PERJALANAN KE DIENG



K.A.M.I
Semua yang menyertai lawatan ke Dieng.
Fuh, pagi yang sejuk sangat... Aisyah mual-mual
(ehem... jgn fikir bukan-bukan key...bukan sebab mengandung, tapi sebab jalan tak elok)





MELIHAT MENTARI TERBIT


YUHU~! JUARA...
Antara yang berjaya mendaki gunung.
Beberapa orang kawan2 kitorang tertinggal kat bawah sebab terlalu sejuk, penat, dan tercungap-cungap. Tekanan rendah menyebabkan oksigen tak cukup untuk bernafas... Hanya yang gagah saja bisa ke atas...



Merah Mentari Terbit
Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu.
Mega Merah mentari pagi ibarat permata delima yang memukau mata.


Lorong Puspa di Lereng
Bunga-bunga menghiasi lorong di lereng bukit tempat kitorang melihat terbitnya mentari


Di Puncak Bukit
Terlihat lereng-lereng bukit bersebelahan yang dilimpahi sinar mentari.


Filem
2 Bintang filem sedang bergambar. Masyuk giler ar gambar ni...


Cahaya~
Matahari mencurahkan sinar kepada alam. Jejaka kacak bersandar di pohon.

Tajju Zamrud Pawitera Nilam
Salah satu tasik di pelantar Dieng dikelilingi bukit-bukau nan hijau



Menuruni Denai Berliku
Lorong ini dikelilingi tanaman kubis bunga dan bunga-bungaan yang cantik


Di depan tasik


Sang Kacak
No Comments~...=p


TELAGA WARNA

Dahan Yang Menghamba
Kitorang duduk di atas dahan sebuah pokok yang rendah dan melintang


Dasar Hijau
Tasik ini berwarna hijau kerana reaksi sulfur.
Walaupun baunya "unik" tetapi panoramanya menambat sanubari.



Nenek Kebayan dan Pangeran Pawitera.
Seorang nenek kebayan berdiri di atas batu untuk menyumpah seorang pangeran yang kacak.


PIKNIK DI TELAGA WARNA


Piknik di Telaga Warna...
Aku sedang lahap memakan roti..
(Fikri, aku, Ilham, Sudien, Yone)..


Mengantuk
Ilham tak tidur sepanjang malam kerana kereta ber"debak-debuk". Kesian Lehe...

KAWAH ASAP


Jambatan
Di bawah jambatan inilah tempat mengalirnya air ...



Menanti Lava Mencurah
Si sengal bertopi hitam membuat spekulasi bahawa lorong ini merupakan tempat lava gunung berapi mengalir dan berharap agar dapat melihatnya di sini (jikalau turun)
~MULUT CABUL BETUL~



Mengelak Dari Kabus
Kitorang cuba mengelak dari kabus untuk mengangkap gambar yang sempurna


Di depan Kawah berasap...
Jangan risau, gunung berapi kat belakang tu dah mati/tidur...
cuma kawah kat lembah dia masih berasap...
Fuh, bau dia busuk~... Sulfur mendidih bersama karbon.


Jangan Datang Dekat
Sebenarnya tak boleh berdekatan sangat dengan kawah sulfur. Kitorang dihalang oleh pagar buluh.
Anyway, ada jugak yang terlepas daripada pagar tersebut.



KOMPLEKS CANDI ARJUNA



Arjuna dan Wanita
Candi Pertama di Kompleks Candi Arjuna.
Hanafiah sedang mengomel pada Sudin "nak buat gaya apa?"


Tergelak Besar
Sudin: Lubang hidung you besar la Iiffa...
Iiffa: Memang pun...you baru tahu ker? Hahaha...(sambil ketawa)
Ilham: Suka orang puji hidung dia besar...hihihi (tersengeh)

Aku: Hensem jugak aku pakai cermin mata hitam nih (masih dalam dunia sendiri
)

Fikri: Eeiii... okey jugak orang tu... (tengah mengusha)





Model
Beberapa orang model di Candi ke 5 Kompleks Candi Arjuna
Dari Kiri:
Aisyah, Sudin, Fazrul (duduk), Ilham, aku, Peah, Yone (depan), Bedah (baju Biru), Fik, Iiffa



Dandelion dan Candi Arjuna
Aku meniup Dandelion. Ilham, Aisyah, Izyan fokus pada kamera.
Di belakang kami adalah Kompleks Candi Arjuna...


Berpaling
Kitorang berpaling ke belakang. Fazrul tangkap gambar


Ceria
Aku cecah tanah dulu sebab berat lebih.


Circle of Friendship
Atas: Aisyah, Ain, Iiffa, Yone, Izyan
Bawah: Fazrul, aku, Ilham, Fikri, Hanafiah
Semua yang pergi ke Dieng (Sudin dalam cermin mata Fikri tengah tangkap gambar)


MAKAN PETANG DAN PULANG



Restoran Mewah
Tempat kitorang makan malam. Ada tempat pemanas badan.


Makan
Aku tengah bebel apatah kat Fazrul... Yang aku ingat, aku memang membebel...


Pukul 4...
Walaupun sudah berada di kawasan rendah, namun kabus masih terlihat...



28 Jun 2009, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi datang melawat Jogja. Sebenarnya dia ada kerja kat Jakarta. Tapi mungkin sebab Jogja ni best, die pun datang Jogja dulu.

Kenangan manis sewaktu ini adalah tatkala aku dan Serul meninggalkan Pak Ade di hotel dengan menaiki kereta VVIP (yang sebenarnya memang nak jemput Pak Ade - salah seorang Ahli Politik dan Penggubal Undang-Undang dari Jogja). Hahaha~! Apa lagi... kena tegur dengan Abang Hafiz la... hahaha~! Ala, salah pemandu tu la...Orang tanya Pak Ade mana, die kata dah sampai Lapangan Angkatan Udara Adi Sucipto... Nenek betul~! Hahaha...Abang Hafiz pun pergi ke Hotel balek...

Datuk mendarat di LANUD Adi Sucipto, Jogja. Aku pun ada kat sana menyaksikan pendaratan Charlie 130 H tersebut. Ade sebanyak 40 delegasi yang datang sekali. Tangkap gambar-gambar dorg jer, sebab banyak datuk-datuk. Segan. Kitorang naik kereta dengan VVIP ke hotel. Banyak betul pakai kereta. Sesampainya di hotel, adalah beberapa kelibat AJK yang datang menyambut. Anyway, pas tu kena halau dengan Dr Junaidi sebab menyibuk kat situ. Termasuklah aku-aku sekali. Serul (dan aku, of course) tak puas hati secara professional.

Aku pun terus pergi ke Restoran Wong Solo, Abg Hafiz suruh tengok2 apa2 yang patut. AJK-AJK PKPMI-CY dah ada kat situ. Aku inform la apa yang patut. Tunggu sejam jugak la kat situ. Kesian budak2 yang tunggu lagi lama daripada aku.

Aku jadi MC makan tengah hari tu. Buat pantun2 alu-aluan, Makan kejap (30 minit), banyak betul. Then aku take over majlis balek. Macam biasa - kalut sikit kat bahagian nak bagi2 saguhati nih. Sebab aku pun tak tau sape yang nak bagi hadiah untuk sapa... hahaha~! Tapi aku kan pandai tebalkan muka...

Majlis tamat. Syukur. Tak der la kritik banyak sangat. Aku minta Aminda komen, dia kata dalam sehari aku boleh susun acara in very nice way dan again pasal bagi hadiah sagu hati tu... Dia kata, tu la, susah jadi selebriti mcm aku (wes~ aku celebrity ker? hahaha~!)...

p/s: Gambar aku tak banyak sebab tak amek.


Datuk-Datuk
Sibuk dengan urusan masing-masing...

Ketibaan Datuk Seri Ahmad Zahid
Aku suka tengok Charlie 130 kat belakang tu mendarat




Ini adalah long-overdue post untuk Sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Malaysia di Yogyakarta pada 6 Jun 2009 lalu.

Okla, kita start... Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 6 Jun 2009 yang lalu, pihak kedutaan besar Malaysia di Indonesia telah menganjurkan sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Sheraton Hotel Yogyakarta.

Table Next to the VIP's
Meja AJK Kelab UMNO dan performer malam tersebut. Clem + Amir berduet.


Meja VIP
Shah sedang sakan bersembang



Kat Yogyakarta ni, PKPMI-CY uruskan. AJK-AJK Kelab UMNO dan PKPMI Solo pun dijemput sekali. Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Indonesia, Encik Amran Mat Zin berkata, Dr Junaidi, Abdul Aziz Yusof dan Encik Anuar datang sebagai tetamu kehormat.

Jika Bukan Kita (Gubahan Nurizra Rahmat)
Imran dan Izyan mendeklamasikan sajak + pantun + syair.
Ada orang tanya, "perlu ke tukar baju untuk bersajak?"...
Anyway, Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia puji~!



Pada malam tersebut, aku mendeklamasikan sajak bertajuk "Jika Bukan Kita" bersama Izyan Rahmat. Ada sesi persembahan pelajar. Clemency dengan Amir berduet nyanyi lagu.

Man of the Day.
1. Fikri (Pemenang blazer JPA terbaik - lihat awan larat)

2. Fazrul (Yang bertungkus lumus menjayakan acara. Tiap-tiap malam mata dia merah - tak cukup tidur)

3. Imran (Jejaka kacak yang setia pada ikrar janji)


Nice ceremony... tapi makanan ala kadar je la... Kata Fazrul (SU PKPMI-CY) sebab hotel mahal. Terpaksa cut bajet untuk makan. Pas tu Fazrul pun mengomel sebab dia penat cari hotel, murah tapi last-last buat kat Sheraton yang mahal ni jugak. Yurp~! Sokong Fazrul! Nama jer gah... Hahaha...anyway thanks PKPMI-CY dan Kedubes kerana mengkoordinasi acara yang bersejarah ni.

Majlis diakhiri dengan sessi foto bersama.

Kalut
Masih mengatur sessi pergambaran tapi dah ada yang tangkap gambar.


Skema
AJK Kelab UMNO bergambar dengan Timbalan Ketua Duta, Dr. Jun, Pengarah MARA di Kedutaan dan ATASE Agama

Tak puas berfotografi, kitorang pun berfotografi gaya remaja:


Aku dan Fatimah
Fetty merupakan mahasiswa Malaysia di Solo. Aku banyak uruskan apa-apa dengan dia.
7 Jejaka
Sekumpulan jejaka kacak sedang bergaya di hadapan pintu, menunggu peringkat seterusnya.
3 Jejaka
Nomination untuk jejaka terkacak 07 disenarai-singkatkan menjadi 3 orang - Fikri, Sue, Imran

p/s: tengkiu kerana membaca.

Lawatan Kelab UMNO Ke Solo

Assalamualaikum W.B.T..... Haaa... nak cerita sikit... pada 29 Mei 2009 hari tu, Kelab UMNO Yogyakarta telah mengadakan lawatan ke Solo... Walaupun hanya 20 orang jer yang pergi, program tu sangat seronok~! Abang Hafiz tak ada time tu, aku disuruh koordinate segala-gala benda dengan Abang Naza.

Kitorang berangkat dari Yogya menaiki Kereta Api Prameks di Stesen Tugu. Bayar lebih kurang RM 2. Hehehe...teringat Pah takut tiket habis, sempat berkonflik sikit. Hahaha~! Sebab Pah tak tau tiket Prameks tu macam tiket LRT, beli time tu jugak, bukan booking macam tiket kereta api dari Perak ke Kelantan. (anxiety is normal, anyway)

Solo Balapan
Krisis Tiket Prameks diselesaikan dengan berhemah dengan pertolongan semua AJK...Hahaha~!...Pah Nab, Pah Nab...


Kitorang turun kat Stesen Balapan Solo. Di sana, kitorang disambut oleh Abang Naza. Kitorang pun dibawa ke Tri-Chakti Kostrad, tempat penginapan selama 3 hari 2 malam tu.


Tri-Chakti Kostrad
Penginapan yang memuaskan. Ada air cond dalam bilik aku.


Malam 29 Mei, PKPMI Solo dengan Kelab UMNO Yogyakarta pun mengadakan perlawanan bola sepak 2 penjuru. Kategori lelaki dan kategori perempuan. Amir jaringkan 6 gol. Gaban r Amir... over seperti biasa... Lelaki menang 7-3. Perempuan pula seri 0-0.

Tim Futsal Lelaki KUY menang 7-3.
(Gambar di atas adalah gambar selepas game, bukan gambar2 pemain yer... sebab sah-sah aku takkan main Competative Sports)


Selepas tu, kitorang makam malam di Resto Rempah Asia Solo. Nak tau tak, Resto ni menyediakan Masakan Malaysia. Kitorang makan nasi Beriyani + Teh Tarik. Memang sedap. Sebijik macam masakan Malaysia. Sambil-sambil tu, kitorang pun berborak-borak. Aku pulak main "Mafia Games" (google dlm internet kalau nak tau...).


Nasi Beriyani WOW~! Resto Rempah Asia
Penangannya menyebabkan ramai budak2 Jogja selepas tarikh ini melawat Solo semata-mata nak makan. Mata Adi berpinar-pinar mengunyah nasi.



Kemudian, kitorang pun balik kostrad. time to sleep~! Tapi banyak budak-budak lelaki tak leh tido (termasuklah aku). Kitorang pun main Poker sampai pukul 2. Koaliasi Johor mengalahkan Koaliasi KL-Selangor dan Koaliasi Kelantan...Hahaha...Hebat ar Sudin dengan aku. Walaupun Jeman dengan Serul main tunjuk-tunjuk kad masing-masing, dorang kalah memanjang...huhuhu (sorry korang...aku menyatakan yang hakiki~!)
Okey, kitorang pun mengantuk dan nak tido. Aku check keadaan sebelum dorang tido. Nash allergik dengan kusyen kat situ malam tu. Aku suruh dia tido dalam bilik aku, dia tak nak. Aku berjaga sampai pukul 3 pagi.

Esoknya kitorang melawat Keraton Solo. Kraton/Keraton (apa-apa je lah) maksudnya Istana Sultan. Solo tak bersultan sekarang (bandingkan dengan Jogja), tapi pernah bersultan. Sultan Jogja dengan Sultan Solo sebenarnya adik-beradik daripada Kesultanan Islam Mataram. Belanda telah mengganggu tradisi masyarakat Nusantara dengan melantik raja lain (seperti mana yang dilakukan British di Johor-Riau-Lingga). Memang berperang saudara la angkara Belanda. Amek iktibar key~

Kat Keraton kena pakai seluar panjang dan kasut menutup tumit. Ade yang tak pakai seluar panjang, so, terpaksa pakai seluar panjang batik sebelum masuk perkarangan. Yang tak pakai kasut, kena bukak kasut (ups, selipar~).

Depan dewan pameran


Kontroversi Dewa-Dewi
12 Dewa Dewi bersama satu Patung Dewi Pelindung Barat di Keraton, Hadiah daripada Belanda. Apa pun, ia tak melindungi Surakarta daripada dijajah.

Gambar ini sangat kontroversi kerana kita tak pasti apa yang di'usha Pah Nab


Depan kereta kuda lama
Aku try nak naik, merasa jadi Cinderella kejap.


???
Gambar tandu ini sengaja dibuat sedemikian rupa agar tidak menimbulkan gossip2 hangat.


Gambar-Gambar Sunan (Yang Dipertuan) Surakarta


Alat-Alat Musik Tradisional Jawa
Ada pemuzik istana kat dalam tu

Then, kitorang pergi mandi-manda kat Pandawa Water Park. Tak la best tara mana. Okey la drpd x der langsung.

Di Jacuzzi Pandawa
Aku yang pemalu tidak membukak baju seperti budak lain,
alasan: Takut tukang tilik tengok tahi lalat aku.


Antara gambar2 di Pandawa.
Thanks untuk kamera canggih kalis air Sudin..



Malam 30/5 tu kitorang buat BBQ dan sedikit majlis ramah mesra. Main "Goreng Pisang", etc. Then, ada suatu Majlis Penerimaan Keahlian Kelab UMNO Yogyakarta drpd students Melayu di Solo + Pelancaran Blogspot Kelab UMNO peringkat dalaman.

Persembahan Deligasi KUY
Arahan Abang Shah: Nyanyi Lagu "Negaraku" jer



Pelancaran Blogspot peringkat dalaman + Penerimaan Anggota Baru KUY



Esoknya, kitorang melawat Universiti Sebelas Maret. Petangnya sebelum pulang ke Jogja, kitorang melawat pusat membeli-belah kat Solo (pusat membeli-belah bukan Shopping Complex key, tempat tu pusat Pasar-Pasar Tradisional Solo)

Depan Universitas 11 Maret
Imran, Imran, posing maut habis la



Depan Kantor Pusat Universiti Sebelas Maret.
Patung Garuda di atas, mengikut legenda, boleh mengeluarkan asap melalui hidung...

Masjid Agung Surakarta.
Seni Bina Jawa Klasik... Unik~!



Then kitorang pun pulang ke Jogja... Thanks PKPMI Solo untuk layanan yang diberikan. Thanks Kelab for sponsor sikit.

Gotong-Royong Rumah UMNO

Pada 9 Mei 2009, Kelab UMNO Yogyakarta telah mengadakan "Gotong-Royong Mesra Rumah UMNO". Gotong-Royong ini dihadiri sekitar 20 orang. Tak der banyak yang nak tulis... Apa pun, gambar-gambar gotong-royong tersebut boleh dilihat kat bawah~!




Kemelut Komputer
Setiausaha, Ketua EXCO Pembangunan Ekonomi, Naib Setiausaha dan AJK Multimedia berganding bahu menyelesaikan carta organisasi.


Rajin
Seseorang sedang mengemas bilik stor.




Selesai
Antara ahli yang hadir untuk gotong-royong



WAH~! Lama betul tak update~!

Wah, lama betul aku tak update blog nie~!
Lepas habis UGM GAMAFEST ni aku tulis balek lar...
(haish...lepas siapkan Biostatistic 6 la)...
Year Book dan Kontingent Kelab UMNO ke Malang buat sekali lar kot...

Newer Posts Older Posts Home