Raya bersama keluarga


Menapak di Singapura

Assalamualaikum W.B.T. Tiba-tiba jer aku merasa terpanggil untuk menulis tentang raya hari tu. Penat dan best. Banyak yang berbekas di jiwa. Rindu nak balek Malaysia lagi.

Aku sampai di rumah pada 12 September. Turun kat Airport Changi, Singapura. Uncle Raihan amek. Sementara tu, sempat putar-putar kat bandar raya. Wah, giler la Singapore City. Besar, unik, besar, dan bersih. Almost tak ada sampah sarap kat jalan raya. Cuma daun-daun kering berterbangan. Dalam perjalanan, kitorang bergambar di Eyes of Singapore. Sempat melalui Esplande. Gah nian. Walaubagaimana pun Singapore dah hilang identiti Nusantara. Semuanya dalam bahasa Inggeris.

Ada papan tanda yang multi-bahasa tapi hanya Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Pelik. Orang Melayu pakai bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin jugak ker? Tak pakai BM? Agaknya Bahasa Melayu hanya dipakai untuk Lagu Kebangsaan Singapore kot. Anyway, aku bertutur dengan petugas kastam tu dalam Bahasa Melayu. Banyak pekerja bawahan kerajaan Singapura adalah orang Melayu. Lantaklah Singapura. Ada side yang perlu dipuji, ada side yang perlu dikritik.

Pelik tengok patung Singa Singapura. Kepala Singa tapi badan dan ekor ikan. Pancut air dari mulut. Mungkin nak menunjukkan bahawa Singapura dulu perkampungan Nelayan ataupun simbolisme betapa maritimnya Singapura. Idea yang kreatif dan saya masih mencari penjelasan.

Tak banyak yang saya perhatikan di Singapura. Kami lalu lebuh raya untuk terus ke Tambak Johor. Betul kata Sudin. Flat-flat dorang banyak yang dicat cantik dan baru.

Sampai di Kastam Singapura, kitorang kena beratur panjang. Influks ke Malaysia cukup tinggi. Kat Tambak Johor pun jam jugak.

Minggu Pertama di Johor

Aku berhenti di Stesen Bas Larkin dengan Sudin dan Fazrul. Solat Zohor kat sana. Parents Sudin datang dulu. Waktu jalan-jalan nengok apa yang nak beli kat Larkin; Mak pun sampai. Lepas mak beli beg baru dan Aku beli sandal baru, kitorang pun balik rumah.

Kat rumah, apa lagi... show off la telekung2 dan kain yang baru diberi kepada mak, Malina dan Pirah.

Tak banyak yang dilakukan di rumah selain mencuba permainan baru - Plant v/s Zombie. Menarik jugak permainan ni. Sampai habis adventure, mini-games dan survival mode. Mcm biasa, ade mak, Malina dan Pirah kat rumah. Tak banyak buat apa-apa. Puasa la katakan. Tidur sampai petang la... Sepanjang seminggu, aku berjaya menjangkitkan penangan Plant v/s Zombie kepada Malina. Ngahngahngah~!

Tak ingat hari apa, lepas bersembang-sembang, aku tidur kat rumah Bakar (Bapa Saudara Sebapa dengan Mak aku patut panggil Pak Teh, tapi tak rapat la kalau ber"pak-pak" ni, umur 19 tahun)... Rumah sewa Bakar tu belakang rumah depan kitorang jer... jalan kaki pun sampai.




Bakar... (supposedly Pak Teh aku)
Handsome tak dia? Mak kata dia paling handsome antara adik-adik mak.. Anyway, aku lagi ensem.


Ada jugak tolong mak balut piala-piala... Hmmm...ada sehari tu pergi Kulai dengan Bakar naik motor - Bakar nak buat kad pengenalan. Hahaha... hujan pulak... Meredah hujanlah jawabnya kitorang. Tapi kitorang pandai-pandai lar berenti kalau dah lebat sangat...

Hari Jumaat tengah malam tu kakak balik Johor dengan sapa tah. Membebellah mak sebab kakak balik dengan lelaki, lelaki tu bawak dia pi rumah mak sedara la, lalu jalan kampung lah dsb. Aku pergi rumah Bakar, nak monitor perkembangan dia kemas baju. Ajak dia tidur kat rumah. Kakak pulak sampai rumah lebih kurang jam 2.30 malam. Aku pun bgtau la kakak ape yang mak dok bebel. Hahaha~!


Di Kuala Lumpur



Esoknya mak hantar Bakar dan aku ke stesen Kereta Api Kulai. Kitorang akan naik dari Kulai ke KL. Kata mak, tiket ke Butterworth dah abis, terpaksa sampai KL jer. Nanti jumpa mak kat sana. Pak Yeh (Bapa saudara sebapa dengan mak aku, seibu sebapa dengan Bakar) ada kat KL. Kitorang duduk rumah dia.



Pak Yeh dan Mak
Mak macam tersengat sikit sebab Pak Yeh berat sangat kot...

Malam tu, di rumah, tanpa ketiadaan aku. Kakak pun tayanglah orang yang bawak dia balek ke Johor smalam. Mak berkomentar (selepas jumpa la): Budak ni lurus sikit macam Fitri, boleh la mak percaya..." Hahaha...

Pak Yeh memang dah cuti time tu. Dia pun bawak kitorang jalan-jalan kat KL. Potong rambut Bakar, then pergi bukak puasa. Pak Yeh belanja. Pagi (means sekitar pukul 1 pagi) tu pulak, pergi Jalan TAR beli baju raya dengan kakak marka Pak Yeh. Tapi aku tak beli apa2 sebab dah bawak balik baju raya pink aku tu.

Esok kitorang nak ke Kampung... Yeay~!

Petang besok, kitorang bersiap sedia. Bakar berlambat-lambat, aku memang tau die tak nak balek. Pak Yeh marah la kat dia jugak. Sampai kat rumah Pak Lang, Pak Yeh dengan Bakar berbuka kat tempat lain... Mak tanya aku mana dorg: aku jawab "Adik-beradik mak" (malas nak masuk campur). Jumpa Umar (kiranya Pak Su akulah, adik seibu sebapa Bakar - umur dia 17 tahun). Umar duduk kat Johor jugak.

Ke Pulau Pinang

Dekat-dekat pukul 9 malam barulah kitorang bertolak ke kampung. Aku naik dengan mak. Kitorang berenti kat Sungai Perak untuk tdo, tapi ramai sangat orang, tak leh nak tido. Kitorang pun gerak ke perhentian apa tah. Tido kat situ sampai lepas subuh. Hahaha...aku yang first sekali bangun - kejut dorang. Mandilah kitorang kat perhentian tu. Pakai-pakai baju raya dan bersiap nak ke kampung, tapi dengar takbir dah berkumandang kat radio kereta. Terlepaslah sembahyang raya (seperti selalunya)...



Bapa-bapa sedara aku
Pak Lang (Paling boroi), Pak Yeh, Bakar, Umar
Family aku ni ada variasi yang sangat ketara walaupun seibu sebapa.
(Pak Yeh, Bakar, Umar mempunyai pattern raut wajah yang berbeza total; kecuali hidung,
Besar lebih kurang sama...hahaha~ Anyway, mak aku mancung sikit.)



Pagi Raya Pertama

Sampai-sampai di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang, kitorang berpecah. Mak amek Cik Na (mak sedara sebapa dengan Mak, kakak sulung seibu sebapa dengan Pak Yeh, Bakar dan Umar). Beraya kat sana sekejap. Pak Yeh, Bakar dan Umar pergi terus melawat pusara Tok Umi (Nenek Tiri) dengan Tok Wan Tok Me. Pak Lang dengan Mak melawat kubur Tok Piah (Nenek aku), then barulah kitorang melawat kubur Tok Umi dengan Kubur Tok Wan Tok Me.

Rumah second yang kitorang pergi beraya adalah rumah di tepi kubur tersebut. Pas tu, kitorang proceed to Rumah Tok Jah (Nenek saudara aku sebelah Tok Wan sebelah mak). Raya kat sana sambil melawat rumah Tok Wan yang lama. Kata mak sebab rumah tu dah nak diruntuhkan, eloklah kalau budak-budak tu (Pak Yeh, Bakar, Umar) melawat rumah tu buat kali terakhir. Mak pun pasang kaset yang pernah Tok Wan rekod waktu dulu kat rumah ni. Aku tertidur kat situ. Ada suatu perasaan menyerkap. Aku tak pernah naik rumah ni sebenarnya sebelum ni, sebab barang-barang Tok Wan banyak sangat dulu, sampai tak leh duduk. Ingat lagi, waktu first time aku melawat Tok Me (waktu tu aku baru kenal siapa Tok Wan aku) aku tak singgah naik pun. Mak tak kasi. Memang tak boleh duduk. Waktu tu tak silap aku umur 6/7 tahun la. Waktu Tok Wan aku dah meninggal baru aku boleh eksplor rumah dia. Just a pity small house.


Depan Rumah Allahyarham Tok Wan Tok Me.
Pirah ketawa sakan... Tak tau ape yang seronok sangat...

Kata mak, rumah tempat dia lahir tu lagi kecik. Dah dirobohkan dah. Aku tengok dalam gambar, hmmm... lagi luas bilik sewa aku sekarang. Hanya sebuah pondok buruk. Sedihkan? Bersyukur aku dengan taraf hidup aku sekarang.

Aku memang betul-betul harap bapa-bapa sedara aku tu dapat iktibar daripada perkara-perkara lepas. Bakar pun memang tak nak balik sebab tak nak kenang benda-benda lalu, sebab ayah dan mak dia (Tok-tok aku) dah mati. Anyway, mak memang sengaja nak bagi dorang termotivasi dengan cara macam ni. Pesan aku pada bapa-bapa sedara aku tu, Bakar (19 Tahun) dan Umar (17 tahun) jangan malas-malas sangat, ingat asal korang tu...

Raya kat rumah Tok Chik Jah makan laksa. Mak buat resepi pelik, makan mihun goreng dengan kuah laksa. Dia kata ramai yang makan macam tu kat Penang ni. Hahaha... aku pun ikut je la. Lama jugak la kat situ.



Pupu's
Aku, Mayina (2 pupu aku), Bakar (Bapa Sedara), Ahsana (sepupu), Kakak, Umar (Bapak Sedara), Nina (adik).


Cucu-Cucu
Koleksi Cucu-Cucu Tok Chik Jah. Aku, Kakak, Nina, Malina, Ahsana dan Alya = cucu saudara.
Yang lain tu semuanya cucu betul.
Pirah, manusia separuh dikiri gambar menyibuk kat dalam gambar ni...



Sekarang, amek kertas dengan pensil supaya korang boleh paham perkataan aku selanjutnya.


Petang Raya Pertama

Kitorang ke rumah Tok Long Mat. Tok Long Mat adalah sepupu Tok Wan Tok Me, anak sulung Moyang Darus. Ala, duduk dekat-dekat situ jugak. Ketika sedang berjalan kaki, mak pun ceritalah kisah pertama kali tempurung lutut dia terkeluar. Dia kata dulu ada pokok pisang dekat hujung jalan ni. Orang-orang tua kata jangan dok lalu tempat tu, sebab ada tok nenek jaga. Tapi "bangsa ketegaq", mak pun pi la amek daun pisang tang tu nak buat nasi lemak juai (bahasa Johor: jual). Dengan mulut celupaq, mak pun kata "Isy tak dak papa pun kat sini. Depa saja ja tak nak kasi aku amek daun pisang kat sini!". Dan-dan "pang~!" kepala lutut mak terkeluar dari tempatnya. (Patellar Dislocation/Slippage).


Jalan
Depan: Dewi, Alya, Cik Na dan Pirah
Jalan depan rumah Tok Chik Jah. Di pangkal jalan inilah mak mengalami pattelar slippage yang pertama. (Waktu tu tak bertar lagi jalan ni)


Seterusnya kitorang ke rumah Chum Bon (aku pakai eja jer okey...tapi memang bunyinya macam tu...). Chum Bon jugak adalah sepupu Tok Wan, anak perempuan Moyang Man. Moyang-moyang ini adalah adik-beradik moyang aku, Moyang Aminah, ibu kepada Tok Me, ayah kepada mak aku. (Twink~Twink~ mesti korang pening giler babs...). Anyway, kat rumah Chum Bon ade orang kata muka aku macam Arab. (perasan sekejap la...)



Rumah Chum Bon
di mana aku dikatakan seperti orang Arab... hehehe~

Selepas pergi rumah Chum Bon, kitorang patah balik ke Rumah Tok Chik Jah. Kakak tertinggal tuala pink dia. Ngehehe~! Awat la loqlaq sangat~!

Anyway, make sure korang punyer kertas dengan pen ada lagi, untuk melukis gambar rajah susur galur kerabat aku.

Pas tu kitorang pun pergi beraya rumah Tok Kamariah. Tok Kamariah ada kaitan ganda dua dengan kitorang. Kalau ditinjau 5 keturunan di atas Tok Wan Tok Me mengikut sebelah ayahnya, Ahmad bin Hitam bin Husin bin ???? bin ???? (ada namanya, aku tak ingat) orangnya adalah orang yang sama. Tok Kamariah juga merupakan mertua kepada allahyarham Tok Chik Manaf yang merupakan adik lelaki Tok Piah (nenek aku). Kira pangkat Moyang mertua sebelah tok saudara aku lah (bahasa ringkasnya begitu). Tapi, sebenarnya aku memang rapat dengan famili Tok Chik Manaf. Waktu duduk kat ASiS dulu, aku selalu pergi rumah dia...


Malu-Malu
Aku dan Zikri kat Rumah Tok Kamariah.
(Zikri anak Tok Chik Manaf, sepupu mak). Zikri malu-malu sebab belum mandi lagi


Kitorang beraya ke rumah jiran Tok Kamariah lepas beraya di rumah Tok Kamariah (ups, moyang...mak aku panggil dia Tok Kamariah, aku patut panggil moyang lah kan?). Jiran Tok Kamariah adalah Tok Teh Puan, isteri pertama tok wan tiri aku. Allah panjangkan umur orang-orang ni sampai umur 80 lebih. Aku perhatikan mata Tok Kamariah dengan Tok Teh Puan, dua-dua dah ada Arcus Senilis.


Maghrib Raya Pertama (Kampung Tanjung Rambai, Bumbung Lima)


Selepas tu, kitorang pun bercadang nak melawat Pak Jang. Pak Jang tinggal kat rumah peninggalan Tok Piah. Kitorang just perhati rumah tu dari atas jalan raya jer. Macam tak ada orang. Tapi... rumah tu lah tempat yang kitorang duduk waktu raya-raya tahun dulu. Last aku balik raya ke rumah tu 5 tahun lalu. Main mercun, buat istana batu, main pasir, tumbuk beras, kutip pelam, pasang pelita beramai, tolak jip tersangkut, kutip buah cermai, bagi makan kambing dan itik, mandi hujan, kakak buat kopi sejuk, Mat Hanis dengan aku main baling-baling tuala wanita kakak, etc. Aku pun pernah duduk situ waktu mak lahirkan Malina. Aku jer dah banyak memori, yang pahit dan yang manis kat rumah tu... Mak? Tak tau la perasaan dia. Rumah mak dia kan... Rumah tu la yang dia singgah setiap balik raya...

Konflik pun ada jugak. Tapi lebih baik dilupakan. Mak pun mungkin bersyukur sebab tengok rumah tu dari jauh jer. Tak la ingat perkara-perkara yang tak patut dalam rumah tu kan?

Kitorang teruskan perjalanan ke Rumah Tok Wan Tiri aku. (Tok Wan Tiri yang kedua). Kat sana kitorang jumpa Teh, Abang Tiji dan pasangan masing-masing. (Teh = Mak saudara aku seibu dengan mak aku), abang Tiji (abang sepupu aku). Raya kat rumah Tok Wan Tiri kedua aku ni pun sekejap je, sampai aku terlupa nak tanya nama dia siapa...


Malam Raya Pertama (Rumah Mak Long)

Kitorang teruskan perjalanan ke Sungai Petani, nak pergi rumah Mak Long. Pak Lang and famili tak pergi; dorang terus ke hotel. Mak tersesat ikut Pak Yeh ke rumah Mak Long, walaupun ingat nak check in hotel dulu. Abang Tiji dah sampai rumah Mak Long, kitorang ajak dia hantar ke hotel untuk check in kemudian patah balik ke Rumah Mak Long.

Macam biasa, Pak Yeh tersesat. Aku naik kereta Pak Yeh. Sampai hotel, kitorang check in. Pak Yeh dan Bakar pulak tukar angin tetiba, nak tidur terus, malas nak patah balik. Tapi mak kata nanti tak ada kereta nak angkut orang datang ke sini. Bakar nak tidur, tapi aku pujuk suruh ikut jugak.

Malam tu, kitorang makan kat rumah Mak Long. Ada sepupu-sepupu aku adik-beradik abang Tiji: Mat Hanis, Mat Shafiq, Syakrul, Kak Syila. 2 jam lebih je kat sana. Pastu kitorang balik hotel dan tidur. Mak Long suruh duduk rumah dia yang yang lagi satu, tapi kitorang dah tempah hotel. Then, kitorang pun baliklah ke hotel.

Hotel tu ringkas, tapi sejuk giler. Best betul tidur kat hotel malam tu. Aku tidur dengan sangat nyenyak dan tenang. Pokoknya kenangan tidur paling best sepanjang aku masuk universiti ni.. Hahaha~ mungkin sebab letih sangat. Anyway, memang tdo hotel best pon kan? Aku terbangun sebab sejuk sangat...


Lorong Di Hotel
Umar, Aku, Kakak, Ahsana sedang membuat tarian dinding...


Di Lobby Hotel
"Kemanene"(nama manja Malina) sedang lahap menyuapkan sesuatu ke dalam mulutnya...Aum~!

Aku dan Umar (Pak Su)
Alamak...perut aku nampak boroi giler la...

Gambar di Hotel.
Yang montel tengah duduk tu lah mak sedara aku, Cik Na. Yang tudung hitam dekat2 dia = Pirah


Esok pagi, (actually tengah hari) kitorang check out. Makan sekejap kat warung tepi tu. Hahaha~! (korang boleh kata aku giler, sebab ttba ketawa)

Aku ketawa sebab Pak Yeh sekali lagi tersesat. (Tapi tak leh tunjuk depan mak, sebab waktu tu dia tengah marah Pak Lang...). Dia keluar ikut tempat lain. Mak rearrange kereta. Aku duduk dalam kereta Pak Yeh kemudian nanti. Sebagai anak yang patuh, aku menurut (chewwah~!)


Makan Tengah Hari Raya Kedua.
Masih tersenyum menahan ketawa sebab Pak Yeh terlajak. Pak Yeh bermuka geram...


(p/s: okey, sila amek kertas dan pen balik)

Raya Kedua (Rumah Tok Ngah 'In)

Perjalanan diteruskan ke rumah Pak Ngah 'In. Pak Ngah 'In adalah sepupu Tok Wan, abang sulung Chum Bon. Hah... masuk hutan KEDA. Pemandangan indah. Macam jalan dalam cerita winter sonata waktu musim luruh, kata mak. Mak sempat berhenti kereta dan mengutip pucuk apa tah kat tepi jalan (that's the nature of my mum, anyway..faham2 je la)...

Di rumah tersebut, Alya (sepupu aku, anak Pak Lang) bertemu dengan kawan dia kat tadika. What a coincidence~! Tak sangka orang yang sebelum ni dianggap kawan setadika rupa-rupanya kaum kabilah kita sendiri. Kakak dan Umar masuk dalam hutan getah kat belakang main tangkap-tangkap gambar skandal (what? eww~!). Aku dengan Bakar bersembang-sembang dalam kereta, keluar kereta dan bersembang lagi. Bakar tak sporting, tak nak tangkap gambar dengan aku, Kakak dan Umar. Malina pulak sibuk dengan Alya kesayangan dia (kembang-kempis hidung Malina mendengarkan perkataan ini...)


Gambar-Gambar Skandal.
Ada orang mengintai~! Nice picture~!



Pot~~ Pet~~
Mak dengan Pak Ngah 'In dia (Tok Ngah 'In aku). Sepupu Tok Wan.
Mak rancak berbual. Siap bukak Lap Top dia.


Malam Raya Kedua



Hutan Getah

Balik tu ingatkan nak ke Grik, kampung kaum Kerabat Tok Umi (Mak-mak sedara Cik Na, Pak Yeh, Bakar dan Umar), tapi esoknya ada Open House kat rumah mak mertua Cik Na, Cik Na mesti balik malam ni jugak. Pak Yeh dan Bakar bersekutu dengan Pirah untuk menghalang Cik Na balik. Tapi veto di tangan mak... mak prefer Cik Na balik. Dari hutan Baling tu, kitorang patah balik ke Kepala Batas. Makan sekejap kat kedai tepi jalan. Kemudaian hantar Cik Na balik.

Pak Yeh sebenarnya nak ajak Cik Na pergi Grik... tapi sebab jadi macam tu, dorang pun marah Cik Na. So, hari raya kedua ni raya sebuah rumah je...

Malam tu, kitorang teruskan perjalanan ke Perlis. Nak pergi rumah ayah Uncle Ari. Aku, Pak Yeh, Bakar dan Umar naik satu kereta. Oleh sebab malam begitu mengantukkan kitorang bersembang-sembang dan melalak sakan. Mood Bakar dah elok sikit btw.

Nak eksplain sikit pasal pertalian kitorang dengan rumah yang nak dikunjungi ni. Uncle Ari adalah 3 pupu kitorang (Zana, Imran, Nina). Moyang Aminah dengan Moyang Uncle Ari (=Esah), adalah adik beradik. So, mak dengan "ayah Uncle Ari" tu adalah 2 pupu. Anyway, baru sekarang aku tau apa hubungannya Uncle Ari dengan kitorang. Sebelum ni tau dia tu suku-sakat kitorang tapi "tak tau keluaq ikut lubang mana" (ala-ala ayat mak).

Tengah malam jugaklah baru sampai Perlis. Hmmm... pertama kali menjejakkan kaki di Perlis (Thai: ปะลิส). p/s: aku tak tau kenapa aku tulis bahasa Thailand. Tempat yang kitorang lalu kat Perlis tu memang cantik. Sampai-sampai, salam-salam, terus tidur. Ngantuk giler.


Kereta Bujang...
Pak Yeh, Umar, Aku, dan Bakar riuh rendah menyanyi dalam kereta...

Raya Ketiga

Esok paginya, kitorang bersiap-siap nak ke rumah abang kepada ayah Uncle Ari ni (2 pupu mak jugak la). Dah dekat dengan Wong Klian katanya. Mak tak pernah kenal orang ni sebenarnya, tapi bila sampai jer, mak perasan macam pernah tengok. Mak pun bersembang sakan. Aku pulak rasa mengantuk. Nak tidur jer. Hahaha~!


Sudut
Aku dan Bakar di Rumah 2 pupu mak.

Malam Raya Ketiga

Dari Perlis, ingatkan terus nak ke Grik. Tapi Pak Lang nak jumpa Pak Long Mat, anak Tok Teh, sepupu mak dan adik-beradik. Kitorang terpecah, sebab Pak Yeh terlelap ketika bawak kereta, dan menerobos kawasan rumput. Sampai Maghrib la jugak. Mak dan Pak Lang ikut jalan pekan, sebab tu sampai lambat ke rumah Pak Long Mat. (sebenarnya dorang nak pekena laksa kat warung mana tah, tapi tutup). Aku dan bapa-bapa sedara sampai dulu. Lama jugak tunggu mak dan Pak Lang... Lepas isyak kitorang bertolak ke Grik.


Rumah Pak Long Mat
Sepupu mak. Pak Long Mat di kiri sekali.


Dari Penang nak masuk bekas hutan Komunis ni jauh... Dari Baling lagi dekat. Tersengguk-sengguk jugak la yang bawak kereta. Dah masuk plaza tol Taiping, ada lagi berpuluh-puluh kilometer. Mak tak larat. Hmmm... tak per la... tidur Hotel. Tapi Hotel Tasik Raban tu penuh. Diorang sewakan tilam dan kitorang tidur kat dalam surau hotel. Surau dia pun besar, ada aircond, sebelah bilik air. Okey la...


Gaya di Tangga
Tasik Raban Resort

Pagi Raya Keempat

Pagi tu, bangun pukul 10, bersiap-siap nak pegi beraya. Berlengah-lengah kejap sambil tangkap-tangkap gambar kat Tasik Raban.

Pastu kitorang pun meneruskan perjalanan. Ketika sedang membelok ke dalam stesen minyak, Pak Yeh terlanggar kereta orang. Kemek. Keadaan menjadi tegang. Apa pun semuanya diselesaikan dengan baik dengan bantuan bapa sedara bapa-bapa sedara aku.


Di Grik, kitorang beraya di 2 buah rumah. Rumah yang first tu rumah adik pertama Tok Umi. Huh~makan lagi. Lauk-pauk dia nampak sedap. Makan jer la. Kitorang nak melawat rumah tok nenek Pak Yeh, Bakar dan Umar kat bawah sana, tapi hujan pulak turun. Tunggu hujan sampai habis, baru ke rumah tu. Rumah tu just rumah kosong yang usang. Banjir selalu singgah, sebab sebelah rumah tu sungai. Kata mak, tu lar sungai yang dia duk main waktu umur 16 tahun dulu. Dia pernah ke situ dengan Tok Wan Tok Me. Bakar dengan Umar pulak kecewa sebab tak leh mandi. Air sungai tu deras giler. Berkeladak coklat sebab baru lepas hujan.

Rumah Asal Tok Umi
Rumah ini hanya jadi gajah putih saja di kampung tu sekarang

Sungai Kenangan~
(kata mak la... aku tak de kenangan pun kat sini)

Lepas tu, kitorang melawat rumah Mak Long dorang. Dorang buat rumah baru, jauh dari kawasan banjir. Tanah kat situ bernilai RM 20 ribu (terperanjat katak jugak la aku, sebab tanah tu tak besar sangat dan kat hulu). Mak suruh bakar beli tanah kat situ. Bakar pun memutuskan untuk "ikut je la"... Hahaha..Bakar tu lagi kaya daripada aku... nampak jer macam tu.

Pas tu kitorang pergi rumah Mak Saudara dorang yang lagi satu. Lama jugak kat sana. Lepas asar baru balik. Hasrat nak mandi sungai atau pantai nampaknya tak kesampaian.


Rumah Mak Sedara Pak Yeh, Bakar dan Umar.
Malina dan Alya bermanja-manja


Malam Raya Keempat

Pak Yeh bercadang nak melawat marka dia kat Ipoh. Mak pulak nak terus balik sebab esoknya Umar kerja. Tapi pandai-pandai putar alam, Umar pun dapat cuti lagi sehari. Mak pun ikutlah Pak Yeh ke Ipoh, sebab risau Kakak dengan Nina naik dengan Pak Yeh. Lepas kitorang masuk persimpangan ke Ipoh, ingat kot terus sampai. Hahaha... rupa-rupanya rumah marka Pak Yeh tu 70 km daripada Ipoh. Kampung Gajah. Berletiaq la mak kat Pak Yeh. Hahaha~! Ye la, masuk hulu mana tah, pukul 12 tengah malam pulak tu...

Tak sampai 30 minit di rumah tersebut, kitorang minta diri untuk pulang. Kitorang lalu jalan negeri untuk ke Klang, rumah Pak Lang. Hmmm... mengantuk. Sepanjang perjalanan mak bercerita tentang masa muda dia.

Hari-Hari Terakhir

Sesampai je rumah Pak Lang. Kitorang terus masuk tidur. Petang besoknya Mak, Bakar, Umar, Pirah dan aku pun pulang ke Johor. Makan kat Restoran Jejantas Air Keroh dengan kedai mamak. Sampai di rumah, terus kitorang tidur...

Esoknya Umar terus balik rumah sewa dia sebab dia kerja pagi tu. Nasib baik dah salam sebelum tidur. Oh ye, ada raya Rumah Mek (nenek tiri) aku sekali. Aku duduk 2 hari je kat rumah sebab lusanya aku akan patah balik ke Klang - nak bertolak pulang ke Jogja.

Anyway, Pirah tak muntah kali ini dan tak banyak sangat kena penabuh. Raya yang cukup bermakna bagi Pirah secara khususnya.

Aku bertolak pulang ke Jogja dihantar oleh Mak, Pak Yeh, Kakak, Nina dan Abang Wan (ayah tiri). Hahaha... ada sorang Indonesia ni cuba potong barisan. Nak potong aku dengan Yan... Salah orang sangat la pak cik~! Aku tahan laluan beg-beg besar famili dorang dengan beg aku, berpakat dengan Yun, Kean Seng etc. Hahaha~! Hello, kalau ko Datuk Seri pun belum tentu aku bagi chance tau... inikan pulak pelancong asing...

Aku naik 4 kg sepanjang raya ni. Huhuhu. Bangga... (nak turunkan balik daripada elok2 BMI 25.4, sekarang dah naik...)

Pengajaran:

Aku tidak menulis artikel ini untuk syok sendiri... Tapi, kenangan bersama keluarga itu sangat berbekas di jiwa aku. Walaupun sudah sebulan, perkara-perkara yang berlaku hari raya Aidil Fitri hari itu seolah-olah masih berlegar-legar di benakku. Jadi kutuliskan agar keluarga aku dapat membacanya agar mereka ingat perkara-perkara ini seperti aku merinduinya.

Hari Raya sentiasa mengajar aku semangat kekeluargaan, tetapi Hari Raya kali ini ternyata berbeza. Bakar pernah berkata: "Aku pulang ke kampung untuk berhari raya, tetapi mak dan ayahnya sudah tiada. Untuk apa kembali?"

Sebenarnya, Arwah Tok Wan aku sangat mementingkan salasilah keluarga. Walaupun Arwah Tok Wan tempang bertongkat, dia selalu mencari ahli keluarganya - jauh atau dekat. Bahkan, Tok Wan pernah sampai ke Aceh, Indonesia untuk mencari suku-sakatnya. Sebelum ini, mungkin aku merasakan Tok Wan hanya menghabiskan duit dan separuh hidupnya untuk mencari kerabat, ternyata aku silap. Keluarga tidak boleh ditukar dengan wang dan masa. Ternyata aku juga menghabiskan masa untuk menukil artikel ini, suatu yang "membazir masa" pada pemikiran materialistik aku. Hal-hal bersama keluarga begitu indah.

Jadi jawapan aku kepada Bakar:
"Jikalau begitu, apakah selepas mak tiada nanti, kau tak nak aku melawat engkau dan anak-anak aku melawat anak-anak engkau?"

Keluarga aku bukan keluarga yang tipikal. Penceraian di sebelah sana dan sini berlaku. Aku tak pernah anggap itu sesuatu yang asing bagiku. Aku suka begitu. Ia meramaikan kerabat keluargaku. Keluargaku bukan sekadar ibu, ayah, dan adik-beradik. Ia lebih dari itu. Bakar dan umar bukan asing, Pirah juga bukan asing (walaupun tiada hubungan darah dengan aku). Ke mana-mana saja aku pergi, Kelantan atau Perlis, Johor atau Kuala Lumpur, pasti ada rumah saudara-mara yang boleh aku singgah (insya Allah).

Siapa tahu, rupa-rupanya kawan-kawan aku di sini juga merupakan sebahagian daripada kaum kerabat aku? Aku akan menganggap semuanya seperti saudara-maraku juga...




=P

0 comments:

Newer Post Older Post Home