Hikayat Sakti Pekarma Vijaya

(Pantun):

Goyah merpati terbang seraya
hembus pawana mambang dan peri
hikayat sakti pekarma vijaya
kisah sungkawa hamba nak peri

hembus pawana mambang dan peri
tersejat titar akan serokan
kisah sungkawa hamba nak peri
harap bicara izin-izinkan

(Syair):

Dengarlah tuan bicara sinda
hikayat wetan bukan warita
barat berpaksi ufuk kencana
di satu tanah bagai permata

Arakian daerah sinda berperi
bagai kayangan indah firdausi
laksana jemala tajju jauhari
mengapa akhirnya ditangisi diri?

Sajak:

Tika suria dirundung senja
kukirai tirai kamar, kuintai ke barat
melihat nostlagia
seorang pahlawan pekarma vijaya - Thariq bin Zyad
jua Andalusia - sakti sahibul hikayat

Lantas kuadaptasikan diriku ke dalam sejarah semalam
tatkal gemilang sinar Islam
dan kudengar pujian Allah
bergema di Isybillah dn Thulaitilah
berkumandang d Qurtubah

Dalam kesejukan dan kedamaian
tiba-tiba aku dicuit kehangatan
disentuh; lalu aku berpaling ke kanan
tergambar Averroes utuh teguh dalam eksplorasi mindaku
dan menyapalah daku:
"Oh, Averroes! Assalamualaikum"
tapi Averroes hanya tersenyum,
dalam kelopak kolam mata dia merenung, termenung,
namun dari bait-bait hembus nafasnya
ternyata dia kesal akan pawana sejarah
memori tiga negara, suatu bangsa
menyerang waima satu negara, tiada kukuh; tiada satu akan ia.

Lalu kupejamkan mata,
dengan harapan sempelah segala usaha
Namun, pabila ia terbuka
terlihatlah raja Castilla gapur gapura
Akhirnya hancurlah segala apa di dalam mata
Di mana masjid raya?
Persis kencana utuh atas cendrasa
Apa...ia pula menjelma sebagai Mosquita?
Ya tetapi sebagai gereja terindah di dunia
Dan apa pula Santo Tome, apa pula Santa Maria de le Sede?
La Tour de Gilarda
Dan Patrios de Narayanyos?

Dan...di mana Al-hambra?
"Bagai mahligai di dalam mimpi,
atau istana mambang dan peri,
sungguh, yang telah menjelma tatkala purnama raya,
gemerlapan berkejaran, riak air berdesiran,
dalam sukma pula bergema: Oh Alangkah indahnya!"
Namun ia tiada; bukan lagi kita yang empunya

Lalu tertangislah diri,
Ini Andalusia - Pusat Revolusi Eropah
Dunia Dominasi Seni Bina
Tetapi milik ossidental kini bermadah bangga
Dan tamadun Islam, sayang makin hilang sinar sarwanya
Kerana hanyasanya kita tidak bersatu, tiada berpadu,
Naluri bertakhta angkuh, materi adalah peneraju

Dibawalah aku ke dunia realiti, langkaha keluar dari fantasi.
Dan rupanya aku di sini,
terdengar suara syahdu, gemersik membisik
"Andalusia milik kita, kita di sana pernah menjadi
bangsa utuh berdaulat
ambil Andalusia, ambil Iberia,
dengan cara berhikmat
pastikan langkah kita cermat,
pastikan strategi kita selamat"

Hilang telah tangisan Andalusia.
Namun kita di mana?
Adakah kita masih di kelas kedua?

Duhai orang Islam,
sedarkan kini kita dari kelam
dan setiap kita timbul, haruskah kita tenggelam?

Bangkitlah Islam,
kita masih ada sejarah silam
walau hanya nostalgia 1001 malam
kita tetap abadissalam
yang akan jaya
hanya jika kita bangkit dari kelam

(Syair):

Alhamdulillah kukhatamkan peri
Harap hikayat di sanubari
janganlah Islam tersungkur lagi
Zaman Vijaya kita sudahi

Tamatlah sudah kisah di hati
kisah sejarah Islam hadari
Harapan menanti tuju hadari
bangkitlah ummah arah hakiki






copy right reserved.
Kencana Si Rawi.

imra(';')n ------{@

0 comments:

Newer Post Older Post Home