Semalam, Ke Pusara Itu

Semalam, aku ke pusara itu,
dengan sejambak bunga di tanganku,
dipayungi bintang
dipayungi langit petang...
Di sana; Lama aku berdiri
sehingga aku menyedari
mentari telah pun tenggelam di dalam gelita
petanda untukku, meninggalkan bunga bersama pusara.

Pantas,
Lantas aku mulakan kembaraku
dengan harapan
Aku akan tiba di destinasiku sebagaimana yang ditetapkan
melewati malam
melewati segala rintangan.

Hari ini,
Telah pun aku meninggalkan pusara dan bunga itu,
jauh dibelakangku
dan aku menyedari
bahawasanya sesiapa jua aku selepas ini,
dan apa jua yang akan terjadi kepada diri
dan tidak kira apa pun masanya nanti
Akan ku kembali ke pusara ini,
tentunya
dengan perasaan yang dalam sekali.

Dan seterusnya,
suatu ketika di kemudian hari
tatkala aku kembali ke pusara itu lagi dan lagi,
sekali lagi dipayungi bintang,
dan sekali lagi dinaungi langit petang,
(aku bertanya kepasa diri)
Apakah harus aku bersungkawa?
atau apakah harus aku bersyukur gembira?

Kerana apa yang terkubur di dalam pusara tadi,
hanyalah cita-cita ambiguiti dan memori
bukanlah takdir terbaik untuk diri.





Copy right reserved
Kencana Si Rawi

0 comments:

Newer Post Older Post Home