Apa Salahnya Dengan Minah Kilang?

Mungkin sebahagian daripada kita pernah mendengar terminologi "Minah Kilang". Biasanya, istilah ini dikaitkan dengan orang perempuan yang bekerja di kilang, yang dipandang negatif oleh sesetangah orang. Ada ibu bapa yang segan untuk menyatakan anak perempuannya bekerja di kilang, bahkan "Minah-Minah" Kilang juga sering menggunakan perkataan "ala, minah kilang JER" di hujung pengenalan pekerjaan mereka. Jikalau anda menaip perkataan "Minah Kilang" di dalam internet, pastinya anda akan menemukan sedikit-sebanyak unsur-unsur negatif. Persoalannya, apa salahnya dengan Minah Kilang?

Jikalau kita tinjau kembali kewujudan "Minah Kilang" ini, kita akan terhenti di suatu titik. Sekitar Era 1980an, Mahathir Muhammad (sekarang Tun) telah mengisytiharkan Dasar Perindustrian Negara. Tatkala itu, negara Malaysia masi saja mundur, bahkan sangat jarang sekali orang-orang Bangladesh dan Indonesia yang mahu mencari sesuap nasi di sini. Kala itu, terjadi migrasi besar-besaran penduduk kampung ke bandar-bandar untuk memenuhi peluang pekerjaan terutamanya wanita-wanita Melayu. Kebanyakkannya menjawat posisi "Minah Kilang". Ketika itu, stigma masyarakat Melayu pada umumnya masih kebelakang. Kebanyakkan ibu bapa memandang pekerjaan tersebut sebagai pekerjaan yang hina tarafnya. Lebih baik anak-anak mereka dikahwinkan cepat-cepat dan duduk di ceruk dapur.

Perubahan ini sangat pesat. Wanita Melayu sudah pandai mencari nafkah sendiri walaupun dengan manjadi Minah Kilang. Suatu perubahan yang ketara juga berlaku di mana peningkatan trend kemasukan pelajar-pelajar perempuan kian meroket saban tahun, sejak era tersebut. Kini, 65% pelajar-pelajar universiti adalah wanita.

Saya tidak melihat perkara ini sebagai suatu perkara yang berkait. Mungkin influks "Minah Kilang" ke bandar-bandar tidak mempengaruhi trend peningkatan pelajar perempuan di universiti. Tetapi, keberanian "Minah Kilang" ini meninggalkan ibu bapa dan kampung halaman mereka mungkin menjadi salah satu contoh anjakan paradigma perempuan Melayu umumnya. Saya fikir, merekalah yang menjadi pemangkin keberanian perempuan-perempuan Melayu yang hebat akademiknya pada zaman tersebut untuk berdikari ke bandar untuk belajar di menara gading (tidak sepayah mencari rezeki). Bahkan, barangkali ada juga mahasiswi ketika itu yang bekerja separuh masa sewaktu cuti semester universiti sebagai Minah Kilang untuk menampung perbelanjaan mereka.

Seiring perubahan waktu, Malaysia sudah pun maju. Berpusu-pusu warga negara asing ke Malaysia untuk bekerja. Taraf hidup wanita di Malaysia juga kian membaik. Secara majoriti, sekarang, posisi Minah Kilang digantikan oleh pekerja asing. Wanita Melayu seperti yang saya petik di atas telah berubah dengan pesat sekali. Sudah hampir 40 tahun Dasar Ekonomi Baru dilancarkan oleh kerajaan, namun sehingga kini masih gagal memenuhi objektif rencananya. Dalam masa kurang daripada 10 tahun, wanita Melayu mendominasi 65% Universiti dan mempelopori banyak bidang-bidang karier. Siapa yang pernah menjangka hal-hal ini 30 tahun yang lampau? Tiada siapa. Siapakah yang melancarkan rencana ini hingga 65% wanita berada di universiti dan mempelopori banyak karier? Tiada siapa... Bukan Perdana Menteri, bukan pula Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Hal ini tak lain disebabkan oleh anjakan paradigma wanita-wanita Melayu itu sendiri.

Semua orang tidak harus melupaka peranan Minah Kilang ini dalam pembangunan kita. Mereka secara kolektif telah mengubah nasib negara. Minah Kilang bukanlah sesuatu yang keji dan hina, sebaliknya sesuatu yang perlu dibanggakan. Mereka seyogianya merupakan salah satu manifestasi perubahan pesat wanita Melayu sejak tahun 1980-an, namun masih ada orang yang memandang negatif golongan dan pekerjaan ini.

Dalam masyarakat Melayu, kita melihat trend positif sedang menjalar dalam kalangan wanita, di mana mereka semakin giat untuk belajar dan berkarier, dan cenderung untuk berkahwin lambat (hinggakan golongan konservatif dan tradisional melayu amat mengkhuatiri hal tersebut). Saya memandang hal tersebut daripada kedua-dua persepsi. Namun buat masa sekarang, saya cenderung untuk mengatakan hal ini merupakan perkembangan positif.

Tahun ini adalah tahun 2009. Kita dalam rangka menerjah dekad baru. Lebih kurang 11 tahun lagi, 2020 akan menjelang. Maka, saya berseru kepada orang-orang Melayu, khususnya lelaki, untuk melakukan anjakan paradigma sebagaimana wanita-wanita Melayu telah buktikan kepada kita. Melayu tidak akan maju jika hanya suatu pihak saja yang berubah, tetapi harus berubah secara holistik dan keseluruhannya.

Tidak kiralah sama ada orang Melayu menjadi Mamat Kilang mahupun Minah Kilang, pada masa yang mendatang, harus diingat, anda juga orang yang mengubah dunia. Dan Jadilah orang yang merdeka dan bebas jiwanya daripada belenggu pemikiran yang negatif. Apa salahnya dengan perkerjaan? (bahkan Mawi pun Mamat Kilang tau~!)

6 comments:

apa kehe ko etiba ckp pasal minah kilang ni??

May 22, 2009 at 9:19 AM  

! ko mcm wt karangan BM tyme SPM la.. mantap.. aku suke.. tp aku xlarat bace.. well.. ko tau kn?? aku pmls bace.. haha.. hmm.. aku ksian dgn minah kilang.. aku ok je.. but org len.. mak cik aku rmai je keje kilang.. kn susah.. hmm.. n sorg makcik aku da jd org bsar kt kilang die.. aku xto pangkat pe.. keje meeting je.. kt US la.. g jln2 hongkong la.. smua sbb bmula dr bawah.. huhuhu.. aku respek org keje kilang dr bwh ni.. bapak aku dlu national panasonic.. xto la nk ckp kilang ke x.. die keje dr bwh gk.. gaji awal rm600++ je.. then da 24taun keje baru naik dkat rm4000.. alhamdulillah.. but lama la nk dpt hasil.. tp nk wt mcmane.. tyme dulu2 bapak aku ni mls mngaji.. mak aku plak xdk ksempatan nk sambung.. coz kwangan xmngizinkn dia smbung blajaq.. btw, aku soca isnin,25mei ni.. doa2kn aku..!!!!!! wsslm..

May 22, 2009 at 2:15 PM  

Ntahla sudin...sebab aku tengok ramai sgt yang hina org kerja kilang..

May 23, 2009 at 11:52 PM  

Hahaha...betul la Atrash...kerja drpd bawahkan...baru rasa mcm puas hati biler jadi macam sekarang...

Btw, ni bukan karangan SPM tau...krgn SPM aku lagi over drpd nie...tak silap 700 perkataan aku selalu buat...

May 23, 2009 at 11:59 PM  

::haha.. lbih kurang r kiteee... hehe..::

May 24, 2009 at 1:57 AM  

tak semua keje kilang dipandang mcm tu
yang eksekutif tu,
orang x panggil minah kilang

June 21, 2009 at 4:44 AM  

Newer Post Older Post Home