Budaya, Lumrah dan Wanita.


Ice Breaking Tengah Hari Tadi...

Tengah hari tadi, InterMed07 telah mendengar ceramah dan Sessi Diskusi dan Syarahan daripada dua orang wanita daripada kumpulan ape tah... Tak ingat nama dia... Tentang "Domestik Violence" - Keganasan Rumah Tangga, dan tentunya melibatkan teori perempuan lebih banyak menjadi mangsa (ini fakta, saya mengakuinya... lelaki lebih banyak menjadi "pemangsa" daripada "mangsa").

Suasana masih sejuk membeku hinggalah sessi diskusi dibuka. Soalan yang ditanya oleh pensyarah jemputan tersebut adalah apakah yang menyebabkan berlakunya domestik violence, 2 daripada 3 orang "wakil" (kedua-duanya lelaki) menjawab "partriarchial culture". Saya lebih suka jawapan Malina kerana lebih menjerumus ke arah menyalahkan personaliti, daripada menyalahkan budaya.

Kemudian, pensyarah tersebut menanyakan "Adakah salah bagi lelaki menampar wanita?" Suasana menjadi bisu. Dan tiba-tiba Mr. Amir bangkit menyatakan "tak salah", lalu diberi mikrofon, untuk menyatakan kenapa padanya tidak salah. Dalam hati saya, saya mahu membangkang Mr. Amir kerana menurut apa yang saya belajar melalui tafsir al-Quran, Nabi Ayub memukul isterinya dengan batang jerami. Itulah satu-satunya ayat yang membenarkan lelaki memukuli isterinya, sebuah kisah, dan yang paling penting "menggunakan batang jerami" (cuba amek batang jerami, pukul orang... rasanya kipas angin bilik ni level 3 lagi kuat). Dan lagi satu, saya tak PERNAH melihat atau dengar cerita bahawa suami-suami mak saya memukul mak saya, maka saya beranggapan, ia merupakan suatu larangan peribadi.

Soalan terus dilontar, "Mengapa perempuan lebih banya menjadi mangsa?". Tak ingat jawapannya selepas tu, tapi yang penting, saya teringat kata Amir, berkonotasi: "Pokok persoalan bukanlah jantina tetapi siapa yang lebih kuat... Kalau perempuan itu lebih kuat daripada lelaki, maka, dia takkan menjadi mangsa". Lalu Woen Shiang membangkitkan soal lelaki pergi prostitue, simbah asid sebab jeles, etc.

(dalam hati saya... bukan nak menafikan, tapi macam lar perempuan tak pergi kat pelacur? Lelaki Simpanan tu ape? Dan saya bersetuju, ini soal Hukum Rimba, Dominasi dan Didominasi, bukan soal jantina)

Kemudian, sessi terberhenti, dan lecture slide memnggariskan terlalu banyak faktor luaran sebagai sebab terjadinya keganasan rumah tangga, dan kebanyakkannya adalah faktor-faktor yang kelihatan bodoh. Budaya, Konsep lelaki lebih kuat etc.

Apabila memberi contoh keganasan rumah tangga yang melibatkan lelaki, maka, nenek dua orang kat depan tu mulalah berkata tentang emosi wanita daripada kecurangan lelaki sebagai daya tolak berlakunya keganasan rumah tangga dalam kalangan lelaki. Pada saya ini merupakan suara ketidakadilan. Kenapa sewaktu berbicara tentang keganasan rumah tangga disebabkan perempuan, nenek-nenek tersebut tak pernah mengungkap, perempuan tersebut curang dsb, dan lelaki melakukan kerana emosi cemburu? Kenapa sewaktu berbicara lelaki sebagai mangsa, lelaki dipersalahkan kerana curang? Sedangkan "tak pandai masak" dijadikan alasan perempuan dijadikan mangsa... (jujur, ini berat sebelah)

Warna Menjadi Isu?

Kemudian masuklah tentang label tangan bayi, pink untuk perempuan dan biru untuk lelaki. Dan nenek menyatakan "mengapa tidak menggunakan hitam putih?" Sebab pink itu lambang "kelembutan, kena pandai berdandan, tak boleh coblok etc." manakala biru melambangkan "kekuatan dan kegagahan".

Wahai nenek, saya rasa, kalau guna warna apa-apa pun sama saja. Kalau guna warna hitam kepada perempuan, nanti awak kata "owh, perempuan dikambinghitamkan. Owh, perempuan berada dipihak gelap!" Kalau guna warna putih nanti awak kata "Putih itu kosong. Simbol pengharapan pada hidup yang kosong...". Ini bukan soal warna. Ini soal pembezaan. Kalau bagi warna apa-apa pun bagi saya itu bukan perihal besar. Bilik saya berwarna pink, tak ada apa-apa yang feminism pun, bukannya saya nak jadi perempuan, gender role saya tentu saja lelaki.. Dan warna merupakan sesuatu yang universal. Kalau anda mentafsirkan warna biru sebagai keberanian, saya mungkin menafsirkan warna merah adalah simbol kegagahan dan keberanian. Saya menafsir pink sebagai simbol perjuangan hidup. Warna adalah warna, tak patut dijadikan isu.


Budaya Yang Anda Persalahkan Itu,
Direka Oleh Tangan Wanita Sendiri...

Kemudian saya bertanya kepada nenek tersebut, "Siapakah yang mencipta dogma budaya?" Saya memberi contoh bahawa dogma Janda Perampas Suami Orang itu bukanlah konsep yang berkitar dalam gossip lelaki. Yang banyak mengumpat Janda bukanlah lelaki, tetapi wanita. Konsep itu dicipta wanita. Konsep "perempuan harus berdandan, biar cantik...", "sunat kelentit, kalau tak nanti perempuan asyik minta seks..." bukan juga termaktub dalam pemikiran lelaki.

(Jawab pertanyaan ini jika tidak pasti tentang kesahihan pernyataan di atas: Adakah lelaki ambil pusing kalau DIRINYA SENDIRI DIRAMPAS oleh janda? Adakah semua lelaki merasakan berdandan itu cantik? silap-silap nanti ada jer yang kena panggil sebagai "jalang"... Adakah minta seks banyak kali mengganggu gugat hidup semua lelaki - Hello, nama pun lelaki apa lagi kat dunia ni yang dorang nak "selain itu" - ?)

Nenek itu menjawab. Budaya adalah ciptaan bersama lelaki dan perempuan. Thanks. And that's enough to prove my points. Lelaki bersendirian tidak mungkin mencipta budaya. Paling tidak, perempuan turut sama menjayakan budaya yang dicipta.

Lihat saja Empress Dowager, yang menjadi dalang dalam persaingan dan kebencian antara gundik-gundik dalam istana Maharaja. Mereka yang menetapkan siri undang-undang untuk gundik-gundik. Dan masing-masing bersaing untuk meletakkan anaknya sebagai Maharaja supaya dapat berkuasa sebagai Empress Dowager. Siapa yang dapat mengampu Empress Dowager adalah pemenang.

Poligami takkan berlaku jikalau isteri kedua tak mahu berkahwin dengan lelaki. Perempuan mencipta undang-undang untuk perempuan (girls talks, woman privacy, etc.) manakala lelaki mencipta undang-undang untuk lelaki. Apabila timbul isu antara kedua pihak, maka, kedua-dua belah pihaklah yang memutuskannya. Undang-undang tak bertulis ini diterima dan diterapkan dalam budaya.

Budaya tidak harus dipersalahkan, kerana ia adalah sistem rekayasa manusia. Suatu sistem tidak wajar disalahkan kerana terjadi manipulasi terhadapnya. Pilihan Raya tidak harus dikambinghitamkan kerana orang makan suap.

Dan jikalau budaya dipersalahkan, maka perempuan yang turut bersama mencipta budaya tersebut harus dipersalahkan. Bermakna, perempuan adalah musuh perempuan itu sendiri. Kita sering menyalahkan lelaki (bahkan orang-orang Kafir menyalahkan Allah) kerana poligami, kenapa tidak menyalahkan isteri kedua yang menerima nikah lelaki tersebut?


Lumrah Bahawa Lelaki Lebih Kuat
Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient (to Allah), and guard in absence what Allah would have them guard..Quran 4:34
Manusia adalah Complex Alpha Male Species, dimana secara semulajadi, memang manusia lelaki lebih kuat. Tak salah mengakui perkara ini. Lelaki memang lebih kuat. Dan saya beranggapan kekuatan lelaki adalah variasi dan rahmat daripadanya. Dan menurut Hemogenic Masculinity, oleh sebab itu, lelaki mempunyai fungsi sosial yang lebih.

Itu secara lumrah, apabila menyedari bahawa manusia juga sebahagian daripada kingdom animalia. Tapi ini tak bermakna hak perempuan adalah terbatas. Fungsi Sosial BUKANLAH hak (right), tetapi tanggungjawab (responsibility).

Saya tak nafikan bahawa ada sebahagian yang dinamakan lelaki - apapun dia, binatang mahupun manusia - yang menyalahgunakan tanggungjawab sosialnya sebagai alat manifestasi kebinatangan dalam diri.

Tapi bagi manusia yang beragama, cukuplah ayat al-Quran di atas untuk membezakan manusia dengan binatang. Lelaki melindungi dan mendukung perempuan. Dan perempuan mentaati Allah dan menjaga dirinya sewaktu ketiadaan lelaki.


Pandangan Personil menurut Agama
"O you who believe! It is not lawful for you that you should take women as heritage against (their) will, and do not straiten them in order that you may take part of what you have given them, unless they are guilty of manifest indecency; And treat them kindly; then if you hate them, it may be that you dislike a thing while Allah has placed abundant good in it."[Qur'an 4:19]

"...O People, it is true that you have certain rights with regard to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under Allah's trust and with His permission. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers." [Prophet Last Sermon]

Noah Feldman, a law professor at Harvard University, notes:

As for sexism, the common law long denied married women any property rights or indeed legal personality apart from their husbands. When the British applied their law to Muslims in place of Shariah, as they did in some colonies, the result was to strip married women of the property that Islamic law had always granted them — hardly progress toward equality of the sexes.
Bukanlah saya mahu berbangga, tetapi, undang-undang Islam (yang sebenar) lebih baik daripada sebarang undang-undang Barat.

British telah menafikan hak pemilikan harta terhadap wanita dalam koloni-koloni Islamnya, yang sebelum ini tidak sewaktu pemerintahan raja Muslim.

Dan sewaktu penceraian unilateral daripada pihak perempuan tidak diterima di barat, dan feminist masih lagi menjerit-jerit untuk itu, Islam telahpun menetapkan Fasakh dan Khuluk sebagai alternatif perceraian unilateral daripada pihak perempuan. Mak saya pernah membayar khuluk.

Konklusi

Kepada Muslim Lelaki, hentikan menggunakan rahmat kekuatan daripada Allah untuk menindas kaum hawa. Kita bukan binatang, kita adalah manusia. Tanggungjawab bukanlah hak. Kita akan disoal kelak oleh Allah S.W.T tentang bagaimana kita memperlakukan perempuan. Dan Allah akan mempersoalkan amanah tersebut.

Remember that you have taken them as your wives only under Allah's trust and with His permission. [prophet last sermon - authentic and widespread]

Kepada Muslimah, berhentilah berbicara tentang hak kesamarataan. Adakah selama 1400 tahun Islam wujud, Allah bertindak tidak adil kepadamu? Biarkan barat dengan Feminismenya. Barat memang tidak menghargai wanita sebagaimana Allah menghargai kalian. Mereka cemburu dengan kalian. Kerana itu, masih saja mereka terpekik terlolong untuk Women Right, yang telah kalian peroleh 1400 tahun yang lampau.

Kepada semua orang-orang yang beriman, kembalilah kepada Allah. Allah menetapkan kekuatan lelaki sebagai lumrah alam, dan agama Islam sebagai pebatasan manusia dalam memanipulasi kekuatan semulajadi dalam diri kita. Janganlah melampaui batas tersebut.

Jangan mengkambinghitamkan agama, budaya, mahupun kekuatan lumrah sebagai penyebab domestic violence ataupun woman right.

Hal ini disebabkan kegagalan mematuhi agama dan memanipulasi budaya, serta mengeksploitasi kekuatan peribadi. Kita mempunyai kewarasan menilai yang mana baik dan yang mana buruk, dan kita berpeluang untuk menentukan langkah kita.

Maka, saya simpulkan di sini, sebab utama terjadinya kemungkaran (termasuklah domestic violence) di dunia bukanlah budaya mahupun lumrah, jauh sekali agama, tetapi berakar umbi daripada persepsi peribadi dan manifestasi perlakuan daripada faktor ketidakseimbangan psikologi. Dan saya benar-benar bersetuju dengan Malina...



p/s:
Teringat Clemency yang menyalurkan rasa ketidakpuas hatiannya terhadap penyalahan lelaki dalam domestic violence. Dia menyatakan, dalam orang yang dihadapan tersebut sebenarnya memperjuangkan hak wanita secara ultimate, bahkan mahu mengambil alih social role daripada lelaki bukan hak kesamarataan...

Dan lagi satu, saya sebenarnya seorang cenderung untuk memperjuangkan hak kaum perempuan... hehehe...Mak saya merupakan ikon yang sangat berpengaruh kepada saya dalam pelbagai hal. Dia secara sempurna menjalankan kedua-dua gender role sebagai mak dan bapa. Tapi saya tahu bahawasanya gender role itu bukanlah tanggungjawab dia, dan dia mengakuinya.

Kebanyakkan perempuan kelihatan tidak mahu memikul gender role sebagai lelaki, yang dipropagandakan oleh feminist extrimist sebagai women right. Dan saya teringat katanya:
"Kalau kamu jadi laki orang, jangan jadi bacul... Jangan harap bini. Jangan buat malu mak. Kamu lelaki dan tunaikan tanggungjawab (gender role) sebagai lelaki... Mak? Mak dah dapat hak yang mak nak (I get my right)"
Secara halusnya, dia berkata: perjuangkan HAK WANITA KAMU (ibu, kakak, adik perempuan, isteri, gundik, mak cik, mak tiri, nenek, etc), dengan Gender Role Kamu.






0 comments:

Newer Post Older Post Home