Sudin dan Kisah Rp 1.5 Jutanya...


Hari ini, Imran terbaca blog Sudin, ada suatu topik yang memang misterius, yang mendebarkan dan membuat orang terus tertanya-tanya... Duit siapa ni? (rujuk blog Sudin dengan menekan tajuk ini)

Hmmm...kata Sudin dia dapat mutasi rekening Rp 1.5 juta. Terkejut beruk Sudin! Daripada sumber yang tak diketahui... Setelah yakin bahawa duit tu bukan hak miliknya, Sudin pun dengan jujur membuat report kepada Bank CIMB-Niaga perihal tersebut... Tapi Bank Niaga berkeras bahawa duit tu adalah duit Sudin.

Tak tau lar, Mbak Niaga tu ker, Sudin yang konfius... Kalau duit tu betul-betul duit Sudin, maka, tak payah la nak kata apa-apa. Tapi kalau duit tu bukan duit Sudin, hmmm...mungkin itu keajaiban daripada tuhan untuk Sudin...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...



فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًاۚۚ

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Kemudian, apabila mereka habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

At-Thalaq: 2-3


p/s:
Sudin, bukan niat aku nak menyibuk...
Tapi story ko tu memang mempunyai pengajaran yang tersirat daripada Allah S.W.T.
Semoga DIA terus melapangkan hidup kita seluas-luasnya.

1 comments:

imran..
setiap pemberian Allah tu adalah rezeki yg tidak ternilai.. Syukur!

March 7, 2009 at 9:07 AM  

Newer Post Older Post Home