Tadi terbaca Sudin punyer blog... pasal kalendar akademik angkatan 2007 yang huru-hara bagai Singapura dilanggar todak (hahaha...cuti bleh huru-hara ker?)
ALKISAH
Hmmm... nak tau kisahnya tak?
Sebabnya, kitorang akan habis block 2.6 (Blok terakhir tahun kedua) pada minggu 23 Jun - 27 Jun 2009. Dan itulah yang tercatat dalam Kalendar akademik kitorang...
Hati kitorang pun membunga sebab minggu seterusnya tu ada make-up test (MUT; wajib untuk yang dapat D untuk exam block) dan OSCE (Ujian Kompetensi Berbasis Klinis). Tahun lepas (first year), kitorang punya Cuti Semester pun 2 minggu jer... So, tahun ni kalau mengikut kalendar akademik, dapatlar kitorang cuti selama 5 minggu...
Namun sebermulanya kisah, 2 minggu lepas, tahulah kitorang pasal OSCE akan jatuh pada minggu 13-17 Julai 2009... maka mengamuk lar sebahagian orang... sebab tak mengikut kalendar akademik. Dah tu, 13-17 Julai tu tengah-tengah cuti semester yang termaktub dalam Kalendar Akademik. Dalih yang digunakan oleh skill lab adalah "Kalendar Skill Lab" waktu tu penuh. Minggu 23 Jun-27 Jun, 29 Jun-3 Julai, dan minggu 5 Julai-9 Julai digunapakai untuk OSCE angkatan 2006 Inter dan reguler.
Pasrahlah aku... sebab cuti daripada 5 minggu 5 hari jadi 3 minggu 4 hari... Oleh sebab skill lab kata dah fix dan confirm, maka ada lah insan-insan berpandangan jauh yang dah book tiket... Ada jugak yang solat hajat supaya ditukar kembali, ada juga yang menggugat sekretariat nak minta panjang cuti...
MESYUARAT BERSAMA ANGKATAN 2007 SEMALAM...
Dan dan semalam, Sekretariat nak discuss balik pasal jadual OSCE ni... Jadual MUT sebenarnya tak jadi masalah. Majoriti insan yang peduli, memahami bahawa orang yang amek OSCE n MUT tak nak dua ujian mega tersebut jatuh pada minggu yang sama... Tapi bagi pihak orang yang ambil MUT pulak, mereka tak kisah... asalkan cuti panjang... Kesepakatan dicapai tentang itu.
Mula-mula Sekretariat membuka undi untuk 4 pilihan... 79.66 % setuju penetapan OSCE dilakukan MENGIKUT KALENDAR AKADEMIK yang ASAL. Cuti 5 minggu, MUT dan OSCE dalam minggu yang sama 29 Jun - 3 Julai 2009. Imran memang dah bagi tau awal-awal dah yang 29 Jun - 9 Julai yang Skill Lab ada OSCE untuk angkatan 2006.
Tapi kemudian, mbak Prita pun menguhubungi dr Ide... Katanya, memang ada OSCE waktu tu... Jadi, undian awal tu hanyalah sia-sia belaka. Opsyen yang pasti takkan dapat... Nasib baik dah bagi tau awal-awal...
Kemudian, buat lar undian baru. Memang yang ikut Kalendar Akademik ( OSCE 29/6 - 3/7) tu sah-sah takkan berlaku.
Undian baru menunjukkan 52.54% bersikap konservatif dengan menyokong OSCE pada minggu 13-17 Julai. Yela, sebab mati-mati dr Ide cakap benda tu dah pasti. Dah beli tiket apa semua, sekarang nak tukar pulak dah? Walaupun cuti pendek...3 minggu 4 hari, tapi tak kisah lar, sebab takkan duit nak hangus kat MAS dan AirAsia jer? Lagipun, takkan nak buat OSCE lepas cuti? Tak der feeling cuti lar macam tu... Cuti seminggu yang tak ada apa-apa tu boleh melancong kat Indonesia...
40.67% pulak sokong untuk buat OSCE pada 3-8 Ogos... Hmmm..dapat cuti kat Malaysia lama sikit - 5 minggu ...tak kesah lar OSCE lepas cuti... sebab boleh balik awal atau buat attachment kat mana-mana hospital atau practis kat adik-beradik untuk preparasi OSCE. Imran termasuk dalam kalangan mereka. Ada juga yang dah tempah tiket, tapi sebab nk lagi lama dengan family, maka diundilah OSCE lepas cuti...
...ADALAH UNTUK MENUTUP KETIDAKBERKESANAN KOORDINASI SKILL LAB DAN INTER YANG MEMBUAT JADUAL.
Pagi ni, dorang meeting...tak tau lar apa keputusannya... yang penting kitorang kat sini pun berpecah-belah dengan signifikan, dan sebenarnya ini sangat menguntungkan "sang pengatur cuti". Sekali lagi, pasrah saja. Antara 2 pilihan, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Sebagai pak turut, Imran ikut pada kehendak pembuat polisi. Mesyuarat selama sejam setengah semalam, ternyata tidak membawa apa-apa erti. Kalau OSCE dilaksanakan pada minggu 13-17 Julai, maka, tak ada apa-apa pun yang berubah... Lebih baik tak payah kumpulkan kitorang, kemudian menolak untuk melaksanakan OSCE menurut Kalendar Akademik kerana angkatan 2006 juga sedang OSCE tatkala itu.
PENGAJARAN~!
Tetapi, apa yang patut menjadi pengajaran adalah:
Sekretariat Inter dan Sekretariat Skill Lab haruslah mempunyai komunikasi yang lebih mantap...
Kenapa sewaktu Kalendar Akademik dikeluarkan oleh Sekretariat Inter, Sekretariat OSCE seolah-olah tak terlibat sama sekali?
Kenapa harus kekucar-kaciran ini berlaku di saat terakhir?
Kenapa membungakan harapan, lalu menariknya dan memanipulasi pepecahan?
Kitorang hanya mahu mengikut Kalendar Akademik SAHAJA. Tak lebih daripada itu...
Sekretariat Inter dan Sekretariat OSCE tidak bekerjasama menetapkan tarikh OSCE sewaktu memberikan Kalendar Akademik. Kemudian, Sekretariat Skill Lab menetapkan OSCE pada tanggal yang berbeza dengan Kalender Akademik yang dikeluarkan Sekretariat Inter. Bagi mahasiswa, Kalendar Akademik merupakan janji, bukan sekadar kertas yang dimanfaatkan untuk menunjukkan "Oh, kami punya Kalendar Akademik~!". Kemudian, Sekretariat menggunakan "suara mesyuarat" untuk menutup ketidakberkesanan komunikasi mereka sewaktu menetapkan jadual. Imran tak menyalahkan sekretariat 100%, kerana ada segelintir daripada kami yang memang menggugat sekretariat untuk menukar cuti semester. Mereka juga bersalah, tetapi kesalahan terbesar adalah "tidak mematuhi jadual"...dan kepatuhan terhadap jaduallah yang diinginkan mahasiswa.
Perkara sudah pun terjadi...harap-harap perihal ini tak berulang lagi...
imra(';')n -----{@

Labels: pendapat
Hmmm... lama betul tak taip apa2 dalam blog ni...Dah dekat 4 minggu dah... Kalau dulu, tiap-tiap hari (walaupun ade kelas), Imran asyik buka jer blog ni... Sekarang, hari minggu pun tak sempat buka blog...
Mula-mula busy ada exam. Pastu minggu berikutnya dok sibuk main Fesbuk (nama manja "Facebook"). Masuk blok adulthood susah. Kalau "adolescent" dapat 2.5, "adulthood" lagi gaban. Target 1.5 jer... Minggu pastu pulak ada Maulidur Rasul (dah tertangguh beberapa minggu dah sambutan dia). Imran jadi Master of Ceremony. Tapi nak tulis pasal Maulidur Rasul tu pun tak sempat.
Imran dilantik jadi AJK Penerbitan dan Publikasi UPIMI (Ukhwah Pelajar Islam di Indonesia, badan Kerohanian Muslim PKPMI Cawangan Jogjakarta). Dah bagi macam-macam alasan nak tolak, tapi abg Farizi cakap itu cadangan Abang-abang 4th year. Lastly terima jugak, kerja bawah Fitri Fareez, sekali dengan kak Rean... Tapi sebenarnya, Imran lagi suka kerja bawah Ilham, tapi Ilham kan Setiausaha UPIMI...
Minggu ni pulak William baru bagi Guideline untuk Alpha Quest "Adulthood". Tengah-tengah cuti ni, takkan nak suruh dorang datang rumah aku nak hantar Alpha Quest? Hmmm...patutnya suruh buat awal sikit lar kan?
Semalam ada meeting Biro Penerbitan dan Publikasi, Fitri Fareez mesej Fazrul...dia kata kat rumah kak Rean. Dengar cerita kak Rean dah letak jawatan... Tak sure lar pulak. Pastu aku mana kenal kak Rean tu... Rumah dia pun aku tak tau... So, aku tak pergi meeting tu. Pukul 1 semalam, Kelab UMNO pulak buat majlis makan-makan kat Chicken Hartz. Pembubaran AJK lama dan meeting terakhir abang Hafiz dgn kitorang sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Jogjakarta.
Minggu ni juga, baru tarik balik kata-kata nak keluar jadi AJK Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jogjakarta. Imran dah letak jawatan Ketua Batch 2007 bulan November dulu. Sampai sekarang tak der ketua Batch 2007, dorang malas nak lantik. Imran masih laksanakan kuasa Ketua Batch tu, cuma tak lar seaktif dulu dan kali ni, Imran buat secara suka-suka untuk kawan-kawan, bukan sebab tangunggjawab. Ingat nak letak jawatan dalam kelab sekali. Tiba-tiba terfikir banyak pulak aku terlibat dengan aktiviti Kelab tu, walaupun banyak jugak yang aku tak suka dengar orang cerita pasal Kelab UMNO tu. Aku pun tarik balik perkataan tu.
Tapi, meeting pra-pengurusan tadi abang Hafiz Klate dah tak lantik Imran jadi AJK lagi. Kali ni, dia lantik Imran jadi Setiausaha Kelab. Hmmm...tangungjawab lagi besar. Elok-elok jer nak jadi AJK balik, dan-dan dapat jadi SU… Imran ni memang suka lari daripada tangunggjawab, tugas dan kerja.
Tapi sampai bila nak lari daripada semua benda ni. Bukannya Imran tak mampu, tapi malas sikit je. Harap-harap Allah akan memudahkan urusan Imran dalam urusan Ibadah, akademik, peribadi, keluarga mahupun dalam urusan sesama manusia. Amin. (Tolong doakan sekali yek~!)

Labels: peribadi
Ini adalah data yang diperoleh secara "copy and paste" daripada beberapa blog. Sumber utama adalah Dendron daripada SASER
Berikut adalah keputusan ranking 51 daripada 54 buah SBP yang berjaya diperolehi oleh Dendron. (Ni ranking GPA semua subjek, yang menggatal tolak EST untuk buat ranking "tanpa EST" tu tak diambil kira lar yek)

- SASER 1.612
- KISAS 1.68
- ASIS 1.754
- SAMURA 1.83
- SESTER 1.841
- INTEGOMB 1.883
- SAINS JOHOR 1.906
- TKC 1.930
- SEPINTAR 1.951
- SESERI 1.97
- KUSESS 1.99
- BRAINS 2.004
- SEMASHUR 2.014
- SMSSI 2.005
- SEMESTA 2.059
- MCKK 2.073
- MOZAC 2.084
- SBPI SELANDAR 2.075
- SMAPK 2.11
- SAS 2.108
- FARIS PETRA 2.135
- SESMA 2.142
- ITEM 2.143
- STJ 2.171
- SAINA 2.171
- SMAPL 2.198
- INTERSABER 2.193
- STF 2.221
- SBPI JEMPOL 2.248
- SYTRA 2.266
- SMACH 2.269
- SMSS 2.289
- IGOP 2.277
- SMSAH 2.305
- SMESH 2.321
- SBPI PEKAN 2.355
- INTEK 2.382
- SERATAS 2.409
- SEMSAS 2.406
- SDAR 2.419
- SCIPP 2.437
- SAINS KUCHING 2.438
- SHAH PEKAN 2.434
- SAINS MIRI 2.44
- SEMESTI 2.447
- SAKTI 2.444
- STAR 2.456
- SOKSEK 2.604
- SAINS LAHAD DATU 2.621
- SAINS DUNGUN 2.637
- SAINS LABUAN 2.822
- MRSM LANGKAWI 1.4041
- MRSM TAIPING 1.5391
- MRSM PENGKALAN CHEPA 1.5439
- SASER 1.612
- KISAS 1.68
- MRSM TUN GHAFAR BABA 1.6865
- ASIS 1.754
- SAMURA 1.83
- SESTER 1.841
- SBPI GOMBAK 1.883
(p/s: MRSM tak ambil EST kan? - Kalau salah tolong betulkan yek...)
Wah, wah, wah... SASER & KISAS masih mendominasi tangga dua teratas sejak tahun 2005 lagi. ASiS pulak berjaya mengekalkan Tangga ke-3 daripada angkatan selama 3 tahun berturut-turut... ketiga-tiganya sungguh jitu dan persisten. Kalau tak silap, waktu saya SPM (2nd Batch) dulu ranking ASiS nombor 4 dalam SBP. SASER tangga kedua, dan KISAS tangga pertama.
Ehem... Tahniah jugak pada 4 MRSM dan 6 SBP yang berjaya menempatkan diri di Top 10 SBP dan MRSM.
Tahniah Junior2 SBP dan MRSM kelas SPM 2008. Sekolah kita memang hebat...Tapi nanti masuk universiti, janganlah jatuh pulak macam abang-abang senior korang yang terpelanting kat universiti ni. Wassalam...

Ice Breaking Tengah Hari Tadi...
Tengah hari tadi, InterMed07 telah mendengar ceramah dan Sessi Diskusi dan Syarahan daripada dua orang wanita daripada kumpulan ape tah... Tak ingat nama dia... Tentang "Domestik Violence" - Keganasan Rumah Tangga, dan tentunya melibatkan teori perempuan lebih banyak menjadi mangsa (ini fakta, saya mengakuinya... lelaki lebih banyak menjadi "pemangsa" daripada "mangsa").
Suasana masih sejuk membeku hinggalah sessi diskusi dibuka. Soalan yang ditanya oleh pensyarah jemputan tersebut adalah apakah yang menyebabkan berlakunya domestik violence, 2 daripada 3 orang "wakil" (kedua-duanya lelaki) menjawab "partriarchial culture". Saya lebih suka jawapan Malina kerana lebih menjerumus ke arah menyalahkan personaliti, daripada menyalahkan budaya.
Kemudian, pensyarah tersebut menanyakan "Adakah salah bagi lelaki menampar wanita?" Suasana menjadi bisu. Dan tiba-tiba Mr. Amir bangkit menyatakan "tak salah", lalu diberi mikrofon, untuk menyatakan kenapa padanya tidak salah. Dalam hati saya, saya mahu membangkang Mr. Amir kerana menurut apa yang saya belajar melalui tafsir al-Quran, Nabi Ayub memukul isterinya dengan batang jerami. Itulah satu-satunya ayat yang membenarkan lelaki memukuli isterinya, sebuah kisah, dan yang paling penting "menggunakan batang jerami" (cuba amek batang jerami, pukul orang... rasanya kipas angin bilik ni level 3 lagi kuat). Dan lagi satu, saya tak PERNAH melihat atau dengar cerita bahawa suami-suami mak saya memukul mak saya, maka saya beranggapan, ia merupakan suatu larangan peribadi.
Soalan terus dilontar, "Mengapa perempuan lebih banya menjadi mangsa?". Tak ingat jawapannya selepas tu, tapi yang penting, saya teringat kata Amir, berkonotasi: "Pokok persoalan bukanlah jantina tetapi siapa yang lebih kuat... Kalau perempuan itu lebih kuat daripada lelaki, maka, dia takkan menjadi mangsa". Lalu Woen Shiang membangkitkan soal lelaki pergi prostitue, simbah asid sebab jeles, etc.
(dalam hati saya... bukan nak menafikan, tapi macam lar perempuan tak pergi kat pelacur? Lelaki Simpanan tu ape? Dan saya bersetuju, ini soal Hukum Rimba, Dominasi dan Didominasi, bukan soal jantina)
Kemudian, sessi terberhenti, dan lecture slide memnggariskan terlalu banyak faktor luaran sebagai sebab terjadinya keganasan rumah tangga, dan kebanyakkannya adalah faktor-faktor yang kelihatan bodoh. Budaya, Konsep lelaki lebih kuat etc.
Apabila memberi contoh keganasan rumah tangga yang melibatkan lelaki, maka, nenek dua orang kat depan tu mulalah berkata tentang emosi wanita daripada kecurangan lelaki sebagai daya tolak berlakunya keganasan rumah tangga dalam kalangan lelaki. Pada saya ini merupakan suara ketidakadilan. Kenapa sewaktu berbicara tentang keganasan rumah tangga disebabkan perempuan, nenek-nenek tersebut tak pernah mengungkap, perempuan tersebut curang dsb, dan lelaki melakukan kerana emosi cemburu? Kenapa sewaktu berbicara lelaki sebagai mangsa, lelaki dipersalahkan kerana curang? Sedangkan "tak pandai masak" dijadikan alasan perempuan dijadikan mangsa... (jujur, ini berat sebelah)
Warna Menjadi Isu?
Kemudian masuklah tentang label tangan bayi, pink untuk perempuan dan biru untuk lelaki. Dan nenek menyatakan "mengapa tidak menggunakan hitam putih?" Sebab pink itu lambang "kelembutan, kena pandai berdandan, tak boleh coblok etc." manakala biru melambangkan "kekuatan dan kegagahan".
Wahai nenek, saya rasa, kalau guna warna apa-apa pun sama saja. Kalau guna warna hitam kepada perempuan, nanti awak kata "owh, perempuan dikambinghitamkan. Owh, perempuan berada dipihak gelap!" Kalau guna warna putih nanti awak kata "Putih itu kosong. Simbol pengharapan pada hidup yang kosong...". Ini bukan soal warna. Ini soal pembezaan. Kalau bagi warna apa-apa pun bagi saya itu bukan perihal besar. Bilik saya berwarna pink, tak ada apa-apa yang feminism pun, bukannya saya nak jadi perempuan, gender role saya tentu saja lelaki.. Dan warna merupakan sesuatu yang universal. Kalau anda mentafsirkan warna biru sebagai keberanian, saya mungkin menafsirkan warna merah adalah simbol kegagahan dan keberanian. Saya menafsir pink sebagai simbol perjuangan hidup. Warna adalah warna, tak patut dijadikan isu.
Budaya Yang Anda Persalahkan Itu,
Direka Oleh Tangan Wanita Sendiri...
Direka Oleh Tangan Wanita Sendiri...
Kemudian saya bertanya kepada nenek tersebut, "Siapakah yang mencipta dogma budaya?" Saya memberi contoh bahawa dogma Janda Perampas Suami Orang itu bukanlah konsep yang berkitar dalam gossip lelaki. Yang banyak mengumpat Janda bukanlah lelaki, tetapi wanita. Konsep itu dicipta wanita. Konsep "perempuan harus berdandan, biar cantik...", "sunat kelentit, kalau tak nanti perempuan asyik minta seks..." bukan juga termaktub dalam pemikiran lelaki.
(Jawab pertanyaan ini jika tidak pasti tentang kesahihan pernyataan di atas: Adakah lelaki ambil pusing kalau DIRINYA SENDIRI DIRAMPAS oleh janda? Adakah semua lelaki merasakan berdandan itu cantik? silap-silap nanti ada jer yang kena panggil sebagai "jalang"... Adakah minta seks banyak kali mengganggu gugat hidup semua lelaki - Hello, nama pun lelaki apa lagi kat dunia ni yang dorang nak "selain itu" - ?)
Nenek itu menjawab. Budaya adalah ciptaan bersama lelaki dan perempuan. Thanks. And that's enough to prove my points. Lelaki bersendirian tidak mungkin mencipta budaya. Paling tidak, perempuan turut sama menjayakan budaya yang dicipta.
Lihat saja Empress Dowager, yang menjadi dalang dalam persaingan dan kebencian antara gundik-gundik dalam istana Maharaja. Mereka yang menetapkan siri undang-undang untuk gundik-gundik. Dan masing-masing bersaing untuk meletakkan anaknya sebagai Maharaja supaya dapat berkuasa sebagai Empress Dowager. Siapa yang dapat mengampu Empress Dowager adalah pemenang.Poligami takkan berlaku jikalau isteri kedua tak mahu berkahwin dengan lelaki. Perempuan mencipta undang-undang untuk perempuan (girls talks, woman privacy, etc.) manakala lelaki mencipta undang-undang untuk lelaki. Apabila timbul isu antara kedua pihak, maka, kedua-dua belah pihaklah yang memutuskannya. Undang-undang tak bertulis ini diterima dan diterapkan dalam budaya.
Budaya tidak harus dipersalahkan, kerana ia adalah sistem rekayasa manusia. Suatu sistem tidak wajar disalahkan kerana terjadi manipulasi terhadapnya. Pilihan Raya tidak harus dikambinghitamkan kerana orang makan suap.
Dan jikalau budaya dipersalahkan, maka perempuan yang turut bersama mencipta budaya tersebut harus dipersalahkan. Bermakna, perempuan adalah musuh perempuan itu sendiri. Kita sering menyalahkan lelaki (bahkan orang-orang Kafir menyalahkan Allah) kerana poligami, kenapa tidak menyalahkan isteri kedua yang menerima nikah lelaki tersebut?
Lumrah Bahawa Lelaki Lebih Kuat
Manusia adalah Complex Alpha Male Species, dimana secara semulajadi, memang manusia lelaki lebih kuat. Tak salah mengakui perkara ini. Lelaki memang lebih kuat. Dan saya beranggapan kekuatan lelaki adalah variasi dan rahmat daripadanya. Dan menurut Hemogenic Masculinity, oleh sebab itu, lelaki mempunyai fungsi sosial yang lebih.Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient (to Allah), and guard in absence what Allah would have them guard..Quran 4:34
Itu secara lumrah, apabila menyedari bahawa manusia juga sebahagian daripada kingdom animalia. Tapi ini tak bermakna hak perempuan adalah terbatas. Fungsi Sosial BUKANLAH hak (right), tetapi tanggungjawab (responsibility).
Saya tak nafikan bahawa ada sebahagian yang dinamakan lelaki - apapun dia, binatang mahupun manusia - yang menyalahgunakan tanggungjawab sosialnya sebagai alat manifestasi kebinatangan dalam diri.
Tapi bagi manusia yang beragama, cukuplah ayat al-Quran di atas untuk membezakan manusia dengan binatang. Lelaki melindungi dan mendukung perempuan. Dan perempuan mentaati Allah dan menjaga dirinya sewaktu ketiadaan lelaki.
Pandangan Personil menurut Agama
Bukanlah saya mahu berbangga, tetapi, undang-undang Islam (yang sebenar) lebih baik daripada sebarang undang-undang Barat."O you who believe! It is not lawful for you that you should take women as heritage against (their) will, and do not straiten them in order that you may take part of what you have given them, unless they are guilty of manifest indecency; And treat them kindly; then if you hate them, it may be that you dislike a thing while Allah has placed abundant good in it."[Qur'an 4:19]
"...O People, it is true that you have certain rights with regard to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under Allah's trust and with His permission. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers." [Prophet Last Sermon]
Noah Feldman, a law professor at Harvard University, notes:
As for sexism, the common law long denied married women any property rights or indeed legal personality apart from their husbands. When the British applied their law to Muslims in place of Shariah, as they did in some colonies, the result was to strip married women of the property that Islamic law had always granted them — hardly progress toward equality of the sexes.
British telah menafikan hak pemilikan harta terhadap wanita dalam koloni-koloni Islamnya, yang sebelum ini tidak sewaktu pemerintahan raja Muslim.
Dan sewaktu penceraian unilateral daripada pihak perempuan tidak diterima di barat, dan feminist masih lagi menjerit-jerit untuk itu, Islam telahpun menetapkan Fasakh dan Khuluk sebagai alternatif perceraian unilateral daripada pihak perempuan. Mak saya pernah membayar khuluk.
Konklusi
Kepada Muslim Lelaki, hentikan menggunakan rahmat kekuatan daripada Allah untuk menindas kaum hawa. Kita bukan binatang, kita adalah manusia. Tanggungjawab bukanlah hak. Kita akan disoal kelak oleh Allah S.W.T tentang bagaimana kita memperlakukan perempuan. Dan Allah akan mempersoalkan amanah tersebut.
Remember that you have taken them as your wives only under Allah's trust and with His permission. [prophet last sermon - authentic and widespread]
Kepada Muslimah, berhentilah berbicara tentang hak kesamarataan. Adakah selama 1400 tahun Islam wujud, Allah bertindak tidak adil kepadamu? Biarkan barat dengan Feminismenya. Barat memang tidak menghargai wanita sebagaimana Allah menghargai kalian. Mereka cemburu dengan kalian. Kerana itu, masih saja mereka terpekik terlolong untuk Women Right, yang telah kalian peroleh 1400 tahun yang lampau.
Kepada semua orang-orang yang beriman, kembalilah kepada Allah. Allah menetapkan kekuatan lelaki sebagai lumrah alam, dan agama Islam sebagai pebatasan manusia dalam memanipulasi kekuatan semulajadi dalam diri kita. Janganlah melampaui batas tersebut.
Jangan mengkambinghitamkan agama, budaya, mahupun kekuatan lumrah sebagai penyebab domestic violence ataupun woman right.
Hal ini disebabkan kegagalan mematuhi agama dan memanipulasi budaya, serta mengeksploitasi kekuatan peribadi. Kita mempunyai kewarasan menilai yang mana baik dan yang mana buruk, dan kita berpeluang untuk menentukan langkah kita.
Maka, saya simpulkan di sini, sebab utama terjadinya kemungkaran (termasuklah domestic violence) di dunia bukanlah budaya mahupun lumrah, jauh sekali agama, tetapi berakar umbi daripada persepsi peribadi dan manifestasi perlakuan daripada faktor ketidakseimbangan psikologi. Dan saya benar-benar bersetuju dengan Malina...
p/s:
Teringat Clemency yang menyalurkan rasa ketidakpuas hatiannya terhadap penyalahan lelaki dalam domestic violence. Dia menyatakan, dalam orang yang dihadapan tersebut sebenarnya memperjuangkan hak wanita secara ultimate, bahkan mahu mengambil alih social role daripada lelaki bukan hak kesamarataan...
Dan lagi satu, saya sebenarnya seorang cenderung untuk memperjuangkan hak kaum perempuan... hehehe...Mak saya merupakan ikon yang sangat berpengaruh kepada saya dalam pelbagai hal. Dia secara sempurna menjalankan kedua-dua gender role sebagai mak dan bapa. Tapi saya tahu bahawasanya gender role itu bukanlah tanggungjawab dia, dan dia mengakuinya.
Kebanyakkan perempuan kelihatan tidak mahu memikul gender role sebagai lelaki, yang dipropagandakan oleh feminist extrimist sebagai women right. Dan saya teringat katanya:
"Kalau kamu jadi laki orang, jangan jadi bacul... Jangan harap bini. Jangan buat malu mak. Kamu lelaki dan tunaikan tanggungjawab (gender role) sebagai lelaki... Mak? Mak dah dapat hak yang mak nak (I get my right)"Secara halusnya, dia berkata: perjuangkan HAK WANITA KAMU (ibu, kakak, adik perempuan, isteri, gundik, mak cik, mak tiri, nenek, etc), dengan Gender Role Kamu.
Labels: pendapat
The Chinese and Arabic calligraphic traditions have often been compared as the two of the world's finest manifestations of the written word, but never likened; indeed, they are at once opposites and complements. When combined the result is an artistic piece that is a work of incredibly unique beauty, and a testimony to man's synthesizing genius.
Ketika Imran sibuk mencari kaligrafi bismillah yang cantik untuk dimasukkan di dalam blog ini, terlintas pula perkataan "Islamic Chinese Calligraphy" layar komputer...
Dengan perasaan ingin tahu yang membara, apa lagi, Imran terus melayari laman web tersebut... Master Calligrapher: Islamic Chinese Arabic Calligraphy
Hasilnya tidak mengecewakan...ternyata, banyak juga kaligrafi Cina yang menarik dan unik, tetapi jarang sekali dipandang penggemar-penggemar Kaligrafi (terutama Melayu) yang ada di Malaysia.
Islam-Chinese Calligraphy dinamakan sebagai sini khat "Sini", menggabungkan elemen Arab dan tulisan Cina, menggunakan berus bulu kuda yang biasa digunakan oleh orang Cina.
Tengok gambar pertama, itu adalah lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ dalam khat Sini.
Jom kita tengok kaligrafi-kaligrafi yang terpilih dalam blog ini....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayangdalam 5 Kaligrafi terkenal: Nasakh, Suluth, Muhaqqaq, Nastaliq, Riqa/Ruqah
Wow, cantik!"Allah" dalam bentuk bunga.
"Ya Rahim"
Syahadatain: Tiada Tuham Selain Allah, Muhammad Rasullah.

Hmmm...
Sama tapi tak serupa...
Cuba teka ketiga-tiga "khat Sini" ini membawa maksud apa?
(Ini Lafaz Basmallah)

Lafaz Basmallah (besar) dan doa dari al-Quran
"Dan dia berkata; Tuhanku Tambahkanlah Ilmuku" (kecil - tulisan Cina)
Orang BerserbanYa Mustafa (gelaran Nabi Muhammad)
Surah Al-Fatihah(Kertas ini dibentang mengikut cara penulisannya,
walaupun Al-Fatihah akan lebih jelas jikalau horizontal)
Kaligrafi Arab
Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah)diatas kertas bermotif "Kipas"
Al-Rahim(Yang Maha Penyayang)
Allahuakbar....Makrokaligrafi Pedang.
Lafaz Basmallah. (Kecil) dan Surah Al-Ikhlas. Teringat Wee Pang bagi Kuih Bulan - macam ni lar bentuk dia
Kaligrafi Arab oleh penulis Cina.Lafaz Basmallah, Asma'ul Husna, dan Hadith Nabi dari Abu Hurairah
Khat Sini "bergerigi"...
Basmallah dan Syahadatain.
Wow!Lafaz Basmallah, Asma'ul Husna
dan petikan ayat Quran.
Bulatan demi bulatan (macam piring)Syahadatain (3 bulatan)
Alhamdulillahi Rabbil Alamin (tengah)
Pokok?Syahadatain
Syahadatain Makrokaligrafi Pedang Bermata Dua
Al-Fatihah dan Syahadatain
Lafaz Basmallah Surah Al-Ikhlas dan
"الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Makrokaligrafi Buah (Macam Pear jer) - Lafaz Basmallah Dan Ayat Kursi

Lafaz Basmallah, tak tau motif makrokaligrafinya apa...
Lafaz Basmallah,Makrokaligrafi Kubah Masjid
Lafaz Basmallah
Motif Alam sekitar + Labu Air?Lafaz Basmallah
Alhamdulillah dan Syahadatain.Makrokaligrafi Permaidani
Alhamdulillah...Makrokaligrafi Macam Pokok, Akar dan Tanah...
Tapi tak sure
Ada motif makrokaligrafi yang saya tak kenal pasti...(harp? kapal layar?)
Alhamdulillah... (dan habis....)
Hari ini, Imran terbaca blog Sudin, ada suatu topik yang memang misterius, yang mendebarkan dan membuat orang terus tertanya-tanya... Duit siapa ni? (rujuk blog Sudin dengan menekan tajuk ini)
Hmmm...kata Sudin dia dapat mutasi rekening Rp 1.5 juta. Terkejut beruk Sudin! Daripada sumber yang tak diketahui... Setelah yakin bahawa duit tu bukan hak miliknya, Sudin pun dengan jujur membuat report kepada Bank CIMB-Niaga perihal tersebut... Tapi Bank Niaga berkeras bahawa duit tu adalah duit Sudin.
Tak tau lar, Mbak Niaga tu ker, Sudin yang konfius... Kalau duit tu betul-betul duit Sudin, maka, tak payah la nak kata apa-apa. Tapi kalau duit tu bukan duit Sudin, hmmm...mungkin itu keajaiban daripada tuhan untuk Sudin...

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًاۚۚ
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Kemudian, apabila mereka habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
At-Thalaq: 2-3
p/s:
Sudin, bukan niat aku nak menyibuk...
Tapi story ko tu memang mempunyai pengajaran yang tersirat daripada Allah S.W.T.
Semoga DIA terus melapangkan hidup kita seluas-luasnya.
Labels: dengan kawan2
Teringat dulu, waktu form 2, pernah ada kawan bertanya:
"Doa apakah yang paling best untuk dibaca selepas selesai sembahyang?"
Imran pun terdiam. Walaupun Imran menghafal doa-doa lazim yang dibacakan imam selepas habis solat, Imran sebenarnya jarang mempraktikkannya. Dan teruknya lagi, sekarang, Imran jarang membaca doa selepas solat.
Dia selalu duduk di saf hadapan, di sebelah Imran, kadang-kadang (waktu dulu Imran biasanya duduk di belakang imam, tapi sekarang, tak pernah). Kawan Imran tu belajar bahasa Arab; dalam hati Imran, dah tentu dia ni pun hafal doa-doa yang dibaca oleh para imam tersebut.
Setelah lama membisu, lalu, Imran pun menjawab:
"Tak tau lar doa ni ada yang best dengan yang tak best pulak... doa kan semuanya sama je...urmm... tapi ada satu doa yang sangat perfect pada aku"
"Apa doa tu?" Tanya kawan Imran tu, penuh dengan curiousity
Imran pun menjawab "Ni ha doa nye":

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
Praise be to Allah, Lord of the Worlds.
The Beneficent, the Merciful.
Master of the Day of Judgment.
Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help.
Show us the straight path.
The path of those whom Thou hast favoured; Not the (path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.
"La, tu kan surah al-Fatihah..." Dia menjawab.
"al-Fatihah tu bukan doa ker?" Imran membidas.
"Hmmm...okla...al-Fatihah...kenapa al-Fatihah tu perfect bagi engkau?"
"Sebab Allah yang ajar kita doa tersebut, dan kita ulangi sebanyak 17 kali sehari...dan sebab dalam doa ni, kita dahulukan dengan pujian terhadap Allah, dan kemudian kita memohon sesuatu daripada Allah... perfect!"
Kawan Imran tu terkesima. Dia tak membalas kembali. Lalu, Sebenarnya, apa yang kita mohon dalam al-Fatihah tu?
Kita bukan memohon syurga atau harta. Tetapi kita memohon "jalan yang lurus yang dikurniakan ni'mat oleh Allah" dalam segala hal. Bukankah itu suatu doa yang sempurna?
Kita bukan memohon syurga atau harta. Tetapi kita memohon "jalan yang lurus yang dikurniakan ni'mat oleh Allah" dalam segala hal. Bukankah itu suatu doa yang sempurna?
=)
Labels: pendapat
Subscribe to:
Posts (Atom)