Apa Salahnya Dengan Minah Kilang?

Mungkin sebahagian daripada kita pernah mendengar terminologi "Minah Kilang". Biasanya, istilah ini dikaitkan dengan orang perempuan yang bekerja di kilang, yang dipandang negatif oleh sesetangah orang. Ada ibu bapa yang segan untuk menyatakan anak perempuannya bekerja di kilang, bahkan "Minah-Minah" Kilang juga sering menggunakan perkataan "ala, minah kilang JER" di hujung pengenalan pekerjaan mereka. Jikalau anda menaip perkataan "Minah Kilang" di dalam internet, pastinya anda akan menemukan sedikit-sebanyak unsur-unsur negatif. Persoalannya, apa salahnya dengan Minah Kilang?

Jikalau kita tinjau kembali kewujudan "Minah Kilang" ini, kita akan terhenti di suatu titik. Sekitar Era 1980an, Mahathir Muhammad (sekarang Tun) telah mengisytiharkan Dasar Perindustrian Negara. Tatkala itu, negara Malaysia masi saja mundur, bahkan sangat jarang sekali orang-orang Bangladesh dan Indonesia yang mahu mencari sesuap nasi di sini. Kala itu, terjadi migrasi besar-besaran penduduk kampung ke bandar-bandar untuk memenuhi peluang pekerjaan terutamanya wanita-wanita Melayu. Kebanyakkannya menjawat posisi "Minah Kilang". Ketika itu, stigma masyarakat Melayu pada umumnya masih kebelakang. Kebanyakkan ibu bapa memandang pekerjaan tersebut sebagai pekerjaan yang hina tarafnya. Lebih baik anak-anak mereka dikahwinkan cepat-cepat dan duduk di ceruk dapur.

Perubahan ini sangat pesat. Wanita Melayu sudah pandai mencari nafkah sendiri walaupun dengan manjadi Minah Kilang. Suatu perubahan yang ketara juga berlaku di mana peningkatan trend kemasukan pelajar-pelajar perempuan kian meroket saban tahun, sejak era tersebut. Kini, 65% pelajar-pelajar universiti adalah wanita.

Saya tidak melihat perkara ini sebagai suatu perkara yang berkait. Mungkin influks "Minah Kilang" ke bandar-bandar tidak mempengaruhi trend peningkatan pelajar perempuan di universiti. Tetapi, keberanian "Minah Kilang" ini meninggalkan ibu bapa dan kampung halaman mereka mungkin menjadi salah satu contoh anjakan paradigma perempuan Melayu umumnya. Saya fikir, merekalah yang menjadi pemangkin keberanian perempuan-perempuan Melayu yang hebat akademiknya pada zaman tersebut untuk berdikari ke bandar untuk belajar di menara gading (tidak sepayah mencari rezeki). Bahkan, barangkali ada juga mahasiswi ketika itu yang bekerja separuh masa sewaktu cuti semester universiti sebagai Minah Kilang untuk menampung perbelanjaan mereka.

Seiring perubahan waktu, Malaysia sudah pun maju. Berpusu-pusu warga negara asing ke Malaysia untuk bekerja. Taraf hidup wanita di Malaysia juga kian membaik. Secara majoriti, sekarang, posisi Minah Kilang digantikan oleh pekerja asing. Wanita Melayu seperti yang saya petik di atas telah berubah dengan pesat sekali. Sudah hampir 40 tahun Dasar Ekonomi Baru dilancarkan oleh kerajaan, namun sehingga kini masih gagal memenuhi objektif rencananya. Dalam masa kurang daripada 10 tahun, wanita Melayu mendominasi 65% Universiti dan mempelopori banyak bidang-bidang karier. Siapa yang pernah menjangka hal-hal ini 30 tahun yang lampau? Tiada siapa. Siapakah yang melancarkan rencana ini hingga 65% wanita berada di universiti dan mempelopori banyak karier? Tiada siapa... Bukan Perdana Menteri, bukan pula Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Hal ini tak lain disebabkan oleh anjakan paradigma wanita-wanita Melayu itu sendiri.

Semua orang tidak harus melupaka peranan Minah Kilang ini dalam pembangunan kita. Mereka secara kolektif telah mengubah nasib negara. Minah Kilang bukanlah sesuatu yang keji dan hina, sebaliknya sesuatu yang perlu dibanggakan. Mereka seyogianya merupakan salah satu manifestasi perubahan pesat wanita Melayu sejak tahun 1980-an, namun masih ada orang yang memandang negatif golongan dan pekerjaan ini.

Dalam masyarakat Melayu, kita melihat trend positif sedang menjalar dalam kalangan wanita, di mana mereka semakin giat untuk belajar dan berkarier, dan cenderung untuk berkahwin lambat (hinggakan golongan konservatif dan tradisional melayu amat mengkhuatiri hal tersebut). Saya memandang hal tersebut daripada kedua-dua persepsi. Namun buat masa sekarang, saya cenderung untuk mengatakan hal ini merupakan perkembangan positif.

Tahun ini adalah tahun 2009. Kita dalam rangka menerjah dekad baru. Lebih kurang 11 tahun lagi, 2020 akan menjelang. Maka, saya berseru kepada orang-orang Melayu, khususnya lelaki, untuk melakukan anjakan paradigma sebagaimana wanita-wanita Melayu telah buktikan kepada kita. Melayu tidak akan maju jika hanya suatu pihak saja yang berubah, tetapi harus berubah secara holistik dan keseluruhannya.

Tidak kiralah sama ada orang Melayu menjadi Mamat Kilang mahupun Minah Kilang, pada masa yang mendatang, harus diingat, anda juga orang yang mengubah dunia. Dan Jadilah orang yang merdeka dan bebas jiwanya daripada belenggu pemikiran yang negatif. Apa salahnya dengan perkerjaan? (bahkan Mawi pun Mamat Kilang tau~!)


Hmmm... hari ini, tetiba muncul pulak idea nak menulis hikayat. Sedap tajuknya "Hikayat Kuli-Kuli dan Pecacai Kesumat". Walaupun sahibul hikayat tidaklah hebat mana mendendangkan ceritera ini, diharap para pembaca akan mendapat lautan pengajaran yang terdapat dalam ceritera ini.

(syair)
Tersebutlah kisah di paksinagara
Pondok nan kecil miskin dan lara.
Nenek Kebayan si anak dara
Bertutur kata nak pura-pura

Sebermulanya kisah, di paksina sebuah negeri, tinggallah beberapa orang miskin dalam sebuah pondok kecil. Namun, nenek kebayan di sebelah rumah sering saja melihat hanya 2 orang yang melaksanakan tugas-tugas rumah tangga di rumah tersebut. Benar, memang 2 orang saja yang tajalli melakukan tugas-tugas rumah tangga itu.

Pernah juga perawi cerita menggesa agar 2 orang ini bersikap seperti Shaser yang tidak lagi mempedulikan urusan rumah tangga lagi. Malangnya, sang Suria Dinihari menyatakan bahawasanya dia tidak sanggup melihat rumah berantakan ibarat tongkang pecah.

Sang Papa Juru pula menggesa sang Rawi agar melakukan kerja. Papa Juru ingat sang Rawi tak menyumbang apa-apa... Pada hemat sang Rawi Kalau macam tu, lebih baik dia tak payah buang sampah 2 minggu skali, tak payah sang Rawi angkatkan air yang Papa Juru belikan tu. Bak Kata Pepatahi "Orang tawarkan nak ikut ko beli air, ko nak wat sorang". Mungkin sebab Papa Juru belagak dengan titik peluhnya tu sangat dan anggap macam orang lain tak buat kerja langsung. Sang Rawi menyakini bahawa kerjanya memang taklah setimpal dengan apa yang Papa Juru buat, tapi sekurang-kurangnya dia tak nak ngumpat orang lain yang tak buat kerja. Rawi hanya dengar dan menasihati agar Suria Dinihari dan Papa Juru pun tak payah buat kerja sekali sebab yang lain pun tak kisah kalau mereka buat kerja atau tak.

Suatu hari, Nenek Kebayan bersama orang-orang tersebut melaksanakan gotong-royong sekampung. Nenek Kebayan tersebut menjelekkan orang dengan mulutnya yang ibarat belatuk mengetuk rumah tak habis-habis. Hari ini pula, Nenek Kebayan menyindir sang Rawi, seolah-olah dia tak melaksanakan apa-apa pun. Amboi nenek... macam lar kamu tu rajin sangat kat rumah. Basuh satu dapur pun, "ingat ko sorang yang buat kerja ker" (bak kata Pah Nab) Orang lain buat carta organisasi sampai pukul 4 tak riuh-rendah bagai ayam bertelur sebijuk riuh sekampung pun. Kalau buat kerja bising-bising sampai orang menyampah, lebih baik tak payah buat kerja.



Maka, daripada ikhlas nak meringankan sikit, bertambah jelaklah dan malaslah sang Rawi nak buat lagi kerja-kerja tersebut. Sampai pecah pun tempayan air, Rawi tak akan menolong Papa Juru lagi.

Maka. Pengajaran daripada cerita ini ialah:

Kepada Nenek Kebayan:

1. Lihatlah juga rumah Nenek Kebayan. Wujud juga orang-orang seperti ini. Bukan hanya rumah orang miskin tersebut saja. Masalah ini timbul di mana-mana, bahkan dalam rumah Mak penghikayat cerita sendiri. Mak saja yang buat kerja nak senangkan orang lain.

2. Jangan mengadu domba. Sebenarnya, aku tak rasa "mengadu domba". Nenek Kabayan tersebut yang pandai buat spekulasi sendiri lepas tu, yang main lepas saja. Pas tu macam la dia pasang mata-mata nak mengintip kain orang lain. Nak kata ada pengintip tak juga. Pandai buat spekulasi je. Nasib baik orang-orang lelaki majoritinya pakai seluar.

Kepada orang yang buat kerja macam pecacai,

Buatlah kerja dengan hati yang ikhlas. Jangan mengharap orang lain yang tak bagai pahat dengan penukul nak buat sama kalau kalian tak suruh. Kalau kalian buat kerja untuk pada hari ini, nescaya kalian kan dipermudahkan oleh Allah, mungkin bukan melalui orang yang kalian permudahkan. Janganlah sindir-menyindir, ngumpat-mengumpat (walaupun benar), apatah lagi memberi spekulasi. Percayalah, kalau kalian terus bersikap sedemikian, ternyata hanya Allah yang menilai keikhlasan kalian, dan saya doakan agar kalian tidak ditolong. Kalau kalian melihat orang lain malas nak buat maka ikut-ikutlah sekali. Kerana selagi mana mereka tidak disedarkan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai kuli dan sama-sama miskin, maka mereka akan terus dibuai kesenangan kerana ada pecacai yang terus buat kerja. Janganlah kalian buat kerja kemudian cakap seolah-olah orang tak buat apa-apa. Penat mulut, penat badan, penat otak (tak puas hati),

Adalah lebih baik orang yang tak buat kerja, daripada orang yang buat kerja tapi sindir-menyindir dan berspekulasi tak elok tentang orang.

Kepada Pemerintah yang Rasa diri macam Pecacai Kesumat

Pertama, memang nak bagitau, pemimpin tu memang pecacai. Cuma nama je elok sikit. And ada kuasa bebas eksekutif. Itu ja.

Di zaman Nafsi-Nafsi dan individualistik ini, kadang-kadang, individualis perlu disedarkan tentang tangungjawab sosial mereka. Individualis biasanya akan membantu orang-orang yang menolong mereka apabila DIMINTA (disedarkan) namun harus diberitahu secara persistan hingga mereka mengerti peranan mereka. Tetapi, bukan dengan cara menyindir, dan mengatakan orang lain tak buat kerja langsung. Yang bersikap macam ini memang tak layak ditolong. Padan lar dengan muka. Sang Penghikayat Cerita pula hanya akan membantu orang yang ikhlas sahaja. Yang memandang pertolongan secubit garam adalah rahmat daripada-Nya juga.

Cerita ini hanya fiksyen belaka, tak ada kaitan antara yang hidup mahupun yang mati

Situasi Di Perak 12/5

Mukaddimah

Situasi di Perak memang menggamit diri saya untuk menulis pada malam ini. Perak merupakan negeri kelahiran ayah saya. Saya pernah bermaustatin di sana selama setahun, tetapi saya juga mencintai negeri tersebut melebihi negeri kelahiran saya. Masih segar-bugar di dalam minda saya lagu negeri Perak yang sering dinyanyikan sewaktu di sekolah rendah. Doa dan Nyanyian kanak-kanak yang tulus dan ikhlas...

Pada awalnya, saya tidak mahu melontar idea apa pun mengenai situasi di Perak kerana timbul kegentaran akan muncul di benak-benak teman-teman bahawasanya saya cuba menerjah dunia politik. Tapi percayalah, saya seorang nasionalis altruis yang cintakan negara dan orang-orang saya. Saya juga mungkin seperti sebahagian daripada anda – membenci kekacauan yang disebabkan ahli-ahli politik. Apa pun ideologi yang anda ketengahkan, itu bukan urusan saya kerana cinta itu bukan terletak bersama ideologi. Nasionalis ibarat pengembala biri-biri, ahli politik adalah penyembelihnya.

Sering kali saya ingatkan diri saya dan teman-teman, terutama yang seagama, supaya kita saling bantu-membantu dalam perkara yang kita muafakati dan bertoleransi dalam hal-hal yang kita selisihkan. Apa jua yang saya ketengahkan adalah daripada pertimbangan saya yang seadil-adilnya. Jikalau ada sebahagian daripada kalian yang tidak menyetujui pendapat saya, janganlah mencemuh saya. Pertimbangan saya merupakan pandangan akal. Selagi mana Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza, maka pastinya persepsinya juga berbeza. Kita semua akan menilai orang lain melalui perbuatan dan lisan, tetapi menilai diri sendiri melalui niat di hati. Seikhlas mana seseorang dalam beribadah sendiri kepada Tuhan-Nya (Allah), pasti ada kelainan dalam menterjemahkan perkara-perkara fiqh. Begitu juga dalam mentafsirkan siri perlakuan politik manusia, pastinya lebih payah dan membingungkan.

Walaupun saya menyokong legasi Perdana Menteri Malaysia sekarang, saya bukanlah klon pemikiran beliau. Saya seorang ideologis juga, pemimpin bagi diri sendiri. Saya menyokong perlaksanaan Hudud, saya juga jelak dengan sikap pemimpin yang menjatuhkan hakim-hakim yang adil sehingga akhirnya hakim tersebut tetapi tidak pernah mendapat hak pencennya [walaupun bekerja keras Ketua Hakim Negara yang memindahkan pusat rujukan kehakiman Malaysia daripada Majlis Privy British – anda tahu siapa yang saya maksudkan].

Tanpa melengahkan aksara, saya akan terus berlangsung kepada artikel yang sebenarnya, mukaddimah saya ternyata terlalu panjang… Untuk panduan, klausa yang disendengkan merupakan pandangan peribadi dan bukan fakta umum.

Al-kisah Pilihan Raya Ke-12 dan Perak

Seperti yang umum ketahui, tsunami politik di Perak bermula semenjak Pilihan Raya Umum Ke-12 tatkala Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya DUN dengan kelebihan 3 kerusi. [bagi saya, mengikut prinsip demokrasi, tiada istilah “pembangkang”, kerana tiada siapa yang membangkang kebaikan untuk segenap rakyat]. 8 Mac 2008 menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi DUN (52.5%) berbanding Barisan Nasional yang hanya memenangi 28 Kerusi (47.5%). [hmmm…kelihatan nisbah yang agak dekat] Pakatan Rakyat dengan ini, layak menubuhkan Kerajaan Negeri. dengan nisbah rasial 36 Melayu 18 Cina 5 India.

Siapa pun yang menang tak kira siapa pun anda, dan negeri/parti manakah anda, tahniah kerana menjadi pilihan majoriti rakyat. Saya telah mendoakan agar semua wakil rakyat dapat berkerja dengan baik.

Setelah Pilihan Raya Ke-12, terjadi gembar-gembur bahawa seorang tokoh Pakatan Rakyat berjaya menarik lebih daripada 30 orang Ahli Parlimen untuk menyertai Pakatan, menggunakan prinsip “Lompat Parti” sekali gus menetapkan tarikh berkeramat 16 September untuk mengambil alih tampuk Perdana Menteri. Khabar angin diuar-uarkan, dan terjadi diskusi tentang siapa yang akan menjadi PM sekiranya PR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan.

Di Perak pula, terjadi hangar-bingar politik tentang status Menteri Besar. Akhirnya Sultan perak melantik Datuk Muhammad Nizar Jamaluddin menjadi YB Menteri Besar. Perlantikan Datuk Nizar ada menimbulkan sedikit kontroversi kerana beliau daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang memperoleh bilangan kerusi tersedikit PR (6 mengikut pecahan parti). Tetapi PR telah pun menyelesaikan perkara ini berdasarkan prinsip kemuafakatan. Datuk Nizar merupakan calon MB yang sesuai; seorang yang berpendidikan tinggi dan merupakan ADUN PAS yang menang dengan majoriti besar di Perak. Dengan 36 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak adalah Melayu ditambah pula perkara dalam Perlembagaan Negeri Perak (maksudnya Undang-Undang Tubuh Negeri Perak lar tu), Datuk Nizar memang sesuai dan saya percaya beliau mampu bertindak adil.

Selama 11 bulan, DUN Perak diwarnai dengan pelangi politik yang sangat menjengkelkan. ADUN Bota, tiba-tiba saja menyatakan sokongan kepada PR. Ada pula isu tukar kereta rasmi kerajaan daripada Proton kepada kereta Toyota Camary yang digembar-gemburkan bagai nak rak. Bagi saya, isu kereta ini adalah isu kanak-kanak sekolah menengah. Toyota Camary mahupun Proton, adalah jenama kereta. Kereta adalah kereta. Bukan basikal, beca ataupun motorsikal. Pihak ”Pro-proton” mempunyai alasan bantahan, pihak pro-Toyota juga bersandar pada sebab tertentu. Pro-Proton menjulang jenama buatan Malaysia, dengan harga yang lebih murah, tetapi Pro-Toyota mempunyai persepektif jangka panjang, kualiti dan nilai susut kereta. Apa pun yang mereka pertikaikan, kalaulah mereka saling bantu-membantu dalam perkara yang mereka muafakati dan bertoleransi dalam hal-hal yang mereka selisihkan, sudah tentu isu kereta mahupun basikal ataupun jalan kaki, tidak akan menjadi masalah. Yang penting kesannya kepada rakyat. (Sebab mereka dipilih rakyat bukan kerana Pro-Toyota mahupun Pro-Proton). Sangat kebudak-budakan (dan media, tahniah kerana mempropagandakan isu ini dengan baik, sehingga tajalli ketidakmatangan ”gerakan-gerakan pro-kereta”). Saya tidak perlu mengulas tentang isu sebidang tanah di Perak kerana itu saya kurang mendapat fakta tentang hal itu.

Namun, klimaks pertama berlaku apabila Datuk Najib memulangkan paku buah keras kepada Datuk Anwar. 16 September tak menjadi kenyataan, pada bulan Februari, Perak pula beralih tangan, gara-gara 3 orang ADUN mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas dan mendukung BN untuk memerintah negeri Perak. Apa pun, itu tak merubah pandangan saya mengenai lompat parti seperti yang telah saya tulis. Cuma saya pelik tengok sebahagian orang menganjurkan lompat parti untuk kepentingan politik mereka, tetapi mencemuh orang lain yang melompat parti daripada mereka. Bagi saya, lompat parti tetap tak beretika, siapa pun yang menganjurkan, siapa pun yang melakukannya.

Angin Bertukar Arah

Meneliti rentetan peristiwa tersebut seperti yang saya ketahui, pada 4/2/09, ADUN Bota yang saya nyatakan di perenggan atas kembali kepada BN, 3 orang ADUN lain turut mengisytiharkan diri sebagai bebas. Kemudiannya, ADUN Perak dipanggil dan Datuk Nizar mengisytiharkan DUN Perak dibubarkan. Walaupun 27 ADUN yang menghadiri sidang tersebut, ia dianggap sah. Menteri Besar berencana untuk menemui Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan keputusan tersebut. Pembubaran DUN ditangguh sehingga keesokkan harinya. Datuk Najib kemudiannya menemui Sultan Perak di Istana Kinta.

Sekitar 5.40 petang hari Rabu, 4/2/09, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan negeri secepat mungkin setelah mendapat 4 orang ADUN PR yang menyatakan ketidakpercayaan kepada kerajaan negeri ketika itu. Najib mengumumkan perkara tersebut di Putrajaya. Semua ADUN Barisan Nasional negeri Perak turut serta dalam sidang media itu.

Pada 5/2/09, Sultan Perak menemui ADUN Perak untuk mengukur situasi. Dengan 27 ADUN UMNO, 1 ADUN MCA dan 3 ADUN Bebas, maka Sultan berkeputusan bahawa pembubaran DUN Perak tidak perlu. Datuk Nizar bersama barisan EXCO diminta meletakkan jawatan. Nama Datuk Dr Zambry disebut akan menggantikan Datuk Nizar.

Pada hari yang sama, pemimpin PR berkumpul di kediaman Menteri Besar. Datuk Nizar mengumumkan tidak dapat mematuhi kehendak Sultan kerana keputusan mahkamah diperlukan. Kira-kira 5000 penyokong berkumpul di Ipoh dan dikawal oleh Unit Amal PAS.

Pelbagai reaksi timbul. Tetapi, ada yang bermulut besar mahu menyaman Sultan. Hmmm...no comments. Tak silap saya, memang sekarang ni dah boleh saman Sultan. Tapi betullar kata Tun Mahathir. Orang-orang Melayu yang tradisional macam saya ni tak suka la macam tu.

Bantahan Di Masjid Ubudiah dan Jawatan Kuasa Hak Kebebasan DUN Perak

Selepas sembahyang Jumaat, 6 Februari 2009, kira-kira 1000 mengadakan demonstrasi jalanan di perkarangan Masjid Ubudiah, 1 km daripada Istana Ubudiah tempat berlangsungnya majlis perlantikan menteri besar yang baru. Beberapa orang baring di atas jalan raya, membaling batu dan menyekat kenderaan orang kenamaan dari memasuki Istana Iskandariah. Kereta rasmi Raja Nazrin dikerumuni orang ramai, terkena balingan batu dan cermin sisi pecah. FRU terpaksa melepaskan puluhan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Kerajaan Pakatan Rakyat ditegakkan melalui 3 juta undi di Perak tetapi akhirnya ditumbangkan akibat 3 ADUN lompat.

Pada 17 Februari 2009, Zambry Abdul Kadir memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN Perak mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Zambry dan exco barunya dianggap menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan sebagai MB. Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun. Suruhanjaya Pilihan Raya dimaklumkan untuk mengadakan pilihan raya kecil Jelapang dalam tempoh 60 hari sebagaimana Artikel 34 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Jamaluddin dan Mohd Osman Jailu tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Perak akan datang kerana kerajaan negeri Perak tidak mengiktiraf mereka. Bagaimanapun keputusan itu dianggap UMNO sebagai tidak sah kerana diputuskan oleh secara bersendirian tanpa merujuk kepada Dewan bagi membuat keputusan. Selain itu ia juga dianggap membelakangi kuasa Sultan bagi melantik Menteri Besar dan juga bersifat sub judice disebabkan perkara itu telahpun diajukan oleh Nizar ke mahkamah.

Persidangan DUN Bawah Pokok

Pada 3 Mac, sebanyak 27 anggota Dewan Undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat mendapati mereka dilarang masuk Bangunan Darul Ridzuan untuk menghadiri persidangan tergempar, maka mereka terpaksa mengadakan "persidangan" tersebut di bawah sebatang pokok kira-kira 100 meter di luar bangunan DUN, untuk meluluskan tiga usul iaitu menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) – lagi sekali – bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan. Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan bahawa perhimpunan di bawah pokok tersebut adalah tidak sah, dan mengeluarkan perintah menahan Sivakumar dari mengadakan persidangan tanpa keizinan baginda. Walau bagaimanapun, Nizar menegaskan bahawa tiada mana-mana mahkamah yang boleh mencabar Speaker, dan Sidang Tergempar biasanya diadakan secara "gempar", maka Sultan dan semua ADUN diberi notis berkaitan perkara itu.

Persidangan DUN 7 Mei

Persidangan pertama semenjak 4 Februari sepatutnya dirasmikan pada 7 Mei 2009 tetapi diganggu kekecohan, apabila Speaker V. Sivakumar enggan memulakan persidangan selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga ahli Bebas tidak meninggalkan Dewan dengan alasan keanggotaan mereka telah digantung, tetapi arahan Speaker tidak diendahkan. Zambry kemudian berdiri dan membuat usul memecat Sivakumar selaku Speaker, dan ini disokong 27 ahli BN dan tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan. Bagaimanapun Sivakumar berkata, beliau menolak usul itu dan menjelaskan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dan sekali lagi disokong ahli BN dan tiga ahli Bebas. Sivakumar mengarahkan Bentara Dewan supaya membawa keluar 10 ahli itu, tetapi Zambry berkata, Sivakumar kini telah dipecat.

Akhirnya polis pun masuk dewan tersebut dan mengangkat Sivakumar ke suatu tempat yang dirahsiakan. Pada persidangan dewan tersebut berlangsung dengan dipengerusikan oleh seorang bekas ADUN.

Sehingga Mahkamah Tinggi medengarkan kes, saya beranggapan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah atas lantikan Sultan, tetapi Nizar juga masih sah, kerana belum dilucutkan jawatan dengan Undi Tak Percaya. Maka, saya menangguhan penulisan ini sehingga Mahkamah Tinggi memberikan keputusan. Jikalau mengikut ideologi awal, Sultan memang berautoriti melantik Menteri Besar. Maka Zambry juga sah. Pernyataan MB Haram yang dikeluarkan pihak tertentu adalah menentang keputusan Duli Tuanku Sultan Perak. Tetapi, Perlembagaan Perak juga menyatakan Menteri Besar hanya satu saja. Hahaha... pelik Perlembagaan Perak ni. Tak payah la saya keutarakan Perlembagaan Perak 16 (6) atau 18 (2). Sebab nanti lagi haru-biru karang.

Kepurusan Mahkamah Tinggi 12/5/09

Pada 12 Mei, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Nizar masih lagi Menteri Besar yang sah. Dalam pengadilannya, Hakim menyatakan mengikut ”seorang Menteri Besar tidak boleh dijatuhkan dengan kecuali dengan undi tak percaya dalam mesyuarat” adalah dilihat lebih jelas. Kes yang sama pernah berlaku di Sarawak, apabila ADUN Sarawak membuat petisyen beramai-ramai untuk menjatuhkan Ketua Menteri. Walaupun ramai yang menandatangani surat tersebut, namun apabila disemak, mereka tidak pernah mengadakan mesyuarat yang sah unruk membincangkan perkara tersebut.

Mahkamah Tinggi menambah, WALAUPUN BN mendapat MAJORITI di dalam dewan, NAMUN MEREKA TIDAK MENGADAKAN UNDI TAK PERCAYA selepas itu. Mungkin tulisan saya agak berbeza sekiranya BN telah pun mengadakan undi tak percaya tersebut.

Dengan kapasiti tersebut, Nizar kemudiannya mengumumkan sekali lagi pembubaran DUN. Muhyidin memberi komentar, apa pun yang berlaku, rakyat harus diutamakan.

Beberapa jam selepas itu, Mahkamah Rayuan mengumumkan penangguhan Keputusan Mahkamah Tinggi atas rayuan Zambry. Berita Harian pula melaporkan bahawa Zambry masih MB Perak yang sah, kerana Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.


Cadangan:

Lompat?

Terdapat beberapa perkara yang inin saya bangkitkan disini: Pertama, buat pertama kalinya saya mendengar istilah lompat parti, saya menjadi jelak. Kita semua tahu rata-rata rakyat Malaysia memilih seorang calon Pilihan Raya berdasarkan parti BUKAN KREADIBILITI calon tersebut. Oleh sebab itu, bagi saya, lompat parti merupakan hal serius kerana majoriti rakyat memilih panji yang dibawa, bukan kewibawaan peribadi. Melompat parti kelihatan seperti mengkhianati rakyat yang menjulang panji-panji tertentu. Sudah tentu, lompat parti sangat tidak beretika. Tetapi, saya ragu-ragu bahawa politik mempunyai etika apatah lagi profesionalisme.

Tu lah, lain kali jangan pandai bagi idea yang pelik-pelik. Tengok, kena batang hidung sendiri kan padan muka. Tapi tak semua yang bersalah, sebahagian orang pun tak suka sangat lompat-melompat ni.

ADUN bebas tersebut telahpun mencalarkan imej mereka apabila lompat-melompat ditambah tuduhan rasuah seks. Euwww~


Buat Undi Tak Percaya Cepat-Cepat, Bukan Tubuh Kerajaan Dulu

Kedua Setelah mendapat majoriti, seharusnya perkara pertama yang dilakukan oleh BN adalah melakukan undi tak percaya kepada Nizar dan menjatuhkan beliau. Percaturan ini sangat penting. ”Bertemu Sultan” bukanlah takrifan ”dalam mesyurat”. Saya secara peribadi berpendapat daripada membuang waktu menidaksahkan mesyuarat di bawah pokok yang memang dianggap tidak sah oleh mahkamah, lebih baik pada 7 Mei tersebut DUN mengadakan undi tak percaya kepada Nizar dan menjatuhkan beliau (itu merupakan sidang sah pertama setelah 4 Februari).

Teringat Zaman Romawi

Ketiga, saya menolak keterlibatan polis dalam menyingkirkan Sivakumar daripada kerusinya. Polis harus bertindak neutral dan mengikut undang-undang. Inilah kali pertama saya melihat dengan terang lagi bersuluh bahawa polis bertindak tidak adil. Selama ini, dengar ura-ura saja. Seperti kita semua, polis juga pada masa tersebut, tidak tahu siapakah yang berada di pihak yang benar, dan mahkamah belum memutuskan apa-apa. Sivakumar menyingkirkan Zambry, Zambry menyingkirkan Sivakumar. Kedua-duanya berkuasa untuk saling menyingkirkan. Ibarat 2 Konsul Roman pada zaman lampau. Tetapi, dengan kekuatan bersenjatalah Julius Caesar yang mampu mengalahkan menantunya sendiri, Pompey the Great dan mendominasi senat. Pompey juga mempunyai kekuatan bersenjata, tetapi gagal mengertang dominasi Julius Caesar.

Dalam kes di Perak, Polis bukanlah hak milik Julius Caesar mahupun Pompey. Mereka hak milik negara, dan bernaung di bawah Duli Yang Maha Mulia (walaupun saya tahu bahawa mereka berada di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri). Nasib baik Polis tu Islam juga, kalau kat zaman Rom dulu, peranan polis dimainkan oleh pasukan elit tentera yang digelar ”Praetorian Guard”. Kalau satu kelompok saja yang masuk ke Senat Rome, sudah tentu Senator gentar dan terancam dibunuh. Saya cadangkan agar Sultan Perak melantik lebih ramai Bentara Dewan untuk mengawal keadaan Dewan yang mulia, bukan dengan membiarkan Polis terlibat.

"Rakyat Diutamakan"

Keempat, kita semua bersetuju bahawa rakyat harus diutamakan. ”Put Perak people first”, bak kata Muhyidin. Oleh kerana BN terkhilaf kerana tidak membuat undi tak percaya dalam DUN, dan Nizar telahpun mengumumkan pembubaran DUN dengan autoritinya sebagai ADUN serta Menteri Besar, maka eloklah kiranya Pilihan Raya diadakan semula. Tak kisah lah habis suit sekali lagi… Daripada bertelingkah macam ni, nanti lagi banyak duit habis karang. Keadaan macam ni memang biasa menginisiasi rasuah dan korupsi. Put People First. Hahaha memang orang-orang Johor macam tu, mementingkan rakyat~! Bangga jadi orang Johor

Janganlah Buat Bantahan di Depan Masjid dan Baling-Membaling Batu

Kelima janganlah buat bantahan di depan masjid dan baling batu. Kat Indonesia ni, orang buat demostrasi aman-damai je. Tak ada pun sampai baling-baling batu. Tercalar imej Islam.

Rakyat Harus Undi Mengikut Calon, bukan Parti;
Parti Harus Pilih Calon Yang Terbaik


Keenam dan yang PALING UTAMA, rakyat haruslah mengundi dengan lebih bijak. Rakyat harus menilai kredibiliti seorang calon, bukan mengikut parti. 60% rakyat masih mengundi mengikut Parti. Harus diingat, parti tidak mewakili semua rakyat. Parti juga, kalau mahu meletakkan calon, janganlah meletakkan koruptor, sesudah mengetahui 60% rakyat memilih parti, bukan calon.

Orang yang masuk DUN tu bukan namanya Wakil Parti, tapi namanya Wakil Rakyat. Saya secara jujur, tak suka parti-berparti ni. Makin pelik tengok Malaysia yang tercinta. Amerika dengan UK pun berparti-parti jugak, tapi tak ada sampai jadi huru-hara macam ni. Kalau Perak buat Pilihan Raya sekali lagi, rakyat Perak harus matang memilih WAKIL RAKYAT mereka yang berwibawa, tak kisah walaupun calon dia daripada Parti Pesaka Sarawak yang bertanding kat Perak, supaya insiden lompat-melompat ni tak berlaku lagi.

Penutup:

Sebagai penutup, saya hanya memaparkan pandangan peribadi. Anda akan melihat variasi persepsi dan warna-warni pemikiran saya mendalami persepsi orang lain. Lihat saja Perak. Yang terlibat pasal pilih-memilih lantik-melantik Menteri Besar ni sampai banyak sangat tangan. Sultan Perak, Rakyat Perak, Perdana Menteri, Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, ADUN Lompat Parti, dan sebagainya. Akhirnya Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang dipersalahkan. Huhuhu~! Saya pun naik kagum dengan keunikan Malaysia. Bukan apa, kat Indonesia ni pun parti-berparti juga, sampai 51 Parti. Walaupun parti paling banyak pun dapat 24% jer undian dia, namun tak ada pun masalah macam ni.

Akhirul kalam, majulah Perak untuk negara. Saya lihat, negeri paling banyak masalah dalam Malaysia adalah Perak daripada dulu sampai sekarang, sebab Perak jadi rebutan orang. Namun apa pun mari kita meneliti rangkap terakhir negeri Perak. Bukan rangkap biasa, tapi merupakan suatu doa yang dinyanyikan oleh rakyat yang cinta kepada Negeri Perak.

"Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan..."

Doa Terakhir

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah ; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal 46)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisa' 59)

Orang Islam...
janganlah berselisih lagi...
Itu menjejaskan kekuatan kita.


Ya Allah,
janganlah Kau menjadikan aku sebahagian drpd orang-orang yang memecah-belahkan umat-Mu.


Disclaimer: Ini bukan tulisan Politik. Ini tulisan pemerhatian politik.

Perlantikan AJK Kelab UMNO Yang Baru.

Pada 19 April 2009, suatu mesyuarat Kelab UMNO telah diadakan bagi menetapkan portfolio dan jabatan-jabatan yang akan di pegang oleh AJK-AJK yang dilantik oleh Abang Hafiezulniezam.

Berikut adalah senarai AJK baru Kelab UMNO untuk sessi 09/10

Senarai AJK dan Pegawai Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jogjakarta Sessi 2009

Pegawai MT Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jogjakarta Sessi 2009

Presiden :
Mohd Hafiezulniezam Bin Mohd Hasdin

Timbalan Presiden :
Shahrir Bin Suhaimi

Naib Presiden :
Mohd Zulfadli bin Nasir

Setiausaha :
Imran Azwan bin Azizan


Bendahari :
Mohd Nasrul Bin Mohd Ghazali

Naib Setiausaha :
Nur Hafizuddin Bin Jailani

Ketua Penerangan dan Pendidikan :
Marzuky Abdul Razak



* Naib Pengerusi, Mohd Zulfadhli bin Nasir, memegang portfolio “Hal-Ehwal Agama”

AJK Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jogjakarta sessi 2009

Biro Penerangan dan Pendidikan
Ketua: Marzuky Abdul Razak
Ahli Jawatan Kuasa
: Nur Taufiqah binti Idris
: Mohd Nazshua Bin Mohd Irwan Serigar
: Muhamad Azman Abdullah
: Mohd Azfar Hafiz Azmi
: Fakhrul Arifin Abdul Aziz

Biro Kebajikan dan Sosial
Ketua: Nur Alia binti Mod Zaky
Ahli Jawatan Kuasa
: Syazni binti Ahmad Zahidi
: Che Ku Shamshida Che Ku Rafidi

Biro Pembangunan Ekonomi
Ketua: Mohd Fikri Bin Mustapa

Ahli Jawatan Kuasa : Ras Effa Elvana Apani

Biro Sukan dan Rekreasi
Ketua: Muhammad Amir Zakwan Bin Mohd Yusof

Ahli Jawatan Kuasa
: Arif Bahiyuddin Bin Badaruddin
: Nurlaili Md Jaminain
: Afiqah Mohd Rasid

Biro Multimedia dan Tugas – Tugas Khas
Ketua: Tuan Muhammad Hafiz Bin Tuan Ab Hamid

Ahli Jawatan Kuasa
: Wan Muhammad Faruq Adi Putera Bin Wan Othman
: Farah Nasyitah Bt Mahamad
: Safwan Helmi Mohd Ramly


p/s:
sorry nampak skema sangat. Bukan ape...senang sikit, nanti copy and paste jer ke blog Kelab UMNO tu.... hahaha... gatal betul pegi besarkan Setiausaha tu. Btw, selamat memikul tangunggjawab wahai sekalian AJK Kelab UMNO~!


Gambar Skema

Gambar Tak Skema


Makan Malam Bersama UTHO

Pada 29 April yang lepas, UTHO telah mengadakan makan malam sempena kunjungan mereka ke Yogyakarta bagi meninjau Konsep Kos-Kosan di sini. Mereka telah menjemput pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia untuk turut sama. YDP PKPMI-CY telah memberikan 10 kerusi kepada Kelab UMNO dalam acara makan malam tersebut. Thanks YDP PKPMI-CY...

Malam tersebut, Imran duduk di meja yang majoritinya orang-orang berumur. Hahaha~ segan, sampai tak dapat makan puas-puas dan banyak-banyak. berikut adalah foto kenang-kenangan acara makan malam tersebut...



Salam-salaman dulu...


Wanita beratur~


Amir malu-malu menyerbu makanan~!


Cuba tengok kat cermin tu betul2...


Kantoi Abang Hafiz minum berdiri...


Nampak sangat yang baju batik tu kepoh~



Tupa, Amir, Serul, mendengarkan "taklimat"...hahahaha~


Meja VIP.
Depan Kiri:
  1. Hafiezulniezam Hasdin, Presiden KUMNOY
  2. Prof. Ir. Dr Amir Hashim bin Mohd Kassim, TNC HEPA UTHO,
  3. Salleh Pandak, Penghulu MK8 Sri Gading
  4. Haji Sulaiman, Ketua Kampung Parit Raja
  5. Imran Azwan bin Azizan (penulis)
  6. Haji Zaihat, Ketua Kampung Jelutong
  7. Ng Wee Pang, Timbalan Ketua Biro Keusahawanan PKPMI-CY
  8. Abu Suod, Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah.



Huhuhu~ Abang Syazwan, YDP PKPMI-CY kita, segan-segan menerima cendrahati



Angkatan 2007 bergambar



6 Finalis "Kemunculan Seorang Pria". Pilihan utama adalah pria yang tidak memakai vest dan tie





Pada 12/4 hari tu, Kelab UMNO Yogyakarta telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan di Auditorium FK UGM. Hmmm...banyak betul post tertunda kan kat dalam blog ni? Sebab baru dapat gambar, barulah boleh post...

Okla...malas nak tulis panjang-panjang...kalau nak tulis panjang-panjang, lebih baik copy and paste terus minit mesyuarat tu letak kat sini...hahaha~ Ni ha, gambar-gambar mesyuarat hari tu...




Imran dan budak-budak 08 yang hadir


Izyan, Farhana, Ifa...


Riangnyer~?Awal2 jer


Apasal muka aku ttba serius sangat...Efek ade orang ketuk kepala aku...


Bergambar Kejap kat depan Inter


AJK Sessi 07/09 kat depan


Macam ni lar gambar "spilt personality" kot?


Yang hadir...sedang menunggu lagi


Juadah untuk makan kedarah


Fikri Bolot~!


Wah, Wah, Wah...sempat study...respek lar Laili~! Patut r dgr cerita semua A jer stakat ni


Sory Abang Isa...gambar tak jelas







Pada 11/4/2009 hari tu, Kelab UMNO Yogyakarta telah menganjurkan (sesuai ker guna menganjurkan?) Majlis Perpisahan dan Pembubaran AJK Kelab UMNO 07/09.

Well, kitorang buat kat Chicken Hartz Jogja. 2 hari berikutnya, Abg Hafiz Hashim akan letak jawatan, jadi, dia pun bubarkan AJK lama dan mengadakan makan-makan tersebut untuk menghargai AJK Kelab UMNO yang lama. (Katanya, sebab kitorang tak pernah dapat apa-apa sepanjang jadi AJK, hahaha~).

Ini dia foto Majlis tersebut. Ringkas saja. Tapi dapat makan banyak r...Chicken Hartz kan...hahaha!

AJK Kelab UMNO...Buncitnyer Imran...Serul tangkap gambar.~

Imran, Abg Hafiezulniezam, Abg Zul...Hmm, tom yam tak abis

Abg Shah, dan ex-Presiden Kelab, Abg Hafiz Hashim

Semua AJK Kelab UMNO yang datang~ Tupa memegang tangan sendiri

Hari Memperingati Sunnah 2009

Pada 2 Rabiul Akhir hari tu, UPIMI telah mengadakan sambutan Hari Memperingati Sunnah 2009 + Mesyuarat Agung Tahunan UPIMI. Hmmm...hari tu, Imran jadi MC untuk Acara Hari Memperingati Sunnah... Ni, foto-foto hari tersebut...


Ustad Sayyid dan Ceramahnya

Membaca Sajak? Oh tidak...sedang mengacara majlis

Mesyuarat Agung Tahunan UPIMI

Tekun~

Lihat rambut Fazrul...hahahah~!






Newer Posts Older Posts Home