International Day 2008

Pada 16 - 18 April 2008, International Day diadakan di Fakultas Seni Budaya UGM. Menyahut seruan seni antarabangsa, PKPMI via International Programme, Faculty of Medicine tak lupa untuk menghantar kontigen daripada Malaysia. Hmmm... PKPMI menghantar kontigen terbesar sekali hari tu.

International Day dibahagikan kepada 3 Festival iaitu, Festival Musik, Festival Tarian dan juga Festival Makanan. Beberapa orang budak perempuan Batch 2007 menyertai Festival Makanan dengan ramuan hebat Nasi Lemak mereka.

Imran, Fikri, Fitri, Sudin, Peah turut ke Pesta Makanan. Di sana Imran mencuba beberapa masakan asing. Ada makanan dari Papua New Guinea, Thailand, Korea, Jepun, Perancis, Belanda, USA, India, Taiwan, macam – macam la... Kanopi untuk Malaysia merupakan Kanopi paling Besar. Ada masakan tradisional orang Melayu dan Cina. Ada juga melukis Henna (inai orang India). Stephanie (Senior dari German) turut bersama – sama dengan seorang kakak berbangsa India (tak kenal lar kak, maaf ya!) untuk membuat Henna. Kak Baldwin pun ada (ala, Kak Baldwin yang macam orang Punjab tu...).

Makanan yang paling Imran suka hari tu adalah makanan orang Thailand. Tak tau macam mana nak terangkan tapi pokoknya makanan tersebut pedas, enak dan gratis.

Mereka sempat menjamu telinga dengan kumpulan Band daripada pelbagai negara. Bila tengok balik kat Festival tu, rasa – rasanya UGM ni banyak pula pelajar – pelajar International. Paling ramai tentulah dari Malaysia dan yang kedua dari Belanda. Tapi rasa – rasanya macam banyak pula orang dari timur jauh kat sini (China, Korea, Taiwan, Jepun).

Hahahaha~ banyak pula cakap pasal Festival Makanan. Al-maklumlah, perut sedang berkeroncong. Baiklah, kita lanjutkan kepada Pesta Tarian. Ada tarian suku asli orang Papua New Guinea (segan nak cerita macam ner...). Ada tarian Korea, China, dan tarian bebas orang Barat.

Majoriti kontigen Tarian dari Malaysia hadir daripada kalangan pelajar Angkatan 2007. Hemelamarie adalah koreografer untuk tarian India. Antara Penari – penari hebat tarian India dari kalangan pelajar 2007 waktu itu ialah Hema (nama komersial Hemelamarie), Rajiis, Roopa, dan Farah Faiz Gan.

Kak Akma dan Kak Yatie koreograf tarian Melayu. Imran, Sudin, Fazrul, Fitri, Amir, Malina, Yun, Iiffa, Farah Najla dan Ecah menjadi penari – penarinya.

Untuk Dikir Barat, Serul jadi Tukang Karut, dan awak – awaknya semua budak lelaki angkatan 2007.


Hmmm... Tarian Melayu Kurik Kundi agak hebat.
“You just practice it in 2 weeks? Outstanding!” Komen penonton.

“I like the it very much, especially the ending,” komen seorang penonton yang lainnya. Mungkin penutup tu tak nampak muka sudin kot, sebab tu orang tu suka.


Tarian India sangat menarik. Aacha Nahiye berjaya membuat penonton terkesima. Hema memang pandai bab – bab macam tu.

Serul jadi Tukang Karut. Suara dia agak “macho” dan lunak… tak boleh dipertikaikan oleh Amir. Fikri tepuk terlebih dekat nak ending – ending sebab “Imran menjerit namanya dengan kuat”.



"Tepukan Ekstrem" - Dikir Barat (Persembahan Pertama)
Terlalu ekstrim sehingga gambar menjadi kabur.


"Pegang Bahumu" - Aacha Nahiye (Persembahan ke-6)
Dari kiri: Farah, Rajiis, Roopa, dan Hema.



Persembahan ke-8 (3rd Finale), sebelum lampu terbuka...


"Depaan Lelaki"


Bahagian Perempuan.
p/s: bahagian bersama tidak ditunjuk, kerana tak ada gambar...


"Penutup yang Ceria = Sudin~Sudin~ Mana anda?"
Owh...sape kat belakang Amir tu?




"V terbalik" - Tarian Korea



Tarian Cina



Kurik Kundi + Serul, selepas acara. Warna baju yang = merupakan pasangan tarian.
Berdiri: Sudin, Fareez, Fazrul, Serul, Amir, Imran
Duduk: Yun, Nab (Iiffa), Ecah, Farah Najla, Malina Raihan.




Hmmm… Malam itu sungguh mengasyikkan. Makanan yang ditaja International Programme agak banyak. Apa lagi... Seperti biasa Imran pun sibuk menapau makanan... Adalah dekat 3 Kotak...


Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home