Showing posts with label aktiviti InterMed07. Show all posts
Showing posts with label aktiviti InterMed07. Show all posts

PRASASTI 09

YEAR BOOK 2009 (PRASASTI '09) COMMITTEE

PRASASTI 09 stands for Professional, Altruist and Scentific (3 pillar of Medical Professional)
PRASASTI means "Sacred Written Stone" (in Indonesia and Malay Language) to represent the sacredness of the doctors are.
PRASASTI is usually eternalized through out thousands of years, a hope for this book.


Lembaga Editor.
Aku (Imran aka Kencana Si Rawi) sebagai ketua editor,
Farah Nasyitah (Kai Isolated) sebagai Timbalan.
Editor:
Diah Nur Savitri Ashary (Vit)
S. Vicnarajiiswary (Rajiis)
Chin Jian Wei (William)
Muhammad Fikri bin Mustafa (Uda, Sha)
Vidya Cahayaningkrum


Okey, semuanya senyum dengan riang...
Farah baru kembali... sbb tu nampak mcm tak
Mulut besar aku menutup kenyataan aku tengah gelisah nak pergi Lab Microbiology



Suka gmbr nie... anyway, Farah nampak masih kaget...
Oh ya, Merry Christmas, William~!



Ramai yg cakap ni best picture sbb nampak natural... (aku tak rasa kot)
tapi Farah tak der... ramai yang tertanya2 kenapa...
Okey aku jawab yer, sebab waktu tu dia balek antar motor Sid...
hahaha... just assume Farah yg amek gmbr ni jer~


Juara Model Colgate jatuh kepada Rajiis~!



Happy Family... Fikri = ayah, Rajiis Mak...
Vitri kakak sulung, William abang kedua...Farah konon2 anak ketiga... n aku = bongsu~!
(korg semua dah tua, n lg tua drpd aku)

PRASASTI 09 done on: 23 December 2009

Best Year Book ever (except certain typo)~

International Fun Festival 2008

29 Ogos 2008

Pada 29 Ogos 2008, InterMed07 telah mengadakan International Fun Festival 2008 (IFF 08). International Fun Festival 2008 diadakan khusus untuk menyambut kehadiran pelajar – pelajar Junior angkatan 2008.

Empat minggu sebelumnya, Imran bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja untuk acara tersebut. InterMed07 berjaya memperoleh 6.3 Juta rupiah (RM 2500) untuk menganjurkan acara gilang-gemilang tersebut. Imran mengadakan undian untuk melantik Pengurus Projek IFF 08, manakala Imran sebagai Kanselor Tugas Kanselor adalah menguruskan dan mengkoordinasi karenah birokrasi atasan untuk projek tersebut, manakala tugas pengurus adalah menguruskan perjalanan projek.

Tokey (Nazirul) diundi sebagai “Manager” dan Sudin sebagai “Assistant Manager”. Tokey melantik jawatan kuasanya sendiri. Imran menguruskan proposal, surat permohonan pemakaian elektrik, surat pemberitahuan kepada Pengawal Keselamatan, surat peminjaman ruang, surat peminjaman barang – barang, koordinasi dengan sekretariat, audit akaun, pemberian sijil, dsb.

Tokey, Sudin dan AJKnya menguruskan hal ehwal dalaman, promosi, makanan, pengangkutan, protokol, kewangan dalaman, pengisian acara, hadiah, dokumentasi, cenderamata dsb. supaya majlis tersebut berjalan lancar.




Beberapa siri test diadakan sebelum acara termasuklah test coca-cola, test mercun dsb.

IFF 08 dimulakan dengan acara perasmian. Imran cuba mencari Pak Djoko tetapi gagal. Imran meminta Sekretariat untuk turut bersama merasmikan acara, tetapi mereka hanya ingin memerhati dari jauh. Imran merasmikan acara bersama Stacey. Kemudian, Imran menetap dalam Bangunan Inter dan menaip Sijil. Acara diserahkan kepada kebijakan Tokey dan Sudin.

Berikut adalah para pengurus dan koordinator IFF 08:

Head of Committee:
Imran Azwan bin Azizan

Vice Head of Committee:
Anastasia Joyce Lim Yit Zhen

General Manager:
Mohd Nazirul Shareef

Assistant General Coordinator
Nur Hafizuddin bin Jailani

Cindy Ng Lee Yie
Administrative Coordinator

General Secretary:
Siti Nashria Rushdy

Treasurer:
Nurul Izyan binti Rahmat

Master of Ceremony:
Malina Raihan binti Ramlan
Kishore A/l Manogalan

Coordinator of Planning and Activities Bureau:
Ray Robson Lu Ju Chen
Syazni binti Ahmad Zahidi

Coordinator of Prize and Souvenirs Bureau:
Mohd Fikri bin Mustapa
Nor Aisyah binti Abdullah

Coordinator of Protocol and Technical:
Nur Alia binti Mod Zaky
Fitri Fareez bin Ramli

Coordinator of Facilitators:
Leonard Leong Sang Xian
Clemency Tan Xie Ning

Coordinator of Consumption:
Mohammad Fazrul bin Mohammad Basir
Ain Zubaidah binti Salleh

Coordinator of Promotion:
Hemelamariae Munusamy
Gobinath Palani Gondi

Coordinator of Documentation:
Tony Tan Beng Keong
Widyantri Wulandini

Coordinator of Security and Welfare:
Farah binti Mohd Faiz Gan
Ng Wee Pang

Coordinator of Ad Hoc Bureau:
Nur Taufiqah binti Idris
Muhammad Haziq bin Abdul Wahab

Waktu siang terisi dengan pelbagai permainan. Pada waktu malam pula Upacara penutup diadakan. Upacara pembagian hadiah dijalankan. Rufus Jesudass diundi menjadi Ketua Angkatan 2008. Kemudian, Imran memberikan ucapan penutup. Sekretariat memuji angkatan 2007 sebagai Angkatan terbaik sepanjang pekerjaan mereka.Selepas itu, pelajar Angkatan 2007 menunjukkan cheers angkatan 2007 (yang baru dipraktis pagi tadi dalam lecture hall...).

Mercun, lilin dan bunga api menghiasi malam tersebut. Indah. Majlis berakhir dengan segmen bergambar dan memberi hadiah kepada senior.

Hasil Survei yang dibuat Cindy atas arahan Imran, pelajar - pelajar 2008 memberikan rating 8.45 kepada IFF 08.


Laporan Habis... masuklah pendapat peribadi.

Sebagai pengurus birokrasi, tugas Imran sangat sulit. Dia bergerak sendiri (bersama Stacey kadang-kadang) kerana tugasan birokrasi tidak memerlukan orang yang ramai tetapi memakan masa yang panjang kerana prosedur yang banyak. Huhuhu~ penat. Walaupun bergerak 4 minggu sebelum acara, prosedur peminjaman area parkir tamat sehari sebelum IFF. Hmmm... penatkan? Kalau pun tugas ini dijalankan oleh berpuluh – puluh orang, belum tentu akan siap cepat. Kadang-kala rasanya macam menjadi seorang birokrat.
Tak hairan sewaktu tamat IFF08, mbak Iiffa menyatakan “Imran, kamu ini sudah seperti kerja di kantor (pejabat)”.

Tokey dan Sudin sangat menghamba kepada tugas. Mereka melakukan sesuatu dengan berdedikasi, dan kedua-duanya mempunyai aura pengaruh yang sangat tinggi. Mereka dilantik secara undian, memberi aspirasi dan inspirasi kepada para pengundi dan membuat kerja sesempurna yang mungkin. AJK-AJK IFF sangat bagus dan bekerjasama dengan baik. Malu rasanya menjadi Ketua kepada mereka semua.

Majlis Pembubaran

Beberapa minggu selepas IFF tamat, Imran membuat dan memberikan sijil kepada semua AJK yang terbabit ditandatangani Imran dan Pak Djoko (Dr. Dr Djoko Prakosa, PhD) Imran juga memohon Rp 315 000 untuk acara pembubaran AJK IFF. Tokey dan Sudin pula membeli donat. Mereka satu angkatan makan beramai-ramai dalam Dewan Kuliah (walaupun dilarang makan dalam dewan tersebut)!

THANKS EVERYONE FOR THIS SPLENDID MOMENT!!

TAHNIAH INTERMED 07!!





Upacara Perasmian IFF 2008 - tu aku~



Stacey mengetuk ais.


Mercun!


Shendy (separuh muka), Prathap, Nazirul aka Tokey (General Manager) dan Kishore.


Gooooshhhh...sape yang amek gambar aku tengah buruk ni?


Tokey memberi obor kepada Rufus...
Imran berbicara sesuatu kepada Malina


Ucapan Mbak Kiki



Cenderamata untuk Sekretariat. Fikri yang cari...
Ketua and Timbalan Ketua Batch 2008




Ucapan Mbak Dewi



William mengetuai cheers batch (yang baru dipraktis pagi tadi dalam dewan)



Nani Melalak...


Mercun lagi!


Yun menyusun lilin menjadi bentuk "Inter 07"...
terlupa nak ambil gambar yang ditangkap dari atas...


InterMed 07 UGM @ IFF 08


Imr(’;’)n ------{@

Berkelah di Parangtritis!


Selepas selesai field trip di District Health Office, InterMed 07 berkelah ke PARANGTRITIS!

Parangtritis merupakan Sacred Beach bagi orang-orang Jawa. Di sinilah Nyi Roro Kidul (Ratu Laut Selatan) dikatakan bersemayam....

Sesampainya di sana, Imran terus membuat Istana Pasir. Budak - budak lain ada yang main air, main bola sepak pantai, naik kuda (ada kuda kat pantai ni) dan main layang-layang!

Jom kita tengok!


InterMed07 Pertama Tibanya di Pantai Parangtritis
Lee, Imran, Zati, Peah, Nani, Fikri...



Ruhana dan Woen Shiang bersama layang- layang


Nani naik Kuda~

"Bertapa Menghadap Nyi Roro Kidul"



Imran dengan Istana Pasir



Kura - Kura Raksasa buatan Haziq
Berdiri: Tokey, Amir, Imran
Duduk: Adi, Nash, Arip, Serul, Lee, Haziq, William.



Astana Pasir Lee n De Team



Apsal ade Spongebob?



Stacey n Imran membina Istana Pasir



Tokey~




InterMed 07 di Parangtritis...


Thanks Widyantri Wulandini for the pictures!



6 Jun 2008

Fazrul telah menggagaskan suatu pertandingan Bowling angkatan. Imran menerima idea tersebut dan menyuruh Fazrul merealisasikannya. Fazrul telah mengadakan sebuah survei. Ternyata ramai juga yang bersetuju.

Lalu, pada 6 Jun 2008, Fazrul menyuruh Nani untuk menempah 6 lorong Bowling untuk acara tersebut. Ahli-ahli House of Fiasna yang mengikuti acara tersebut bertolak pada pukul 1.30, selepas sembahyang Jumaat.

Nani telah pun tiba awal, dan menempah lorong bowling. Mereka menanti peserta-peserta yang lain. Nani pergi membayar wang, manakala Imran sedang mengagihkan kumpulan melalui cabutan undi.

Imran tidak main bowling kerana tak tahu main. Stacey, Hema dan Imran hanya memerhati pin – pin yang jatuh.

Pusingan Pertama

Dalam kumpulan 1 pula, Haziq dan Adibah mendahului teman-teman seperjuangan dengan 101 mata. Kumpulan 3 meletakkan seladang merahnya, William sebagai taruhan dengan 125 mata. Tuki (Atikah) merupakan wanita besi dalam kumpulan 4 dengan 107 mata. Hanafiah(Peah) mendapat 96 mata, individu paling tinggi untuk Kumpulan 5 manakala Wee Pang mengepalai kumpulan 6 dengan 92 poin.

Pada set yang pertama, Lee mendahului markah secara individu (133). dan kumpulan 2 (iaitu kumpulan Lee) berada di hadapan. Kemudian mereka solat Asar dan menyambung permainan selepas itu Dan Lee mendapat Turkey untuk permainan kali ini. Tahniah Lee!

Pusingan Kedua

Pusingan kedua menyaksikan pertarungan yang sengit. Kali ini stamina menentukan takdir. Segalanya bisa berubah kini. Dan memang perkara tersebut yang berlaku.

Arif, salah seorang peserta dari kumpulan 2 bangkit menentang dominasi Lee dari dalam kumpulan. Lee tergamam melihat kebangkitan Arif. Walaupun Arif tidak memperoleh Turkey, tetapi Arif mendapat strike dua kali untuk ”ending game”. Dengan 2 strike di awal permainan. Mata Arif sebanyak 107 yang tidak diendahkan pada set pertama, kini menjadi intaian pemain – pemain lain.

Kali ini Arif unggul dengan 134 mata, berbanding Lee yang seperti kehausan ion tubuh dengan hanya memperoleh 88 mata.

Dalam kumpulan 1, terjadi rampasan takhta oleh Sudin. Gaya Burung Belatuk Janda Kematian Anak serta Jurus Patah Sebelah Kaki milik Sudin menggamit papan markah. Sudin memperoleh 123 mata dalah pusingan kedua. Walaupun Haziq bertambah baik dengan 106 mata, namun dia gagal menetang kemaraan Sudin. Adibah tersungkur pada set kedua dengan 69 mata.

Geografi kumpulan 3 dan 4 tidak banyak berubah. William, Seladang Merah Kumpulan 3 masih menguasai lorong walaupun mengalami kemerosotan mata (93).

Wanita Besi Kumpulan 4 mengekalkan kekerasan kuku besinya dengan 106 mata, selisih hanya satu mata berbanding pusingan pertama. Atikah untuk kedua – dua pusingan diekori oleh seorang Wanita besi dari Kumpulan yang sama iaitu Kai.

Kejatuhan Hanafiah (Peah) dalam kumpulan 5, kali ini dengan 81 mata, memberi peluang kepada Leonard untuk menyerlah dengan 84 mata. Wee Pang meningkat kepada 107 mata, tetapi Amir dengan tidak terduga, mengganas dengan 119 mata.

Berikut Adalah Kedudukan Individu dalam Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed07. Terdapat 36 Orang yang menyertai acara ini, tetapi di sini, hanya Top 10 dipamerkan.

Rank

1. Arif [2]
107 + 134 = 241

2. Lee Eng Siang [2]
133 + 88 = 221

3. William [3]
125 + 93 = 218

4. = Atikah (Tuki) [4]
107 + 106 = 213

4. =Sudin [1]
90 + 123 = 213

6. Haziq [1]
101 + 106 = 207

7. Amir (Amzrock) [6]
85 + 119 = 204

8. Wee Pang [6]
92 + 107 = 199

9. Kai (Farah Nasyitah) [4]
97 + 82 = 179

10. Nasrul [1]
90+ 88 = 178

Tahniah Top 10 Bowlers of InterMed07!



Berikut Adalah Keputusan Berkumpulan Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed07

Group 1 : 507 + 524 = 1031
Group 2 : 509 + 497 = 1006
Group 3 : 382 + 365 = 747
Group 4 : 473 + 361 = 834
Group 5 : 391 + 335 = 726
Group 6 : 424 + 479 = 903

Walaupun Kumpulan 2 mempunyai 2 jagoan terhebat dalam Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed07, namun ketidakseimbangan ekosistem menyebabkan Kumpulan 1 yang lebih konsisten dan seimbang menjuarai Keseluruhan Pertandingan.

Tahniah Kumpulan 1!


Pada Mesyuarat setahun Imran Menjadi Ketua Angkatan, Arif bahiyuddin dianugerahkan sebagai Bowler Terbaik Lelaki manakala Wanita Besi, Atikah menjuarai piala Perempuan.

Ahli-Ahli Kumpulan 1 iaitu Adi, Adibah, Hanim, Sudin, Serul dan Haziq juga diberikan Piala berkumpulan...

Imran? Tak dapat piala lar... Tapi pengetahuan menawar harga piala, serta memutar kewangan amat bernilai...

Laporan oleh Juri dan Penyimpan Keputusan Pertandingan Bowling Suka-Suka InterMed 07.

Imran dan Kumpulan Pemenang
(Haziq, Adi, Adibah, Hanim, Sudin, Serul)


Semua yang menjayakan acara!



p/s: Hadiah Ditaja Oleh PERANTIS 2007 Project.


Imr(’;’)n ------{@

Older Posts Home