Makam Malam Kelab UMNO Yogyakarta.

Hmmm... Forth time Imran become Master of Ceremony. Pada 14 Jun 2008, Kelab UMNO Yogyakarta ada menganjurkan Dinner Kelab UMNO Yogjakarta. Murah tau! Kena bayar Rp 80 000 saja. Kalau makan biasa-biasa kat hotel sekitar Jogja ni, paling minimum pun kena bayar Rp 120 000. Kelab UMNO support Rp 40 000 per kepala. Dapat mug kenang-kenangan dari kelab UMNO tau. Lepas tu ada cabutan bertuah. Grand Prize dia adalah “Return Ticket Zero Fare” MAS untuk pergi-balik ke Malaysia. Ade baucer dinner kat hotel tu. Eh,eh, eh, over betul cerita semua ni! Benda ni dah lepas lagipun…

Okla, baik tuan! Kita beralih ke waktu sebelum Majlis Makan Malam tu. Abg Hafiz Hasyim cadangkan benda ni dah lama dah. Even, before meeting dengan Indonesian pasal Malam Kebudayaan Malaysia-Indonesia tu. Tapi, majlis ni lagi lambat pula terlaksana berbanding Malam Kebudayaan tersebut... (skema habis lah ayat!).

Imran dengan Serul handle bahagian Protokol dan Majlis. Alia dengan Iffa urus bahagian Hadiah dan Souvenir. (sekadar menyebut beberapa nama-nama artis popular). Untuk malam tu, Serul jadi tukang jaga makanan, Imran jadi pengerusi Majlis, Iffa ngan Alia jadi receptionist merangkap pembawa hadiah.

A’ah, lupa cerita... selain Imran, ada 3 orang lain jadi MC... Farhana Joni, Stacy Lim, Hemelamarie (jangan salah sebut tau “heme-la-mari” dengan “e” kedua tu berisik). Nama-nama di atas bukan nama sebenar, sekadar nama vogue jer... nak tulis nama sorang-sorang panjang pula jadinya (lebih baik tulis ja nama betul dorang daripada berleter tak tentu arah macam ni; betul tak?)

Pada mulanya, Hemelamarie enggan, tapi setelah dipujuk rayu, dia menerima. Thanks Hema n Stacey! Thanks Farhana Joni juga!

Sebenarnya, Imran expect yang dia akan jd pengerusi Majlis macam Makam Malam KTT dulu, tapi rupa-rupanya lain... Apa yang lainnya? Tempat dia tak macam Makan Malam KTT tu. Tapi kira boleh tahanlah. Lantak lar... orang lain kena bayar Rp 80 000 tapi Imran tak payah bayar sebab jadi MC… jangan jeles...=p

Serul dengan Alia memang mantap buat promosi. Ramai juga yang datang majlis tu.

Kita lanjutkan ke malam tu. Hari tu Fazrul yang bawak Imran ke Hotel tersebut naik motor. Thanks Fazrul! Kehadiran kitorang disambut sepi – sebab antara orang yang terawal datang. Selepas memasukkan beg ke dalam bilik persalinan, Imran keluar. Kelihatan Serul tengah angkat mug cenderahati daripada UMNO, Imran pun tolong...

Hmmm... skip jer la part angkat-mengangkat barang ni, part membentang kain rentang Majlis Makan Malam (sebenarnya bukan kain, tapi sejenis plastik) dsb. Mereka selepas itu menunaikan solat Maghrib. Majlis bermula selepas masuk Isyak.

Majlis bermula dengan pengenalan Master of Ceremony. Imran dengan gediknya mendeklarasi bahwa dia adalah “roses among the torn”. (dia sorang je lelaki yang jadi MC dan sangatlah over kata orang-orang lain). Kemudian bacaan doa, kemudian ucapan-ucapan yang perlu.

Malam itu, Abang Jernih dan kawan-kawannya mempersembahkan “band”nya. Ray (keyboard) dan Nicholas (tak ingat main apa) pun masuk dalam band tersebut. Fazrul dan Izyan baca sajak sementara yang lain melantak.

Kemudian, tibalah acara penyampaian hadiah. Fitri Fareez yang Over dan Malina yang Baik Hati menerima hadiah untuk pencapaian cemerlang mereka untuk kouta angkatan 2007 (4.00). Tahniah Fitri Fareez Over dan Malina!!! (watak-watak ini muncul dalam International Day 2007)

Seterusnya, tibalah acara yang dinantikan iaitu cabutan bertuah. Ada kekeliruan sejenak bagi pihak MC. Tapi semuanya dilindung dengan baik. Banyak juga pelajar Batch 2007 yang dapat hadiah. Untuk hadiah Queen and King of the Night di mana Imran menjadi pencalonnya, Wan Muhammad Faruq Adi Putera (a.k.a Adi) tercalon, malangnya tewas dengan populariti baju pink Abang Gana. Sorry Adi, aku tak leh buat apa-apa.

Kini, tibalah acara penerimaan Grand Prizes. Suasana sepi. Bermula dengan hadiah misteri di bawah kerusi, kemudian ke boucher makan malam, dan seterusnya Tiket “Pergi-Balik Zero Fare” MAS.
L3t5, th3 magical hand5 do th3 magic!Tadaa… nombor 107!!! - Hema
HAHHHHHHH!!!” Imran menjerit kuat di hadapan mikrofon. Surprised? Sape yang menang???? =?

Ternyata nombor bertuah itu adalah nombor tiket Imran! Hahaha! Imran menang cabutan bertuah kali ni!

Dah la pergi makan tak bayar, lepas tu dapat tiket free,” komen seseorang dengan hati membengkak.


Malam itu diakhiri dengan doa. Ketika semua orang sibuk mengambil gambar, Imran sibuk “menapau” makanan...


Masters of Ceremony

Ray Robson - Persembahan Band


Batch 2007 Tangkap Gambar Beramai - Ramai


"Peah, Imran, Tupa"


"4 MC terhangat"
Dari kiri: Imran, Farhana, Hema , Stacey...



House of Fiasna (Pogung Dalangian)
Dari kiri: Nash, Fazrul, Imran, Amir, Adi, Sudin



Manajer MAS Jogjakarta dan Imran




Abg Hafiz (ketua Kelab UMNO) dan Abg Jas (ketua PKPMI) memberi anugerah.
Alia tersenyum menatap nasibnya sebagai AJK hadiah.
Imran dan Farhana membaca penerima anugerah.



"Jenayah Terdedah"
Ketawa ambil memegang plastik yang mengandungi hasil - hasil "tapau"

Imr(’;’)n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home