PERJALANAN KE DIENG
Semua yang menyertai lawatan ke Dieng.
Fuh, pagi yang sejuk sangat... Aisyah mual-mual
(ehem... jgn fikir bukan-bukan key...bukan sebab mengandung, tapi sebab jalan tak elok)
MELIHAT MENTARI TERBIT
Antara yang berjaya mendaki gunung.
Beberapa orang kawan2 kitorang tertinggal kat bawah sebab terlalu sejuk, penat, dan tercungap-cungap. Tekanan rendah menyebabkan oksigen tak cukup untuk bernafas... Hanya yang gagah saja bisa ke atas...
Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu.
Mega Merah mentari pagi ibarat permata delima yang memukau mata.
Bunga-bunga menghiasi lorong di lereng bukit tempat kitorang melihat terbitnya mentari
Terlihat lereng-lereng bukit bersebelahan yang dilimpahi sinar mentari.
2 Bintang filem sedang bergambar. Masyuk giler ar gambar ni...
Matahari mencurahkan sinar kepada alam. Jejaka kacak bersandar di pohon.
Salah satu tasik di pelantar Dieng dikelilingi bukit-bukau nan hijau
Lorong ini dikelilingi tanaman kubis bunga dan bunga-bungaan yang cantik
No Comments~...=p
TELAGA WARNA
Kitorang duduk di atas dahan sebuah pokok yang rendah dan melintang
Tasik ini berwarna hijau kerana reaksi sulfur.
Walaupun baunya "unik" tetapi panoramanya menambat sanubari.
Seorang nenek kebayan berdiri di atas batu untuk menyumpah seorang pangeran yang kacak.
PIKNIK DI TELAGA WARNA
Aku sedang lahap memakan roti..
(Fikri, aku, Ilham, Sudien, Yone)..
Ilham tak tidur sepanjang malam kerana kereta ber"debak-debuk". Kesian Lehe...
KAWAH ASAP
Di bawah jambatan inilah tempat mengalirnya air ...
Si sengal bertopi hitam membuat spekulasi bahawa lorong ini merupakan tempat lava gunung berapi mengalir dan berharap agar dapat melihatnya di sini (jikalau turun)
~MULUT CABUL BETUL~
Kitorang cuba mengelak dari kabus untuk mengangkap gambar yang sempurna
Jangan risau, gunung berapi kat belakang tu dah mati/tidur...
cuma kawah kat lembah dia masih berasap...
Fuh, bau dia busuk~... Sulfur mendidih bersama karbon.
Sebenarnya tak boleh berdekatan sangat dengan kawah sulfur. Kitorang dihalang oleh pagar buluh.
Anyway, ada jugak yang terlepas daripada pagar tersebut.
KOMPLEKS CANDI ARJUNA
Candi Pertama di Kompleks Candi Arjuna.
Hanafiah sedang mengomel pada Sudin "nak buat gaya apa?"
Sudin: Lubang hidung you besar la Iiffa...
Iiffa: Memang pun...you baru tahu ker? Hahaha...(sambil ketawa)
Ilham: Suka orang puji hidung dia besar...hihihi (tersengeh)
Aku: Hensem jugak aku pakai cermin mata hitam nih (masih dalam dunia sendiri)
Fikri: Eeiii... okey jugak orang tu... (tengah mengusha)
Beberapa orang model di Candi ke 5 Kompleks Candi Arjuna
Dari Kiri:
Aisyah, Sudin, Fazrul (duduk), Ilham, aku, Peah, Yone (depan), Bedah (baju Biru), Fik, Iiffa
Aku meniup Dandelion. Ilham, Aisyah, Izyan fokus pada kamera.
Di belakang kami adalah Kompleks Candi Arjuna...
Kitorang berpaling ke belakang. Fazrul tangkap gambar
Aku cecah tanah dulu sebab berat lebih.
Atas: Aisyah, Ain, Iiffa, Yone, Izyan
Bawah: Fazrul, aku, Ilham, Fikri, Hanafiah
Semua yang pergi ke Dieng (Sudin dalam cermin mata Fikri tengah tangkap gambar)
MAKAN PETANG DAN PULANG
Tempat kitorang makan malam. Ada tempat pemanas badan.
Aku tengah bebel apatah kat Fazrul... Yang aku ingat, aku memang membebel...
Walaupun sudah berada di kawasan rendah, namun kabus masih terlihat...
Labels: dengan kawan2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam~firstly,aku suka part yg filem tu! haha
amboi, imran..sume orang ko kutuk. cis! aku nak bgtau diorang (kaki retort)
rindu plak nak pergi sana lagi. bestlaaa..wee~
ain said...
October 21, 2009 at 7:07 AM
imran.. aku sgt suka gambar bulatan tu.. sgt impress dgn diri sendiri =)
udienjai said...
October 21, 2009 at 7:28 AM
Ain:
Yang membuatkan ia kelihatan seperti filem adalah aku...(bukan nenek yang menunduk tu)
Sudin:
Memang cantik bulatan tu...anyway, tak yah impress sebab ko xder dalam gambar tu...hahaha~
Imran Azwan bin Azizan said...
October 21, 2009 at 7:44 AM