Realiti Sebuah Emansipasi

Rasa-rasanya belum terlambat untuk aku mengungkapkan pandangan tentang apa yang aku lihat pada minggu lepas. Sesuatu yang sangat mengejutkan diriku - Tentang reliti sebuah emansipasi.


Aku baru berumur 20 tahun. Kalau di Malaysia, aku masih dinafikan beberapa hak-hak kedewasaan. Antaranya termasuklah hak untuk mengundi dalam pilihan raya (umur 21 tahun).
Hak untuk mendapatkan lesen motor dan kereta juga masih dinafikan, kerana kerajaan telah meningkatkan had minimun umur untuk mengambil lesen motor dan kereta kepada 21 tahun.
Hak kedewasaan yang diperoleh pada umur sebegini sekadar untuk membuat seks dengan kerelaan sendiri. (Malaysian Age of Consent = 16 years old). Tak sure kalau dah boleh beli rokok atau arak... sebab dulu umur beli rokok = 18 tahun. Tak tau kalau naik.

Anyway, aku bukan nak berbicara mengenai planning aku nak buat perkara-perkara yang tak baik tu. Betul. Tak niat pun. Walaupun aku tau batu aras umur yang boleh buat itu dan ini dengan sah di sisi undang-undang negara (tetapi bukan undang-undang Syariah), insya Allah aku akan mengertang nafsu daripadanya.
Aku hanya mahu berbicara tentang EMANSIPASI.

Apakah emansipasi? Emansipasi adalah pembebasan seseorang daripada seseorang yang lainnya, terutamanya seorang anak daripada ibu bapanya. Bagiku, umur emansipasi di Malaysia adalah 17-21 tahun. Kalau di Indonesia, semua hak-hak yang aku sebutkan di atas bisa diperoleh sekitar umur 17-18 tahun. Jadi tak hairanlah kalau aku boleh terkejut dengan "emansipasi" yang di laksanakan di Indonesia. Aku sudah boleh "bebas" di Indonesia. Rata-rata Mahasiswa UGM sudah bebas ibarat singa yang terlepas kandang.

Indonesia adalah republik sekularis, demokratik, dan liberal. Walaupun mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia dan menjadi anggota OIC, itu tidak sama sekali menjadikan Indonesia sebagai negara Islam (tetapi lebih sebagai negara Muslim).

Banyak perkara yang bebas, sebebas-bebasnya, sehingga anda tidak perlu pergi sampai ke Amerika ataupun Austarlia untuk menikmati liberalisasi hedonidsme dunia marcapada yang memerdekakan kita daripada belenggu ortodoks dan tradisi.

Pada hari Jumaat yang lepas, aku telah menyaksikan betapa liberalnya Indonesia dalam sudut yang paling menjelekkan bagi diriku. Aku kelelahan menguruskan bazaar kontingen Malaysia untuk GAMAFEST pada siang hari.Pada malamnya, aku pergi mahu menonton persembahan kebudayaan pelajar-pelajar Malaysia yang akan dipentaskan seketika nanti.

Namun sesampainya di sana, sebuah acara bernama MISS GELANGGANG belum lagi selesai.
Aku menjulur-julurkan kepala di antara keramaian, untuk memerhati pentas. Pelik. Suara Lelaki... Tapi yang bercakapnya berpakaian perempuan? What the...?

Ya, MISS GELANGGANG - sebuah kompetisi yang melibatkan LELAKI-LELAKI aktif dalam unit kegiatan mahasiswa UGM, didandani dengan PAKAIAN WANITA yang cukup adiwarna, berbasiskan modul ala-ala MISS UNIVERSE.

Pesertanya SEMUANYA LELAKI. Jurinya juga LELAKI yang berdandan seperti wanita. Di atas pentas tersebut, semuanya lelaki, sayangnya cuma MC nya "tajalli" seperti lelaki. Lelaki yang bertanding mungkin saja sebenarnya merupakan lelaki sejati (teeetttt... maksudnya bukan Mak Nyah betul la~!) ataupun mungkin Mak Nyah asli.


Calon-Calon Miss Gelanggang 2009
Mengenakan kostum ala-ala Mak Nyah + mammae palsu.
(gambar ikhlas daripada Sudin)

Aku pun tak tau, sebab dalam konfius yang total. Ada yang kata lelaki tersebut dipaksa, ada yang kata sukarela. Entahlah, Gasak korang la...

Aku terus ke belakang pentas untuk membantu kontingen Malaysia, malas untuk menonton Miss Gelanggang lebih lama. Aku minta Sudin tangkap gambar untuk aku masukkan dalam blog.

Kalau di Malaysia, sudah pasti pertandingan ini diharamkan. APATAH LAGI KALAU DISELENGGARAKAN OLEH MAHASISWA-MAHASISWA DI UNIVERSITI. Bahkan, kalau lelaki memakai pakaian perempuan saja pun akan didenda sebanyak RM 25-50 dibawah seksyen 21 Akta Jenayah Kecil 1955 (belum lagi pertandingan besar-besaran).

Mahkamah Syariah pula boleh mendenda mereka daripada RM 800 - RM 3000. (Mengikut Kensus oleh IKHLAS, 80% Mak Nyah di Malaysia adalah orang Melayu). Kaum Mak Nyah juga boleh diberkas dalam serbuan polis dan Jabatan Agama atas tuduhan Jenayah Seks.
Jikalau Mak Nyah di Malaysia pun dilayan sebegitu, apakah ada "lelaki sejati" yang mahu berpakaian seperti perempuan untuk dipertandingkan di peringkat Universiti untuk menggembirakan orang lain? Oh, rasanya tidak!

Aku memang mengakui bahawa wujudnya golongan yang mempunyai perilaku seksual yang berbeza daripada lazimnya. Itu bukan penyakit, bahkan dianggap normal dalam psikologi. Ada saja lelaki yang gemar memakai baju perempuan, tetapi meminati perempuan (Orientasi Seksual: Heterosexual) dan mempunyai sifat dominan terhadap pasangan (Sexual Roleplay: Dominance). Jadi orangnya masih "normal" pada masyarakat, cuma suka berpakaian wanita. Itu saja. Ada juga yang berpakaian seperti lelaki sejati, Heterosexual, tetapi mempunyai Sexual Roleplay yang submissive ataupun dikuasai dalam sesuatu perhubungan jima'.

(Prinsip: "Gender" isn't "Sex" isn't "Sexual Orientation" isn't "Gender Role" isn't "Sexual Behavior")

Aku hairan melihat keramaian yang bersorak-sorak riang melihat telatah peserta Miss Gelanggang. Tepuk meriah berselang-seli. Dadah hedonisme menjalar di segenap urat mereka ketika itu.

Adakah mereka menganggap itu sesuatu yang melucukan? Apakah waras (bukan lagi wajar) bagi seorang lelaki berdandan seperti wanita? Dengan mammae palsu? Tidakkah mereka tahu bahawa itu merupakan tanda-tanda kiamat?

Oh ya, mungkin saja mereka tahu tanda-tanda kiamat (lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya) tapi bagi mereka kita memang dah dekat dengan kiamat, jadi just follow on what has been predicted by divine inspiration? Begitukah?
Aku tertanya-tanya...

Aku tak pasti apa yang berlaku di sini. Mungkin mereka menerima lelaki memakai pakaian perempuan sejak dari dulu dalam budaya mereka. Ataupun mereka sudah berfikiran sangat terbuka menerima impak liberalisasi dunia. Entahlah. Yang pasti, aku masih berpegang pada hal-hal ortodoks dalam budaya Melayu.

Okeylah... aku harus berfikir dari fesyen yang berbeza, kerana aku berada di Indonesia, di sebuah negara yang heterodoks bagiku.

Tetapi kendatipun aku mengganggap masyarakat Indonesia telah menerima perilaku tersebut dengan hati terbuka dalam budaya mereka (bertentangan dengan budaya Melayu), masih saja Miss Gelanggang tidak waras diadakan.

Kalaupun tidak mahu menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar, usahlah mempromosi apa-apa yang tidak patut. Perkara lagha yang mempromosikan hal-hal yang sia-sia.

Aku bukanlah seorang yang sempurna juga. Bukan seorang yang baik. Bukan seorang yang alim. Bahkan mungkin lebih jahat daripada seluruh isi dunia; Tetapi perkara ini tak wajar dipromosikan kepada umum, bukan saja dari perspektif adat Melayu, tetapi juga dari sudut agama dan sudut pemikiran kritikal.

Aku keluar dari Graha Sabha Pramana sejurus selepas memastikan adik-adik junior yang menyertai tarian pulang dengan baik. Saya dan Fazrul menunggu teksi menjemput Aisyah, Malina dan Hema - Di sisi jalan di seberang Graha Sabha Pramana. Terdengar suara-suara Miss Gelanggang masih bertempikan di lowongan pembesar suara di seberang sana. Di sini pula, terlihat seorang Mak Nyah BETUL, sepi menanti apa. Aisyah memerhati sambil berkata - "Aku kesian kat orang-orang macam tu...tapi nak buat macam mana?"

Aku tertunduk. memerhati lantai, pastinya dia tidak mahu menjadi sebegitu rupa (aku belajar psikologi). Habis, apa pula yang berlaku di seberang sana? Puluhan LELAKI SEJATI menyertai dan ratusan mendukung pertandingan MISS GELANGGANG.



Juri
Salah seorang bekas Juara Miss Gelanggang dengan gaun merah + mammae palsu.
Miss Gelanggang merupakan TRADISI di UGM.

(gambar ikhlas daripada Sudin)


"Orang-orang macam ni harus dikasihan, tapi tidak orang-orang yang macam tu," sambil menjuihkan mulut ke Graha Sabha.

Dalam hati, kenapa harus menghias seorang lelaki menjadi perempuan? Mempromosi dan menunjukkan kepada umum? Biarlah golongan Mak Nyah ini hidup dalam dunia mereka. Biar saja. Yang menyatakan diri sebagai "lelaki sejati" janganlah ikut sama. Janganlah mempromosi. Jangan menyokong. Jangan pula membantah. Jangan menyuruh orang lain. Cukuplah kamu dengan diri kamu.

Seperti aku (walaupun belum 21 tahun), mahasiswa-mahasiswa UGM rata-ratanya telah bebas daripada kongkongan ibu bapa mereka. Kerana kebebasan inilah kita sering terlupa tentang mereka.

Emansipasi yang mereka pilih itu sepertinya menyesatkan. Aku pasti, jauh di sudut hati peserta-peserta Miss Gelanggang, mereka masih juga "terkilan" melihat diri sendiri. Tetapi mereka harus membuat keputusan, bertanggung-jawab terhadapnya, kadang-kala dipaksa, tanpa menyedari mereka bisa menolak mentah-mentah.

Apakah semua yang menyertai Miss Gelanggang itu memberitahu ibu bapanya?
Apakah perasaan semua ibu bapa peserta Miss Gelanggang itu sekiranya aktiviti tersebut ketahuan dek mereka?
Majoritinya tidak. Kalaupun ya, apakah ibu bapa mereka bisa menghalang anaknya terjerumus dalam kejelekan atas pilihan sendiri?

Itulah Reliti sebuah Emansipasi.

p/s:

1. Emansipasi:
Apabila kita boleh memilih untuk membuat keputusan untuk diri sendiri, janganlah menggadaikan hak tersebut kepada orang lain. Kita telah bebas daripada ibu bapa, kenapa harus kita dipaksa orang lain untuk membuat sesuatu yang kita rasa bertentangan dengan peribadi kita?

2. Budaya Liberalisme v/s Nurani:
Kepada sesiapa yang suka masuk, menyokong atau menganjurkan Miss Gelanggang, sila fikir dua kali. Adakah anda sangat liberal sampai begitu? Ataupun sekadar untuk menunjuk betapa sekularisnya diri anda. Saya pasti, suara nurani anda berkata "ia tidak sepatutnya begitu"

3. Tiada Objektif:
Miss Gelanggang bukan representasi perjuangan Mak Nyah dalam menuntut hak-hak mereka, melainkan merupakan pertandingan mahasiswa yang bergelumang dalam hedonisme. Tiada objektif melainkan untuk suka-suka. Mak Nyah mendapat hak-hak mereka di Indonesia.

4. Miss Gelanggang tak membawa kemashalatan langsung dari segi masa, ekonomi dan sosial. Jadi, eloklah ditiadakan saja.



1 comments:

ada masa keterbukaan juga perlukan limitation kan? dan mungkin akan ada salah seorang (atau mungkin ramai) akan menganggap kita kolot) dan betullah, manusia sama rambut hitam, ada masa hati lain2.. apatah lagi rambut putih, brown, merah, biru etc..

October 26, 2009 at 5:00 PM  

Newer Post Older Post Home