Lapangan Candi Prambanan di Prambanan, Daerah Istimewa Jogjakarta (18 km daripada Bandar Jogjakarta) dibuka pada zaman Rakai Pikatan dan Rakai Balitung, pada abad ke-9. Sesetengah orang berpendapat, Candi Prambanan dibuka untuk membuktikan keunggulan "Dinasti Hindu Sanjaya" yang bersaing dengan "Dinasti Buddhism Sailendra" yang membina Candi Borobudur di Jawa Tengah.
Terdapat sebuah legenda yang mengisahkan bagaiman Candi Prambanan dibina. Nak dengar tak kisah-kisah orang-orang tua ni? Tak nak dengar tak apa...Imran tulis je...
Tersebutlah al-kisah, seorang putera bernama Bandung Bondowoso telah jatuh cinta kepada puteri Roro Jonggrang. Tetapi Puteri Roro Jonggrang membenci Bandung sebab Bandung telah membunuh ayah Roro Jonggrang dan menakluk negeri tersebut. Bandung(raja kawasan tersebut sewaktu itu) telah memaksa Jonggrang berkahwin dengannya. Oleh sebab itu, Jonggrang telah memberikan syarat (ala-ala puteri Gunung Ledang gitu) kepada Bandung untuk membina 1000 Candi dalam masa 1 malam sehingga ayam berkokok (dengan harapan Bandung gagal - =p).
Namun, ternyata Bandung memiliki ilmu sihir. Dia memanggil jin-jin untuk menolongnya membina 1000 Candi. Jonggrang tak puas hati, lalu memerintahkan penduduk kampungnya membuat unggun api yang banyak untuk diletakkan di bahagian timur negeri dan menumbuk padi, seolah-olah hari dah nak subuh. Ayam pun berkokok. Semua jin yang menolong Bandung lari kembali ke tempat asal, dan meninggalkan Candi ke-1000 terbengkalai (dinamakan sebagai Candi Sewu). Bandung rasa tertipu lalu menyumpah Jonggrang untuk menjadi patung dan candi terakhir di Candi Prambanan. (Yang dikatakan menjadi patung Durga dalam Candi Besar Siva)
Candi Prambanan terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama merupakan bahagian bangunan biasa, mungkin untuk kegunaan brahmin. Bahagian kedua menjadi rumah kepada 224 candi kecil (candi perwara).
Bahagian Ketiga merupakan Pusat Kompleks Roro Jonggrang.
Di bahagian pusat Kompleks, terdapat 1 Candi Utama untuk Dewa Siva, diapit oleh 2 Candi Besar untuk dewa Brahma dan Vishnu. Candi Utama Siva terbahagi kepada 4 kamar yang lebih kecil dan 1 kamar utama. Setiap satunya mempunyai patung dewa-dewa sekeluarga dengan Siva (Durga, Ganesha, Agastya, dan Siva sendiri). Candi Besar Vishnu dan Brahma hanya mempunyai 1 kamar, dengan patung dewa masing masing.
Secara peribadi, Candi Prambanan memang hebat. Kalau diperhatikan, candi-candi ini menjulang ke angkasa dengan bumbung yang mencerun. Kadang-kala, Imran merasakan bahawa orang zaman sekarang tidak mampu membuat candi sebegitu. Terdapat ukiran disetiap dinding, begitu halus dan teliti, sehingga dikatakan, ahli sains boleh mengenal pasti genus burung-burung yang terukir.Tidak diketahui sama ada bandung mampu membuat semua ini bersama jinnya dalam masa 1 malam.
Imran di Candi Kelir
Imran dan Adi di Candi Apit
"Terpegun"
Pemandangan Candi Utama Siva yang tidak dibenarkan masuk atas sebab keselamatan.
Nik, Imran, Ecah, Sudin, Bedah, Adi, Munirah, Faezah

Candi Besar Mahadeva Vishnu. Terdapat ukiran kisah Ramayana di dinding candi.
"Hurray?!" - Imran dan Ecah di puing-puing Candi Perwara.
Hahaha~ kacau Sudin bergambar~=)
Bahagian Pertama dan Kedua hanya tinggal runtuhan
Labels: dengan kawan2
salam~
(dgn sopan santun)
oi imran,tukar balik nama aku!
suka-suka hati je..ish!
ain said...
March 1, 2009 at 4:02 AM
Ain Bedah (bukan nama sebenar)
huhuhu~
Eh macam ner nak follow blog org lain ha?
------{@
Imran Azwan bin Azizan said...
March 1, 2009 at 5:59 AM