Hari Raya Haji 2007 (2)

Keesokan harinya (22/10), seperti yang direncanakan Atrash, mereka melancong ke Bandung.
Hurray!!! Atrash, Fahmi, dan Fawwaz bertindak menjadi pemandu pelancong merangkap pemandu kereta sewa. Pelbagai tempat menarik yang mereka kunjungi.

Bandung Mall yang mereka singgah ternyata sangat besar (berbanding AmPlaz Jogja). Di tingkat atas sekali terdapat roller-coster dalam bangunan. Walaupun tidak setakut mana, Fikri, Atrash, Sudin, Imran dsb. Berpakat untuk menjerit sepuas hati. Roller coster tersebut agak simpel tapi jeritan menggatal berfrekuensi tinggi ternyata boleh didengar sehingga lantai mall kedua teratas.

Yang paling menyentuh jiwa ialah Malam di Paris Van Java (Paris di Jawa – dalam bahasa Melayu). Paris De Java berjaya mengekalkan suasana ala-ala baratnya. Tak syak mengapa orang putih banyak kat situ. Di sana, mereka menonton wayang tengah malam – cerita hantu. Atrash traktir Imran 50%. Thanks again Atrash!

Setelah itu (selepas tengok wayang), mereka melancong ke Gunung ape tah (Atrash, ingatkan aku balek!). Mereka tidur di situ malam itu, sambil menyaksikan malam seluruh kota Bandung yang ibarat kandil tak kehabisan sumbu dan minyak.

Keesokan harinya (23/10), mereka menjelajah Kota Bandung. Mereka membeli pelbagai barangan seperti kain-kain dan comforter di pasar-pasar tradisional fabrik. Imran sempat mencapai (maksudnya beli lar...) set comforter berwarna merah. Malam tersebut, mereka pulang ke Hotel.

Keesokkan harinya (24/10), pelajar-pelajar mengambil peluang membeli barangan di pasar pagi. Imran tak ikut serta. Dia tinggal di bilik sambil bermain laptop Ilham (waktu tu Imran gila main CIV).

Malam terakhir itu, mereka mengadakan dinner besar-besaran secara mengejut. Imran, selaku Ketua Angkatan 2007 PKPMI (waktu tu la) memberi ucaptama (over betul!) . Atrash membalas, kemudian jadilah sessi debat...(hahaha...tipu jer).

Atrash juga memberikan ucapan. Tokey , Fazrul, wakil wanita, wakil kuncu-kuncu Atrash juga memberikan ucapan. Kemudian, filem kehidupan pelajar-pelajar 2007 Malaysia di Jogja di tayangkan – hasil nukilan Tokey.

Malangnya, malam itu, kerana kehadiran mengejut sekaligus, bahan makanan di dapur habis dengan tidak disangka. Banyak yang tak dapat makanan (contohnya: Imran; hahaha...sape suruh order benda yang pelik sangat?). Ada yang marah, geram dan terkilan dengan sikap restoran ini. (Restoran ada sikap ker?) . Penantian daripada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam nampaknya sia-sia.

“Harap hiasan restoran nampak mewah, padan la kosong, dapur pun tak larat nak berasap,” komen salah seorang peserta rombongan. Mereka mengambil gambar kenang-kenangan di restoran itu, walaupun ramai yang sudah pulang kerana tensyen tak makan.

Keesokan paginya, mereka berkemas, bersiap dsb untuk pulang. Tengah hari itu, mereka sempat menonton wayang, yang mengakibatkan si tuan angkut membebel jugak (haila nasib, aku tak pergi tengok wayang, aku pulak yang kena...) Mereka sempat me“napau” brownis kukus khas bandung untuk dibawa pulang ke Jogja – Idea Nani, Imran ikut Nani pergi Beli. Kata-kata Imran berjaya memukau penjual brownies tersebut untuk memberi diskaun 5%. Mereka pulang pada malam 25/10...

"Phantassie"
Wow, nuansa di lorong Paris Van Java! Merpati dan Pohon yang asli..

Aku(lihat ke tempat lain), Ilham (covered), Fawwaz (jatuh), Atrash, Sudin, Fikri


Makan kat salah satu Mall terkenal di Bandung.
Yang kat depan sekali pakai baju hijau tu nama dia Fitri, tapi "you all can call him Fareez"

Aku tido dalam kereta... Budak2 lain tido kat luar, atas tikar...ni kat gunung tu la...

Bergambar sebelum balik ke Jogja

UGMers di depan Papan Perasmian Bale... yang perempuan tu nama dia Piqah.
Sudin posing maut~



Officer PADMA +InterMed 07 UGM.
Lupa nak beritahu yang kitorang ade jumpa2 dengan PADMA sebelum balik...

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home