Kontroversi Kaum Luthi





A: Ko nak tau tak, si B ni kata dia 100% Homo

B: Hahaha~!
C: Eh B, Ko tau tak kaum Gay tu apa? Kaum yang dilaknat Allah tau!





MUKADDIMAH

Aku masih terpaku di situ memerhatikan perbualan kawan-kawan aku, tekun mentelaah Lecture Notes yang harus dibaca sampai termuntah (untuk mendapat A - Tips daripada Kak Toy). Aku membisu saja selepas itu.

Mungkin pada artikel kali ini, aku akan menyuarakan isu yang hangat dan panas ini. Aku telah pun membaca teori psikologi daripada Bapa Psikologi kita, Sigmund Freud. Isu ini dibahas secara nak tak nak dalam tutorial block 2.4 hari itu.

Ada beberapa syarat yang aku letakkan untuk korang baca artikel ini:

1. Jangan terima bulat-bulat. Fikirkan dengan mendalam. Artikel ini ditulis dengan persepsi dan pembacaan, bukan spiritualiti.
2. Jangan menentang habis-habisan. Sebab persepsi kita berbeza, konflik sentiasa wujud. Namun keragaman ini harus dihormati, bukan disemarakkan dengan api kebencian.
3. Baca sampai habis dengan teliti. Artikel ini sentiasa berantaian antara satu dengan yang lain. Salah tafsir akan menyebabkan prasangka negatif kepada aku.



Orang Islam, Kristian, Yahudi dan yang membaca kitab suci mereka pasti mengenali Nabi Lut A.S (Lot), anak saudara Nabi Ibraham A.S (Abraham). Mengikut Bible, Lut bukan seorang Nabi. Lut datang dari Ur, Mesopotamia bersama-sama Ibrahim ke Tanah Kanaan.

Namun, oleh kerana berlaku pertelingkahan antara pengembala-pengembala kambing Lut dan Ibrahim berebutkan padang ragut, maka, Lut berpindah ke pinggir bandar Sodom. Dalam al-Quran, Lut adalah seorang nabi yang dihantar ke Sodom untuk menyebarkan ajaran tauhid Islam kepada penduduk Sodom dan Gommorah. Kaum Luthi merujuk kepada penduduk kota-kota ini.

Kita seringkali disogokkan dengan cerita bahawa Kaum Lut diazab oleh Allah kerana perilaku liwat. Sebenarnya, Kaum Lut bukan dihukum HANYA kerana liwat. Kaum Lut melakukan lebih daripada liwat.

Mereka mendustai rasul-rasul, mengingkari Allah, dan meninggalkan isteri-isteri mereka untuk mendatangi lelaki-lelaki. (Al-Quran 26:156-175) . Mereka mempunyai rekod jenayah kepada Allah yang serius. Yang menjadi perhatian Nabi Lut adalah perbuatan liwat mereka itu. Namun Allah menghukum mereka bukan kerana itu saja.

Untuk itu, wajar kita mendoakan Muslim yang terjebak dalam perbuatan kaum Lut untuk bertaubat. Allah takkan meninggalkan mereka, selagimana mereka menaruh iman kepada-Nya.
Kalau kaum Lut tidak mendustai nabi mereka dan beriman kepada Allah, walaupun mereka melakukan perbuatan tersebut, mereka akan bertaubat daripada perbuatan tersebut dan insya-Allah tidak akan diazab, sepertimana yang berlaku pada kaum Nabi Yunus A.S. (Wallahu Alam)

Laut Mati
Mengikut tafsir al-Quran, Bandar Sodom diterbalikkan menjadi Laut Mati.
Kawasan ini dikenali dengan nama Khirbet As-Sdum dalam Bahasa Arab.


Semenjak itu, sebelum abad ke-18, manusia mengenali liwat, kes liwat dianggap sebagai jenayah besar dan pelaku menerima hukuman berat. Liwat merupakan perilaku seksual (Seksual Acts/behaviour). Mereka tidak mengenal Gay mahupun Homoseksual.

Hukuman Allah terhadap Kaum Lut digunapakai untuk mensabitkan perilaku liwat sebagai kesalahan.

Homoseksual dan Gay dipopularkan atas dasar yang berbeza. Homoseksual adalah "Sexual Orientation". Orientasi Seksual adalah kecenderungan untuk tertarik secara emosional, romantik dan/atau seksual terhadap sesuatu jenis seks.

Homoseksual merupakan suatu kecenderungan, bukan perbuatan. Secara klinikal (bukan bahasa kebanyakkan). Gay dibezakan dengan Lelaki Homoseksual berdasarkan perilaku seksual (Sexual Behaviour) dan juga orientasinya.

Sebagai contoh, seseorang yang berorientasiakan Panseksual (tertarik kepada semua jenis seks), boleh dikatakan sebagai Gay apabila mereka mengekspresikan kecenderungan mereka kepada sesama jantina sahaja. Secara bahasa, Homoseksual tidak dianggap sebagai Gay ataupun Lesbian apabila mereka tidak mengidentifikasi diri mereka sebagai Gay atau Lesbian melalui perbuatan atau lisan (closeted Homosexual).

Berikut adalah istilah-istilah Seks Psikologiuntuk menjelaskan kategori-kategori manusia:
1. "Sex" adalah istilah yang digunakan membezakan fungsi reproduktif .

2. "Gender" bermaksud bagaimana seseorang memandang dirinya sebagai lelaki ataupun perempuan ataupun di tengah-tengahnya, TIDAK semestinya berdasarkan fungsi reproduktif, tetapi mungkin juga berdasarkan persepsi sosial, identiti, orientasi, peranan seksual, dsb.

3. "Sexual Orientation" (Orientasi Seksual) = maksudnya seperti yang dinyatakan di atas. Orientasi Seksual termasuklah Homoseksual, Heteroseksual, Biseksual, Aseksual, Panseksual, dan Polyseksual. Kita hanya fokus pada Homoseksual saja.

4. "Sexual Behaviour" (Perilaku Seksual) adalah ekspresi seksual manusia secara perbuatan mahupun lisan.


Sekarang, semua sedia maklum, apakah "Gender" dan "Sex". Jadi kalian sudah pun tau prinsip "Not All Woman are Female, Not All Man are Male".

YANG MEMPENGARUHI:

Semua ahli Psikologi menolak pendapat umum yang menyatakan bahawa orientasi seksual merupakan PILIHAN dan GAYA HIDUP. Alasannya mudah. Kebanyakkan daripada mereka yang homoseksual dilahirkan dalam masyarakat yang menentangnya. Mereka dididik bahawa menyukai seorang lelaki secara seksual atau romantik adalah salah oleh ibu bapa mereka. Namun akhirnya mereka memilih untuk hidup dalamnya selamanya.


Sigmund Freud
Bapa Psikologi Moden

Terdapat beberapa teori yang menjadikan seseorang itu Homoseksual. Dalam bahagian ini, saya cuba menyimpulkan beberapa teori psikologi untuk direpresentasikan.


1. SEMULAJADI

Majoriti psikologis menerima bahawa orientasi seksual itu merupakan sesuatu yang tidak boleh dipilih dan ditetapkan secara alami sejak lahir.
Bapa Psikologi, Sigmund Freud mengemukan teori bahawa semua manusia adalah biseksual, kemudian keinginan ini disupressi kepada beberapa kecenderungan (Innate Biseksual).

Beberapa kajian terhadap alam haiwan mendapati bahawa biseksualism merupakan sesuatu yang biasa bagi mereka, dan homoseksualism wujud secara lumrah, bukan sebagai masalah.
Maka, otak Paleo-Mammalian manusia (yang mengawal sistem limbik, emosi, dsb) wujud sebagai biseksual. Otak Neo-Mammalian pula menekan kecenderungan tersebut dengan pengalaman, persepsi, pembacaan dan pemikiran.
(yang membezakan otak manusia dan otak haiwan ialah korteks prefrontal, menyebabkan manusia dapat berfikir baik dan buruk berdasarkan persepsi dan dapat memprediksi sesuatu)

2 Zirafah Jantan
Hubungan mereka sangat akrab

2 Penguin Jantan
Perilaku seksual spesies burung ini didokumentasikan dengan baik
Kepupusan penguin dikhuatiri diancam oleh oleh kecenderungan perilaku seksual sejenis.


lawat: http://en.wikipedia.org/wiki/Homosexual_behavior_in_animals

Dengan pembuktian bahawa biseksual wujud secara semulajadi, ini memberi masalah kepada agamawan yang sebelum ini menghukum homoseksualism sebagai kontra-natural dan wujud hanya pada manusia yang boleh berfikir dan memilih yang buruk.

Bagi mereka, sesuatu yang natural pada alam tidak boleh dianggap sebagai dosa. Jikalau biseksual dan homoseksual adalah lumrah seperti heteroseks, maka ia bukan suatu kesalahan kepada manusia.

2. GENETIK

Terdapat beberapa effek biologis yang boleh menyebabkan homoseksual. Genetik misalnya, (Sindrom Klinefelter atau Turner) boleh menyebabkan kecenderungan seksual sejenis.
Meta-analisis menunjukkan gen Xq28 (yang diwarisi dari sebelah ibu) mempunyai signifikan untuk mempengaruhi orientasi seksual bagi lelaki.

Suatu kajian daripada Itali mengkonklusikan bahawa terdapat gen yang mempromosi kesuburan perempuan tetapi turut mempromosi warisan homoseksual kepada anak lelakinya.

Gen Xq28
Pernah dikatakan mempunyai kaitan dengan warisan homoseksualiti.

3. TEORI NEO-DARWINISM

Neo-Darwinis pula mengemukan teori bahawa seleksi gen homoseksual merupakan seleksi natural kerana biasanya kaum homoseksual ini biasanya tidak akan mempunyai anak, jadi, ini akan menambahkan sumber-sumber ekonomi kepada ahli keluarganya yang lain

4. TEORI EBE (Exotic become Erotic Theory)

Ketika dalam usia emas, ada sebahagian kanak-kanak yang gemar bermain sesuatu yang tipikal untuk jantina yang bertentangan dengannya. Hal ini mengakibatkan dia tidak akrab dengan rakan-rakan yang sejantina dan menganggap mereka sebagai "lain"
Perasaan eksotik kerana kelainan ini kemudiannya ditransformasikan dalam bentuk erotik.

5. PENGALAMAN DAN PEMERHATIAN

Pengalaman dan pemerhatian kanak-kanak terhadap alam yang berlaku di sekitarnya boleh mempengaruhi perubahan persepsi seksual pada jantina sejenis atau lain jenis. Kanak-kanak lelaki yang pernah dicabul oleh lelaki dewasa biasanya mempunyai kecenderungan untuk menjadi homoseksual.
Keluarga juga boleh mempengaruhi persepsi kanak-kanak. Kajian mendapati bahawa keluarga yang berpecah-belah mempunyai kecenderungan untuk tidak menjadi heteroseksual.

6. BIRTH ORDER THEORY

Kajian Blanchard dan Klassen di Amerika pada 1997 melaporkan bahawa setiap abang yang lebih tua akan meningkatkan kebarangkalian adiknya menjadi homoseksual sebanyak 27-41%.

(okey, maksudnya kalau anak lelaki kelima???)

7. HORMON

Pengaruh hormon estrogen maternal dapat mengakibatkan perkembangan minda keperempuanan bagi fetus lelaki. Jikalau seseorang lelaki mempunyai hormon estrogen yang abnormal, maka ia akan turut mempengaruhi kecenderungan seksualnya.

8. KONSTRUKSI SOSIAL-BUDAYA-SEJARAH



Anjing Balboa menghukum Orang Red Indian
Penjajah Sepanyol yang terkejut dengan perbuatan liwat sesama jenis secara terbuka kaum Red Indian. Mereka dipaksa meninggalkan amalan tersebut tetapi enggan. Akibatnya, orang Sepanyol menyeksa mereka, membakar, memotong mereka dan diberi kepada anjing sebagai santapan.

Penyelidik dalam Queer Studies mengemukan pendapat bahawa homoseksual (dan orientasi seksual lainnya) wujud kerana konstruksi masyarakat barat selepas abad ke 18. Sebelum ini, manusia tidak mengenali Gay atau Homoseksual. Gay bermaksud gembira pada ketika itu.
Homoseksual tidak dikenali dibudaya luar hinggalah zaman informasi. Sebelum pertengahan abad ke-20, hubungan heteroseksual dianggap berdosa oleh sebahagian masyarakat Melanesia, dan cenderung kepada homoseksual.

Sewaktu Sepanyol menjajah Amerika, mereka terkejut dengan amalan homoseksual yang dilakukan secara terbuka oleh masyarakat Red-Indian.

Di Asia tengah dan selatan, sebahagian puak beranggapan bahawa perasaan terhadap lelaki merupakan sesuatu yang biasa.

Sebahagian lelaki dalam masyarakat Asia dan Afrika masih mengamalkan hubungan komitmen (emosional dan romantik, bukan seksual) dengan lelaki, beranggapan ianya sebagai suatu perhubungan persahabatan.

Masyarakat barat beranggapan bahawa perbuatan mencium lelaki di mulut dan pipi sangat "gayish" tetapi tidak di bahagian dunia lain.



Pemimpin Yahudi di Iran dan Ahmadinejad
Konstruksi Budaya
Lelaki mencium pipi lelaki dianggap perilaku homoseks di Barat,
manakala di tempat lain, lelaki mencium bibir lelaki dianggap biasa.
Di Iran, walaupun Gay dihukum gantung, namun Iran membenarkan transjantina dan memberi subsidi untuk itu.

PEMIKIRAN KAUM HOMOSEKS

Pemikiran kaum homoseks dirumitkan lagi dengan peranan emosi. Emosi dikontrol secara tidak sedar di Sistem Limbik otak manusia. Cinta. Manusia bisa terjatuh cinta kepada sesiapa saja. Ia sesuatu yang kompleks.
Romantisme kaum homoseksual dan biseksual sebenarnya sama saja dengan kaum heteroseksual.
Ada sebahagian daripada mereka jatuh cinta, berpegang pada kesuciannya dan ada sebahagian pula sekadar mau kepuasan seks semata-mata. Ada yang hidup sebagai jantina berbeza, tetapi menolak untuk melakukan seks dengan orang lain.
Dalam perilaku seksual, ada yang mahu mendominasi pasangan dan ada yang bersifat submissif. (oklah, kalau korang baca Mastika, yang mendominasi tu dipanggil Top, yang submissif itu dipanggil Bottom. Majoritinya, dalam hubungan suami-isteri, suami adalah Top, dan Isteri adalah bottom.)

Sistem Limbik
yang merangkumi "Paleo-Mammalian Brain of Human"
Perasaan diatur disini bersama beberapa sistem biologi yang berkaitan dengan perasaan.

Detak Jantung dikawal di sini, kerana itu, apabila anda marah atau terserempak dengan orang yang anda cintai, degup jantung anda akan cepat.
Perasan tak reaksi badan ketika marah dan terserempak dengan orang yang kita suka adalah sama? Kenapa ya? Itulah peranan limbik sistem yang masih misteri.




Mereka mengelas tipe-tipe manusia yang disukai/diminati mereka. Kaum homoseks tidak menyukai semua orang yang sejenis dengan mereka, sebagaimana kaum heteroseks tidak menyukai semua orang yang bertentangan jantina dengan mereka.

FAKTA MENARIK:
PERBEZAAN FISIOLOGI (FUNGSI BIOLOGI) KAUM LELAKI HOMOSEKS DAN LELAKI HETEROSEKS


1. Bau ketiak lelaki homoseks dan lelaki heteroseks berbeza.
2. Apabila perempuan dan lelaki homoseks terdedah kepada bau testosterone dalam peluh lelaki, hipotalamus mereka akan diaktifkan. Pada lelaki heteroseks, reaksi yang sama diperhati apabila didedahkan dengan "estrogen-like compound" yang terdapat dalam urine perempuan.
3. VIP SCN dan Suprachiasmatic Nucleus lebih besar pada lelaki homoseksual > lelaki > perempuan.
4. Puratanya, perempuan heteroseks dan lelaki homoseks mempunyai nisbah saiz otak kanan dan otak kiri yang sama; lelaki heteroseks dan lesbian mempunyai nisbah otak kanan yang lebih daripada otak kiri.
5. INAH-3 pada lelaki homoseks mempunyai saiz yang lebih kecil dan sel yang lebih padat daripada lelaki heteroseks.

Third Interstitial Nucleus of Anterior Hypthalamus (INAH-3)
Yang berwarna merah. Yang atas tu gambaran untuk lelaki, yang bawah gambaran untuk perempuan.

INAH-3 mempunyai kaitan dengan orientasi seksual dan bertanggungjawab terhadap "sexual diphormism". Kecederaan di bahagian ini memberi kesan terhadap orientasi seksual tanpa mempengaruhi daya seks (seperti yang diperhatikan pada Primates).
Lelaki Homo mempunyai INAH-3 seperti perempuan Hetero.

*Primates adalah golongan keluarga monyet, orang utan, babun, dsb yang dianggap sebagai haiwan terdekat dengan manusia dalam taksonomi dan genetik.



RUMUSAN TEORI:

Dalam sains perubatan, aku disogokkan dengan pelbagai teori tentang kewujudan kaum ini. Kewujudan kaum ini bukan kerana satu etiologi saja.

Aku diberikan bukti bahawa orientasi seksual yang sebenar pada fitrahnya bukanlah heteroseksual, tetapi biseksual. Kebanyakkan spesis adalah hemaphrodites, ini bermakna kebanyakkan haiwan adalah biseksual yang asli.
Perkara yang sama diperhati dalam kajian perilaku seksual semua species haiwan . Manusia juga adalah haiwan, cuma kita diberikan hukum-hakam dan akal.
Ini memberikan suatu konfirmasi terhadap teori Sigmund Freud yang menyatakan manusia asalnya biseksual (seperti haiwan lain) tetapi menjadi monoseksual kerana supressi dari pengaruh persekitarannya.
(saya menolak teori Neo-Darwinism)

Tidak cukup dengan itu, pengkaji membuat kesimpulan bahawa gen yang menyebabkan kesuburan pada X chromosom juga membawa genetik homoseksual.
Oh ya, semua manusia pada asalnya mempunyai otak seperti otak perempuan namun perbezaan otak lelaki dan perempuan boleh diakibatkan oleh faktor hormon ketika kandungan.
Ini merupakan suatu proses biologik yang mungkin akan mengarah kepada perkembangan orientasi seksual selanjutnya.

Perkembangan Gonad
"Telur" lelaki dan "Telur" perempuan mempunyai asal-usul yang sama.
Yang satu turun, yang satu lagi tertinggal kat abdomen. Ini semua pengaruh hormon.


Ketika usia emas kanak-kanak (iaitu tatkala otaknya berkembang hingga 80%) mungkin saja anak-anak yang dikatakan biseksual oleh Sigmund Freud tadi boleh dicorakkan untuk menentukan orientasi seksualnya secara psikologi

Mungkin terdapat faktor biologik (genetik/hormon) atau faktor persekitaran(tiada kawan lain) yang menyebabkan anak-anak ini lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang berbeza jantina dan beranggapan bahawa kanak-kanak sesama jantina itu sesuatu yang eksotik.

Sewaktu ini, kanak-kanak homoseksual atau heteroseksual secara genetik mahupun yang biseksual secara alamai boleh diajar untuk menekan kecenderungan emosional mereka.

Walaubagaimanapun, harus diingat, menekan kecenderungan tidak pernah mengubah lumrah atau genetik seseorang. Manusia bukan binomial (Ya atau Tidak) tetapi berada diantara kedua-duanya.

Aku mempelajari terdapat banyak perbezaan biologi dan fisiologi antara heteroseksual lelaki dan homoseksual lelaki (hanya sedikit yang saya nukilkan di bahagian atas).
Mustahil mereka boleh menetapkan bau ketiak mereka sendiri atau mengawal reaksi dalam hipotalamus?

Beranggapan bahawa teori genetik dan Innate Bisexual adalah benar, aku tertanya-tanya, mengapa wujud perbezaan biologik jikalau mereka ini asalnya biseksual?

Harus diingat, bahawa Innate Bisexual adalah teori psikologi, bukan teori biologi. Salah satu cara supressi adalah melalui biologik. Genetik dan hormonal adalah salah satu cara suppressi juga.
Namun supressi tidak pernah mengubah.

Sebagai saintis, aku menyokong teori yang menyatakan bahawa orientasi seksual bukanlah pilihan. Heteroseksual, Homoseksual, Biseksual, Aseksual, Panseksual, dan Polyseksual dilahirkan seperti itu mengikut seleksi natural dan setelah mengalami proses suppressi genetik dan hormonal.

Tanpa sedar, sekali lagi mereka mengalami supressi kecenderungan seksual ketika kanak-kanak melalui pengalaman, pendidikan dan pembacaan.

PESANAN KEPADA KAWAN-KAWAN

Pada titik ini, aku tersedar bahawa aku juga telah dicorakkan oleh pembacaan, pendidikan dan pengalaman kerana terlalu banyak membaca teori-teori ini.
Kerana itulah aku ingin sekali menegaskan kepada anda yang membaca - jangan menerima bulat-bulat, jangan menolak mentah-mentah.

Pergilah bertafakur sejenak di dalam bilik, tenangkan diri, pejamkan mata dan dengarlah apa suara hati kalian berbisik. Hentikan berfikir apa-apa yang kalian baca.
Bagi saya, Allahlah yang meniup roh yang suci ke dada kita. Kita pada asalnya sudah baik dan sempurna. Namun nafsu dan akal kita telah dididik oleh persepsi, pengalaman, pembacaan dan kepentingan sendiri.


Hilangkan mereka buat seketika, fokus pada ruh anda - tanyalah apa yang natural pada setiap manusia...












Aku ingin kembali ke tafsiran zaman lampau, sebelum manusia membeza-bezakan orientasi seksual. Liwat merupakan jenayah. Kaum Luthi yang melakukan hubungan seks liwat itu mengkhianati isteri mereka (mereka mungkin biseks - kerana punya isteri), itu juga merupakan jenayah. Semuanya dinilai mengikut perilaku, bukan perasaan kecenderungan yang abstrak dan rumit. Maka, sudah pastinya kita tidak berprasangka buruk terhadap orang lain (yang mungkin tiba-tiba saja ilmu kasyaf kita menyatakan dia adalah Homoseks secara perasaan).

Perasaan dan kecenderungan bukan jenayah. Jangan menghukum.

Homoseksualiti merupakan kecenderungan. Ia begitu abstrak. Jadi, menilai manusia berdasarkan kecenderungan, mengkajinya dengan dalam dan terperinci merupakan sesuatu yang tak kunjung habis.

Perasaan tak pernah berdosa (kecuali perasaan bongkak, sombong, takabbur dan riak). Perasaan romantisme antara sejenis mahupun dengan berlainan jenis, apapun ekspresinya, dalam bentuk persahabatan atau perkahwinan atau persaudaraan atau perlindungan (Wali-Mawali) bukan suatu jenayah. Ia menjadi jenayah apabila batas-batas dirobek dalam bentuk perlakuan. Maka, jangan sekali-kali menghukum kesalahan kerana romantisme. Hukumlah Liwat atau Zina berlandaskan syariah, tetapi jangan menghukum "kecenderungan".

Apa yang aku lakukan dalam artikel yang panjang berjela-jela ini pada akhirnya aku cuma berharap satu: hentikan menuduh dan menghukum manusia berdasarkan kecenderungannya yang kita sendiri tak pasti.

Anda tidak boleh mengharap laknat Allah terhadap kaum Homoseks. Mereka mungkin saja secara genetiknya mempunyai kecenderungan begitu atau mungkin mereka mempunyai pengalaman zaman kanak-kanak yang menjadikannya begitu.

Itu bukan salahnya, mereka tidak pernah mengatur gen-gen mahupun hormon. Mereka juga tidak mampu mengawal bagaimana mereka menilai persepsi sewaktu kecilnya, kerana mereka masih belum mumayyiz.

Mereka pasti tahu kecenderungannya menjurus ke arah dosa. Mereka dididik sebegitu, mereka pasti tak nak begitu.

Tetapi selagi mana mereka tidak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang (Syarak atau Sivil), maka janganlah menghukum mereka, biarlah mereka dalam perasaan dilemmanya, dan biar mereka menyelesaikannya dengan Allah. Apabila anda menghukum mereka, atau menyatakan mereka sebagai pesalah, atau mengharap laknat Allah, maka anda telah membantu syaitan untuk mengalihkan seseorang daripada Allah.

Bantulah dia merubah dirinya. Aku percaya dia boleh berubah (tak seperti pendapat saintis-saintis di atas). Jangan sekali-kali menyatakan mereka sebagai kaum Luthi dan seerti dengannya kerana itu hanya akan mendorong mereka untuk menjadi seperti itu.

Maka, doakanlah, semoga Allah selalu meredhainya dan memberikan pahala atas keupayaan dan kesabarannya mengawal nafsunya sendiri. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. yang nyata mahupun yang tersembunyi. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui lubuk hati Manusia. (Doakan untuk aku juga~!)




p/s: lagi 1, aku tak der sebarang skandal bersama si B, okey...


~Apologetics~





2 comments:

imran, act aku tak mau komen post ni, tp disebabkan kau selalu je ckp 'pergi la tgk post aku yg terbaru''kontroversi tak post aku tu''eh, kau dah bace blog aku' dsb.. so aku komen jugak la.. haha' tp xtau nak komen ape. just nak ckp, IMRAN, CEPATLAH BERUBAH! Teeettt!

October 25, 2009 at 5:04 PM  

Hello, tak der kaitan dengan aku key~!

October 26, 2009 at 1:21 AM  

Newer Post Older Post Home