Field Visit to District Health Office.

19 Jun 2008

Amaran Penaja

Blog ini bukan untuk tujuan akademik, namun kerana topik nie memang topik akademik, terpaksalah si Imran Azwan menulisnya dengan gaya penulisan report Field Trip (maaf yer kalau ade yang tak faham)

Report (Skema Mode)

Pada Khamis 19 Jun 2008, Imran dan kawan-kawan seangkatan pergi menjelajah ke Kantor Dinas Kesehatan (DINKES) Kota Madya Yogyakarta (English: Kota Madya Jogjakarta District Health Office). Matlamat kunjungan mereka adalah untuk:
  1. Memahami bagaimana Pejabat Kesihatan Daerah (pandai aku translate daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu) berfungsi.
  2. Menerangkan peranan DINKES dalam membuat polisi kesihatan dan pengaturan kewangan untuk kesihatan
  3. Memahami servis dan aktiviti yang disediakan di DINKES Kota Madya Jogjakarta.

Sejarah Fungsi DINKES

Sebermulanya tahun 2001, desentralisasi jabatan-jabatan kerajaan telah dilaksanakan di Indonesia. Kerajaan Pusat telah memberi kuasa autonomi kepada jabatan-jabatan kerajaan di peringkat negeri dan daerah. (Jabatan Kesihatan juga tidak terkecuali).

Di Daerah Istimewa Jogjakarta (nama je daerah – tapi sebenarnye negeri/provinsi), kuasa jabatan kesehatan lebih banyak diuruskan pada peringkat daerah. DINKES / Dinas Kesehatan memegang kuasa regulasi (perundangan), menguruskan kewangan untuk kesihatan, menguruskan Kesihatan Umum, dan penguatkuasa teknikal kesihatan di kawasan mereka.

Merekalah yang memberi lesen dan memantau kepada hospital, klinik dan farmasi; membahagikan bajet mengikut kesesuaian; membayar gaji pekerja awam sektor kesehatan; menjadi orang tengah antara Kementerian Kesehatan dan Perkhidmatan Kesihatan (menguruskan tuntutan insurans daripada hospital – kerana Indonesia mengamalkan sistem Insurans Kesihatan Sosial). Mereka juga menguruskan data-data surveilans dan mind-master mempromosi kesihatan umum.

Imran dan Kawan-kawan

Sementara itu, Imran Azwan mengacau kawan-kawannya dengan bermain kuiz. Soalan diedarkan di atas kertas dan di“pass”kan daripada sorang ke sorang. Soalan kuiznya ialah, “apakah yang anda akan jadi sekiranya anda hidup di zaman Kesultanan Melaka?”

Beberapa jawaban yang diterima agak mengejutkan, ada yang mengatakan mereka menjadi petani moden (Hanafiah), saudagar (Amir), puteri raja (Ain), laksamana (Serul), nelayan (Adi), orang kampung (Fikri), isteri tua raja, pengampu Bendahara, gundik raja (nama dirahsiakan) dsb.

Ya Allah, merosakkan Gambar jer orang kat belakang tu...


"Adi, kalau kau duduk kat zaman Melaka, kau rasa ko jadi ape?"
- Mengacau orang bukan berbincang, Adi pun layan-




Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home