Sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong


Ini adalah long-overdue post untuk Sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Malaysia di Yogyakarta pada 6 Jun 2009 lalu.

Okla, kita start... Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 6 Jun 2009 yang lalu, pihak kedutaan besar Malaysia di Indonesia telah menganjurkan sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Sheraton Hotel Yogyakarta.

Table Next to the VIP's
Meja AJK Kelab UMNO dan performer malam tersebut. Clem + Amir berduet.


Meja VIP
Shah sedang sakan bersembang



Kat Yogyakarta ni, PKPMI-CY uruskan. AJK-AJK Kelab UMNO dan PKPMI Solo pun dijemput sekali. Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Indonesia, Encik Amran Mat Zin berkata, Dr Junaidi, Abdul Aziz Yusof dan Encik Anuar datang sebagai tetamu kehormat.

Jika Bukan Kita (Gubahan Nurizra Rahmat)
Imran dan Izyan mendeklamasikan sajak + pantun + syair.
Ada orang tanya, "perlu ke tukar baju untuk bersajak?"...
Anyway, Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia puji~!



Pada malam tersebut, aku mendeklamasikan sajak bertajuk "Jika Bukan Kita" bersama Izyan Rahmat. Ada sesi persembahan pelajar. Clemency dengan Amir berduet nyanyi lagu.

Man of the Day.
1. Fikri (Pemenang blazer JPA terbaik - lihat awan larat)

2. Fazrul (Yang bertungkus lumus menjayakan acara. Tiap-tiap malam mata dia merah - tak cukup tidur)

3. Imran (Jejaka kacak yang setia pada ikrar janji)


Nice ceremony... tapi makanan ala kadar je la... Kata Fazrul (SU PKPMI-CY) sebab hotel mahal. Terpaksa cut bajet untuk makan. Pas tu Fazrul pun mengomel sebab dia penat cari hotel, murah tapi last-last buat kat Sheraton yang mahal ni jugak. Yurp~! Sokong Fazrul! Nama jer gah... Hahaha...anyway thanks PKPMI-CY dan Kedubes kerana mengkoordinasi acara yang bersejarah ni.

Majlis diakhiri dengan sessi foto bersama.

Kalut
Masih mengatur sessi pergambaran tapi dah ada yang tangkap gambar.


Skema
AJK Kelab UMNO bergambar dengan Timbalan Ketua Duta, Dr. Jun, Pengarah MARA di Kedutaan dan ATASE Agama

Tak puas berfotografi, kitorang pun berfotografi gaya remaja:


Aku dan Fatimah
Fetty merupakan mahasiswa Malaysia di Solo. Aku banyak uruskan apa-apa dengan dia.
7 Jejaka
Sekumpulan jejaka kacak sedang bergaya di hadapan pintu, menunggu peringkat seterusnya.
3 Jejaka
Nomination untuk jejaka terkacak 07 disenarai-singkatkan menjadi 3 orang - Fikri, Sue, Imran

p/s: tengkiu kerana membaca.

0 comments:

Newer Post Older Post Home