuk menyerlah dengan 84 mata. Wee Pang meningkat kepada 107 mata, tetapi Amir dengan tidak terduga, mengganas dengan 119 mata.

Berikut Adalah Kedudukan Individu dalam Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed07. Terdapat 36 Orang yang menyertai acara ini, tetapi di sini, hanya Top 10 dipamerkan.

Rank

1. Arif [2]
107 + 134 = 241

2. Lee Eng Siang [2]
133 + 88 = 221

3. William [3]
125 + 93 = 218

4. = Atikah (Tuki) [4]
107 + 106 = 213

4. =Sudin [1]
90 + 123 = 213

6. Haziq [1]
101 + 106 = 207

7. Amir (Amzrock) [6]
85 + 119 = 204

8. Wee Pang [6]
92 + 107 = 199

9. Kai (Farah Nasyitah) [4]
97 + 82 = 179

10. Nasrul [1]
90+ 88 = 178

Tahniah Top 10 Bowlers of InterMed07!



Berikut Adalah Keputusan Berkumpulan Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed07

Group 1 : 507 + 524 = 1031
Group 2 : 509 + 497 = 1006
Group 3 : 382 + 365 = 747
Group 4 : 473 + 361 = 834
Group 5 : 391 + 335 = 726
Group 6 : 424 + 479 = 903

Walaupun Kumpulan 2 mempunyai 2 jagoan terhebat dalam Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed07, namun ketidakseimbangan ekosistem menyebabkan Kumpulan 1 yang lebih konsisten dan seimbang menjuarai Keseluruhan Pertandingan.

Tahniah Kumpulan 1!


Pada Mesyuarat setahun Imran Menjadi Ketua Angkatan, Arif bahiyuddin dianugerahkan sebagai Bowler Terbaik Lelaki manakala Wanita Besi, Atikah menjuarai piala Perempuan.

Ahli-Ahli Kumpulan 1 iaitu Adi, Adibah, Hanim, Sudin, Serul dan Haziq juga diberikan Piala berkumpulan...

Imran? Tak dapat piala lar... Tapi pengetahuan menawar harga piala, serta memutar kewangan amat bernilai...

Laporan oleh Juri dan Penyimpan Keputusan Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed 07.

Imran dan Kumpulan Pemenang
(Haziq, Adi, Adibah, Hanim, Sudin, Serul)


Semua yang menjayakan acara!



p/s: Hadiah Ditaja Oleh PERANTIS 2007 Project.


Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home