Jawatan?~!

Hmmm... lama betul tak taip apa2 dalam blog ni...Dah dekat 4 minggu dah... Kalau dulu, tiap-tiap hari (walaupun ade kelas), Imran asyik buka jer blog ni... Sekarang, hari minggu pun tak sempat buka blog...

Mula-mula busy ada exam. Pastu minggu berikutnya dok sibuk main Fesbuk (nama manja "Facebook"). Masuk blok adulthood susah. Kalau "adolescent" dapat 2.5, "adulthood" lagi gaban. Target 1.5 jer... Minggu pastu pulak ada Maulidur Rasul (dah tertangguh beberapa minggu dah sambutan dia). Imran jadi Master of Ceremony. Tapi nak tulis pasal Maulidur Rasul tu pun tak sempat.

Imran dilantik jadi AJK Penerbitan dan Publikasi UPIMI (Ukhwah Pelajar Islam di Indonesia, badan Kerohanian Muslim PKPMI Cawangan Jogjakarta). Dah bagi macam-macam alasan nak tolak, tapi abg Farizi cakap itu cadangan Abang-abang 4th year. Lastly terima jugak, kerja bawah Fitri Fareez, sekali dengan kak Rean... Tapi sebenarnya, Imran lagi suka kerja bawah Ilham, tapi Ilham kan Setiausaha UPIMI...

Minggu ni pulak William baru bagi Guideline untuk Alpha Quest "Adulthood". Tengah-tengah cuti ni, takkan nak suruh dorang datang rumah aku nak hantar Alpha Quest? Hmmm...patutnya suruh buat awal sikit lar kan?

Semalam ada meeting Biro Penerbitan dan Publikasi, Fitri Fareez mesej Fazrul...dia kata kat rumah kak Rean. Dengar cerita kak Rean dah letak jawatan... Tak sure lar pulak. Pastu aku mana kenal kak Rean tu... Rumah dia pun aku tak tau... So, aku tak pergi meeting tu. Pukul 1 semalam, Kelab UMNO pulak buat majlis makan-makan kat Chicken Hartz. Pembubaran AJK lama dan meeting terakhir abang Hafiz dgn kitorang sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Jogjakarta.

Minggu ni juga, baru tarik balik kata-kata nak keluar jadi AJK Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jogjakarta. Imran dah letak jawatan Ketua Batch 2007 bulan November dulu. Sampai sekarang tak der ketua Batch 2007, dorang malas nak lantik. Imran masih laksanakan kuasa Ketua Batch tu, cuma tak lar seaktif dulu dan kali ni, Imran buat secara suka-suka untuk kawan-kawan, bukan sebab tangunggjawab. Ingat nak letak jawatan dalam kelab sekali. Tiba-tiba terfikir banyak pulak aku terlibat dengan aktiviti Kelab tu, walaupun banyak jugak yang aku tak suka dengar orang cerita pasal Kelab UMNO tu. Aku pun tarik balik perkataan tu.

Tapi, meeting pra-pengurusan tadi abang Hafiz Klate dah tak lantik Imran jadi AJK lagi. Kali ni, dia lantik Imran jadi Setiausaha Kelab. Hmmm...tangungjawab lagi besar. Elok-elok jer nak jadi AJK balik, dan-dan dapat jadi SU… Imran ni memang suka lari daripada tangunggjawab, tugas dan kerja.

Tapi sampai bila nak lari daripada semua benda ni. Bukannya Imran tak mampu, tapi malas sikit je. Harap-harap Allah akan memudahkan urusan Imran dalam urusan Ibadah, akademik, peribadi, keluarga mahupun dalam urusan sesama manusia. Amin. (Tolong doakan sekali yek~!)

5 comments:

Imran.. ko kene tolong aku tok jawatan tu.. kalo tak, aku tarik diri.. wahahaha' (takut tak ugutan aku?)

April 18, 2009 at 8:11 PM  

hahaha~ ko yang patut tolong aku..

April 22, 2009 at 11:31 PM  

Hahaha~ Kak Rean...maksud "tak kenal" di sini adalah secara rapat...tak tau pun rumah kat Rean kat ner...

April 28, 2009 at 8:48 PM  

imran... yeke ko xnk jd s/u.. haha.. bkn ko ke yg nk sgt jadi.. dgr dunia.. imran nk jd Presiden KUY nnT.. haha

May 2, 2009 at 7:31 PM  

Hmmm...
Aku mmg tak nak jd r...
makin tinggi/banyak jawatan, makin bertimbun dosa...

hahaha...
tapi once dah jadi, aku akan terus akan terus jd sampai yang paling tinggi bleh aku dapat (giler kuasa)...

makin tinggi, makin banyak kita bleh serve kawan2 n org kita...hahaha... (Altruism)

May 4, 2009 at 5:34 AM  

Newer Post Older Post Home