Arakian sebermulanya kisah, pada zaman dulu hiduplah seorang cendikiawan yang bernama Juha. Juha memang sangat terkenal di Baghdad kerana kebijaksanaannya dan juga celotehnya.

Disebutkan pada suatu hari, seorang saudagar kaya-raya yang gemuk-gedempol datang bertemu Juha. Juha yang sedang menyapu sampah di halaman rumah terkejut dengan kehadiran lelaki se"gedabak" itu. Juha memperhatikan saudagar tersebut. Muka saudagar tersebut rungsing.

Fazrul, Sudin, Adi, Fikri, Serul, Peah, atau Tokey pada Zaman Medieval
Di Eropah, Obesiti dianggap sebagai simbol kekayaan pada zaman tersebut.



"Assalamualaikum wahai Juha yang bijaksana,"ucap saudagar tersebut

"Waalaikumusalam, jemputlah masuk." Juha segera meninggalkan penyapunya dan mempelawa tetamu ke dalam rumah.

"Juha, sebenarnya saya mempunyai masalah yang besar, sangat besar," adu saudagar tersebut. Kelihatan 4 abdi saudagar tersebut masih tercungap-cungap walaupun sudah 5 minit menurunkan tandu.

"Saya boleh nampak masalah itu..." kata Juha yang bijaksana sambil menggeleng-geleng kepala..

"Anda sudah tau masalah saya? Jadi apakah penawarnya? Berilah kepada saya Juha, saya sanggup memberikan sepertiga kekayaan saya kepada tuan hamba asalkan saya tidak segemuk ini lagi," janji si Saudagar.

Juha menggeleng-gelengkan kepala sekali lagi, menunduk sambil berkata, "Itu bukan masalahnya"... Dia meminta kertas dan pena lalu menulis sesuatu di atas kertas tersebut.

Medical Prescription.
Mungkin beginilah preskripsi ubat yang ditulis oleh Juha...


"Jangan buka kertas ini sehingga anda berada dalam bilik tidur," arah Juha...

Maka, pulanglah sang saudagar dengan hati yang sukacita nian. Langsung saja saudagar tersebut masuk ke biliknya. Tekejut sungguh sang saudagar apabila mendapati kertas tersebut tidak memnyatakan penawar yang diharapkan, sebaliknya hanya tertulis "ANDA AKAN MATI DALAM MASA KURANG DARI 2 MINGGU". Tahulah Saudagar mengapa Juha asyik tergeleng-geleng kepala. Juha juga ahli nujum terkenal di Baghdad. Pasti Juha telah meramal sesuatu.

Depress
Perasaan Saudagar setelah kembali ke kamar tidurnya.


Meraunglah saudagar itu. Menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya. Entah esok, entah lusa, entah 2 minggu lagi, dia akan mati. Saudagar terus mengurung dirinya. Apabila diajak makan, dia enggan, apabila diajak berjimak, dia tak mahu, apabila disuruh tidur, dia tak mampu terlena. Memngumpatlah orang-orang sekitarnya: "saudagar sekarang lebih teruk daripada angau. Dia bukan saja makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.... bahkan tak makan, tak tidur dan tak mandi".

Saudagar tersebut terus rungsing. Ketika hari ke-14, dia masih saja mengurung dirinya. Pada hari ke-15 dan 16, dia tidak menunjukkan diri kerana masih takut Juha tersalah kira. Pada hari ke-17, dia masih hidup. Pada hari ke-21, saudagar mula menunjukkan rupa, dia terus ke rumah Juha. Tubuhnya yang gebu menggempal sekarang makin mencengkung.

"Assalamualaikum Ya Juha," laungnya dari luar.

"Waalaikummussalam," Juha menyahut

"Juha yang bijaksana, yang dibilang orang tidak pernah salah hitung dan tilikan, nampaknya tuan hamba tersilap... Lihatlah, saya masih hidup walaupun sudah minggu ke-3," kata saudagar dengan bangga.

"Hello saudagar (dalam bahasa Arab la)," kata Juha sambil menangkat telapak tangan, simbol "talk to the hand"... kemudian dia menyambung. "Jangan pura-pura tak tau ya! Lihatlah, saya telah memberikan penawar kepada penyakit kegemukan tuan hamba. Sekarang, serahkan sepertiga harta anda!"


Saudagar
Selepas dan Sebelum.

HAHAHA~!

Pengajaran:

1. Psikologi adalah penawar yang lebih berkesan daripada ubat-ubatan

2. Doktor harus pandai memanipulasi psikologi pesakit, tapi, jangan menipu macam Juha... unethical tau~! Anyway, Juha tak kenal medical ethics.

3. Penyakit obesiti harus dirawat menggunakan kekuatan minda, diet dan senaman, bukan ubat-ubatan. (*dengan wajah serius*)

4. Perasaan takut atau sewaktu dengannya (kategori depress) boleh membantu kita menurunkan berat badan kerana menghambat selera makan. Sebab tu, banyak dadah/ubat anti-obese adalah inhibitor anti-depresan biologik.

5. Sebagai Abang Kandung Yama (dewa Kematian), seseorang doktor harus mencari jalan yang kreatif untuk mengubati pesakit dan kreatif mencari kekayaan duniawi.

6. Yang lain-lain korang fikir la sendiri... sebab aku busy... minggu depan nak kena hantar dan bentang assignmen farmasi... kalau la assignmen tu dia bagi medical prescription macam Juha, boleh la jugak aku jawab. Ini tulisan preskripsi tu hodoh. Aku tak faham apa yang dia tulis... Juha punya lagi senang nak paham (anyway, thanks Adi sebab nak handle...)

=)

2 comments:

IMRAN, KAU AKAN MATI SEMINGGU LAGI!

--> so dlm seminggu lagi sure kau dah kurus kan? hihi'

October 30, 2009 at 4:41 AM  

Hahah~ tak jadi sebab aku dah tau taktik tu~

November 1, 2009 at 12:50 AM  

Newer Post Older Post Home