Aku sembahyang Zohor... pas tu aku baca al-Quran sambil tengok terjemahan. Aku teringat semayang Zohor aku; aku baca al-Fatihah dan beberapa pujian dan doa kepada Allah dalam solat, tapi main baca jer... Tak sampai di otak, apatah lagi nak sampai ke hati. Bukanlah aku tak tau maksud semua menda tu... Aku boleh alihbahasa 1 demi 1. Tapi entah, memang tak sampai kat otak. Aku baca, aku faham, tapi aku malas menginterpretasi apa yang aku baca dalam sembahyang tu, walaupun aku tau maksudnya.
Bukan baru, bahkan banyak solat2 aku macam tu sebelum ni. Aku tak tau la korang mcm mane pulak, tapi itulah aku. Aku tengah membaca Sahih Bukhari yang berjilid-jilid tu, aku tau sebahagian sunnah nabi. Tapi nampaknya aku mengabaikan suatu sunnah nabi juga - memahami dengan otak dan hati apa yang kita baca dalam solat. Memang, tak ada satu pun Hadith yang diriwayatkan berkisar tentang perkara ini. TAK ADA hadith yang melaporkan "Nabi Muhammad memahami apa yang dibacanya dalam Solat," tapi aku pasti, itu sunnah nabi juga.
Tapi jangan sampai korg tukar Solat dalam bahasa Melayu pulak. Sesat tu... Dan kalau korg tukar semua dalam BM pun, belum tentu otak korg nak mencerna isi perbualan kita dengan Allah di dalam Solat tu...
Aku terfikir, jika sekadar baca kat mulut, org kafir pun boleh buat. Jadi nasihat aku kepada diri aku sendiri... Fahami dan jiwai apa yang kita baca; jangan sekadar di lisan sahaja, pastu lari dari kekhusyukkan . Tak kisah la apa pun bahasanya, walaupun korg tak faham al-Fatihah tu, bacalah dan fokus pada Allah ketika Solat. Allah tak berkomunikasi dengan kita melalui lisan saja. Dan Allah itu maha Mengetahui...
Labels: pendapat
2 minggu sebelumnya busy study untuk exam...
minggu lepas pulak, ada Sambutan Aidil Adha...
Anyway, 2 minggu lepas, aku dah dapat si dia... Si dia?
Siapa tu... nak tau bacalah post lepas ni~!
Labels: Pendahuluan - Hidup di Indonesia
Keturunan Nabi Muhammad SAW dalam Kalangan Raja-Raja Melayu
9 comments Posted by Imran Azwan bin Azizan at 9:13 AMHikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb.
Sejarah Melayu juga merekodkan bahawa Parameswara berasal daripada Keturunan Iskandar Zulkarnain yang berasal dari Macedonia.
Fakta-fakta kontemporari menunjukkan bahawa Zulkarnain tersebut bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran seperti yang didakwa Tun Sri Lanang. Iskandar Zulkarnain (Alexander the Posser of Two Horn), bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran, kemungkinan besar merujuk kepada Cyrus the Great.
Kedua-dua buku dikarang selepas kedatangan Islam.
Kita tinggalkan dulu keturunan raja-raja Melayu ini dan fokus pada 4 Raja Melayu yang BARANGKALI (saya tak kata "pasti") merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak-anak Fatimah Azzahra dan Ali iaitu Hassan dan Hussain. Dan bukan pula niat saya untuk meneruskan penghormatan ekstrem terhadap raja-raja apabila menggariskan keturunan mereka kepada Nabi Muhammad SAW seperti zaman feudal Melayu. Artikel ini sekadar perkongsian. Saya tak percaya pada daulat dan tulah, dan mungkin boleh dikatakan kehilangan ketaatan ekstrem kepada raja.
Baiklah, kita lanjutkan kepada isu hari ini. Seperti yang kita tau, "Syed" merupakan gelaran hormat untuk keturunan Hussain. Terdapat seorang raja Melayu yang memakai gelaran "Syed" pada namanya, iaitu raja Perlis. Kemungkinan besar baginda adalah keturunan Hussain bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW.
Lalu, yang mana 3 orang lagi? Hanya ada 1 raja Melayu yang memakai gelaran "Syed"~!
Yang tiga orang lagi merupakan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Korang mesti pernah dengar nama ni dalam buku sejarah. Dia Bendahara Sri Maharaja yang terkenal. Beliau merupakan Bendahara Johor sewaktu Sultan Mahmud Syah II.
Sultan Mahmud Syah II terkenal dengan nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, mangkat tanpa waris yang sah. Anak Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Tun Habib menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II. Putera sulung Tun Habib ini merupakan pengasas Dinasti Bendahara dalam Empayar Johor.
Dengan beranggapan Sultan Ali adalah sah, sebanyak 8 keturunan Sultan Abdul Jalil melalui Dinasti Bendahara menjadi Sultan Johor hinggalah pepecahan Empayar. Dinasti Bendahara kekal sebagai Sultan di Riau-Lingga manakala Dinasti Temenggung mengambil alih Kesultanan Johor.
Tetapi masih saja Sultan Johor berketurunan Tun Habib. Hal ini adalah kerana Kerabat Temenggung berasal daripada keturunan salah seorang anak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II, Tun Abbas - bukan anak gahara Sultan. Keturunan Tun Abbas jugalah yang menjadi Bendahara Pahang, sebelum Bendahara Pahang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Johor dan menubuhkan kesultanan sendiri.
Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama merupakan anak kelima Bendahara Tun Habib.
Maka, dapat disimpulkan bahawa, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Sultan Johor moden merupakan keturunan Tun Habib. Apa signifikannya keturunan Tun Habib?
Moyang Tuh Habib adalah seorang ulama immigran Arab Hadrami, Sayyid Abdullah Al-Aidrus. "Habib" merupakan varians bagi "Syed" di Aceh.
Sayyid Abdullah Al-Aidrus merupakan keturunan Sayyid Abu Bakar Al-Aidrus, yang dianggap Wali bagi penduduk Adan. Abu Bakar Al-Aidrus merupakan keturunan Ja'afar al-Sadiq.
Ja'afar al-Sadiq adalah pengasas Mazhab Ja'afari Syiah, salah seorang Imam 12 bagi Syiah, guru kepada Al-Jabir (Bapa Kimia Moden), Imam Hanafi, Imam Malik (Kalau tak kenal dua orang ni tak tau la) dan Wasil bin Ata' (pengasas Mu'tazillah).
Jaafar al-Sadiq merupakan keturunan ke 6 Ali bin Abi Thalib melalui Hussain.
Apabila mengkaji keturunan raja-raja Melayu, sangat jelas sekali bahawa Sultan Johor, Pahang dan Terengganu merupakan keturunan paternal Hussain dan tidak terputus. Sultan Perlis, memang 100% keturunan Sayyid. Keturunan Tun Habib menggugurkan gelaran "Habib" mereka ketika waktu itu, Aceh sedang berperang dengan jiran tetangganya. Memakai gelaran "Habib" (iaitu varians "Syed" di Aceh) boleh menimbulkan prasangka.
Apapun, saya setia pada raja bukan kerana mereka keturunan Nabi melainkan kerana mereka masih saja melaksanakan ajaran Islam dan sunnah Nabi. Jikalau mereka kehilangan hal ini, tak kiralah apa pun keturunan mereka, pasti saya tidak akan setia pada mereka. Saya menyeru kepada orang Melayu untuk kembali setia pada raja kita, selagi mana mereka berlaku adil.
Semoga Allah memberkati Muhammad dan Keluarga Muhammad, Semoga Allah memberkati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Semoga doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Fatimah dan Ali itu termakbul... Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Allah memberkati aku juga.
Seperti biasa, tiap-tiap hari dalam minggu ni, kecuali hari Rabu, aku ke KPTU Fakultas. Nak check sama ada proposal Year Book Inter yang aku bagi dah siap tandatangan atau belum. Malas nak tekan sangat setiausaha wakil dekan tu. Dia pun sibuk jugak, wakil dekan tu mungkin lagi sibuk. Jadi aku pun cool jer la...
Pukul 11 nanti ada ujian fisiologi. Hari tu aku terlambat bangun untuk praktikal. Sampai-sampai dah lambat 10 minit. Aku buat eksperimen sekali, tapi pra-ujian aku dikira gagal. Kena amek lagi sekali. Nasib baik aku dah study.
Korang nak tau? PROPOSAL AKU DIHILANGKAN OLEH WAKIL DEKAN. MUNGKIN SEBAB AKU HANTAR AWAL SANGAT. KAN DORANG SUKA BUAT KERJA LEMBAB, JADI AKU BERSALAH SEBAB HANTAR SEBULAN AWAL.
Waktu tu, aku pun buat muka kat sekretari tu walaupun tu bukan salah dia. Dia suruh aku print balek.
Panas giler aku waktu tu korang tau... Ko ingat aku selalu jer ke bawa proposal tu dalam pen drive? Nasib baik aku ade locker dan aku ni tak lah bodoh sangat. Aku dah fotostat proposal tu sebelum bagi. Tapi yang ditandatangan oleh Dr Yanri (Manajer Aktiviti Mahasiswa) dan bajet yang dah tukar tu, tak der, sebab aku buat print waktu tu jugak. (Ye la, orang buat proposal kan memang kena selalu tukar last2 minit... Ade jer yang salah, terutama kalau Mbak Dewi yang semak...)
Waktu tu, muka depan proposal tak der. Aku pun terpaksa menaip dengan pantas dan mencetak. Aku halau budak yang dok tengok internet kat komputer tu... (bukan halau la, cuma minta nak pakai kejap sebab urgent). Nani pulak tetiba datang nak pakai kejadah apa, terus aku hambur, cakap "aku tak leh tolong".
Aku hantar proposal n balek ke Inter. Si Zhe cakap tak der ujian fisio. Hmmm... penat aku study semalam. Apa pun aku study untuk hidup, bukan untuk ujian.
Pastu, tolong Adi siapkan farmasi dan suruh dia siapkan Proposal Penyelidikan (Thesis). Pukul 11.15 nanti nak jumpa dokter Osman. Tapi dokter Osman pulak g imigresen.
APA PUN AKU HOT GILER DENGAN WAKIL DEKAN TAK BERTANGGUNGJAWAB TU... PELIK MACAM MANA DIA JADI WAKIL DEKAN KEMAHASISWAAN WALAUPUN HAKIKATNYA DIA TU SENTIASA MENYUSAHKAN MAHASISWA.
Labels: peribadi
Cocos (Keeling) Islands: Negeri Selat yang Dilupakan...
1 comments Posted by Imran Azwan bin Azizan at 7:00 AMSebagai orang yang mencintai Sejarah, saya berpendapat, Buku teks sejarah yang digunapakai untuk pendidikan di Malaysia sangat samar dan memberikan persepsi yang mengelirukan tentang sejarah. Buku sejarah tidak pernah secara tegas menyatakan ada 3 negeri Selat sahaja, tetapi, menyebabkan orang berfikir sedemikian rupa.
Selama 2 tahun, saya mempercayai bahawa hanya terdapat 3 negeri Selat. Apabila saya memasuki Menengah Atas, saya mendapati bahawa Daerah Dinding di Perak juga pernah menjadi negeri Selat, walaupun ramai yang tidak menyedari hal tersebut.
5 tahun berikutnya, saya menjumpai fakta baru. Sebenarnya, jumlah negeri-negeri Selat adalah 7 buah. Saya tak tahu kalau sebenarnya ia lebih dari itu. Tetapi, setakat ini saya dapat memastikan ada 7 buah negeri Selat. Selain Singapura, Melaka, Pulau Pinang, dan Dinding, Labuan juga pernah menjadi negeri Selat. 2 yang berikutnya adalah Pulau Cocos (Keeling), dan Pulau Christmas.
Dalam artikel ini, saya akan membicarakan tentang Pulau Cocos (Keeling). Apa yang istimewanya Cocos (Keeling)?
Fakta:
Pada 1 April 1836, HMS Beagle, kapal yang dinaiki Charles Darwin, tiba di Kepulauan Keeling.
Pulau ini diserahkan kepada Empayar British pada 1857.
Pada 1867, Pulau Cocos (Keeling) ditadbir oleh pentadbiran Negeri-negeri Selat.
Pada 1886, Ratu Victoria I menganugerahkan kepulauan ini kepada keluarga Clunies-Ross.
Pada 19 November 1914, pertempuran laut yang pertama dalam Perang Dunia Pertama berlaku di kepulauan ini. Jerman telah memusnahkan stesyen telegraf di Cocos (Keeling) yang menjadi perhubungan penting antara UK dengan NZ dan Ausi, tetapi kemudiannya mereka dihancurkan oleh tentera Australia.
Jepun menyertai Perang Dunia Ke-2 dan berjaya menakluk kawasan sekitar kepulauan ini. Untuk mengelakkan perhatian Jepun terhadap stesyen kabel dan kubu garnisun di pulau ini, pelabuhan dan transmitter tidak digunakan.
Apabila Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 1942, pentadbiran Cocos (Keeling) diserahkan kepada Sri Langka.
Dalam proses penjajahan kembali Malaysia dan Singapura, British menempatkan tentera dan beberapa kapal terbangnya di sini.
Pada tahun 1946, pentadbiran Cocos (Keeling) dikembalikan ke pentadbiran Negeri-Negeri Selat berpusat di Singapura.
Pada 23 November 1955, pentadbiran Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia.
Posisi Kepulauan Cocos (Keeling) Lebih dekat dengan Indonesia daripada Tanah Besar Australia. Ditadbir Singapura sebelum 1955 . Pandangan:
80% rakyat kepulauan Cocos (Keeling) adalah orang Melayu Islam dan lokasinya dekat dengan Indonesia (dibandingkan dengan Tanah Besar Australia). Sejarah pentadbirannya lebih mengarah kepada pentadbiran negeri-negeri Selat, bahkan menjadi sebahagian Koloni Mahkota Singapura.
Bendera Kepulauan Cocos (Keeling)Kelapa menjadi sumber ekonomi, Majoriti penduduk adalah Muslim
dan buruj Pari melambangkan mereka berada di kepulauan selatan.
Percaturan penyerahan Cocos (Keeling) ini dilaksanakan oleh British pada 1955, 10 tahun selepas kemerdekaan Indonesia, 6 tahun selepas pengusiran Belanda daripada Jakarta, dan 2 tahun sebelum kemerdekaan Malaysia.
Saya memikirkan, hal demikian tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pengaruh lokasi Kepulauan Cocos (Keeling) di Asia Tenggara. Kepulauan ini mempunyai pengaruh signifikan dalam beberapa siri peperangan - sesuai sebagai tempat garnisun tentera. Bahkan radio dan stesyen kabel telegraf UK-Ausi-NZ juga terletak di sini dulu. Pastinya Kepulauan Cocos (Keeling) sangat penting dari segi ketenteraan. Australia pasti mempunyai hubungan sentimental dan ketenteraan dengan kepulauan ini kerana beberapa kali terlibat mempertahankannya. Mungkin kerana ini, Kepulauan Cocos (Keeling) diserahkan kepada Australia, mengelakkan kepulauan ini menjadi sebahagian daripada Malaya atau khuatir dengan perkembangan di Indonesia yang menentang penjajah.
Saya mempunyai prasangka terhadap British apabila menyerahkan pulau ini kepada Australia.
Penduduk Kepulauan Cocos (Keeling) Pulau Keeling dihuni oleh 80% Muslim. Etnik mereka Melayu atau Jawa. Kenapa buku sejarah tidak pernah merekodkan Kepulauan Cocos (Keeling) sebagai negeri Selat? Bagi saya itu sangat menyempitkan persepsi para pelajar. Sekaligus mengelabui kaitan Kepulauan Cocos (Keeling) dengan bangsa nusantara.
*Rasa terkilan sebab tak tau Kepulauan Cocos (Keeling) tu pulau nusantara waktu main Battlefield 1946.
http://en.wikipedia.org/wiki/Cocos_(Keeling)_Islands
http://www.cocos-tourism.cc/culture.htm
UnguAku dan Stacey
Anak KucingAnak Kucing Jantan Farah Nasyitah kat aku
Berpenat membakarYang pakai baju warna hitam jer yang membakar ayam, hot dogs etc. yang lain amek2 gambar + makan.
Happy Family~!Menonton TV
MachoKerana kemachoannya, orang pun menangkap gambar dr tepi
Perempuan-Perempuan
Menerjah Makanan
Malina...tuan punya kamera~!Mesti Malina bangga sebab gambar die dalam blog aku~
Moon Cake Festival~
Aku, Adeline Alina, Suzie dan Piqah
Solidarity of Batch 07=p
Labels: dengan kawan2
"Medical Prescription Assignment": Hikayat Si Gemuk dengan Juha
2 comments Posted by Imran Azwan bin Azizan at 12:12 AMArakian sebermulanya kisah, pada zaman dulu hiduplah seorang cendikiawan yang bernama Juha. Juha memang sangat terkenal di Baghdad kerana kebijaksanaannya dan juga celotehnya.
Disebutkan pada suatu hari, seorang saudagar kaya-raya yang gemuk-gedempol datang bertemu Juha. Juha yang sedang menyapu sampah di halaman rumah terkejut dengan kehadiran lelaki se"gedabak" itu. Juha memperhatikan saudagar tersebut. Muka saudagar tersebut rungsing.
Fazrul, Sudin, Adi, Fikri, Serul, Peah, atau Tokey pada Zaman Medieval Di Eropah, Obesiti dianggap sebagai simbol kekayaan pada zaman tersebut.
"Assalamualaikum wahai Juha yang bijaksana,"ucap saudagar tersebut
"Waalaikumusalam, jemputlah masuk." Juha segera meninggalkan penyapunya dan mempelawa tetamu ke dalam rumah.
"Juha, sebenarnya saya mempunyai masalah yang besar, sangat besar," adu saudagar tersebut. Kelihatan 4 abdi saudagar tersebut masih tercungap-cungap walaupun sudah 5 minit menurunkan tandu.
"Saya boleh nampak masalah itu..." kata Juha yang bijaksana sambil menggeleng-geleng kepala..
"Anda sudah tau masalah saya? Jadi apakah penawarnya? Berilah kepada saya Juha, saya sanggup memberikan sepertiga kekayaan saya kepada tuan hamba asalkan saya tidak segemuk ini lagi," janji si Saudagar.
Juha menggeleng-gelengkan kepala sekali lagi, menunduk sambil berkata, "Itu bukan masalahnya"... Dia meminta kertas dan pena lalu menulis sesuatu di atas kertas tersebut.
"Jangan buka kertas ini sehingga anda berada dalam bilik tidur," arah Juha...
Maka, pulanglah sang saudagar dengan hati yang sukacita nian. Langsung saja saudagar tersebut masuk ke biliknya. Tekejut sungguh sang saudagar apabila mendapati kertas tersebut tidak memnyatakan penawar yang diharapkan, sebaliknya hanya tertulis "ANDA AKAN MATI DALAM MASA KURANG DARI 2 MINGGU". Tahulah Saudagar mengapa Juha asyik tergeleng-geleng kepala. Juha juga ahli nujum terkenal di Baghdad. Pasti Juha telah meramal sesuatu.
Meraunglah saudagar itu. Menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya. Entah esok, entah lusa, entah 2 minggu lagi, dia akan mati. Saudagar terus mengurung dirinya. Apabila diajak makan, dia enggan, apabila diajak berjimak, dia tak mahu, apabila disuruh tidur, dia tak mampu terlena. Memngumpatlah orang-orang sekitarnya: "saudagar sekarang lebih teruk daripada angau. Dia bukan saja makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.... bahkan tak makan, tak tidur dan tak mandi".
Saudagar tersebut terus rungsing. Ketika hari ke-14, dia masih saja mengurung dirinya. Pada hari ke-15 dan 16, dia tidak menunjukkan diri kerana masih takut Juha tersalah kira. Pada hari ke-17, dia masih hidup. Pada hari ke-21, saudagar mula menunjukkan rupa, dia terus ke rumah Juha. Tubuhnya yang gebu menggempal sekarang makin mencengkung.
"Assalamualaikum Ya Juha," laungnya dari luar.
"Waalaikummussalam," Juha menyahut
"Juha yang bijaksana, yang dibilang orang tidak pernah salah hitung dan tilikan, nampaknya tuan hamba tersilap... Lihatlah, saya masih hidup walaupun sudah minggu ke-3," kata saudagar dengan bangga.
"Hello saudagar (dalam bahasa Arab la)," kata Juha sambil menangkat telapak tangan, simbol "talk to the hand"... kemudian dia menyambung. "Jangan pura-pura tak tau ya! Lihatlah, saya telah memberikan penawar kepada penyakit kegemukan tuan hamba. Sekarang, serahkan sepertiga harta anda!"
HAHAHA~!
Pengajaran:
1. Psikologi adalah penawar yang lebih berkesan daripada ubat-ubatan
2. Doktor harus pandai memanipulasi psikologi pesakit, tapi, jangan menipu macam Juha... unethical tau~! Anyway, Juha tak kenal medical ethics.
3. Penyakit obesiti harus dirawat menggunakan kekuatan minda, diet dan senaman, bukan ubat-ubatan. (*dengan wajah serius*)
4. Perasaan takut atau sewaktu dengannya (kategori depress) boleh membantu kita menurunkan berat badan kerana menghambat selera makan. Sebab tu, banyak dadah/ubat anti-obese adalah inhibitor anti-depresan biologik.
5. Sebagai Abang Kandung Yama (dewa Kematian), seseorang doktor harus mencari jalan yang kreatif untuk mengubati pesakit dan kreatif mencari kekayaan duniawi.
6. Yang lain-lain korang fikir la sendiri... sebab aku busy... minggu depan nak kena hantar dan bentang assignmen farmasi... kalau la assignmen tu dia bagi medical prescription macam Juha, boleh la jugak aku jawab. Ini tulisan preskripsi tu hodoh. Aku tak faham apa yang dia tulis... Juha punya lagi senang nak paham (anyway, thanks Adi sebab nak handle...)
=)








